43- It Hits

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEBULAN KEMUDIAN,

"Kau buat apa lagi dekat sini, perempuan?". Soal Jibril menggunakan suaranya yang agak tegas.

Sudah sebulan semenjak pemergian Eka dan Jibril masih lagi dalam amarahnya. Kebenciannya yang secara tiba-tiba terhadap Afra itu tidak menunjukan mana-mana tanda untuk padam. Dia akan tetap membenci wanita itu. Baginya Afra memang seorang perempuan yang malang. Baru sekarang dia faham kata-kata keluarga Puan Saleha.

"Ed. Duduk dulu boleh tak? Ini datang lepastu nak bergaduh. Apa pasal ni?". Encik Hayat menggunakan kuasa autoritinya sebagai seorang ayah membuatkan Jibril mendengus kasar.

"Aku tanya kau ni, kau buat apa lagi dekat sini?". Dia tarik kerusi di sebelah Afra dan mendekatkan wajahnya dengan wanita itu dan bertanya dengan sinis.

"Naila...".

"Afra masih lagi menantu mama. Dia berhak tinggal dekat sini. Afra sayang, mulai sekarang Afra tinggal dengan mama and papa ya? Nanti mama suruh Ekal tolong Pakcik Mat ambil barang Afra dekat rumah Ed, okay?". Puan Aliyah melakukan ini semua kerana dia tahu perlakuan Jibril ke atas Afra sangat lah tidak elok dalam tempoh sebulan ini. Jika Afra terus tinggal bersama Jibril di rumah itu, kesian la dekat Afra. Sudah la wanita itu mempunyai penyakit mental (bukan gila ya).

"Apa pulak pindah sini? Yang kau dah macam takde suami ni kenapa? Kau tu isteri aku! Buat keputusan tak minta izin, kau ingat berkat je?!". Jerkah Jibril kuat, di meja makan itu. Terhinjut bahu Afra dibuatnya. Ekal yang ada di situ turut terkejut dengan amarah abangnya yang tiba-tiba sahaja meletup itu.

" ED! Kawal suara. Ingat elok sangat lah tu menengking depan rezeki macam ni? Tengking isteri pula tu. Try to respect her, Edirne Jibril". Sekali lagi Encik Hayat bersuara. Menggunakan kuasa veto nya sebagai seorang ayah.

"And what did you call her, Ed? 'Isteri'? Isteri yang Ed layan macam sampah kan selama sebulan ni? ED PUKUL DIA KAN?! Ed jangan ingat mama tak tahu. Selama mama membesarkan Ed dan yang lain, mama tak pernah ajar anak-anak mama pukul orang terutama sekali wanita. What has gotten into your mind lately, Ed?". Puan Aliyah yang sudah mulai bangun daripada kerusi itu dikerling oleh Encik Hayat. Dia risau takut-takut tercetusnya pergaduhan anak beranak itu di sini.

" Mama tak sedih ke ma?". Selepas diam seketika, Jibril mengajukan soalan itu kepada ibu kandungnya.

"Mama tak sedih ke Eka pergi? Mama tahu kan yang perempuan ni beria ajak Emiir dengan Eka pergi pantai haritu. Kalau dia--".

"STOP IT, JIBRIL!". Jeritan Puan Aliyah beserta suara sebak dan air mata itu kembali membuatkan Jibril terdiam. Dia belum pernah melihat Puan Aliyah sampai sebegini rupa. Bahkan dekat hospital haritu pun tak sekuat ini suara tempikan mamanya.

"Stop. Just stop... Mama redha. Mama redha Eka Farhana pergi. Mama terima takdir. Mama tahu yang Allah lebih sayangkan Eka. Bukan salah Afra dalam situasi tu. Eka pergi sebab Allah dah panggil dia. Bukan Afra yang bunuh dia. Kalau Ed tak berhenti salahkan Afra, dan masih lagi nak ungkit benda ni. Macam mana nak terus redha? Macam mana mama tak nak sedih? Ed nak tengok mama sedih lagi ya?". Suaranya yang kuat menenking tadi semakin melembut.

Terus Jibril tolak kerusinya ke belakang dan ingin berlalu pergi sehingga lah langkahnya diberhentikan oleh suara Puan Aliyah; sekali lagi,

" She's pregnant". Tak sampai satu saat selepas ayat itu dituturkan, terus sahaja kepala Jibril dipusingkan. Anak matanya bergilir-gilir memandang Puan Aliyah dan Afra. Kelihatan Afra sudah sedia menunduk. Tangannya bermain-main dengan hujung bajunya.

"What are you talking about?".

"Afra sedang mengandungkan anak Ed". Ulang Puan Aliyah dalam konstruk ayat yang berbeza. Makin tercengang Jibril dibuatnya.

"Dasar lelaki dayus, tch". Ekal yang sedang menikmati hidangannya sedari tadi itu mulai berdecak secara tiba-tiba.

"What did you just say?". Jibril berjalan kembali mendekati meja makan itu untuk bertentang mata dengan Ekal. Adik nya.

"Oh, nothing. Aku cuma cakap yang KAU NI LELAKI DAYUS. Kau pukul isteri kau yang tengah mengandung anak kau kan? Kau caci dia. Kau hina dia. Kau tuduh dia bunuh Eka? Kau nak cabar siapa ni Ed? Kau nak cabar takdir Allah? Oh lepastu sekarang mama cakap yang Kak Afra mengandung, barulah kau nak buat-buat terkejut? Eh, pergi mampus la dengan perangai kau tu!". Ekal menghentakkan sudu dan garfu besinya ke atas meja kaca itu.

Dia mengaku, selama ini dia diam. Di hospital pada tempoh hari, dia tengok dengan mata kepala dia sendiri betapa teruknya Jibril melayani Afra. Beberapa hari lepas dia kadang-kadang menyaksikan sendiri betapa kerasnya pukulan Jibril terhadap Afra. Dia perasan yang terdapat lebam-lebam dan luka di sekitar lengan, kaki dan wajah Afra.

Tapi, kalini dia sudah tidak mampu untuk diam lagi.

"Ekal!". Encik Hayat menengking anak lelakinya yang dianggap berlaku kurang ajar terhadap abang sendiri itu.

"Kau sedar sesuatu tak Jibril? You once saved her from the world when she was unwanted by her own family. ONLY, to hurt her even more. Kau lagi kejam daripada orang yang pernah menyakiti dia sebelum ni. Kau bukan Abang Ed yang aku kenal. Kau. Bukan. Abang. Aku. Lagi". Dan Ekal berlalu daripada situ, meninggalkan Jibril yang terdiam seribu bahasa. Kata-kata Ekal betul-betul menyentap hatinya.

🐛

"KENAPA kau tak bagitahu aku?". Soalnya memecah kesunyian. Dia sekarang sedang bersandar di pintu bilik tidur isterinya itu dan melihat Afra mengemas barangnya.

"Naila baru je tahu". Jawab Afra tanpa sekali pun memandang Jibril.

"Bila?".

"Minggu lepas. Kandungan ni baru 3 minggu. Tak tahu macam mana doktor boleh kesan cepat sangat-".

"Bila kau dah bersalin, we will get a divorce". Kata-kata Jibril yang satu ini membuatkan dunia Afra berhenti seketika. Jantungnya juga umpama terhenti. Waktu seumpama mengeras di situ. Jarum jam seolah tidak bergerak. Kakinya mengeras di tempat duduknya.

"Ap--".

"Aku dah tak boleh hidup macam ni, Naila. Aku tak boleh terima kenyataan, aku akui tu. Aku akan selalu salahkan kau kematian Eka. Aku tak boleh maafkan kau, Naila. Kau masih nak hidup dengan situasi macam ni?".

Afra terdiam.

"Lepas kau bersalin, aku akan lepaskan kau. Aku takkan tuntut hak penjagaan anak sebab aku rasa kau lebih layak. Nafkah aku akan bagi, kau jangan risau. Maafkan aku". Dia berjalan menghampiri Afra. Perlahan-lahan sentuhan lembutnya naik mengenai pipi Afra.

She flinched.

Kepalanya kemudian diturunkan sedikit untuk menyamai kedudukannya dengan perut kempis Afra itu.

"Forgive me, baby". Jibril mencium kawasan perut itu.

Kemudian dia bangun lagi. Kalini matanya memandang tepat ke dalam mata Afra.

"Maafkan aku, Naila. Maafkan aku. Kau rasa aku takkan mampu redha dengan pemergian Eka selagi aku tengok muka kau. You hurted me even more. Im sorry". Jibril lalu berlalu pergi.

Terduduk Afra di situ.

Menangis.

Lagi.

"Apa salah saya dekat awak Jibril? Kenapa awak benci sangat dekat saya? Kenapa awak pun nak salahkan saya atas benda yang saya tak pernah buat? Saya tak bunuh Eka". Terhenjut-henjut bahunya kerana tangisan yang amat menyakitkan itu.

Dia tak pernah sangka yang masa ini akan mendatang. Masa di mana tiada lagi cinta dalam pandangan mata Jibril terhadap. Yang ada hanyalah...

Benci.

Benci semata-mata.

🐛

Unedited.
Hi!
Dah nak habis dah ni.
Cerita ni akan habis dekat chapter 50 and maybe ada satu epilog. Tunggu lah yaa....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro