48- "I Will Love You Unconditionally"

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ELICIA bangun di tidur malamnya tatkala mendengar ketukan di pintu biliknya. Siapa pulak yang datang tengah-tengah pagi buta ni?

Jam digital yang berada di sisi katilnya dikerling. Angka-angka berwarna merah itu jelas menunjukan 3:15. Sangat lah awal di pagi hari. Mungkin Allah nak kejut kan Elicia bangun tahajud agaknya.

Seminit lepastu, bunyi ketukan itu kedengaran lagi. Kalini berserta dengan suara.

"Kak El...". Suara perempuan itu berbunyi di sebelah pintu kayu tebal bilik itu. Suaranya lembut dan perlahan sahaja. Mungkin juga kerana ketebalan pintu itu yang membuatkan suara perempuan itu kedengaran samar-samar sahaja.

"Jap..". Elicia turun daripada katilnya dan terus menuju ke arah pintu. Daun pintu dibuka dan jelaslah terlihat Afra yang sedang berdiri tegak di hadapan biliknya itu. Dengan muka yang mengantuk dan eyebags berkilo di bahagian bawah matanya. Dengan serta-merta Elicia teringat akan kata-kata Jibril beberapa lepas.

"I know, she will report me to the police. Aku ada nak mintak bantuan kau sikit. Kau kena ingat semua details memandangkan kau kakak yang baik. Kalau aku betul-betul masuk jail nanti...".

"... pertama, Afra tak boleh tidur tanpa aku. Dia tak boleh tidur kalau takde orang dekat sebelah dia. Memandangkan kau sorang je adik beradik perempuan aku yang tinggal, kau tolong ya? Kalau dia datang, temankan dia sekajap eh?".

Seolah-olah sudah tahu yang dia bakal meninggalkan mereka semua, sempat Jibril menitipkan beberapa pesanan berkaitan isterinya. Hanya Allah sahaja tahu betapa luluhnya hati dia untuk meninggalkan isterinya pada waktu itu.

" Afra tak boleh tidur ke?". Soal Elicia dengan suara baru bangun tidurnya, mendapatkan anggukkan daripada isteri kecil adiknya itu membuatkan wanita berumur 30 tahun itu tersenyum kecil. Halah-halah, comel betul budak ni. Patut lah Jibril sayang.

"Nak tidur dengan akak ke?". Soal Elicia lagi.

"Takpela kak... Tapi...".

"Tapi?".

"Akak tahu tak kat mana baju Ed yang dia pakai siang tadi? Afra nak baju tu boleh? Afra rasa ada dekat akak kan?". Baju yang dimaksudkannya ialah kemeja putih yang sempat disarungkan oleh Jibril pagi tadi; sebelum dia ditangkap. Masa kena tangkap pun, dia masih pakai baju tu. Jadi mungkin balik sahaja daripada balai polis tadi, kemeja itu di pass kan kepada Elicia untuk dibawa pulang. Afra tak ikut tadi sebab dia jatuh pengsan akibat terlalu penat menangis.

"Haah, ada. Kejap tau, akak ambil". Elicia lalu meninggalkan Afra seorang diri di hadapan pintu itu untuk masuk semula ke dalam biliknya lalu mengambil kemeja putih yang masih berada di dalam sebuah ziplock bag besar. Ziplock bag itu diletakkan di tepi katilnya selepas pulang daripada balai polis tadi. Terlalu penat untuk terus humban ke dalam mesin basuh.

Beberapa saat kemudian, Elicia kembali menjengah di muka pintu. Bag itu dihulurkan kepada wanita comel yang setia menunggunya di situ.

"Terima kasih, Kak El". Afra tersenyum nipis.

"Sama-sama. Betul ni taknak akak temankan?".

"Betul... Afra bukannya budak-budak lagi. Ni mesti Ed yang pesan dekat akak kan?". Suaranya terdengar sedikit bergetar di ayat terakhirnya itu namun tetap sahaja dia tersenyum.

"Haah. Dia pesan macam-macam. Risau sangat dengan isteri comel dia ni. He's in love with you after all". Hidung mancung Afra itu dicuit sekilas oleh Elicia. Dia geram dengan budak ni! Padahal Afra bukannya budak dah. Sudahpun berumur 23 tahun hampir masuk ke umur 24 tahun. Dah tua dah.

"I know hihi. Okay lah, Afra masuk tidur dulu. Thanks again!". Afra kemudiannya memeluk tubuh Elicia membuatkan gadis itu sedikit terkejut namun sejurus selepas itu dia tersenyum manis. Rambut wanita mengandung di hadapannya itu diusap perlahan. Sekarang dia faham kenapa semua orang nyaman apabila dengan Afra. Kenapa semua orang sayang sangat dekat Afra.

Afra. Baginya wanita itu sangat kuat dan tabah. Baik. Comel. Manja. Semua lah!

"Your welcome".

🐛

KEMEJA putih itu dikeluarkan daripada plastik besar itu. Fabrik lembut itu disentuh perlahan-lahan. Dikeluarkan juga sehelai seluar slack berwarna biru gelap bersama sehelai kot dengan rona yang sama. Seutas jam tangan berjenama Casio. Sehelai tali leher. Dan di dalam paper bag lainnya dikeluarkan telefon pintar milik Jibril, cincin kahwin, dompet dan...

Sekeping gambar. Gambar kahwin dia dan Jibril yang berukuran kecil yang sudah di laminate. Gambar yang sama seperti yang Afra jumpai di dalam office Jibril--di kolej--beberapa bulan lepas.

Gambar ini yang selalu Jibril bawa bersama di dalam poketnya.

Gambar itu dipegang oleh Afra lalu dicium sekilas.

"Naila minta maaf, abang".

Half of her felt so relief because his brother's killer got caught but the other half of her was completely shattered because the killer was her own beloved husband.

Gambar itu ditelakkan ke dalam laci meja lampu kecil yang ada di samping katilnya lalu cincin kahwin lelaki itu pula diambilnya.

Cincin itu diputar-putarkan sehinggalah dia ternampak beberapa huruf di bahagian dalam cincin itu.

Milik A.N.Q

Huruf dan perkataan yang sama dengan cincin yang ada di bahagian dalam cincinnya.

Milik E.J

Patut la Jibril beria nak pilih sendiri cincin kahwin mereka dulu. Mula-mula Afra ingatkan sebab Jibril ni memang cerewet. Rupanya, dia nak cincin yang custom made. Cincin yang ada tulis-tulisan ini di bahagian dalamnya. Afra tahu akan hal ini pun setelah Elicia memberitahunya sewaktu dia dan Emiir bertemu dengan wanita itu beberapa hari lepas. Yup, Elicia lah 'someone' yang dimaksudkan Emiir haritu.

Cincin silver kosong itu kemudiannya disarungkan ke jari manis tangan kanannya. Betul-betul di atas cincin kahwin miliknya yang sudah sedia ada di jari itu.

"Naila pakai cincin abang ya?". Afra tersenyum pahit.

Barang-barang yang lain diletakkan ke tepi katil. Tinggal kemaja putih dan kot biru gelap itu sahaja yang tinggal. Kot itu disarungkan ke badannya, kemeja itu dipeluk olehnya. Lalu Afra terus berbaring. Selimut ditarik.

Nyaman.

Itu yang dirasakan olehnya sekarang. Bau badan Jibril yang masih melekat di kot dan kemeja itu membuatkan seolah-olah dia sedang tidur dipeluk oleh lelaki itu.

Lama-kelamaan, Afra mulai terbang ke alam mimpi.

🐛

"AFRA...". Panggil Puan Aliyah lembut. Niatnya ingin nengajak Afra sarapan dahulu. Kesian wanita itu, sejak daripada semalam tak makan. Lapar dia dan anaknya nanti.

"Hm?". Afra berpaling sekilas, menghadap ke meja makan berhampiran dapur itu.

Di situ kelihatan ada Puan Aliyah, Encik Hayat, Elicia dan Ekal. Emiir dikabarkan sudah pulang ke Perlis untuk menguruskan hal pertukaran pejabat utamanya ke Kuala Lumpur. Senang sikit nak jaga Afra nanti. Eh-?

Ya, Jibril juga sudah berpesan kepada Emiir untuk tolong tengok-tengokkan isterinya itu. Emiir yang sudah sememangnya berbesar hati untuk melakukan tugas itu terus membuatkan keputusan untuk bertukar tempat kerja walaupun sudah dilarang hebat oleh Afra. Kata wanita itu, dia terasa seperti menyusahkan Emiir pula. Tapi Emiir membidas dengan,

"Tak susah pun. Aku memang dah lama nak pindah sini. Senang sikit nak balik jenguk mama. Kalau dekat Perlis sana, susah".

Akhirnya, Afra akur sahaja.

"Jom sarapan dulu dengan semua. Mama dah masak nasi lemak ni". Ucap Puan Aliyah sambil tangannya ligat mencedok nasi ke dalam pinggan Encik Hayat.

"Jom la, kak. Rugi tau tak makan. Mama masak sedap". Pujuk Ekal pula. Ibu jari tangan kirinya diangkat tinggi ke atas. Tangan kanan sibuk menggaul nasi bersama sambal merah menyala itu.

"Okay". Afra tersenyum manis. Senyum itu kan sedekah. Kan?

Kakinya dihayunkan ke arah meja makan itu.

"Afra nak lauk apa? Mama ada masak sambal sotong, ayam goreng, kerang pun ada ni ha sebab budak Ekal ni nak makan. Dia ni hantu kerang! Telur mata pun ada". Tawar Puan Aliyah. Segala jenis lauk yang ada disebut olehnya.

"Duduk la, Afra. Duduk dekat sebelah Elicia tu". Pelawa Encik Hayat pula sejurus selepas menghirup teh panasnya. Mantap arh air teh dengan nasi lemak. Cenggini!

Melihat betapa baiknya layanan keluarga mertuanya ini terhadap dirinya, sedih pula rasanya. Dia baru sahaja membuatkan salah seorang daripada anak mereka ditangkap polis. Namun, mereka tetap sahaja berpelakuan baik kepada dirinya. Seolah tiada apa yang berlaku.

"Afra? Kenapa termenung?". Soal Encik Hayat setelah melihat Afra yang hanya berdiri statik memandang ke setiap satu ahli keluarganya itu.

"Terima kasih, mama. Papa. Kak El. Ekal. Terima kasih sangat-sangat". Ucap Afra secara tiba-tiba.

"Kenapa ni Afra? Afra okay tak ni?". Elicia memegang lembut lengan Afra yang sudahpun duduk kerusi di sampingnya itu.

"Terima kasih sebab dah layan Afra baik-baik. Even-".

"No. Mama taknak dengar pasal tu okay? You did the right thing, sweetheart. Walaupun Ed tu ahli keluarga kami, kami tak boleh nak pertahankan dia kalau tu dah jelas salah dia. Perbuatan kejam dia. But what we can do instead is, fulfill his wish". Puan Aliyah memotong kata-kata Afra dengan pantas. Dia taknak menantunya ingat lagi akan perkara itu.

"What wish?".

"Taking care of his little wife". Balas Ekal sambil tersengih-sengih. Baginya, Abang Ed nya itu sangat mencintai Afra. Sangat-sangat.

"Afra rindu dia?". Tanya Encik Hayat.

"Rindu. Sangat-sangat".

"Nak pergi jumpa dia nanti?".

Afra angguk sekilas.

🐛

Unedited.
Hi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro