23- The Letter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menyarungkan sehelai dress bewarna kuning cair. Aku duduk di hadapan cermin meja solek bilik ku itu sambil memegang sehelai tudung. Lebih tepat lagi, sehelai pleated shawl.

Sebenarnya, dah lama aku pasang niat nak bertudung. Sejak daripada mula-mula aku mengandung. Mungkin, masani baru Allah betul-betul bagi hidayah untuk aku berubah.

Bermacam-macam turorial yang aku pelajari. Namun, satu pon aku tak pandai. Aku mengeluh berat sebelum mengantung shawl itu di bahu ku dan turun ke tingkat bawah untuk melihat Airin yang berada di pangkuan papa nya itu.

Airin?

Yes, nama baby kami, Airin Sorfina.

...

"Khai, saya nak keluar. Nak beli barang-barang kolej". Aku meminta izinya.

"Dengan siapa?".

"Mia".

"Then, go. Jangan lupa pakai duit yang aku bagi semalam". Matanya fokus melihat figura Airin yang sedang tertidur pulas di dalam dakapannya itu.

"Okay".

Baru sahaja aku ingin berjalan keluar daripada pintu, dia tiba-tiba bersuara, memanggil ku.

"Princess".

Aku berpaling.

"Tu apa?". Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah tudung yang ada di bahu ku itu.

"Oh, ni? Ni tudung".

"Princess nak pakai tudung?". Matanya bersinar. Dia bertanya dengan nada suara yang penuh dengan keterujaan.

Aku mengangguk sebelum berkata perlahan,

"Tapi tak pandai".

"Aww, come here". Dia yang sedang duduk berlunjur di atas katil itu meletakkan Airin dengan penuh berhati-hati dan menjemput aku untuk duduk di birai katil bersamanya.

"Kenapa?".

"Meh la". Dia menarik tangan ku sehingga aku jatuh terduduk.

Dia membaiki sedikit kedudukannya dan mencapai tudung yang ada di atas bahu ku itu.

"Aku tahu, aku pendosa. Tapi, aku tahu tau cara pakaikan orang tudung".

"Kenapa? Scandal awak ada yang pakai tudung ke?".

"Tak, tunang aku dulu pakai tudung. Aku belajar daripada dia lah".

Kenyataannya itu membuatkan aku terdiam seketika.

Dia pernah bertunang?
Siapa dia?

"Siapa dia?".

"Don't worry. Dia dah takde. Dah lama meninggal. I won't tell the story or else i will cry. Ada pin dengan kerongsang tak?".

Aku mengangguk dan membuka beg tangan kecil ku.

Dia perlahan-lahan menyarungkan scraf bewarna perang itu ke kepala ku beserta dengan tudung tadi.

Perlahan-lahan dia mengepin bahagian bawah dagu ku dan membuat gaya loose.

Dia mengemas-ngemas kan tudung ku itu dan mencium dahi ku sekilas.

"Dah siap. Okay tak?". Aku melihat diri ku di cermin almari bilik tetamu itu dan mengangguk.

"Cantik lah princess harini". Dia memegang pipi ku.

"Thanks".

"Dah lah, pergi lah. Nanti lewat pulak. Take care, princess. I love you".

"Okay".

"Say it back".

Aku mengerut kan dahi ku memandangnya.

"Jangan lah pandang macam tu. Aku gurau je".

Aku menghampirinya kembali, menundukkan badan ku. I cupped his face before giving him a soft peck on his lips. Aku pon tak tahu. It just that, i kinda miss his kisses. Not him! His kisses only.

"Hehe, thank you". Dia menggaru-garu kepalanya.

"Bye".

"Bye".

end

...

khairin point of view:

Aku memberhentikan kerusi roda ku di tengah-tengah laluan itu apabila melihat isteri ku yang berdiri tegak di hadapan pintu masuk rumah ku itu.

"Princess? Tadi cakap nak keluar". Aku membawa diri ku mendekatinya dan perbuatan aku juga terhenti di saat melihat kedua-dua orang tuanya berdiri tepat di hadapannya. Sempat aku melihat air matanya yang jatuh berlinangan dan badannya tersedu-sedan, sedang menangis.

...

"Puteri kan belum habis pantang, mana boleh keluar macam ni". Ibunya terlihat memegang lembut tangannya.

"Eh, tak la ibu. Puteri dah lama habis pantang. Dah sebulan lepas". (just pretend that i skipped the time)

"Oh". Her mother awkwardly smile.

Then her father spoke up, asking me something,

"Nama apa?".

Aku yang sedang sedikit mengelamun itu tersedar akan soalan yang diajukan.

"Khairin. Amirul Khairin".

"Cantik nama, kan bang?". Ibunya bertanya, menerima persetujuan daripada ayahnya.

"Dah lama ke kahwin dengan Puteri?". Ayahnya bertanya lagi.

How did he know?

"Tak sampai setahun lagi". Aku menunduk malu untuk menjawab.

...

Situasi menjadi sunyi beberapa ketika. Sunyi se sunyinya. Seperti tiada orang langsung di dalam ruangan itu.

Hanya ditemani bunyi kipas siling dan menambah kesejukan ruangan yang sudah sedia berhawa dingin itu.

"Ayah-, ayah sebenarnya nak mintak maaf". Ayahnya memulakan percakapan lagi dengan kata maaf yang tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya itu.

Khairina tersenyum sebelum bertanya,

"Kenapa ayah? Ayah ada buat salah ke?".

Pertanyaannya membuatkan ayahnya menitiskan air mata kecil.

"Mak, kenapa?". Dia tersenyum lagi.

Sungguh. Dia sememangnya seorang wanita yang baik.

"Haritu-, mak kamu ada baca surat yang kamu tinggalkan dekat pintu tu... ayah nak mintak maaf sangat sebab dah buang kamu selama ni. Lepas je ayah tahu isi surat tu, ayah baru faham kehidupan kamu. Ayah baru faham masalah kamu. Ayah mintak maaf sangat. Ayah sepatutnya tolong kamu. Ayah betul-betul mintak maaf". Ayahnya menangis selebatnya sambil memeluk badannya yang agak kecil itu.

Dia turut menangis di situ. Menangis gembira. Yela, at last, ayah dia dapat juga terima dia seadanya.

Aku turut tersenyum gembira di situ.

...

"Mak, ayah. Lain kali datang lah lagi!". Dia melambai ayah dan emaknya yang sudah selamat menaiki teksi itu.

"Eh, siapa kasi?". Aku menyakatnya sambil tersenyum lebar. Ingin melihat reaksinya.

"Saya kasi".

"Ni kan rumah saya". Aku menundingkan jari ku ke arah dada ku sendiri. Masih ingin mengujinya.

"Okay".

"Eh, gurau jela". Aku membawa kerusi roda ku, mengejarnya.

Tangannya dicapai dan aku bertanya,

"Apa yang princess tulis dalam surat tu?".

end

khairina point of view:

"Saya bagi copy sijil kahwin kita, satu. Lepastu surat". Aku tidak menjawab persoalannya.

"Yela, isi surat tu apa?".

"Sibuk je nak tahu, kan?".

"Mestilah".

Aku lalu memberitahu apa yang aku tulis di dalam surat itu kepadanya, tetapi setakat yang aku ingat jela.

(isi surat Khairina) :

Assalamualaikum, mak ayah. Ni Puteri. Pertama sekali, Puteri nak mintak maaf sebab rahsia kan semua perkara di dari mak dengan ayah. Bukan Puteri tak nak bagi tahu, tapi, Puteri takut. Mak dengan ayah ingat tak, lepas SPM dulu, Puteri cakap, Puteri nak ikut Airis (kawan baik Puteri) pergi kerja dekat KL kan? Ha, Puteri ikut la. Tapi, Puteri tak tahu dia nak ajak Puteri kerja apa masa tu.
  Lepastu, sampai je dekat KL. Airis mula cakap benda-benda bukan-bukan pasal kerja apa yang Puteri kena buat tu. Mula-mula Puteri tak percaya. Tapi, bila Puteri masuk je 'tempat kerja' tu, Puteri baru tahu yang Puteri dah masuk perangkap. Puteri ingat lagi Airis cakap, "Maafkan aku, Khairina. Kau terlalu cantik, boss aku nak kau jugak". Puteri rasa macam nak nangis je masatu mak, ayah.
  Puteri dah tak boleh nak lepaskan diri masatu. Puteri tersepit. Hari pertama jadi...., jadi 'pelacur' kat situ, beberapa kali Puteri nangis, Puteri menyesal sebab percaya kan kata-kata Airis. Airis pon langsung tak muncul-muncul lepastu. Dia hilangkan diri.
  Sampailah suatu masa tu, Puteri jumpa dengan Khai. Iye, Khai yang Puteri bawak balik kampung haritu. Dia cakap, dia nak jaga Puteri. Dia nak kahwin dengan Puteri. Tapi tak-... Dia memang lepaskan Puteri daripada tempat jijik tu. Tapi, dengan dia beli Puteri dengan harga 1.7 juta ringgit untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu perbadi dia. Puteri percaya kan orang yang salah buat kali kedua, mak, ayah.
  Dia layan Puteri macam hamba dia. Tapi, dia tak pernah buat benda kotor tu dekat Puteri. Sampai lah satu saat, mama dia suruh dia kahwin dengan Puteri. And, kitorang kahwin secara ala kadar. Puteri benci dia, Puteri tak pernah terdetik pon nak sukakan dia, nak kahwin dengan dia. Tapi, masa terlalu mendesak waktu tu.
  Dan sekarang ni, Puteri hidup dengan dia sebagai sepasang suami isteri. Mak dengan ayah jangan risau, kitorang dah ada ikatan yang sah :). Ayah, janganlah marah Puteri lagi. Mak, Puteri mintak maaf, Puteri tahu, mak mesti risaukan Puteri.
  Puteri rasa sampai sini je kot dulu. Puteri harap sangat mak dengan ayah dapat maafkan Puteri. Puteri sayang mak dengan ayah.

Yang ikhlas
-Puteri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro