38- Emiir Malique

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CUBA teka sekarang Afra ada dengan siapa dan dekat mana?

SALAH!

Afra sekarang tengah berada di dalam yang dipandu oleh Emiir. Mereka baru sahaja pulang daripada lapangan terbang (KLIA) setelah menghantar Jibril yang ingin berangkat ke Kedah selama seminggu itu. Yup, pada akhirnya Afra tetap juga tak ikut. Jibril bersetuju, cuma syaratnya isterinya itu perlu tinggal di rumah Puan Aliyah dan Encik Hayat a.k.a parents Jibril.

Sunyi sahaja suasana di dalam kereta ini pada mulanya. Sampailah si banyak cakap, Emiir itu membuka mulut.

"Afra nak makan tak? Jom, aku dengar ada restoran baru buka dekat Pavilion sana". Soal Emiir secara tiba-tiba. Usahanya untuk memecahkan kesunyian yang melanda. Dia faham, Afra sedikit janggal dengannya kerana mereka jarang berjumpa. So, why not kalau dia yang mulakan perbualan mereka kan? Tak la bosan sangat.

"Hmm, boleh jugak. Dia ada jual tomahawk steak tak? Sebab Afra rasa macam nak makan yang tu lah pula harini". Pinta Afra. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa nak makan hidangan itu. Mungkin terliur kerana ada iklan yang terlintas di jalan tadi kut.

"Ada lah kut. Sebab tu restoran western rasanya. Mustahil takde. Takpe, kalau takde pun... Kita pergi tempat lain. Jangan risau, harini aku belanja kau". Wah wah! Baik pula Emiir hairini ya? Ada apa-apa ke ni?

"Ala tak payah la. Susahkan Abang Emiir je. Lagipun tadi, suami kita dah bagi duit belanja hehe". Afra tersengih-sengih memandang Emiir. Teringat pula dia akan tindakan Jibril yang menyelukkan beberapa keping not RM100 dan sekeping kad kredit ke dalam poket baju Afra sebentar tadi.

"Takpe takpe. Harini aku belanja kau. Esok-esok, kau pula belanja aku. Okay tak macam tu?". Emiir mencuba untuk tawar-menawar. Dah namapun Emiir Malique, mana mahunya dia nak mengalah. Lagi pula, bab-bab belanja ni. Dia memang suka belanja orang. Jadi, kalau orang tu tolak... Sedikit sebanyak dia terasa hati lah. Dasar hati tisu!

" Okay, deal! Kalau macam tu Afra nak order yang mahal-mahal nanti. Selain daripada itu, Abang Emiir juga kena belanja Afra shopping! Sanggup ke?". Soal Afra dalam nada berseloroh. Gila ke kalau dia betul-betul nak pau abang ipar dia ni. Mahunya bankrup nanti.

" Boleh je. Come on la, aku banyak duit kut". Kening kanannya dijongket-jongketkan. Jangan main-main eh dengan Emiir. Kau minta apa-apa jela dengan dia, confirm 100% dia akan bagi. Emiir ni orang yang pemurah jenisnya. Asalkan benda tu tak memudaratkan, dia akan cuba untuk tunaikan segala permintaan orang di sekelilingnya.

He is a people pleaser.

Padahal Jibril dah pesan, jangan buat baik sangat dengan orang. Belum tentu lagi orang nak buat baik balik dengan kita. Tapi Emiir ni degil, bukannya nak dengar. Masuk telinga kanan, keluar ikut lubang hidung.

"Afra gurau je la Abang Emiir!".

"No, but seriously. I can do that. For my lovely adik ipar kesayangan hehe". Dia memandang Afra sekilas dan tersenyum manis.

"Really?".

"Yup".

"Tapi, Afra tertanya-tanya lah kan... Abang Emiir ni kerja apa? Sebabnya selain daripada duit Abang Emiir yang macam tak habis ni, Abang Emiir cuti ni lama juga eh? Bos tak marah ke?". Afra mengetuk-ngetuk dagunya. Tertanya-tanya juga dia kerana Emiir sudah berada di sini lebih kurang 2 minggu. Lama juga tu. Ada ke bos yang baik hati nak kasi pekerja dia cuti selama 2 minggu panjang itu? Rasanya takde kut. Melainkan...

" I am the boss".

"What? Seriously?!". Terkejut kera Afra dibuatnya.

"Iyaaa. Kenal tak syarikat pemprosesan makanan  Wonderful tu?". Soal Emiir secara tiba-tiba.

"Kenal lah! Afra ada juga melawat kilang dia dekat KL ni sebab nak buat apa entah haritu. Besar giler! And and and, dia ada 20 kilang seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak kan?".

"Yup. Half of it, eh no--i mean 3/4 of them. Almost like 15 of the factory, owned by me". Ucap Emiir bangga.

"Oh my god! Afra tak tahu pun sebelum ni". Afra menekup mulut, tidak percaya.

"Kau tak tanya tu kenapa?".

"Hehe takpe. Ni dah tahu dah. Eh tapi 15 je? Lagi 5 tu siapa yang punya? Abang Emiir bagi orang lain uruskan ke? Tak macam rugi ke? Tak takut kena khianat ke?".

Emiir ketawa kecil sebelum berkata, "Ed never told me that his wife loves to talk soooo much. The other 5? Owned by your husband. Dia rakan kongsi dalam perusahaan ni. Dia yang sama-sama bangunkan Wonderful ni dengan aku dulu. Tapi bila aku suruh dia uruskan, dia tolak. Katanya, nak kejar cita-cita dia sebagai pensyarah. Jadi, dia serahkan semuanya dekat aku. 15 kilang atas nama aku, 5 atas nama dia. He still gets the profit from them dho. Almost 5 hingga 6 angka setiap bulan". Ini merupakan fakta yang paling mengejutkan buat Afra. Sampai ternganga luas mulutnya. Tak boleh nak berkata-kata.

"Tutup mulut tu sikit. Nanti masuk lalat".

"I can't believe it".

"Nanti tanya la Ed. Anyway, sebab tu aku tak kisah nak belanja sesiapa apa-apa pun. Sebab aku banyak duit kut, come on. Bagi aku, dapat bahagiakan ahli keluarga aku boleh buat aku bahagia sekali. Happy. Lagipun, aku bukan ada isteri atau girlfriend pun kan?". Ala sedih lah pulak ayat terakhir Emiir tu. Takpe Em, ramai calon yang menanti ni.

" Ala, kesian Abang Emiir. Abang Emiir menang taknak kahwin atau takde calon?". Sungguh Afra mengasihani jejaka yang seorang ini. Dah agak tua pun belum kahwin lagi. Kesian...

"Of course lah nak. Takkan aku nak membujang sampai ke tua. Aku dah ada simpanan untuk kahwin walaupun belum ada calon".

"Wah wah! Untung bakal isteri Abang Emiir nanti".

"Yup. She does".

"Kenapa tak cari?".

"Dah jumpa".

"Sies la?". Afra sudah mulai teruja. Adakah Emiir akan menamatkan waktu bujangnya pada akhirnya? Mungkin ya!

"Haah. Tapi aku yang bengap ni lupa nak mintak nombor telefon dia, nama dia pun aku tak tahu". Emiir mengeluh kecil di akhir ayatnya.

"Alahhh baru je nak excited tadi. Abang Emiir jumpa dia dekat mana?".

"Dia nurse dekat hospital. Aku jumpa dia lepas melawat kau masa kau masuk hospital tu. Sekali tu je. Lepastu takde dah". Emiir tersenyum hambar. Teringat pula dia 'jodoh' sepintas lalunya itu.

"Cuba describe dia. Mana tahu Afra boleh tanya kawan-kawan Afra yang intern dekat sana ke. Kut kut la diorang kenal jodoh Abang Emiir tu".

"Hm... Dia lawa. Kulit dia sawo matang. Mata dia warna hitam and bulat giler and hidung dia mancung. Masa aku nampak dia tu, dia pakai bawal putih. Kemas aje". Dan mula lah Emiir nak tersenyum sendiri apabila teringatkan Cik Jodoh itu.

"Amboi. Detail eh?".

"Eh mesti. Aku ingat semua benda tau".

"Kalau macam tu... Nanti Afra tolong carikan hehe. Im a talented 'FBI agent' tau!". Ujarnya bangga.

"Baik bos!".

"Yang penting Abang Emiir kena belanja makan selalu!". Time to pau Emiir Malique!

"Boleh bos!".

🐛

Emiir Malique is rich rich but he is single :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro