Bab 54: Sweet Dream

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebulan selepas Perang Lvanians-Demons II berakhir...


Kemenangan Lvanians dalam peperangan diraikan oleh seluruh penduduk Sylvania. Namun, identiti Annabella sebagai penyelamat Sylvania dirahsiakan atas kehendak Annabella sendiri tetapi dia dikenali sebagai Golden Princess. Apa yang berlaku di medan perang tidak diceritakan sepenuhnya kepada rakyat Sylvania atas sebab-sebab tertentu. Keadaan kembali seperti biasa. The Circle of Heroic Knight kembali ke akademi tetapi selepas mendapat hukuman dari Pengetua Erald kerana menyertai peperangan tanpa pengetahuannya.

“Nemean the Two-tailed Lion!” seru Haziel. Tidak lama kemudian, muncul singa berekor dua. Seperti biasa apabila diseru oleh Haziel dia akan tidur.

“Kacau aku nak rehat. Kau tidak tahu ke aku penat berperang bulan lepas?” kata sang singa.

“Penat apanya? Kau hanya serius pada saat akhir,” balas Haziel dengan geram. Masa perang hari tu, Nemean hanya serius apabila Pierce hilang.

“Ada aku kisah?”

“Nemean! Bangunlah! Aku nak berlatih ni!” jerit Haziel.

“Kau berlatih seorang diri,” balas Nemean. Dia mengalihkan posisinya dengan membelakangkan Haziel. Dua kaki di hadapannya ditekup pada telinga. Mata dipejam untuk tidur.

“Nemean! Bangunlah! Apa salah aku boleh familiar macam kau? Familiar orang lain tida ada perangai seperti kau. Kau sahaja familiar yang pelik,” bebel Haziel seorang diri kerana Nemean telah pun tidur. Dia mengejutkan singa itu tetapi sia-sia.

“Kenapa dengan kembar kau, Hariel?" tanya Freya apabila melihat Haziel bercakap dengan Nemean yang sedang tidur.

“Biasalah... Masalah dengan Nemean lagi. Macam la kau tidak tahu,” balas Hariel.

“Tak habis-habis...”

“Now, that’s what The Circle look alike before this, right?” celah Karyle.

“Haah, kan? Sebelum Anna muncul, sebelum perang berlaku,” balas Haziel apabila teringatkan kembali pada saat dulu.

“Bercakap pasal Anna... Di mana dia sekarang?” tanya Serena.

“Aku, kau tak nak tanya?” usik Hariel.

“Buat apa? Kau sudah berada di sini.”

“Prihatinnya juga kau pada aku,” usik Hariel lagi. Dia dapat melihat pipi Serena berona merah.

“Sikit pun tak,” balas Serena.

“Something never change a bit,” ujar Karyle.

“Anna sepatutnya sambung belajar di akademi, kan? Tapi kenapa dia tak ada? Bayang-bayang pun tak nampak,” kata Freya.

“Aku pun mahu tahu perkara yang sama. Kau tahu, Eidan?” kata Karyle.

“I’m not her babysitter,” balas Eidan.

“Oh, Sylvania! Kau berdua bergaduh? Patutlah Annabella tidak datang ke sini! Rupanya kau berdua gaduh!” kata Haziel yang sudah malas mengejut si singa yang lena tidur.

“You’re exaggerate his word,” kata Clara.

“In her current situation, she doesn’t need to study. Her power is already become her knowledge. There’s no need to have a lesson,” kata Frielan yang berdiam diri dari tadi. Cermin mata ditolak sedikit menggunakan jari telunjuk. Matanya fokus merenung skrin Ipad.

“That’s it! Our Problem Solver... Always show up at the right time!” kata Hariel.

“He’s a Sellavian,” kata Serena.

“Mestilah...” balas Frielan.

“Good evening, kids!” sapa Pengetua Erald. Dia melangkah masuk ke dalam kediaman Heroic Knight. Prof. Lordes turut bersama dengannya.

“Baguslah... Kamu semua berada di sini,” kata Prof. Lordes.

“Kenapa? Ada apa-apa yang Prof dan pengetua mahu bagitahu kami?” tanya Karyle.

“Saya telah berbincang dengan Prof. Lordes tentang kamu semua,” kata Pengetua Erald.

“Tentang apa?” celah Haziel.

“Kami berdua telah bersepakat melantik seorang jurulatih untuk melatih kamu semua. Kami rpendapat kemahiran kamu perlu dilatih oleh orang yang berpengalaman untuk meningkatkan lagi kemahiran fizikal kamu,” beritahu Pengetua Erald.

“Rasa bukan berita gembira,” kata Hariel.

“Cadangan yang bagus. Kita boleh tingkatkan kuasa kita,” balas Karyle. Dia seorang sahaja berfikiran positif berlainan dengan ahlinya yang lain.

“Karyle, kamu tidak perlu mengikuti latihan itu sebab kamu sudah habis belajar. Tapi bakal pengganti kamu perlu menjalaninya. Kamu sudah fikir siapa pengganti kamu?” tanya Prof. Lordes.

“Saya lantik Zen untuk ganti saya,” putus Karyle.

“Budak kecik tu? Biar betul kau ni?” celah Haziel.

“Kenapa?” Karyle berkerut dahi. Dia yakin pilihannya tidak salah.

“Zen baru berumur 8 tahun,” ujar Haziel.

“Tidak ada masalah. Belajar di sini tiada had umur. Semua orang boleh belajar,” celah Pengetua Erald.

“Jadi, siapa jurulatih kami?” tanya Serena.

“Kejap lagi dia sam... Ha! Itu pun dia. Lewat kamu sampai,” kata Pengetua Erald. Diamelihat orang yang ditunggu muncul melalui portal.
Lapan orang Heroic Knights menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang akan menjadi jurulatih mereka.

“I’m Annabella Dreselle de la Fryswellendine. I’m your new trainer. You can call me Miss Anna. Nice to meet all of you,” kata Annabella dengan nada formal.

“Kau tidak perlu formal. Macamlah kau tidak biasa dengan kami,” kata Haziel.

“Excuse me... Its Miss Anna. Watch out your languange. I’m your trainer so... Have respect on me,” balas Annabella dengan tegas.

Pengetua Erald dan Prof. Lordes hanya tersenyum melihat lagak Annabella seakan-akan seorang pengajar. Tidak pernah lagi mereka lihat Annabella tegas begini.

“Dengar sini kamu semua... Anna bukan sahaja jadi jurulatih kamu malah dia akan menjadi penentu markah kamu. Dalam kata lain, menentu kamu untuk ke gred yang seterusnya sampailah kamu tamat belajar,” terang Pengetua Erald. Dia dapat dengar keluhan dari Heroic Knight apabila mendengar kata-katanya.

“Your point is given base on improvement of your skill, discipline, pantuality of time and your manner. So, Haziel... Minus five point.”

“Apa? Ini tak adil!” rungut Haziel.

“Minus five point again,” ujar Annabella.

Haziel hanya memasamkan muka apabila markahnya ditolak untuk kali kedua. This is just beginning of torture!

“How many marks I’ll give to you? Its depend on me. So, paste it in your mind,” kata Annabella.

BUKU yang berada di tangan dibuka. Dia mengambil pen di dalam poket bajunya untuk menulis perkembangan Heroic Knight dan menulis markah mereka berdasarkan prestasi mereka pada hari pertama latihan mereka. Medan magik masa dibuka untuk melihat waktu sekarang ni. Sepatutnya mereka berjumpa pada waktu tengah hari di belakang akademi untuk memulakan latihan mereka buat kali pertama. Senarai nama yang tercatat di dalam buku laporannya. Ramai lagi yang tidak datang bukan... Semua tidak datang lagi.

“Tidak mengapa... Sampai nanti tahulah nasib mereka.” Annabella bersuara perlahan.

“Apa yang kau buat ni?” tanya seseorang

“Tulis laporan,” balas Annabella.

“Bukan itu yang aku maksudkan.”
Annabella mengalihkan pandangan dari buku kepada wajah Eidan yang sedang bersandar pada sebatang pokok sambil berpeluk tubuh. Sejak bila dia berada di sini?

“Pengetua Erald bagi aku tawaran jadi jurulatih kepada Heroic Knight. Tambahan lagi, aku tidak ada buat apa sekarang ini jadi aku terima dan...”

“Dan?”

“I have some reason to come here.” Annabella senyum.

“You’re such cunning girl.”

“Salah ke? Kalau aku datang tiap-tiap minggu semata-mata mahu jumpa kau, orang akan tahu.”

“They already know about us.”

“Tapi pelajar lain.”

“Biarlah.”

“You don’t understand...” Kata-kata Annabella mati apabila melihat Heroic Knight yang lain dan Zen baru datang. Wajahnya diubah serius.

“Our first ranker and our trainer are dating,” kata Haziel dengan sengihan.

“Kamu semua lambat! Denda lari sekeliling akademi sepuluh kali!” kata Annabella dengan tegas.

“Apa?” jerit Haziel dan Hariel serentak.

“Tambah sepuluh pusingan. Mula sekarang!”

“Ini semua salah kau,” marah Serena.
Dia menunding jari ke arah Haziel.
Mereka memulakan larian bersama keluhan yang dilepaskan. Hanya Eidan sahaja yang masih berdiri di situ tanpa ada tanda-tanda menyertai yang lain. Dia datang awal, kan?

“Kau buat apa tercegat di sini lagi?” tanya Annabella.

“Aku perlu didenda juga?” Eidan menunding jari pada diri sendiri.

“Untuk kau, aku tambah lima pusingan jadi 25 pusingan!” kata Annabella.

“Aku datang awal tapi kau masih denda aku  malah lebih berat,” bantah Eidan.

“Sepuluh pusingan kau gagal jadi ketua yang baik, sepuluh pusingan kau gagal ajar ahli tentang adab, lima pusingan kau berani mengurat jurulatih sendiri, dan lima pusingan kau lawan cakap aku. Jadi, 30 pusingan. Bermula sekarang!”

“Ini tak adil,” keluh Eidan. Dia mula membuka langkah untuk berlari mengelilingi akademi.

Dua jam kemudian, tujuh Heroic Knight sedang berehat di bawah pokok setelah penat berlari mengelilingi akademi. Mereka hanya perlu menunggu Eidan sahaja menyelesaikan dendanya. Selepas itu, mereka akan memulakan latihan untuk hari ni. Dalam masa yang sama, mereka kesian melihat Eidan yang terpaksa lari sebanyak 30 pusingan.

“Aku ingat Eidan tidak akan dikenakan denda. Rupa-rupanya lebih teruk dari kita,” kata Haziel dengan nada berbisik takut Annabella dengar.

“Kejam juga si Anna ni ye,”balas Hariel dengan nada berbisik seperti kembarnya.

“Kau berdua tolong senyap. Kalau Anna dengar, kita akan didenda lagi!” kata Serena berbaur amaran.

“I didn’t mind she ask to do it once again,” kata Frielan dengan tenang. Cermin matanya ditolak ke atas.

“Kau buatlah seorang diri. Aku sudah letih,” balas Haziel.

“Tamat berehat! Kita sambung untuk latihan yang seterusnya,” beritahu Annabella. Heroic Knight bangun berkumpul.

Phewit!!!

Annabella bersiul panjang. Tidak lama kemudian, dari jauh muncul seekor kuda putih yang sedang berlari ke arah mereka. Ethion mengelilingi Annabella kerana gembira dapat berjumpa dengan tuannya sambil mengeluarkan bunyi meringkik.

“I’m glad to see you too. Today, I need your help. I want you to play with Heroic Knight,” kata Annabella. Dia menggosok kepala kuda putih tersebut.

Ethion menganggukkan kepalanya. Ekornya yang panjang berwarna putih itu bergerak-gerak.

“Okay, everyone! Ethion will help you to practice,” kata Annabella.

“Macam mana?” tanya Serena.

“Kejar Ethion sampai dapat. Orang yang pertama dapat mengejar Ethion akan mendapat markah yang tinggi,” balas Annabella.

“Lari lagi,” keluh Hariel dan Haziel serentak.

“Macam mana dengan Abang Eidan?” tanya Zen. Dia kesian melihat Eidan masih berlari.

“Biarkan dia. Kamu semua boleh bermula sekarang,” kata Annabella dengan tegas.

Mereka semua mengejar Ethion yang sudah jauh berlari. Untuk menentukan siapa yang dapat kejar Ethion, Annabella telah memasang satu medan magik pengesan pada badan Ethion. Jadi, dia boleh tahu siapa dapat Ethion terlebih dahulu.
Sambil menunggu mereka mengejar Ethion, Annabella berehat di bawah pokok yang rendang. Badannya disandarkan pada pokok untuk merehat. Kakinya dilunjurkan ke hadapan untuk merenggangkan otot kaki yang telah lama berdiri. Angin yang bertiup perlahan menyapa wajahnya buat dia rasa terbuai. Matanya semakin memberat dan kuyu. Hanya beberapa saat sahaja Annabella sudah terlelap.

Annabella mengalihkan badannya ke kanan untuk menyelesakan diri.
Bantal yang menjadi alas kepalanya agak lembut berbanding batang kayu. Eh? Bantal? Macam mana ada bantal?
Seingatnya dia tidur bersandar pada pokok. Matanya dibuka serta-merta.

Sebaik sahaja membuka mata, dia lihat wajah Eidan yang sedang nyenyak tidur dengan badan disandar pada batang pokok. Sebelah tangannya menutup matanya, sebelah lagi terletak elok pada rambut Annabella. Fahamlah Annabella sekarang yang dia tidur atas peha Eidan tadi. Tapi sejak bila?

Dia mahu mengejutkan Eidan dari tidur kerana kasihan. Lelaki itu mesti penat berlari mengelilingi akademi sebanyak 30 pusingan. Bukan jumlah yang sedikit kerana keluasan akademi seperti keluasan sepuluh padang bola sepak. Peluh pada baju yang dipakai Eidan masih tidak kering lagi.
Annabella cepat-cepat menutup mata dengan berpura-pura tidur apabila melihat Eidan bergerak-gerak.

Tangan yang menutup mata dialihkan. Matanya dipejam celik untuk mengusir sisa kantuk yang masih ada. Eidan yang telah sedar sepenuhnya melihat keadaan Annabella yang masih lena di atas pehanya. Rambut gadis itu dibelai dengan penuh rasa cinta. Selepas selesai mengelilingi akademi, dia lihat Annabella sedang lena di bawah pokok.

Pada mulanya dia mahu biarkan saja tapi dia rasa kesian melihat Annabella yang tidur dalam keadaan tidak selesa. Jadi, dia ubah posisi tidur gadis itu dengan menjadikan pehanya sebagai bantal. Senyuman jahat menghiasi wajahnya.

Tap!

“Auch... Sakitlah!” adu Annabella. Dia bangun sambil menggosok dahi yang sudah merah dijentik oleh Eidan. Siapa lagi? Takkan dahan pokok.

“Pura-pura tidur. Ingat aku tidak tahu? Peha aku sudah kebas tampung kepala kau yang berat seperti batu,” kata Eidan dengan selamba.

“Habis tu kenapa kau gatal sangat mahu jadi bantal aku?” balas Annabella geram. Suka hati dia kutuk kepalanya macam batu.

“Nanti orang kata aku tidak bertimbang rasa. Kekasih sendiri dibiarkan tidur merata.”
Annabella mencebik. Dia tidak termakan dengan kata-kata Eidan. Entah betul, entah menipu.

“Mana yang lain?”

“Rehat di bilik masing-masing,” balas Eidan.

“Apa? Latihan yang aku bagi pada kamu semua macam mana?” tanya Annabella. Nadanya berbaur kemarahan.

“Anna, sayang... Ianya telah tamat tiga jam yang lalu. Kau yang tidur mati.”
Kemarahan yang mula bangkit kian kendur. Dia meraup mukanya kerana tidak sedar latihan sudah tamat. Dia leka dengan tugas yang digalas sebagai seorang jurulatih.

“Kenapa kau tak pergi berehat?”

“Sedang berehat la ni. Kau buat apa semalam sampai tak cukup tidur?” tanya Eidan.

“Masalah Demons... Semalam kampung di Thrunland, daerah Thylirius diserang Demons yang masih tinggal semasa perang bulan lepas. Ramai juga yang tercedera malah terkorban pun ada. Aku tolong setakat mana yang mampu. Sedar-sedar sudah tengah malam sebab tu tidak cukup tidur,” beritahu Annabella.

“Jika mahu selamatkan orang sekalipun, kau perlulah jaga kesihatan. Kalau kau sakit, macam mana kau mahu menolong mereka?” nasihat Eidan.

“Aye, aye... My lord,” balas Annabella. Kepalanya disandarkan pada bahu Eidan.

“Pinjam bahu. Aku mahu tidur,” katanya. Dia memejamkan mata.

“Anna...”

“Hmmm...”

“Dua tahun sahaja lagi. Selepas itu, kita boleh cipta kenangan sebanyak mungkin bersama,” kata Eidan. Dia bermain dengan jari-jemari runcing milik Annabella.

“Sekarang tak boleh ke?”

“Kau mahu dipenggal kepala oleh abang kau?”

“Kita lari.”

“Macamlah abang kau tidak ada kaki mahu kejar.”

“Dua tahun... Bukan masa yang singkat tahu? Dalam masa dua tahun, macam-macam boleh jadi.”

“Contohnya?”

“Contohnya, aku kahwin dengan orang lain,” balas Annabella sambil ketawa.

“Siapa?” tanya Eidan dengan wajah kelat. Hatinya sudah terbit rasa cemburu.

“King Eidan. He’s a prince before that,” balas Annabella dengan sengihan.

“You really have intend to make me jealous, huh?” Wajah Eidan serius.
Annabella angkat bahu. Senyuman manis dihadiahkan khas untuk Eidan. Dia harap Eidan tidak akan marah dirinya manakala Eidan pula sedikit sebanyak cair melihat senyuman Annabella. Keluhan dilepaskan perlahan.

“Kenapa?” tanya Annabella.

“A king? I don’t deserve that title.”

“Why? You’re the only Prince of Astland. King Eden depend on you to continue his legacy. Why you say that words?”

“Remember what you say to me when I’m your captive?”

“What’s wrong with that?”

“Apa yang kau cakap itu semua betul. Aku hanya memegang gelarang sebagai Putera Mahkota semata-mata tetapi tidak mampu menolong rakyat untuk keluar dari kesusahan. Aku rasa tak...”

Tap!

“Aduh!” Eidan gosok dahinya yang dijentik oleh Annabella. Balas dendam ke apa?

“Yes, that’s for my revenge. Don't say that words. Who say you’re not help your people? Eidan... You’re the best student in academy. At the top of charts! Itu sudah cukup membuktikan kau telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. To be a king, you need wisdom, credibility, and fairness. You have all of that. I’m sure! My Prince Eidan will be a great ruler. Trust me! Not forget... You have your beloved beautiful queen who always be with you.” Annabella mengakhiri kata-katanya dengan pujian ditujukan pada dirinya.

Eidan senyum. Hatinya terasa lega apabila mendengar kata-kata Annabella. Apa yang penting Annabella akan berada di sisinya. Itu dia pasti walaupun hanya sementara. Dahinya bertemu dengan dahi Annabella.

“I’m glad you’re with me.”

“Me too.” Annabella senyum.

“Tidur! Kata mahu tidur tadi.” Eidan tarik kepala Annabella supaya disandarkan pada bahunya. Tangannya melingkar di bahu gadis itu.

“Baiklah...” Annabella memejamkan mata untuk menikmati saat bersama orang yang dia sayang sepenuh hati.

“Anna... Pretending not to love you was the hardest thing I ever done. Have a sweet dream, my love,” bisik Eidan. Rambut Annabella yang panjang mengurai dibelai penuh rasa cinta.


-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro