Special Chapter 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(a/n: korg baca jela kalau author sambung tulis tu 😭 aku dah tak tahu mcm mne nak terang lagi)

...

"Princess, jom makan dekat luar. Aku teringin nak makan Subway la". Aku pon keliru siapa yang mengandung sekarang. Yang dia beria sangat mengidam macam-macam ni apahal?

Aku hanya menggeleng malas. Malas nak dilayan permintaan kebudak-budakkan dia tu.

"Ala, jom la. Kita dating. Aku penat ni baru balik kerja, nak la dating dengan kau". Dia memujuk lagi sambil memeluk lengan aku.

"Saya cakap tak nak, tak nak la. Awak tak faham bahasa ke? Dah la tengah sarat ni, kalau terberanak nanti?". Iya, benar. Kandungan ku sudah berusia 8 bulan. Dah rasa macam malas sangat nak berjalan. Kalau nak turun ke tingkat bawah pon, ambil masa 15 minit, lebih kurang.

" Baby, baby jangan la keluar lagi. Papa lapar ni. Mama dah la masak untuk dia seorang je. Dahtu, papa nak makan apa? Baby tak kesian ke dekat papa?". Dia seterusnya membaringkan kepalanya ke riba ku dan mengusap-usap perut ku yang sudah membesar itu.

Haah la. Aku masak untuk diri aku dengan baby je tadi. Rasa bersalah pon ada. Ada la baki yang tak habis tadi, aku lebih mememilih untuk bagi dekat kucing jiran sebelah daripada simpan untuk dia. Jahat kan aku?

"Please, baby...". Suaranya seumpama menahan kantuk sahaja. Ditambah pula dengan suara perut geloranya yang aku agak sedang lapar itu.

Kesian lah pulak...

Dan akhirnya, beberapa minit kemudian, dia tertidur di situ. Di atas riba aku, sambil memeluk pinggang ku. Telinganya ditekapkan tepat ke perut boyot ku.

Dasar bayi besar.
Mengada!

Tangan ku tiba-tiba sahaja gatal nak usap rambut dia. Perlahan-lahan sahaja aku usap. Ish, kesian nya dekat dia. Kalau aku tahu, aku akan kesian kan dia macam ni tadi, baik aku simpan je lauk tadi.

"Khai...". Halus sahaja suara ku memanggilnya.

"Hm...?".

"Nak pergi tak? Jom la".

"Tak jadi la. Aku takut... nanti kau dengan baby, sakit". Wajahnya semakin ditekap rapat ke perut ku. Mengada betul Amirul Khairin ni!

"Bangun lah, bersiap. Nanti awak nak makan apa?".

"Betul ni?". Dia mendongakkan sedikit mukanya.

"Hm, cepat la".

"Thank you, baby". He kissed my stomach once.

"Thank you jugak, mama baby". Dia merenung mata ku sebelum melabuhkan bibir lembutnya ke pipi ku.

"Okay".

...

"Khai! Cepat la!". Dia ni kan. Kalau bab bersiap, mengalahkan perempuan! Nak pergi makan je pon. Tak reti-reti nak laju sikit. Benci la kena tunggu macam ni, ish!

"Sorry princess, susah la nak cari baju tadi". Katanya sambil bergegas ke arah ku.

"Handsome tak?". Sempat lagi dia bertanya.

"Hm".

"Weyh! Seriously, kau cakap aku handsome? First time, dho! Sayang princess banyak-banyak!". And then he showered me with his kisses all over my face.

"Dah, jom. Nanti subway tutup". Dia mencuba untuk memegang tangan ku.

"Kejap. Erm...".

"Kenapa, princess?". Dia mengangkat sebelah daripada keningnya. Berasa keliru.

"Erm...".

"Erm, erm? Apedie?".

"Cuba tolong ikat rambut saya jadi tocang dua. Saya tak larat lah nak buat sendiri. Boleh tak?". Mengada-ngadanya aku!

"Lah, tu je ke?".

"Haah".

"Meh, getah. Nak jalin tak?". Dia bertanya sambil perlahan-lahan mengemaskan sedikit rambut ku menggunakan jari jemarinya.

"Awak pandai ke?".

"Aku selalu jalin rambut Lilly dulu".

"Kalau macam tu, nak la jalin".

"Okay, stand still. Kalau sakit bagitahu". Dengan berakhirnya kata-kata itu, dia mulai menyisir rambut ku dan perlahan-lahan menjalin lalu mengikatnya.

After few minutes,

"Dah, cantik dah princess aku ni". He patted my head softly.

"Thank you".

"You're welcome, sayang".

Oop, op!
Jangan blushing!

...

"Princess, kau okay tak ni? Kau nak makan apa? Kenapa aku tengok macam kau tengah sakit je ni?". Risau dia menyoal apabila mata helangnya menangkap figura ku yang sedang berkerut-kerut muka menahan sakit itu.

Tiba-tiba sahaja muncul sakit yang mencengkam di bahagian perut ku. Macam ada orang pulas-pulas je aku punya rahim. Terlalu sakit.

" Khai... Sakit. Sa-sakit sangat".

Tidak berdaya lagi, aku terus melekapkan badan ku kepadanya. Habis tindakan ku itu dilihat oleh orang ramai. Ah kisah apa! Aku sakit dan aku peluk suami aku sendiri. Bukannya peluk suami diorang pon!

"Wey, jangan lah nangis. Kau nak pergi hospital ke?".

"Tak tahu.... Sakit sangat ni.....". Aku merengek di dalam pelukannya seumpama kanak-kanak yang sedang mengalami kesakitan gigi ya amat sangat.

"Kita pergi hospital lah ye?".

"Hm... Sakit, Khai....". Habis basah bajunya, dipenuhi air mata ku.

"Okay, jom!".

...

Terasa seperti sensasi berangin di telapak kaki ku. Dan apabila aku membuka mata, terlihat lah dia sedang menyapu-nyapu minya Yuyi Cap Limau ke tapak kaki dan bahagian bawah perut ku.

"Khai? Awak buat apa ni?".

"Tadi, lepas balik hospital, kau penat sangat. Sampai tertidur dalam kereta. So, ni aku dah angkat kau masuk bilik. Ni tengah sapu ubat dengan kaki dengan perut kau so that kurang sikit sakit kau tu". Dia... begitu prihatin? Ah, mungkin kerana kisahkan bayi nya sahaja :(

"Tadi, doktor cakap apa?".

"Doktor cakap, princess kena banyak rehat. Tak boleh buat kerja berat-berat. Tak boleh keluar berjalan jauh sangat. Kalau boleh, duduk rumah je. Aku minta maaf tau sebab paksa kau tadi".

"Takpe. Awak...".

Dia mengangkat mukanya. Memandang ku.

"Awak dah makan?". Aku bertanya.

"Dah! Tadi, makan dekat hospital".

Fuh, nasib baik...
Kalau tak, kesian dekat dia.

...

Bunyi bising di dapur di kala malam hari itu, mengejutkan aku daripada lena ku. Dengan memegang perut ku, perlahan-lahan aku menuruni anak tangga untuk ke dapur.

"Apa yang dia buat malam-malam buta ni?".

Yakin sangat itu Khai.

Ya.
Sebab dia takde kat sebelah aku, masa aku bangun tidur tadi. So, orang yang ada di dapur tu, mesti dia!
Kalau bukan dia...siapa lagi?

Aku mengintai di sebalik dinding. Terlihat badannya yang memakai apron tapi tidak berbaju dan hanya berseluar tiga suku paras bawah lutut itu sedang memasak sesuatu.

"Khai?". Aku memanggilnya lalu mengambil tempat duduk di atas sebuah kerusi di dapur itu.

"Princess? Kau bangun? Bising sangat ke aku?".

Aku mengangguk.

"Sorry, sayang. Aku lapar sangat. Terpaksa masak tengah-tengah malam ni".

Aik, bukan tadi dia cakap dia dah makan ke?

"Bukan ke awak dah makan?". Runcing mata ku memandang bahagian belakang badannya.

"Makan tipu-tipu je. Aku tak nak la buat kau risau".

"Sejak bila pula saya nak risau kan awak?". Aku senyum nakal. Saja nak mengusik dia.

"Yela-yela, aku bukannya penting pon dalam hidup kau". Dah mula dah drama king dia tu.

"Poyo la awak ni". Aku menggosok-gosok mata ku. Masih mengantuk.

"Baby, pesan kat mama suruh dia pergi tidur. Papa lambat lagi nak siap ni".

"Selalu bercakap dengan baby. Baby, kenapa papa tak cakap terus je dengan mama? Dia malu ke?". Tak puas hati! Selalu dia saja yang bercakap dengan baby.

"Kalau aku bercakap dengan kau, kau bukannya nak balas pon. So, i express my feelings towards baby".

Dia mengangkat periuk yang penuh berisi dengan sejenis sup itu dan meletakkannya ke atas meja makan. Dia punya wap yang berbau enak itu, buat aku terliur sahaja.

Dia...

Ada masak lebih tak?

Sejurus sahaja dia mengambil tempat duduknya, terus aku bertanya, "Khai... Awak ada masak lebih tak?".

"Kenapa? Kau nak ke?".

"Nak.... Boleh?".

"Boleh sayang".

"Yeay!". Tanpa disangka-sangka, aku bersorak riang.

"Hey, hey. Kenapa riang sangat ni. Nanti jiran dengar la". Dia tergelak kecil.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro