4- Prince & His Princess

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUKAN apa lah kan, tapi kalau dah berejam menunggu, nak marah la jugak ni Afra ni.

Ceritanya... Dia dah siap dulu. Afra cantik memakai sehelai gaun berwarna lilac yang tak terlalu kembang dengan rambut yang disanggul dan dihias dengan reben berwarna putih. Anting-anting pula dia pilih yang simple sahaja. Macam dua biji mutiara gituew. TAPI SEKARANG NI, dia tengah tunggu suami dia yang daripada pukul 12.00 tengahari (sekarang pukul 12.45 tengahari) yang bersiap tak sudah-sudah tu. Apa lah jantan tu buat agaknya erk?

"EDIRNE JIBRIL BIN HAYAT! CEPAT LA SIKIT! DAH LAMA I TUNGGU!". Tak betah kerana terlalu lama menunggu di tangga rumah itu, Afra memekik, memanggil suaminya. Siap pakej dengan nama panjang sekali tu.

"Ya! I dah nak siap dah ni!". Jibril memekik balik daripada anak tangga yang paling atas sebelum dia perlahan-lahan turun menghampiri Afra yang duduk di anak tangga yang paling bawah sambil bertongkat dagu itu. Punya la penat tunggu Jibril.

"Naila, jom?". Jibril bersuara tatkala dia sudah sampai ke bawah sambil membaiki jam tangan kesayangannya itu.

Afra pusing sahaja kepalanya, maka terhidang dek mata seorang suami miliknya berpakaian satu set tuxedo putih lengkap dengan beberapa perhiasan yang menghiasi pakaiannya itu seperti seutas rantai pendek berwarna silver yang disangkut di butang pertama itu ke bahu blazer yang dipakainya itu. Ditambahkan lagi dengan kemeja lilac yang dihiasi bowtie berwarna hitam itu.

Cukup membuatkan Afra terpegun sampai berkerut dahi. Eh--?

"Yup, kita matching. Tak payah buat muka terkejut sangat". Tanpa memandang Afra, Jibril berkata sedemikian.

"Macam mana boleh--".

"I mana tahu. You yang pilihkan baju I semalam. Oh and, bila I cakap I nak pakai warna lilac, you tak bantah pun cakap yang you pakai lilac juga". Panjang pula menjawabnya. Biar lengkap! 10 markah!

"Kalau I bantah pun, you nak dengar ke? Edirne Jibril kan pantang kalau orang ubah keputusan dia". Afra jeling dia sekilas. Berani eh kau, Afra?

"Banyak bunyi la". Tiga perkataan itu keluar daripada mulutnya sebelum dia pergi ke luar rumah, meninggalkan Afra sendirian di situ.

"Suka hati kau la, Jibril".

🐛

"CUBA you behave sikit, Naila. Terjerit-jerit, terlompat-lompat daripada tadi". Jibril sudah cuba sedaya upaya untuk hanya menjeling dan tidak bersuara bagi menegur perangai isterinya yang terlalu hyperactive sesampainya mereka di majlis pertunangan kakak Ana itu.

Namun apakan daya, isterinya terlalu keanak-anakan, maka terpaksa lah dia membuka mulut juga. Sebelum sampai tadi Jibril sudah berjanji dengan Afra yang dia tak akan buka mulut dia yang suka complain itu, kalau tak Afra ugut nak balik jalan kaki.

"Kenapa? Im just being happy".

"Too happy sampai orang jeling kat you". Betul. Memang ada beberapa orang makcik yang menjeling Afra kerana kelakuannya itu.

Sebenarnya, dia takdela melompat atau menjerit pun. Cuma dia kelihatan terlebih excited je. Biasa lah orang yang sentiasa gembira ni, macam ni la perangainya.

Lagi satu, memang patut la Afra teruja gila-gila punya. Kenapa? Sebab decoration dewan hotel, tempat majlis pertunangan ni, cantik sangat kut! Sebiji mengikut tema. Dengan lampu-lampu, perhiasan dan makanan yang sebiji macam yang ada dalam fairytale yang kita biasa dengar. Semua orang yang hadir turut berpakaian sangat cantik dan menepati tema. Dah macam datang berkunjung ke Disneyland. Semua orang nampak menawan harini!

"Ala, biar la diorang. Ni nii, sebelum kita duduk, I ada soalan untuk you".

"Hm, apa?". Jibril bertanya sambil mata masih melilau mencari meja yang ada tag nama isterinya itu.

"Dalam banyak-banyak Disney princesses kan, you paling suka yang mana?". Random sangat soalan Afra ni. Hm...

"Rapunzel". Tanpa menunggu sesaat pun, Jibril laju sahaja menjawab.

"Lajunya... Kenapa you pilih Rapunzel?".

"Sebab warna baju dia seakan-akan warna baju you sekarang. Kalau you pakai kuning sekarang, I pilih Belle kut". Eh eh, pandai dah ye sekarang.

"Eleh, ingat sweet arh tu". Afra menyiku-nyiku lengan Jibril.

"Tak cakap pun. I bosan, sebab tu lah I cakap macam tu. Taknak pun buat pickupline kat you sebenarnya". Dan dia lalu duduk di kerusi yang ada di meja yang bertulis 'Mr. And Mrs. Edirne'.

Ceh!

Mati-mati Afra ingat, kawan kesayangan dia tu cetak nama dia untuk diletakkan di meja tersebut. Rupa-rupanya dia pergi cetak nama si suami. Sanggup kau membelakangi kawan mu, Ana! Dramatik je lebih ni.

"Balik pukul berapa ni?". Jibril bertanya.

"See? Belum apa-apa lagi, you dah macam bosan. Siapa suruh you ikut I?".

"'Macam'".

"Sebelum asar, kita balik la". Afra menjawab sambil matanya tertumpu ke arah pasangan bertunang itu. Sungguh menawan! Mereka kelihatan seperti pasangan Raja dan Permaisuri.

"Hajat I tercapai". Jibril tiba-tiba bersuara.

"Hajat apa?".

"Yang I nak jadi orang kedua yang paling perfect dekat majlis ni". Dia tersenyum lebar.

"Bangga lah ni?".

"Of course. And you cantik harini". Yang ini lagi random daripada soalan Disney princess Afra tadi. Jarang-jarang ya dapat dengar si Jibril ni puji Afra. Paling banyak, kutuk ada la. Puji tu jauh sekali. Tapi harini... ajaib ya?

"Terima kasih, tuan putera".

"Sama-sama, tuan puteri".

🐛

AND trynna guess what happened after they came back from the ceremony? Yup, masuk sahaja ke dalam kereta, terus si Jibril tu komen bermacam-macam tentang majlis yang dah terlalu dekat nak sentuh kata 'sempurna' itu.

Antara komen dia:

'Sistem pengudaraan dia tak baik. Ramai orang, sesak nafas I'.
'Air oren dia, ya Allah, manis sangat!'.
'I tak suka pavlova dia'.
'Sound dia bising sangat'.
'Takde goodies!'. (bukan takde goodies actually, cuma goodies harini hanya untuk kanak-kanak dan bukannya dewasa YANG BERUMUR 29 TAHUN).

Sekarang ni pun, dia masih tak berhenti membebel. Silap Afra lah selama ni yang menyangkakan Jibril ialah seorang yang pendiam dan tak gemar bercakap. Ya, dia tarik balik apa yang dia fikirkan masa awal-awal perkahwinan dulu.

"Jiji, dekat rumah la you sambung bebel. I malas nak dengar. Boleh kan?".

"Tak boleh".

"You bebel la sorang-sorang kalau macam tu. I nak tidur. Nanti dah sampai, you kejut". Memandangkan jarak hotel tempat majlis itu tadi lebih kurang 30 minit daripada rumah mereka, Afra memutuskan untuk melelapkan mata sebentar daripada terus menerus mendengar bebelan yang berfaedah daripada Jibril.

"Okay, you tidur la dulu. Nanti I kejut you". Jibril pasrah. Dia memang tak boleh nak buat apa dah kalau Afra nak tidur sebab dia takut Afra badmood dengan dia lepas bangun tidur nanti sebab kacau waktu dia tidur.

🐛

(i couldn't find the exact same clothing pics as i've described but macam ni la lebih kurang baju diorang hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro