Bab 7: Welcome to Sylvania

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ANNABELLA membuka matanya perlahan-lahan apabila terkena pancaran sinar matahari. Matanya dipejamkan semula kerana silau. Dia menggeliatkan tubuhnya untuk merenggangkan urat dan otot badan. Dah pukul berapa ni? Malasnya bangun untuk pergi kerja hari ini. Dahinya berkerut apabila hidungnya tercium bau hapak bantal. Seingat aku... Baruminggu lepas aku basuh sarung bantal. Matanya terpejam dibuka.

“Aku berada di mana ni? Tempat apa ni? Aku diculik ke?” jerit Annabella.

Dia menyedari yang dia bukan berada di dalam rumahnya. Dia sudah bangun berdiri dari katil.
Dinding diperbuat daripada bata merah tanpa dicat. Bukan itu sahaja, malah terdapat pokok menjalar dari lubang udara. Satu-satunya punca sumber cahaya untuk menerangi bilik yang dihuninya. Sebuah katil bujang dan cermin sahaja yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Badannya ditilik melalui cermin. Baju kapas berwarna putih kekuningan. Bentuknya tidak seperti baju t-shirt yang selalu dipakainya. Saiznya pula dua puluh kali ganda dari badannya yang kurus.

“Aku pakai baju kepunyaan gajah ke?”

Seluar juga lebih besar dari saiznya. Tidak seperti jeans, tidak seperti legging, tak macam seluar trek... Ianya seperti kain sarung yang dijahit di tengah-tengah. Besar gedabak!

“What the hell-o? Ikat dengan tali je? Bahaya ni! Bahaya! Kalau tidak ikat kemas, memang hell-o kitty la jawabnya.” Annabella cuba mengikat kembali tali seluarnya.

“Eh? Tidak ada pintu? Apa ke bangang penjahat yang culik aku ni?” bebel Annabella seorang diri.

Kakinya melangkah ke arah muka pintu yang terbuka luas. Engsel pun tidak ada! Sah! Memang sah! Penjahat yang menculiknya ni bangang! Ah, tidak kisahlah! Apa yang penting dia boleh menyelamatkan diri. Annabella sudah bersedia untuk berlari keluar.

BUKK!

Annabella jatuh terlentang di atas lantai.

“Aduh! Sakitnya!” Dia mengadu kesakitan apabila tubuhnya seperti dihempap pada dinding yang keras. Dia bangun. Tangannya menyapu baju dan seluar yang terlekat habuk.

“Aik? Kenapa aku boleh berada di sini lagi? Bukan sepatutnya aku sudah keluar ke?”

Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik apabila dia masih berada di tempat yang sama. Dia mencuba sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama.

“Macam mana aku tidak boleh keluar sedangkan tidak ada pintu?” marah Annabella. Dia menyepak dengan kaki.

“Auch! Sakitnya kaki aku.” Dia sudah terjengket-jengket kerana kakinya yang sakit. Ibu jari kakinya digosok untuk menghilangkan kesakitan. Dia mendekati ruang yang terbuka luas itu. Jari manisnya mengetuk dagu bagai memikirkan sesuatu.

“Pada mata kasar aku, tidak ada apa-apa pun di depan ini. Tapi kenapa aku tidak boleh keluar dari sini? Kenapa kaki aku sakit bila sepak? Kenapa? Kenapa dan kenapa? Arghh!!! Tertekannya aku!”

Annabella melekapkan wajahnya pada dinding yang dikira lutsinar. Rasa seperti patung pantomin pun ada. Inilah yang dikatakan mata terlepas tetapi badan masih terkurung. Dia memerhati kalau-kalau ada orang lalu boleh menolongnya.

“Seseorang! Tolong saya!” jeritnya.
Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki memakai mantel dengan pakaian yang agak pelik sambil memegang sejenis alat seperti tombak yang diperbuat daripada besi datang menghampirinya.

“Awak ni penjahat yang culik saya ke?” tanya Annabella apabila lelaki tersebut berdiri di hadapannya. Tetapi soalannya tidak dijawab oleh lelaki itu.

Dia nampak mulut lelaki itu terkumat-kamit membaca sesuatu yang dia tidak faham dan dengar. Muncul satu bulatan merah di dalam bilik yang dihuni oleh Annabella.

“Berdiri di dalam medan magik tu,” arah lelaki itu.

Annabella mengikut arahan lelaki itu tanpa banyak soalan. Dia berdiri di tengah-tengah medan tersebut. Dalam sekelip mata sahaja dia sudah berada di luar bilik.

“Teleportasi! Hebat! Boleh buat sekali lagi tak?” pinta Annabella dengan wajah teruja.

“Ikut saya,” kata lelaki itu tanpa perasaan.

Annabella mencebik. Langkah diatur mengikuti lelaki itu. Dia sempat melihat kawasan yang menjadi tempat dia dikurung. Ada banyak lagi bilik berada di situ. Orang yang menghuni di bilik tersebut tidak ramai. Boleh dikira dengan jari. Tempat ni macam...

“Apa nama tempat ni?” tanya Annabella.

“Penjara!”

“Apa? Jadi, saya dipenjara? Apa salah saya sampai saya masuk penjara? Saya tidak buat apa-apa pun!” bentak Annabella.

“Kamu akan tahu nanti.”

Mereka melalui satu lorong yang besar dan lebar. Bekas kaca yang mengandungi api terapung di udara untuk menerangi jalan tersebut. Annabella kagum melihatnya.

“Kita sudah sampai,” beritahu lelaki. Mereka sampai di hadapan sebuah pintu yang besar.

Annabella mendongak ke atas untuk mengukur setinggi mana pintu tersebut. Lebih tinggi dari Statue of Liberty. Dia membuat andaian sendiri. Pintu besar itu terbuka luas. Lelaki yang mengiringinya menolak tubuhnya supaya melangkah masuk ke dalam.

“Baiklah, saya masuk! Tak perlu tolak saya!” marah Annabella.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam, pintu besar itu tertutup dengan sendiri. Hampir ternganga dia melihat keadaan bilik tersebut. Sebuah chandeliar dihiasi batu permata terletak di tengah-tengah ruang tersebut. Ukiran pada dinding diperbuat dengan serbuk emas dan perak. Matanya tidak lepas memandang keadaan bilik tersebut tanpa menghiraukan mata-mata yang melihatnya. Dia sedang bermimpi lagi ke?

“Selamat datang ke Sylvania,” ucap satu suara yang sangat merdu di pendengaran Annabella.

Annabella pula tercari-cari suara itu datang dari mana. Hanya dia sahaja yang berada di situ.

“Up here.”

Dia mendongakkan kepala ke atas. Annabella dapat melihat empat orang yang sedang duduk di atas kerusi. Keadaan ruang ini seperti mahkamah tetapi sangat berlainan dengan apa yang dia lihat. Dia nampak seorang wanita yang sangat anggun tersenyum manis ke arahnya. Senyuman wanita itu dibalasnya.
Pintu besar terbuka sekali lagi. Andrew dan seorang wanita melangkah masuk ke dalam. Mereka menundukkan badansedikit ke arah empat orang di atas sana sebagai tanda hormat.

“Apa alasan kamu, Kesatria Elit Andrew?” tanya seorang lelaki. Dia kelihatan bengis dengan misai dan jambang tumbuh di wajahnya.

“Dia dalam bahaya. Jadi, saya harus selamatkan dia, Lord Brandon,” balas Andrew.

“Kamu tahu akibatnya, kan?” Kali ni seorang lelaki muda sebaya Andrew bersuara. Lelaki itu mempunyai rambut blonde muda, bermata hijau muda serta mempunyai sepasang telinga yang agak runcing.

“Ya, sudah tentu.”

“Jadi, kenapa kamu bawa dia ke sini sedangkan kamu tahu peraturannya?”

“Sebab saya, dia tercedera.”

“Jawapan kamu tidak boleh diterima. Dia perlu dia dibunuh. Jika tidak, dia akan menjadi satu ancaman kepada dunia kita,” putus Lord Brandon.

“Tapi dia hanya budak yang tidak tahu apa-apa, Brandon! Kasihanilah dia!” Wanita anggun membantah keputusan Lord Brandon tadi.

“Walaupun dia manusia yang tidak bersalah, dia perlu dihapuskan, Veronica. Peraturan tetap peraturan.” Lord Brandon bersuara tegas.

“Saya setuju dengan Brandon” Seorang lelaki dewasa yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara.

“Astal! Kamu juga setuju dengan Brandon? Ini tidak adil bagi dia,” ujar Lady Veronica. Dia kecewa dengan ahlinya yang lain.

“Dia ada alasan, Veronica.”

“Tapi Lord Astal,  proses penyembuhannya semasa dirawat di House of Healing sangat memeranjatkan. Luka pada badannya sembuh dalam masa dua hari. Jika manusia biasa, mereka tidak mampu bertahan lama,” kata lelaki muda di dalam kalangan mereka berempat.

“Erlen... Ianya bukan satu keajaiban tapi hanya nasib,” balas Lord Astal.

“Andrew, kau patut bagitahu perkara yang sebenar. Ianya tidak berlaku seperti yang kau jangka. Erlen tidak mampu memujuk ahli Majlis Perwakilan yang lain," bisik Erena di sebelah Andrew.

“Aku percaya pada Erlen. Dia kawan aku.”

“Saya sudah buat keputusan, Lord Andrew Cranel. Bunuh dia atau dia akan habiskan masa seumur hidupnya dalam penjata,” putus Lord Astal.

“Tapi...”

“Tunggu, tunggu... Kamu semua sedang bercakap tentang saya ke? Tolong bagitahu apa yang telah terjadi sebab saya masih bingung. Katakanlah ini adalah mimpi,” sampuk Annabella yang sudah tidak tahan dengan situasi itu.

“Apa nama kamu?” tanya Lady Veronica.

Annabella mengerutkan dahi. Lain yang ditanya. Soalan lain yang dibalasnya. “Nama saya Annabella.”

“Annabella, kamu sekarang berada di Sylvania. Sebuah dunia magik mungkin bagi kamu ini hanya fantasi tapi hakikatnya ianya realiti. Kamu tidak bermimpi,” terang Lady Veronica.

“Bagaimana kamu boleh melihat kami?” tanya Lord Astal.

“Err... Ianya bermula pada petang yang aman dan damai. Tiba-tiba saya diserang oleh serigala jadian.”

“Ianya Demon.” Andrew membetulkan kata Annabella.

“Apa-apa sajalah... Selepas itu dia datang selamatkan saya dengan pakaian yang pelik. Sekarang ni pun pakai pakaian yang pelik. Dia cakap pasal Pennsylvania.”

“Sylvania.” Sekali lagi Andrew membetulkan kata-kata Annabella.

“Ya, Sylvania. Pada mulanya, saya ingatkan yang dia tu hantu yang tidak tenteram. Tapi, satu malam tu...”

“Demon serang saya. Pada masa yang sama, dia ada di tempat kejadian,” sambung Andrew.

Annabella mendengus apabila Andrew menyampuk ceritanya. Tambahan lagi, cerita itu telah diubahsuai.

“Cerita yang sebenar?”

“Ya, Lord Astal,” balas Andrew yakin.

“Baiklah... Kita sambung esok.” Setelah itu, ahli Majlis Perwakilan berlalu dari situ.

“Itu saja? Habis saya ni macam mana?” tanya Annabella ingin tahu.
Andrew mendekati Annabella sebelum pengawal membawa gadis itu pergi.

“Saya akan selamatkan Kamu. Percaya pada saya.”

“Macam mana saya nak percaya pada orang pelik macam aw... Auch!!! Sakit tahu tak?” marah Annabella apabila dahinya dijentik oleh Andrew.

“Jika kamu cakap seperti itu lagi, bersiap sedia habiskan masa di dalam penjara seumur hidup.”

“Baiklah!” Annabella terus melangkah keluar mengikuti pengawal yang mengiringinya.

“Kenapa kau tidak bagitahu hal yang sebenar?” tanya Erena.

“Ianya bukan masa yang sesuai.”

“Lord Andrew Cranel, Lord Astal mahu berjumpa,” lapor seorang pengawal.

“Dia sudah tahu,” ujar Erena.

“Aku pun perasan tentang tu.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro