15- Day 10, Capboy, Ex

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Day 10...

Sepuluh hari berlalu semenjak dia melafazkan janjinya untuk berubah. Sepuluh hari jugak lah dia melayan aku seperti isteri selayaknya.

Tapi aku?

Aku masih susah untuk mempercayai dia. Mungkin beberapa orang akan berfikir yang aku ni overrated but-, from the start till the end, i f*cking hate him. Dan aku bersumpah, aku takkan pernah jatuh cinta dengan dia.

...

Aku memulaka hari ku ini dengan melakukan sedikit kerja-kerja membersihkan rumah. Maklumlah, hujung minggu.

Eleh, kalau tak hujung minggu pon, aku tak buat apa-apa jugak.

Aku mengelap peluh-peluh yang mengalir di dahi ku ketika asyik mengemop lantai rumah yang tersangatlah luas itu. Penat dho! Lagi-lagi lah aku puasa ganti harini.

"Nah, air". Dia menghulurkan tumbler bersama straw bewarna pink ke hadapan ku.

"Saya puasa". Aku menjelingnya tajam sebelum menyambung kerja-kerja mengelap lantai ruang tamu itu.

"Lah, kenapa tak cakap? Meh sini, biar aku pulak mop". Dia meletakka tumbler itu ke atas meja kopi di situ dan merampas batang mop itu daripada tangan ku.

Aku berdiri tegak untuk membetulkan pinggang ku.

Krupp, Krapp...

Bunyi tulang temulang yang dibetulkan.

Aku berjalan sedikit laju di atas lantai yang masih basah itu menyebabkan badan ku hampir jatuh menyembah tanah.

Tapi...

Sepasang tangan miliknya menyambung badan ku dan mengelakkan aku daripada terjatuh.

Matanya tepat memandang ke dalam mata ku.

He pecked my lips before letting go of me.

"Hati-hati". Dia berpesan lalu menyambung kerjanya.

Pam!

Aku menampar perlahan bahagian belakang badannya.

"Sakit lah, princess". Dia mengerutkan mukanya.

"Suka hati je nak kiss kan? Kalau batal puasa saya tadi macam mana? Awak nak tolong gantikan ke? Saya ada 5 hari lagi belum berganti ni. Nak ke?". Dia terdiam mendengar aku yang jarang membebel itu, membebel.

"Tak nak kan? Kalau tak nak, duduk diam-diam. Bukannya nak sakitkan hati orang je. Faham tak?". Aku merampas mop itu kembali dan menghentaknya ke atas lantai.

Dia kelihatan meraup wajahnya.

...

"Princess, tak batal lagi kan puasa kau?". Dia bertanya di sebalik pintu bilik ku itu.

Masuk je kalini, dah 28 kali dia menanyakan soalan yang sama. Tetap sahaja aku berdiam diri, enggan memberi jawapan.

Sebenarnya, aku pon tak tahu jawapan dia.

"Princess, answer me". Suaranya betul-betul berada di luar pintu itu.

"Ish! Tak tahu!". Aku membuka pintu itu dengan kasar dan badannya terjatuh ke lantai menyebabkan kepalanya terhantuk, sakit.

"Aduh!".

"Ha, duduk lah depan pintu orang lain lagi lain kali. Biar jatuh lagi, then mati. Kan senang". Dia menarik lengan ku sehingga aku terduduk di sampingnya yang sedang berbaring di lantai itu.

"Princess, tak elok lah cakap macam tu".

"Dulu, awak ada tapis dulu apa yang awak nak cakap dengan saya? Tak kan. So, you get what you pay, sir".

"Kenapa princess sensitif sangat harini? Nak kata tengah datang bulan, kau puasa. Kau okay ke?".

Maybe the sudden mood change of me startled him.

"Keluar lah. Nak rehat ni". Aku menolak badannya untuk menjauhi kawasan bilik tidur kecil ku itu.

"Okay-okay, aku keluar. Takyah lah marah-marah. Rumah aku jugak". He mumbled his last sentence slowly while scratching his neck.

"Awak yang tak izinkan saya keluar daripada rumah awak ni. Kenapa nak salahkan saya?".

"Okay aku mintak maaf. Please, jangan bukak topik tu lagi, okay?". Dia duduk nun jauh di sana sambil berkata-kata dengan ku. Dia lalu menuruni tangga itu dan berlalu pergi.

...

"Princess". Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik ku. Mengejutkan aku daripada lamunan ku. Aku mengelap sisa-sisa air mata ku dan pergi membuka pintu untuknya.

"Prin-".

"Nak apa?". Aku melihatnya yang segak tersarung kemeja lengan pendek dan seluar hitam itu. Semburan minyak wangi lelakinya kuat menusuk hidung ku.

"Are you crying?". He asked.

Aku jenis yang tak boleh kalau orang tanya "Kau nangis ke?", "Kau okay ke tak ni?"  dikala mood aku memang dalam keadaan yang kurang baik. Aku akan melinangkan air mata ku kembali di hadapan manusia yang bertanya itu tanpa mengira siapakah dia.

And yes, aku mengalirkan air mata ku di hadapannya.

"Kau ni kenapa princess? Diam pastu nangis. Aku ada buat salah lagi ke?".

"I miss my parents". Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku melawat diorang.

"Oh...". Dia menggosok-gosok lehernya sebelum berkata lagi,

"Macam ni, nanti lepas kau berbuka, aku hantar kau balik. Tapi, balik hari la. Sebab, nanti aku nak tidur mana kan? Nak terus terang takut kau marah. Okay tak?".

Aku mengangguk sambil mengelap air mata ku.

"Ha, bagus-bagus. Eh, lupa nak cakap. Aku nak keluar kejap, ada high tea dengan kawan-kawan aku. Kau puasa kan? Takyah ikut la erh?".

Patut la sebotol sembur minyak wangi.
Mesti nak jumpa scandal tu.

"Tak kisah pon".

"Okay, princess. I shall get going".

"Then, go".

khairin point of view:

Dia menutup pintunya sebaik sahaja dia menghabiskan ayat terakhirnya itu.

"I love you". Aku mengatakan kata-kata secara perlahan sahaja di sebalik pintu kayu itu.

I don't see any progress sepanjang 10 hari ni. Dia masih lagi bersifat dingin dengan aku selayaknya bagaimana cara aku melayannya dahulu. Dingin, kasar. Tapi, mungkin sebab baru 10 hari kot. I have to be patience. Bila dah cukup 6 bulan nanti, aku nak luahkan segala isi hati aku kepadanya.

And oleh sebab kegelisahan ini, aku berhajat untuk berjumpa dengan 'pakar motivasi' ku semasa keluar nanti. Dia lah manusia yang menyuruh ku untuk berubah demi Khairina. Eh bukan 'dia' tetapi 'mereka'.

...

"Bagi bunga?". Lelaki bertopi itu bertanya ku.

"Dia buang je, depan aku sendiri dia buang". Aku membalas pertanyaannya itu.

"Coklat? Dah? Perempuan suka coklat".

Haih, ni satu lagi ni.

"Dia bagi makan kucing liar je".

"Haih, complicated betul si Khairina ni?". Lelaki yang memakai topi itu bersandar ke kerusi sambil meneguk air minumannya yang telah dipesan sebentar tadi.

"Tapi kan? Kenapa erk you nak berubah untuk dia? Its not like i halang malahan i sokong you. Tapi, i just wonder why? Yela, dulu you ni sorry to say but, garang, sombong, playboy. You yang kurung a.k.a 'seksa' dia tau. Kata-kata kesat yang you selalu lempar kat dia. S*x with other women in your house in front of her. Layan dia macam hamba nafsu you. Why eh?". Giliran perempuan itu pula menghirup latte ice yang dipesannya sebentar tadi. Dia menyenaraikan kesemua kesalahan yang aku pernah lakukan ke atas Khairina.

" Mana you tahu ni? Dia cerita ke?".

" I don't even know her. Pernah lah tengok muka, tapi tak pernah bersembang sebab dia pendiam sangat. Macam mana dia nak cerita private matter dia kat i?". Kali ini, kek red velvet yang ada di pinggan lelaki bertopi itu pula disudunya.

" Hey, thats mine!".

" Now, lets me ask you again, kenapa you nak berubah?".

" Haah, kitorang kena tahu ni. Supaya, kau tak akan sakitkan hati that poor girl again". Lelaki itu menjelaskan pendapatnya.

"Aku...".

"Aku?". Mereka tertanya-tanya.

"Okay-okay. Tipu lah kalau aku cakap, hampir setengah tahun aku hidup serumah dengan dia, aku tak pernah jatuh hati kat dia kan? And yes, now, aku dah cintakan dia. Sebab tu aku nak berubah. Aku pernah berjanji dengan mama yang aku akan ubah sikap aku once aku dah jumpa orang yang betul-betul aku cinta. And aku jumpa dia. Tapi dia? Almost everyday tak nak sikit pon pandang muka aku. Dah tak sweet macam dulu. Diam je kat rumah. Pendek kata, memang cold lah dengan aku. Aku rasa dah takde peluang lah untuk aku dapat kan hati dia balik". Aku menerangkan kepada mereka secara panjang dan lebar. I sipped my tea.

"Susah jugak ni".

"Takpe, nanti i dengan budak ni akan tolong you". Perempuan itu memaut kasar bahu 'budak' lelaki yang memakai cap secara terbalik itu.

end

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro