19- Serabut

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ASSALAMUALAIKUM". Laung seseorang daripada luar rumah milik Jibril itu. Eh, jap. Bukan seseorang tapi... sekelompok manusia.

"Abang, Ibu Yati dah sampai tu kut". Afra cuba untuk memanggil tuan punya rumah yang masih duduk bertapa dalam bilik air itu. Buat apa? Ha tanya la dia sendiri. Malas nak jaga tepi kain orang MUAHAHAHAHA.

"Sayang tolong bukakan pintu boleh? Abang sakit perut ni". Lah, patut la lama semacam je. Tengah membuang rupanya.

"Okay!".

Laju sahaja kaki Afra melangkah keluar daripada bilik mereka lalu menuruni tangga untuk membuka pintu, mengalu-alukan kedatangan keluarga kecil itu. Untuk pengetahuan semua, Ibu Yati atau nama sebenarnya Hayati datang bersama suaminya, Encik Harun dan anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun bernama Zulaikha. Hajatnya mereka bertiga datang ke sini ingin melawat pengantin tak berapa nak baru ni.

"Eh, Afra. Ada kat sini rupanya". Huh? Pernyataan jenis apakah itu? Kat mana lagi Afra nak duduk kalau bukan di sisi suaminya? Di rumah Jibril. Pelik sungguh kata-kata Ibu Yati yang satu ini.

"Haah. Masuklah Ibu Yati". Afra menggamit keluarga kecil itu untuk masuk. Senyuman paling manis dilemparkan kepada ketiga-tiga ahli keluarga itu. Ibu Yati dan Encik Harun membalas senyuman itu dengan segaris senyuman tipis. Haih, tipis je? Kenapa ni? Tak suka Afra ke? Budak kecil bernama Zulaikha tu pula hanya beriak wajah mendatar.

'Diorang tak suka aku ke?'. Fikir Afra sendiri.

Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya seraya tangannya mencapai daun pintu besar itu lalu dikatup rapat. Nanti kang ada jembalang masuk!

"Awalnya Ibu Yati sampai?". Kata Jibril sedikit berbaur soalan sambil menuruni tangga rumah itu. Tangan kanannya sibuk menyentuh-nyentuh kawasan perutnya. Masih sakitkah dia? Risau pula Afra dibuatnya. Wanita yang kini duduk bersama-sama keluarga Ibu Yati di sofa ruang tamu itu berkerut muka memandang suaminya itu.

'Abang okay?'. Mulutnya digerakkan. Berharap agar dapat dibaca oleh si suami.

Kepala suaminya digeleng perlahan.

"Haah, ibu sampai pukul 6 pagi tadi. Terus lah sewa hotel dekat bandar tu ha. Ini yang cepat-cepat datang ni, kalau tak, tak sempat lah nak jumpa pengantin baru ni kan?". Kata Ibu Yati sambil matanya melirik ke arah Afra dan Jibril bersilih ganti. Peha Afra yang sedang duduk di sebelahnya itu ditepuk lembut.

" Eh kenapa pula? Ed ada je ni ha dekat rumah". Balas Jibril pula.

"Tak pergi kerja ke Edirne oii?". Seru Encik Harun pula.

"Eh, astagfirullah. Lupa pula. Patut la ibu dengan ayah datang awal sangat". Nama panggilan itu memang sudah terbiasa bermain di bibir Jibril tatkala berkata-kata dengan pasangan tua itu kerana mereka terlalu rapat. Puan Hayati merupakan adik kepada Encik Hayat, ayah kepada Jibril.

"Boleh pulak abang Ed lupa". Zulaikha ketawa kecil. Barulah pandai dia ni bersuara. Sedari tadi, sebelum Jibril muncul, diam sahaja dengan wajah masam mencukanya!

"Biasalah dah tua-tua ni". Jibril kemudiannya mengambil tempat duduk di hadapan Afra. Tepat sekali di samping Encik Harun setelah menyalami kedua-dua orang tua itu sebagai tanda hormat.

"Kerja pukul berapa, Ed?". Tanya Encik Harun.

"Pukul 8 nanti masuk. Sebab pukul 8.30 dah start kelas. Afra pun ni ha pergi kolej juga pukul 8.00 nanti".

"Sempat melawat sekejap je la ni? Sekarang pun dah pukul 7.30". Ujar Ibu Yati.

Siapa suruh datang rumah orang pagi-pagi buta ni? Esok ada lagi kan? Petang ni ke.

"Takpe, nanti malam datang lah lagi". Jibril tersenyum manis.

"Afra, macam mana?". Tanya Ibu Yati tiba-tiba.

Aik? Macam mana apa? Soalan tak habis tu. Takde konteks tu. Macam mana Afra nak jawab kalau macam tu. Payah ni payah.

"Macam mana apa tu, Ibu Yati?". Soalan dibalas soalan oleh Afra. Yela, dah tak faham kan.

"Dah ada isi?". Amboi makcik! Straight sangat ni? Berlapik lah sikit at least! Hampir sahaja Afra tersedak air liur mendengar soalan itu. Jibril pula hampir-hampir je nak terkeluar biji mata. Terkejut lah juga mereka, pagi-pagi dah tanya soalan macam ni. Dekat rumah orang pula tu. Tak rasa pelik ke?

"Belum lagi Ibu Yati". Afra hanya tersenyum segaris.

Macam mana nak ada 'isi', Jibril belum pernah sekalipun menyentuhnya sejak mereka berkahwin. Kini sudah nak masuk 3 bulan. Mungkin lelaki itu takut Afra tidak selesa jika dia meminta atau lelaki itu berasa malu untuk meminta? Entah la nok. Mak pun tak tahu.

"Cepat sikit ada isi tu. Nanti boleh lah mama kamu merasa ada cucu. Kan abang kan?". Ibu Yati ketawa kecil diselangi anggukan daripada suaminya.

"Insyaallah, nanti kami usahakan". Kekok. Itu yang Jibril rasakan tika ini. Dia tak suka apabila topik ini diusulkan.

🐛

"ABANG...". Meleret-leret Afra memanggil Jibril yang sedang bersiap untuk pergi bekerja itu. Hm... Sesuatu sangat...

"Ye, sayang. Kenapa?". Sahut Jibril. Tak la jauh sangat kedudukan mereka. Afra kini sedang berada di hadapan pintu walk-in wardrobe mereka. Berjarak lebih kurang 3 meter sahaja daripada kedudukan Jibril.

Eh--

Ternyata tidak lagi. Afra mulai melangkahkan kakinya ke arah Jibril yang sedang membutangkan kemejanya itu. Apabila sampai sahaja di hadapan Jibril, Afra menolak sedikit tubuh lelaki itu sehingga merapat ke salah satu almari pakaian di dalam bilik itu dan tangannya menahan tangan Jibril daripada terus membutang kemeja biru itu.

Kelat terasa air liur Jibril yang ditelan. Dia takut dengan isteri kecilnya ini kalau dah masuk mod ulat bulu. Malu pun ada sebenarnya!

"Sayang... Kenapa ni?". Tegur Jibril. Hampir sahaja dia tergagap-gagap.

"'Nanti kami usahakan'. Bila nak usahanya?". Afra mengulang ayat Jibril yang dituturkan 30 minit lepas seraya bertanyakan soalan itu.

"Ha? Abang tak faham". Bukan tak faham, ni Jibril sengaja buat-buat tak faham. Takut punya pasal.

"Abang ni pemalu sangat la. Nak Naila mulakan dulu ya?". Jejari runcing Naila mulai membuka satu persatu butang baju yang sudah elok dikancing oleh Jibril sebentar tadi.

"Naila... Not now? Abang nak pergi kerja ni, sayang". Lembut sahaja Jibril berkata.

"Ala, abang cuti la harini".

"Please, sayang. Bukan sekarang ya?". Dengar sahaja 'rayuan' itu, terus Afra tayang muka cemberut lalu tangannya dilepaskan daripada baju Jibril. Tubuhnya juga dijauhkan daripada lelaki itu.

"Sayang?".

"Dah la, abang pergi la kerja sana". Mod Afra merajuk. Mana tak merajuknya, selalu aje kena tolak.

"Sayang, Im sorry".

"Abang nak tahu tak? Naila serabut bila orang tanya bila nak ada anak. Bila nak ada anak, bila nak ada anak. Dengan keadaan Naila macam ni, abang lagi yang selalu aje tolak ajakkan Naila. Naila stres bila semua orang tanya pasal anak. Ibu Yati, Zulaikha si kecik tu, kawan-kawan Naila. Sebab tulah Naila selalu goda abang. Tapi Naila faham, abang malu kut. So, Naila tak salahkan abang. Tapi Naila cuma makin stres bila orang tanya. Abang faham kan?". Akhirnya, Afra berterus-terang juga. Tak tahan juga dia apabila semua orang bermulut becok untuk bertanya tentang hal itu. Dia stres! Tambah pula dengan adanya trauma dia. Makin teruk penyakit mentalnya ini nanti.

" Sayang... ". Jibril cuba untuk memujuk isterinya namun...

"Takpela. Abang pergi lah kerja. Naila nak bersiap, nak pergi kelas". Tangan Jibril yang cuba untuk memegang lengannya itu ditolak perlahan.

"Naila, abang minta maaf". Yup, dia sedar itu juga silap dia. Pelik kan? Biasanya perempuan yang selalu tolak 'ajakkan' suami. Ini, suami yang tolak?

"Ya, Naila maafkan. Pergi lah bersiap sana, nanti abang lewat". Afra lalu keluar daripada bilik itu.

🐛

Hi!
I will end this story dekat bab 50 lebih macam tu.
Now, saya baru je tulis sampai bab 33.
Enjoy!





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro