7-He Is Kinda Nice

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dan, mana wife kamu?". Papa bertanya sewaktu kitorang semua duduk di meja sambil minum petang.

"Tidur kat atas".

"Pergilah kejut. Ajak dia turun makan sekali".

"Okay".

end pt.2

bunga point of view:

Aku terbangun di dalam sebuah bilik yang tak familiar dengan ingatan aku (?). Sebuah bilik berdinding kelabu.

Aku terbangun dan menyedari diri ku terbaring di atas sebuah katil bercadar biru tua.

Aku melihat tudung dan anak tudung ku digantung pada penyangkut baju yang ada di tepi sebuah almari yang agak besar itu. Bukan agak besar, tapi memang besar.

Bilik Daniel ke?

Pintu bilik tiba-tiba dibuka memunculkan Daniel.

"Dah bangun? Jom turun minum petang". Dia duduk di birai katil.

"Dah petang?".

Dia mengangguk.

"Takpela. Nak ulangkaji sikit. Mana buku-buku saya, tadi?".

"Kat dalam kereta. Jomla, turun makan dulu, nanti boleh ambik buku sekali".

"Hm, okay".

Aku mengikat rambut ku dengan ikatan ponytail dan membaiki sedikit hoodie ku untuk turun minum petang bersama mertua ku. Erk, awkward siket nk sebut perkataan 'mertua' tu.

"Eh kenapa awak tak turun lagi?". Aku bertanya kepada Daniel tatkala melihat dia masih lagi duduk di birai katil itu.

"You okay?".

"Okay lah, kenapa?".

"Me and Amelia-".

I cut him off,

"No need to explain Daniel. You have told me earlier about this".

Aku lalu meninggalkannya seorang diri dan turun ke bawah.

...

"Menantu mama".

"Mama, papa". Aku menyapa kedua orang tua itu.

"Daniel mana? Hilang pulak?". Papa bertanya.

"Kat atas. Bunga nak pergi ambik buku kejap dalam kereta".

"Ha, pergilah".

Aku berjalan keluar daripada rumah untuk ke garaj, tempat di mana kereta Mustang bewarna hitam kepunyaannya diparkir.

Aku cuba untuk membuka pintu. Namun, ianya terkunci.

Mestilah dia kunci kan?
Haih, kena panggil lah ni?

"Daniel! Nak kunci!".

"Hey, no need to shout. I'm right here".

Mak ai! Terkejut aku.

Dia tiba-tiba je ade kat belakang aku.

"Bukak ni".

"Ni?". Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu tempat duduk belakang keretanya itu.

"Haah, cepatlah".

"Hm, kiss dulu?".

Gila erh?
Ke tak dapat kiss dari gf die tadi?

"Cepatla, Daniel".

"Kalau tak nak kiss, ambik lah kunci ni sendiri".

Dia memegang kuncinya dan menggoyang-goyangkannya di udara pada ketinggian yang sama dengan ketinggiannya.

"Daniel, tak sampai la". Aku melompat-lompat, cuba mengambil kunci itu.

"Cute la kau ni. Pendek, kan?".

"Daniel...". I'm whining.

"Kiss la, kat pipi". Dia menekan-nekan pipinya.

Dah! Malas aku!

"Ish! Takpela".

Baru sahaja aku ingin pergi daripada situ, dia menarik tangan ku.

"Okay-okay, aku bukak". Dia lalu menekan butang untuk membuka kunci yang ada di kunci keretanya itu.

Cepat-cepat aku ambil buku-buku yang ada di dalam sebuah beg plastik itu.

"Daniel. Saya tahu saya pendek, don't do this again. Tahu tak penat jadi pendek bila ada orang tinggi kat sebelah?".

"Ala, sorry okay?".

Dia menggosok-gosok kepala ku.

Eh eh, tetibe pulak pipi ni nak merah.
Tetibe pulak hati ni gementar.
Apahal?

"Take off you hand". Aku 'membuang' tangannya daripada kepala ku.

"Now, give me kiss, sini". Sekali kali, dia menekan-nekan pipinya.

"Tak nak".

"Bunga...". Dia mengangkat keningnya.

Aku tahu apa yang dia maksudkan.

"Tak sampailah". Aku berdiri di hujung kaki ku.

Out of nowhere, dia memegang pinggang ku dan mengangkat badan kecil ku.

"Now kiss. Berat tau".

Chup!

I pecked his left cheek once.

"There you go, tak susah pon kan?".

"Susah".

I stomped my feet walking into the house.

He left some soft chuckles.

...

"Macam mana kahwin dengan Daniel, okay?". Soalan mama itu membuatkan aku hampir tersedak air kopi aku.

"Julia. Tengok tu, nasib baik tak tersedak dia".

"Sayang okey?". Dia menepuk perlahan belakang badan ku.

'Sayang'?
Makin nak tersedak aku.

"Okey. Oh, Daniel. Daniel okay je. Entahlah baru sehari jadi wife dia".

"Eh kamu ni, kenapa panggil 'Daniel'? Panggil lah 'abang'".

"Yela, sayang ni". Tangannya laju memeluk pinggang ku.

"Lepas lah". Aku merendahkan suara ku.

"Oke, jangan marah. Takut".

Sarkastik!

Aku melemparkan jelingan tajam ke arahnya.

...

Ruang tamu yang agak besar itu menjadi tempat aku untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Oh, and petang tadi aku minta izin ibu untuk tidur rumah mama selama seminggu. Tekalah kenapa? Siapa lagi suruh kalau bukan si Daniel tu. Yela, seorang isteri mana boleh lawan cakap suami. Berdosa.

Daniel, Daniel, Daniel.
Ye, aku tahu. Aku pon penat cakap pasal dia.

Barang-barang aku semua aku dah ambik. Actually, takla semua. Sesetengah je.

Adik-adik? Tak yah cakap la. Semua nangis tadi. Tapi aku cakap, aku tinggal seminggu je dekat rumah mama. And agaknya, diorang dah okay sikit kot sekarang.

"Kenapa tak buat kerja dalam bilik kerja aku?".

Sehari kalau tak terkejutkan orang, tak sah erh?

"Malas. Nanti ganggu awak pulak. Awak kan siapkan dokumen untuk pergi meeting syarikat minggu depan".

"And in order to do that, i must watch my wife's face".

"Facetime je dengan Amelia. Takpon dengan gf awak yang lain, okay?".

Dia terdiam di situ.

Aku meneruskan kerja-kerja ku dengan menulis semua isi yang diperlukan untuk membuat tugasan karangan yang diberikan oleh guru ku itu.

"Nanti dah siap, boleh buatkan aku hot chocolate? Hantar dalam bilik kerja".

"Hm".

Dia lalu melangkahkan kakinya ke arah bilik kerjanya yang berada di tingkat 3 rumah itu. Tingkat paling atas.

...

Milo, susu and...
Ha, air panas!

Aku cuba untuk menekan butang 'hot' di water cooler itu tetapi air panasnya tidak keluar.

Aku tekan lagi and tekan lagi.

Tiba-tiba air panas itu memancur keluar dengan agak banyak menyebabkan tangan ku tidak sempat mengelak dan terkena air yang bersuhu tinggi itu.

"Aduh!".

Aku terus mengalirkan air sejuk ke atas tempat yang melecur tadi.

Dengan keadaam begitu, aku masih boleh membuat hot chocolate permintaan Daniel itu.

Setelah siap, aku berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat 3.

...

Pintu bilik diketuk.

" Masuklah".

Sewaktu memasuki bilik itu, aku terpesona dengan hiasan dalamannya.

Ala-ala hiasan dalaman bilik kerja heroin dalam kdrama Its Okay to Not Be Okay. Mulut ku hampir ternganga.

Langkah ku terhenti di hadapan meja kerjanya. Melihat dia yang sedang tekun menyiapkan kertas kerjanya itu.

"Nah".

"Thank-".

Dia tiba-tiba terdiam di saat pandnagannya tertumpu kepada tangan kanan ku yang melecur itu.

"Kenapa tu?". Dingin suaranya.

"Kena air panas tadi".

He massaged his temple.

"And you still make this for me?".

"Mestilah, kan awak yang mintak".

"Tunggu sini".

...

"Duduk". Dia kembali dengan first aid kit dan mengarahkan aku untuk duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu.

Dia mula merawat tangan ku yang sudah kemerahan itu.

"Tsst, sakitlah".

"Tahan lah. Kan dah cakap, jangan cuai. Nanti-".

Aku memotong kata-katanya,

"Nanti mama marah awak? Jangan risau, mama tak tahu pon".

"Bukan".

"Dahtu?".

"Kau kan isteri aku. Nanti kalau jadi apa-apa? Sape susah? Aku jugak kan?".

...

Setelah beberapa minit, aku melihat tangan ku sudah siap berbalut dengan kain balutan (?).

"Dah".

"Thanks".

"Ni macam mana nak pergi sekolah esok? I mean, nak menulis, macam mana?".

Aku mengangkat bahu ku beberapa kali.

"Dah la, pergi tidur. Aku nak buat kerja lagi sikit ni".

"Kat mana?".

"Bilik aku la".

"Se-sekali?".

"Yela, sekali. Kau nak suruh mama ngan papa marah, kita tak tidur sekali?".

"Hm, okay".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro