17- Day 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tangannya sedikit terketar-ketar mencuba untuk menyuapkan bubur ayam yang baru sahaja dibawa oleh doktor itu.

Aku mengalihkan muka ku, tidak ingin makan. Tidak ingin melihat wajah nya. Wajah yang mungkin penuh dengan kepura-puraan.

"Prin-".

"Tak nak! Janganlah paksa!". Aku menolak mangkuk yang berisi bubur panas itu daripada pegangannya sehingga mangkuk itu terpelanting ke atas lantai. Habis tumpah semua bubur itu ke atas lantai dan kebanyakan daripadanya terkena pada kedua-dua belah tangannya.

I gasped for a while after hearing his 'hissing'.

...

Di hadapan mata ku, aku melihat seorang jururawat yang sedang membalut kedua-dua tangan Khai yang sudah separa melecur dek kerana terkena bubur panas tadi.

Ada lah rasa bersalah yang terkutik di hati ku. Namun, terus aku abaikan.

"Thanks".

"Sama-sama". Nurse cantik itu tersenyum manis ke arah aku dan Khai.

Tidak sampai seminit selepas nurse itu keluar daripada bilik itu, terus dia dengan menggunakan kedua-dua tangannya yang sakit cuba untuk menggapai botol air yang ada di samping katil ku itu.

"Nak air tak?". Dia bertanya kepada ku.

Tak sedar diri ke sakit?

"Kenapa dengan awak ni? Saya cakap tak nak, tak nak la. Susah sangat ke nak faham? Nak paksa saya lagi?".

"Tak, nanti aku takut kau lapar. Daripada pagi tak makan apa-apa".

"Sebenarnya, awak kisahkan anak awak ni kan?". Aku merampas kasar botol air yang ada di tangannya dan meneguk rakus air yang ada di dalam botol itu.

Botolnya aku buang ke dalam tong sampah berdekatan.

"Puas?". Dia kelihatan tersenyum nipis.

"Anak kita". He mumbled slowly.

...

Harini aku dah boleh discharge. Terpaksa pulang dengan pemandu peribadi keluarga Khai disebabkan oleh kedua-dua tangannya yang masih lagi sakit.

Aku duduk di tempat duduk belakang bersama-sama dengannya.

Semakin lama, semakin dia merapatkan kedudukannya dengan ku.

"Sanalah". Aku menolak badannya.

Tetapi dia tetap berdegil dan meletakkan kepala nya ke atas bahu ku.

"Dah berapa banyak baby awak kat luar sana?". Dia seakan faham akan pertanyaan ku dan dapat ku lihat senyuman kecil yang terukir di bibirnya.

"Just this one". Perlahan-lahan dan dengan teragak-agaknya dia meletakkan hujung jari telunjuknya ke atas perut ku yang berlapik baju itu. Lalu, dia ketawa kecil.

"Baby, nanti baby mesti cantik macam mama kan? Takpun, handsome macam papa". Terus aku menolak kepalanya menjauhi bahu ku.

"Jijik". I mumbled that dan melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Eskpresinya terus bertukar menjadi sedih. Pemandu peribadinya seakan faham akan situasinya dan turut bersedih.

...

Pipi ku berona merah, ditampar oleh mamanya.

"Khai, kamu nak perempuan kotor ni mengandungkan anak kamu?". Mama nya menunjang-nunjang bahu ku membuatkan aku tergerak ke belakang sedikit.

Khai dengan sedaya upaya nya cuba untuk memegang atau menyambut badan ku yang hampir terjatuh itu.

"Ma, ni cucu mama jugak".

"No, Khairin. Mama takkan pernah mengaku yang anak dalam kandungan perempuan ni, cucu mama and anak kamu!".

"Entah. Boleh je jadi anak a-". Belum sempat lagi adik Khai menghabiskan ayat nya, Khai terlebih dahulu melepaskan tumbukan ke arah mukanya.

"Kau jaga mulut kau, Khal!". Dia turut berdesis kesakitan oleh kerana tangannya yang masih lagi pedih itu.

Hujung bibir adiknya itu jelas ternampak darahnya.

"KHAIRIN!". Mama nya pergi menyambut badan adiknya yang sudah jatuh rebah ke tanah itu.

Eskpresi ku tetap sama. Tidak terkesan dengan apa-apa.

...

"Kau okay?".

Aku mengangguk.

"Can i do the abortion?". Aku menanyakan soalan bodoh itu secara tiba-tiba kepada nya. Menyebabkan dia mengeluh berat dan meraup kasar rambut dan mukanya.

Dia menurunkan pandangannya ke bawah sambil berkata,

"I will do anything for you, anything. Cakap je. But please, jangan bunuh baby tak berdosa tu. Please?".

"You will divorce me, right?". Dengan menahan tangis, aku bertanya lagi.

"Yes, i promise". Matanya yang sudah memerah itu merenung dalam ke mata ku.

...

Day 35...

Aku berjalan mundar-mandir daripada bilik air untuk memuntahkan segala isi perut ku. Daripada pagi, hinggalah petang. Tak henti-henti. Rasa nak tercabut kaki aku.

"Dulu ayah kau, sekarang kau pulak nak seksa aku?". Aku duduk di sofa kecil yang ada di tingkat dua itu sambil menyudukan ais krim mint choco ke dalam mulut ku.

Khai kemudiannya keluar daripada bilik kerjanya yang kebetulan berada betul-betul di hadapan tempat duduk ku itu.

" Don't you have to take a nap, princess?".

Aku tidak menghiraukannya. Aiskrim yang berada di salam 'besen' kecil itu terus aku sudui dan suapkan ke mulut ku.

"Mana boleh makan aiskrim selalu. Manis ni". Dia menarik bekas itu daripada tangan ku.

"Bagi la balik". Aku menjeling.

"Kita makan benda lain, okay? Baby nak makan apa?". Dia meletakkan telinganya ke perut ku.

"Oh... princess, baby kita cakap dia nak makan kat luar. Boleh tak?".

"Baby awak sorang je".

"Hey, lets not talk about this and kita pergi keluar makan okay?".

Dia tersenyum.

"Come on". Dia menarik tangan ku untuk bangun dari sofa kecil itu.

"Eee, takyah la pegang". Lalu, aku menghentak kaki ku dan pergi masuk ke dalam bilik ku yang berada tidak jauh daripada situ.

...

"Perlahan-lahan lah sikit. Nanti tercekik". Dia meletakkan sudu garfunya ke tepi, mengelap mulutnya dan tergelak kecil.

Bunyi detakan tapak kasut tinggi yang menghampiri meja kami itu membuatkan dia terdiam secara tiba-tiba.

"Khai. Tak sangka jumpa you kat sini". Seorang wanita yang memakai pinafore dress paras lutut bersama tshirt bewarna putih itu menegur Khai.

"Hye". Khai menyapanya mesra membuatkan dia menarik kerusi di meja yang sama dan duduk di situ.

...

Dan akhirnya, perempuan itu duduk makan bersama kami.

Sebenarnya, aku tak kisah pon. Tapi, kalau dah mata tu macam nak terkeluar jeling aku, kisah lah jugak. Dah la aku tengah melahap ni.

"You buat apa kat sini?". Tanya Khai.

"Oh, lupa! Malam ni party birthday I dekat apartment I. You datang okay?". Perempuan yang aku sendiri tak tahu nama itu memegang tangan Khai.

"Can i bring her?".

Me?

Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah ku.

"Dia ni siapa? Babygirl baru you ke?". Dia memandang sinis aku.

"Lah, Isya. You mesti tak pergi party Annashr haritu kan?".

Perempuan itu menggeleng.

"Dia ni wife I la". He then hold my left hand making me leaving a 'shocking' expression.

Terkejut, ternganga perempuan itu dibuatnya.

"So, boleh tak I nak bawak dia?".

"Erk... sure thing". Teragak-agak dia ingin menjawab persoalan 'maut' yang diberikan oleh lelaki itu.

...

"Saya tak nak pergi". Aku berkeras. Aku dah trauma pergi mana-mana party dengan dia ni. Bukan boleh percaya sangat. Muka je handsome, niat sebenar siapa yang tahu?

"Fuh!". Dia menarik nafas lega. Ha, ni buatkan aku terkejut betul-betul.

"Tak payah lah aku pergi party Isya tu. Hers are the worst". Dia menggoyang-goyangkan gelas kaca kecil yang dipegangnya itu.

"Whatever".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro