13- Curious

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(a/n: okay, chapter ni author post awal sikit sbb hrini author nk post satu chapter ni je sbb nk bgi korang tertanya-tanya gituew, hehe. jangan marah tau *send kisses)

Few months later,

"Belajar elok-elok tau sayang, mama dah nak pergi kerja ni". Aku mencium pipi Airin sekilas dan menggosok-gosok rambutnya.

"Okay... Airin sayang mama!". Giliran dia pula yang mencium pipi ku.

"Mama sayang Airin jugak, bye sayang". Aku melambai ke arahnya sebelum masuk semula ke dalam kereta yang dipandu oleh Shah itu.

Ya, Shah. Shah dan Nabila.

Mana Khai? Entah, aku pon tak tahu. Dan beberapa bulan dia tak balik rumah, katanya ada kerja di luar negara, outstation. Tapi, entah kenapa aku rasa begitu susah untuk diri ku mempercayainya.

"Khairina nak terus ke office ke?".

Aku mengangguk.

...

"Thanks Shah, Nabila, sebab sudi hantar".

"Takpela Khairina, kita kan geng! Lagipun, Shah dengan saya kerja tempat sama kan? Elok lah pergi sekali, kurangkan kesesakan lalu lintas". Bernas sahaja hujahan Nabila itu.

"Thanks again".

"Your welcome". Shah yang sedang fokus memandu itu pula, menjawab.

...

Perkara pertama yang aku lakukan setelah masuk ke dalam bangunan pejabat Ace Software itu adalah berjalan menuju ke bilik CEO nya. Aku ingin membuang perasaan tertanya-tanya ku. Aku ingin memastikan yang dia betul-betul tiada di sisi ku. Maksud aku, dia betul-betul pergi ke luar negeri or negara?

Kini, aku sudah berdiri di hadapan pintu kaca lutsinar itu.

Tangan ku tidak mengetuk, sebaliknya hanya menerjah buka pintu itu.

Dan ketika itu, saat itu, aku melihat figura seseorang duduk menghadapan tingkap, membelakangi ku.

Hanya menampakkan sebahagian daripada bahu dan kepalanya sahaja.

"Khai?".

Figura itu berpaling.

Tak, dia bukan Khai.

Gumam ku sendiri.

"Hai, Khairina". Figura itu mula berjalan mendekati ku, semakin mendekati ku.

Nafas ku tersekat, kaki ku umpama tidak boleh diangkat.

Kurang daripada 15 saat, dia sudah berdiri tepat di hadapan ku. Ya, lelaki yang berambut perang, kemas tersikat itu sudah berdiri di hadapan ku dengan kedua-dua tangannya yang dimasukkan ke dalam kedua-dua poket seluarnya.

"Kenapa, terkejut sebab I bukan orang yang you cari?". Dia bertanya sambil menyentuh dagu ku menggunakan jari telunjuknya.

"Mana dia?".

"You menyesal, kalau you tahu".

"Dia outstation kan?". Aku mengharapkan jawapan 'ya' daripada lelaki itu.

Sebaliknya, dia menggeleng.

"Liar. Dia cakap sendiri, dia outstation".

"You percaya ke, Khairina? You ni... betul lah cakap abang I, baik sangat dengan orang lain. Mudah mempercayai, mudah memaafkan". Sekali lagi, dia menyentuh dagu ku. Kalini, aku menepis.

"Don't touch me".

"Zaireel. You ingat kan apa yang Zaireel buat dekat you? Macam mana you boleh lupakan hal tu secepat tu? Kenapa you tak report polis?".

"Shut up, Khalis! Now tell me, where is he? Mana abang awak?".

"Sayang betul kakak ipar saya ni, dekat abang kan? Tapi kenapa abang buat dia macam ni?".

Apa yang dia cuba cakap ni?

Aku masih lagi keliru.

"Confuse?".

What...

"Jom, ikut I. I akan bawa you pergi jumpa, Khairin". Dia memegang tangan ku.

Apabila teringat peristiwa gelap aku dan Zaireel haritu, cepat-cepat aku menarik semula tangan ku.

"You takut ke I akan buat you, macam mana Zaireel buat dekat you dulu?".

Dia bertanya. Namun, aku hanya terdiam.

"Its okay, darling. Its all up to you, but satu je I nak cakap, I bukan lelaki murahan macam Zaireel or...".

"Or?".

"You punya suami. Lelaki yang pengecut, yang tak pernah setia dengan satu perempuan". Kelihatan amarah yang membara di dalam mata Khalis. Aku pon turut bingung.

"Perempuan sesuci dan sebaik you, patut tahu kebenarannya. So, jom? I berani bersumpah dengan Nama Allah, I takkan apa-apa kan you. Bahkan, takkan sentuh pon you lagi".

Main sumpah...?
Patut ke aku percaya?

"Jom?".

This will be the last time.

"Okay".

...

Khal memberhentikan keretanya di dalam sebuah tempat parkir kereta (di dalam bangunan) sebuah apartmen.

"See? I dah cakap, I takkan apa-apa kan you".

"Hm".

Matanya kelihatan sedang mencari-cari sesuatu.

"Look at that". Dia menunjukkan jarinya ke arah sebuah Mercedes Benz bewarna hitam yang aku percaya milik...

"Khai. Itu kereta Khai".

"Exactly, Khairina. You rasa dia buat apa pagi-pagi dekat kawasan apartmen ni?". Khal bertanya.

"Meeting?". Thats the most logical answer that i can think of.

"Too innocent, too innocent". Dia mengeleng-gelengkan kepalanya, membuatkan aku semakin keliru dengan kata-katanya.

"You nak tahu tak ni kawasan apartmen siapa?".

"Siapa?".

"Aisya. Aisya Hayani".

Jantung ku umpama tersentak apabila mendengar nama itu.

Nama itu milik bekas tunang Khai. Perempuan yang datang berjumpa dengan Khai di pejabatnya beberapa bulan lepas. Apa dia buat kat sini?

Perasaan ingin tahu aku semakin membuak-buak, dicampuri dengan perasaan sedih, marah. Semua ada.

Sabar Khairina, tak baik bersangka buruk dekat suami sendiri.

"Curious?".

Aku menganguk.

"Lets go and see."

Dia membuka pintu keretanya dan keluar.

...

Aku pelik. Aku pelik kenapa Khal boleh membuka pintu rumah orang yang bukan ahli keluarga dengan begitu mudah sekali.

Dengan hanya...

Satu sentuhan pada tombol rumah itu menggunakan ibu jarinya.

" How?".

"You tahu tak I kerja apa?". Sempat dia bertanya sebelum memulas tombol pintu rumah itu.

"Im a hacker". Dia berbisik.

...

Kami berjalan menuju ke arah master bedroom di dalam apartmen itu.

"We arrived".

Langkah ku terhenti apabila mendengar dia berkata begitu.

"Bukak lah".

Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilik tidur itu.

Untuk mengetahui kebenaran.

Dan...

(a/n: hello guys, sorry tau sebab chapter ni pendek. Nak bagi you guys suspen sikit, hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro