Special Chapter 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bersungguh-sungguh aku meletakkan Mac 'N Cheese yang sudah siap dimasak itu je atas meja. Harini, aku rasa nak memasak sebab makin lama, makin terbit rasa kesian dekat Khai. Hari-hari dia masak. Dah la dia penat bekerja. Eh, sejak bila aku pandai kesiankan lelaki bernama Khai ni?

Anyway, ya, kami masih lagi di dalam bulan Syawal. Tapi, mood nak beraya tu dah hilang dah. Malas lah nak beraya sampai dua tiga belas minggu. Sehari sudah la. Kan?

Aku duduk di kerusi dan panggung kepala ku menggunakan tangan kiri ku di meja makan itu. Mata ku melihat ke arah hidangan yang sudah siap dimasak itu. Otak ku pula berfikir, mana la Khai ni. Tak balik-balik. Dah nak dekat pukul 7 ni. Overtime kah dia?

...

Terbuntang luas mata ku setelah aku mendengar pintu utama rumah banglo Khai itu dikatup macam nak tercabut pintu besar itu bunyinya. Macam orang yang menutup pintu tu, tak rela nak tutup pintu.

Aku kerling sedikit jam dinding yang ada di dinding berhampiran peti sejuk di dapur itu.

"12 malam? Lewatnya Khai balik".

Dengan berhati-hati, aku pegang perut aku dan melangkah mengikuti suara derapan tapak kaki milik suami ku itu.

Sempat lah aku melihat dia berjalan laju di hadapan ku. Sempat lah matanya bertentang dengan mata ku. Tapi...

"Awak nak makan tak...?". Soalan ku dibiar sunyi tanpa jawapan. Orang yang sepatutnya memberi jawapan kepada soalan itu sudah lesap, naik ke atas.

Aku ada buat salah ke?

Aku garu-garu kepala sendiri sebelum mengikut lagi lamgkahnya untuk turut naik ke atas.

Buka-buka aje pintu bilik, terus kelihatan tubuh kekar dan tinggi dia rebah di atas katil. Dengan stokin, kemeja, seluar dan tali leher kerja yang tidak dibuang, ku lihat matanya sudah terkatup.

Tidur dah?
Penat sangat ke dia harini?

Perlahan-lahan aku naik ke atas katil itu dan duduk bersimpuh di sebelahnya.

Bahunya aku goncang lembut sambil bertanya,

"Khai. Awak dah solat Isyak?". Sangka ku, dia tidak mahu menjawab kerana sudah tidur. Sebaliknya, dia geleng perlahan. Betul lah ni. Penat sangat. Kesian dia. Entah kerja apa yang menimbun dekat office tu. Mungkin pasal projek Dinasour Device tu kot. Kan?

" Bangun la solat dulu, hm? Nanti makan, saya dah masak untuk awak. Dah sejuk dah makanan tu".

Diam sebentar sebelum dia buka mulutnya untuk berkata-kata. Atau lebih tepat lagi, untuk bertanya.

"Kau dah makan?".

Aku geleng.

"Belum. Saya dan baby tunggu awak. Kita nak makan sama-sama dengan awak". Aku usap-usap perut ku sendiri. Tiba-tiba rasa diri ini manja pula harini.

"Kau turun, makan dulu. Aku tak makan kot, lepas mandi aku nak solat pastu terus tidur". Dia berkata begitu dan terus bangun daripada pembaringannya. Mencapai tuala dab masuk ke dalam bilik air. Tanpa sedikit pon menoleh kepada ku. Ah! Kenapa rasa macam kena palau je? Kenapa rasa macam nak nangis?

"Hm... Papa tak nak makan dengan kita ke baby? Papa marahkan papa ke?". Aku usap-usap lagi kawasan perut ku itu.

"Takpela, kita tunggu jela papa habis solat. Mana tahu, dia ubah fikiran".

...

Aku perhatikan sahaja perilakunya. Daripada mengelap badan, mencapai baju melayu zamrud di dalam almari, sampai lah menyarungkan baju itu ke badannya. Tak lepas mata aku daripada memandangnya.

Sejadah dihampar dan dia mulai sembahyang.

...

"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau lembutkankah hati isteri ku untuk memaafkan segala kesilapan ku. Kau permudahkanlah urusannya untuk melahirkan anak kami, Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa-dosanya Ya Allah. Sesungguhnya engkau lah yang Maha Pengampun segala dosa. Engkau kurniakanlah kebahagiaan hingga ke Jannah dalam perkahwinan ini, Ya Allah. Sungguh, aku sungguh mencintai isteri ku, Ya Allah. Kau panjangkan lah usia perkahwinan ini. Amin, amin yarraballalamin". Panjang berjela doa yang dibaca oleh Khai sebelum dia menyapu kedua telapak tangannya ke wajahnya.

Doa dia. Doa dia buat aku terharu. Buatkan aku terasa sesuatu di hati. Entah lah rasa apa. Rasa sebak dan sayu. Rasa cinta? Ah, tak mungkin! Mana mungkin aku cintakan dia.

Sejurus sahaja dia memalingkan mukanya ke belakang, keningnya bertaut, dahinya berkerut di saat dia melihat aku yang masih di kedudukan tadi. Bersimpuh di atas katilnya.

Dia tersenyum sedikit sebelum berjalan menghampiri ku.

Ha! Baru handsome sikit senyum! Daripada tadi asyik masam aje muka. Macam nak telan orang! Singa pon takut nak bercakap dengan dia ni.

Tenggelam sedikit tilam katil yang lembut itu apabila duduknya dia di situ.

"Assalamualaikum baby papa, papa dah balik". Dia mencium perut ku, seperti biasa.

"Assalamualaikum princess, im home". Seterusnya, dahi aku pula yang menjadi sasaran bibir lembutnya.

"Kenapa tunggu aku? Kenapa tak turun makan?".

"Kan saya dah kata, saya dan baby tunggu awak".

"Kan aku dah kata, aku tak nak makan". Ujarnya bernada gurauan.

"Takpela, saya simpan jela makanan kat bawah tu. Penat saya masak".

"Lah, kau kan belum makan. Pergi lah makan. Kenapa? Sekarang ni makan pon princess tak boleh ke kalau takde aku?". Dia menarik lembut tangan ku ketika aku sudah mahu berlalu pergi.

"Tak nak la. Dah takde selera". Aku cuba untuk melepaskan genggaman lembut tangannya namun gagal.

"Hey, hey, hey, sayang. Tunggu la. Kita turun sekali".

"Tadi cakap tak nak makan". Muncung mulut ku. Hawa-hawa nak merajuk 7 keturunan dah ni.

"Gurau je la".

Suka bergurau pelik-pelik macam tu! Eh, pelik ke?

...

"Aku minta maaf pasal tadi". Dia tiba-tiba bersuara di meja makan itu.

"Pasal apa?".

"Pasal balik kerja tadi. Aku ignore kau. Maaf. Aku cuma stress sikit. Habis semua staf aku marah tadi". Dia mengurut-urut pelipis dahinya.

"Kenapa?". Dia yang marah orang, dia yang stress. Patutnya, staf-staf dia la yang stress kan?

"Blueprint Dinasour Device hilang".

"Oh, patut la... Eh-".

"Kenapa? Tercekik tulang ke?". Zaman bila pula Mac 'N Cheese ada tulang ni?

"Bukan lah. Tapi tadi, kan awak kata blueprint Dinasour Device hilang kan?".

Dia hanya sekadar angguk sambil menyuakan sesudu Mac 'N Cheese ke dalam mulutnya.

"Awak lupa ke yang awak ada bagi copy dia dekat saya? Kan saya minta copy dia haritu sebab saya cakap saya suka Dinasour. Lupa lah tu".

"Tak lupa, princess. Cuma blueprint tu kan, kau punya. Takkan aku nak ambil balik. Buruk siku namanya". Astagfirullahalazim! Dia rela marah SEMUA staf dia daripada balik sekejap ke rumah ni daripada office dia yang tak sampai 30 minit tu untuk ambil copy blueprint tu?! Seriously, Amirul Khairin?

"Ya Allah, ambil je la. Tak perlu sampai bertegang urat leher dengan staf-staf awak tu. Tengok apa jadi. Balik-balik, stress. Balik-balik, palau saya dan baby". Perlahan sahaja ayat terakhir ku dituturkan. Takut dia dengar. MALANGNYA!

"Aku minta maaf. Bukan sengaja nak ignore kau. Aku takut, aku termarah kau pula nanti. Maaf tau". Dia memegang lembut tangan kanan ku.

"Hm".

"Jangan marah lagi, tau".

"Iyeee. Tak marah dah. Asalkan esok, awak belikan saya patung Dinasour baru. Boleh lah eh?".

"Boleh, sayang. Dah habiskan makanan ni, lepastu teman aku tidur. Aku penat. Tak sabar nak tidur, peluk kau".

Perlahan-lahan pipi ku memerah mendengar kata-kata yang tak seberapa nak manis sangat daripadanya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro