10- Picnic

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tanpa disangka, dua keluarga kecil itu membawa perlabagai jenis makanan, minuman dan 'barangan' untuk berkelah di tepi tasik itu.

"Mana korang tahu saya dengan Khai ada kat sini?". Aku bertanya kepada Shah dan Nabila yang berada di situ. Yang lain sedang berseronok bermain di tepi tasik.

"Boss sebenarnya ni ha. Dia yang rancang nak buat picnic ni".

"Khai?".

"Haah. Tu sebab, dia pergi rumah awak tadi".

"Mana Shah tahu?".

"Khairina ni, Shah kan P.A baru tak baru sangat Khai, mestilah dia tahu". Nabila yang sedang enak memakan kek vanila itu berkata.

Aku perhatikan sahaja tubuh badan Nabila (bukan pervert tau!). Nampak macam ada yang pelik.

"Shah, wife awak pregnant ke?". Aku membisikkan itu kepada Shah.

"Haah, excited sangat ni". Dia berbisik kembali.

"Congrats".

"Thanks".

"Korang bisik-bisik apeni? Shah, kau ngumpat aku eh?". Khai tiba-tiba datang dan mengambil tempat di sebelah ku.

"Eh, mana ada boss. Ni cakap pasal Nabila".

"Apedie Shah?". Nabila menjeling manja suaminya itu.

"Tak, takde pape". He awkwardly laughed. Kemudian, perlahan-lahan turun daripada tikar itu dan berlari kecil ke arah Taufik, Mia, Awish (anak Mia) dan Airin. Sebelum turut diikuti oleh Nabila.

"Shah, come here!". Jerit Nabila.

Kini, tinggal hanya aku dan dia di situ.

Dia tiba-tiba beralih tempat dan duduk di sebelah kiri ku. Tadi, sebelah kanan.

Kepalanya dibaringkan ke atas peha ku.

Oleh kerana tindakan drastiknya yang mengejutkan aku itu, terus tangan ku automatik menepuk dahinya.

"Ouch! Sakit lah, love".

"Bangun". Kata ku, tegas.

"Okay, saya bangun. Jangan lah marah".

"Tak marah".

"Okay".

Heh, nak merajuk ke?
Merajuk lah, tak kisah.
Actually, kisah lah jugak, woops!

"Sini, tengok luka".

Pandangannya tidak terarah kepada ku. Sah-sah merajuk. Tak padan dengan orang tua!

"Ish, sini la!".

Oleh kerana takut, mungkin, terus dia duduk bersila menghadap ku.

Aku mula memeriksa luka kecilnya di dahi itu.

"Nasib baik Airin tak tanya tadi".

"Kalau Airin tanya, saya jawab lah, 'papa luka sebab jadi super hero selamatkan mama daripada orang jahat tadi'. Ha, kan senang".

"Senang apanya? Suka ke dapat luka macam ni?". Tangan ku terus mengelap kesan kotoron di dahinya itu menggunakan tisu bersih.

"Concern?". Dia bertanya.

"Maybe".

No pipi, jangan merah sekarang!

"I like it when you are concerning about me". Suara dia...

"Bagus lah".

"Tu je?".

"Dahtu, nak suruh saya cakap apa?". Aku bertanya kembali.

"The three magic words".

I love you...

"Tak nak".

"Okay, takpe-takpe. I will wait. Saya akan tunggu sampai awak sendiri yang nak cakap benda tu dekat saya. Tapi...".

"Tapi, what?".

"Saya takut tak sempat je". Dia kembali melemparkan pandangan ke arah tasik.

"Tak sempat? Awak-".

Dia hanya tersenyum.

Kemudian, minda ku baru sahaja menangkap apa yang cuba dia sampaikan.

"Jangan cakap pasal ni, boleh? Saya tak suka".

"Kenapa? Awak takut ke kehilangan saya?".

Benda yang paling saya takut adalah kehilangan awak, Khai.

"For Airin, okay? For Airin".

"Just Airin? How about you?".

"Dah la, saya nak pergi tengok Airin. Duduk ka sini sorang-sorang". Aku memakai selipar ku dan terus lari daripadanya. Takut akan bermacam-macam lagi soalan pelik yang bakal ditanyakan olehnya.

...

"Airin, come here. Papa nak belikan aiskrim kat hujung sana". Kedengaran suara Khai menjerit daripada tempat duduknya itu.

"Takpe la, papa! Uncle Shah dah belikan untuk Airin tadi!". Airin melaung balik kepada ayah kandungnya itu.

"Sayang, tak yah la laung-laung. Nanti orang dengar, kita pergi dekat-dekat okay?". Aku berkata.

"Takpela, mama pergi lah dekat papa. Airin nak main belon dengan Awish".

"Okay, sayang".

"Te-te ri ma-ma ka sih, Aun-ty". Awish, anak kecil berusia 5 tahun itu berkata.

Sebenarnya Awish ni, dia memang gagap tau. Tak tahu lah sebab apa. Dan untuk pengetahuan semua, Awish ni bukan anak kandung Mia dan Taufik. Dia merupakan anak angkat diorang.

3 tahun lepas, Mia dan Taufik dah bercadang nak ambil anak angkat disebabkan kesulitan bagi mereka untuk memperolehi zuriat sendiri. Lepas beberapa tahun lebih menjadikan Awish sebagai anak angkat mereka, Allhamdulillah, Mia di sahkan mengandung.

Sekarang ni, baby kandung Mia dan Taufik yang namanya Qaisara sedang berada di rumah bersama ibu Mia dan nanny nya.

Pandai betul Mia lari nak keluar.

Mungkin dia tak nak bawak new born baby dia sebab Qaisara masih kecil kot. Entah lah.

"Sama-sama, Awish".

"Awish, Airin. Meh sini, main belon dengan Uncle". Panggil Taufik, Mia sedang leka menghayunkan pemegang belon (?) untuk menghasilkan buih-buih yang cantik itu.

Shah dan Nabila pula entah lah ke mana. Pergi dating agaknya.

"Okay, Uncle Fik!".

"Okay, papa!".

...

"Nak aiskrim...". Kedengaran suara rengekan Khai yang sedang duduk bersila sambil mencabut rumput-rumput di sisi tikar itu.

"Khai".

Aku berdiri di sebelahnya dan menghulurkan tangan ku.

"Apa?".

Anak tak nak beli aiskrim dengan dia pon, nak merajuk.
Ingat aku je mengada macam ni time-time mengandung dulu.

"Jom beli aiskrim".

"Airin mana?". He pouted.

"Alah, kan dia cakap dia dah makan tadi. Takpela, saya teman ni".

Baik kau cepat sebelum aku tukar fikiran.

"Really?".

"Iyeeee, cepat la". Aku menggoyang-goyangkan tangan yang ku hulur sebentar tadi.

Lalu, dia menyambutnya.

...

"Mint choco?". Dia bertanya.

"Kenapa? Pelik? Ni aiskrim favourite saya tau".

"Tak rasa macam makan ubat gigi ke?". Dah start dah nak mengarut tu.

"Tak, cuba rasa. Tapi guna sudu awak la". Sempat aku menceduk sesudu aiskrim yang ada di dalam bekas itu sebelum menghulurkannya kepada Khai.

Belum sampai ke dalam mulut aku, dia terlebih dahulu menarik tangan ku dan menyuapkan aiskrim itu ke mulutnya MENGGUNAKAN SUDU AKU!

"Khai! I said use your spoon".

Terus dia jatuhkan sudunya ke lantai pejalan kaki di taman itu.

"Oops, dah kotor". Dia mengambilnya kembali dan membuangnya di dalam tong sampah berdekatan.

"Khai!". I stopped walking.

"What? Tak boleh kiss terus, indirect kiss pon jadi la, hm". Dia terus berjalan dan ketawa.

Meninggalkan aku sendiri di situ.

Bahang-bahang pink mula menaik ke seluruh pipi-pipi ku.

"Tak boleh kiss terus, indirect kiss pon jadi la, hm".

Kata-katanya tadi, bermain-main di kepala ku.

"Love, cepat la! Dah nak balik ni, saya tinggal kan baru tahu!". Dia menjerit daripada kejauhan.

Dah-dah la tu, Khairina.
Wake up!
Kan kalau kena tinggal, kau nak balik dengan apa?

"Ye, ye. Kejap!".

Terkedek-kedek aku berlari monyet. Eh, salah eh? Berlari apa eh? Itik? Ha, betul lah kot.

:]
(question of the day: apa yg korang tak suka tentang story ni? komen kat bawah, author nak baca, hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro