18- Brothers Time

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang". Aku mengetuk pintu bilik Khai.

"Apedie?". Lemah sahaja suara menjawab.

Jujur, aku tak sanggup nak tengok mereka berjauhan. Nampak menyakitkan. Aku tahu, walapun Khairina di luarnya nampak sangat membenci abang ku, namun di dalamnya dia terseksa. Dia pasti rindu akan dakapan suami nya.

Dan abang Khai...

Dia juga pasti rindu akan belaian isterinya.
Jadi, aku sudah membuat keputusan akhir untuk memberi tahu Khai tentang keberadaan isterinya.

"Aku masuk, boleh?".

"Masuk lah, pintu tak kunci". Perlahan-lahan aku menolak pintu kayu yang agak besar itu.

Tertancap la figura lemah abang ku yang sedang kaku terbaring di atas katil, memeluk bantalnya.

Aku duduk sebentar di sisi katilnya dan belum sempat aku berkata-kata, dia dahulu yang membuka mulut,

"Tolong abang, Khal. Aku tahu, kau tahu kat mana Khairina. Tolong aku, Khal. Aku dah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Tolong aku...". Bunyinya sudah seperti orang hilang arah sahaja. Kasihan pula.

Dia duduk di sebelah ku dan mukanya menghadap ku.

"Bang! Apebende muka kau, teruk sangat ni?!". Terkejut aku melihat mukanya yang seperti mayat hidup itu.

Baru 2 minggu isteri menghilang, mukanya sudah jelas kelihatan cenkung, tak bermaya, eyebag berkilo-kilo, lesu.

"Abang rindu dia...".

"Aku tahu kat mana dia". Nafas berat aku hembuskan.

Jangan risau Khal, ni memang keputusan yang terbaik.

"Kau jangan main-main, Khal".

"Ya, betul. Aku tak main-main. Tapi, kalau aku bagitahu kau dia ada dekat mana, kau kena janji dengan aku, kau pulangkan abang aku yang dulu".

"Maksud kau?". Dia bertanya, mungkin tak faham dengan kata bicara ku.

"Aku nak kau yang dulu. Keras kepala, susah nak nangis, makan punya la banyak macam membela setan, rajin pergi kerja, ceria setiap hari. Macam tu, aku nak kau yang macam tu. Come on, man. Kau tu kembar aku, kalau kau sedih panjang-panjang macam ni, aku pon sedih". Dia memeluk bahunya, memberikannya semangat.

"Okay, Khal. Untuk kau, untuk diri aku dan untuk Khairina".

"Yang penting, haritu punya masalah. Kalau tu salah kau, kau minta maaf baik-baik dengan dia. Kalau bukan salah kau, kau minta maaf juga lepastu jelaskan baik-baik apa sebenarnya yang jadi. Aku gerenti, Khairina akan faham". Aku berpesan lagi.

"Hmm".

"Dah, jom". Aku menarik tangannya.

"Pergi mana?".

"Pergi salon, mall. Nak makeover kau. Buruk sangat rupa, nak jumpa isteri".

Fuh! Pedas jugak mulut aku kan? Dah la dengan abang sendiri. Nasib baik lah, dia ni jenis sabar sikit dengan adik beradik.

...

"Lagi 2 hari aku nak pergi dekat Khairina, melawat dia sebab dia suruh bawa barang. Kau gantikan aku". Aku berkata sambil memandu.

"Sorang?".

"Haah, kau sorang la. Takkan aku nak teman pulak? Dia minta aku bawakkan selimut dinasour favourite dia haritu. Kau bawa la. One more thing, TAKYAH BAWA AIRIN". Tegas betul ayat last aku tu.

"Kenapa?".

"Sebab, aku takut nanti kau gaduh lagi teruk ke acane ke, kesian budak tu. Dia kan tak tahu apa-apa, kecil lagi. My point is, kau pujuk dulu Khairina, bila dah betul-betul berbaik, baru kau boleh datang lagi, bawa Airin. Faham?".

"Kau bagi nasihat kat aku ni, macam ada awek? Kau ada awek ke?".

Ting!

Tak semena-mena nama Julia Amanda naik di bemak fikiran ku.

"Bukan lah, girlfriend. Tapi, ada la kawan perempuan ni. Cute bang. Lagi 2 hari nanti, aku nak keluar dengan dia. Tu sebab, aku takleh nak teman kau". Tersengih-sengih seperti udang busuk aku di situ.

"Kau tak nak kenalkan dekat aku ke? Baru lah, aku boleh bagi restu kau nak kahwin nanti". He smirked.

"Eleh, kau bukan mama ngan papa. Lagipun, aku baru kenal dia seminggu".

"Macam mana boleh kenal?".

Alamak, soalan maut ni.
Nak menipu ke tak?
Nak menipu ke tak?

"Kau jangan tipu aku, Khal. Aku tahu semua rahsia kau".

"Okay-okay, aku tak tipu. Aku kenal dia sebab aku terlanggar dia haritu". Sebelah tangan ku memegang stereng, sebelah lagi menggaru-garu kepala.

"Astagfirullahalazim! Teruk ke?". Dah agak dah, mesti ini reaksi dia.

"Tak kena pon. Cuma, dia terseliuh kaki je. Tu pon sebab pakai heels 3 inci".

"Haish, nasib baik takde apa-apa sangat. Kalau tak, mampos aku nak bayar saman untuk kau".

"Eh, aku ada duit okay?". I rolled my eyes.

Deringan telefon seseorang itu, menghentikan suara aku dan dia.

"Phone kau ke?". Tanya, Khai.

"Phone kau la bang".

"Oh, ye. Sorry-sorry".

end

...

khairin point of view:

"Hello?".

"Hello, boss. Aku dah dapat cari tahu pelakunya".

Terus muka aku serius macam nak telan orang.

"Hack all their system that they use. Hack all the multimedia account. All. And bring them to me at the end of the month. Dekat office kita".

"Baik, boss".

"Hm".

"Boss?".

Apedie lagi budak ni? Ni nak kasi up gaji lah ni.

"Hm?".

"Kasi up la gaji, boss. Payah tau kerja ni". Terdengar lah jugak nada mengeluh Shah di corong telefon ku itu.

"Hm. I already did. Up till RM2000. So, your monthly salary will now be RM5000. Pakai duit elok-elok, jangan buat joli pulak. Kalau tak, aku bagitahu Nabila". Ugut ku.

"Ya Allah, terima kasih boss!".

"Hm. Satu lagi, tolong tempah kan, brownie yang kita makan sama-sama kat office haritu. Aku nak brownie tu ada dengan aku 2 hari daripada sekarang. Faham?".

"Faham, boss!".

"Okay, tu je. Bye".

"Bye!".

Ceria betul bunyi orang dapat naik gaji.

"Sales kat company kau okay ke, bang?". Tanya sang pemandu.

"Okay lah. Tu boleh naikkan gaji Shah tu. Happy sangat dia".

"Oh~".

...

"Khal, mama macam mana?". Tanya ku ketika aku melihat Khal sedang menilik-nilik baju kemeja yang ingin dibelinya.

"Macam mana, apa?".

"Cherline tu la. Aku pening la, Aisya lagi, Cherline lagi".

"Tu lah, kau tak pernah cukup satu".

Pap!

Satu ketukan 'mesra' aku singgahkan ke atas kepala adik aku itu. Itu lah, lain kali mulut tu jaga!

"Aduh! Sakit lah, bang". Dia menggosok-gosok kepalanya.

"Padan muka, sapa suruh mulut celupar lagi". Aku tergelak besar di tengah-tengah kedai itu.

"Ish! Oh kau tanya pasal Cherline tadi kan?".

"Sejak bila pulak? Aku tanya pasal mama la".

"Ah, aku nak bagi tahu jugak". Dia menjelirkan lidahnya.

Suka buat benda tak pasal-pasal dia ni.

Dalam diam, aku tersenyum. Dah lama aku tak bemesra dengan family aku macam ni. Lagi-lagi, mama. Asyik berdingin je. Haih...

"Ha, kenapa?".

"Cherline dah kahwin la".

"WHAT?!".

Nak terkeluar balik nasi ayam yang aku makan tadi bila terdengar berita yang super mengejutkan ni.

"Kau kenapa terkejut sangat? Bukan kau suka dia pon kan?".

"Tak la wey, kenapa tiba-tiba je? Dia kahwin dengan siapa?". Aku bertanya. Terasa terlebih ingin tahu pula.

"Dia kahwin dengan pilihan Uncle Christ. Sebab katanya, Uncle Christ dah penat tengok dia terkejar-kejarkan suami orang".

"Siapa?".

"Kau la! Tapi, okay lah. Diorang bahagia tho, walaupun baru kahwin".

Khal akhirnya memilih beberapa helai baju untuk dicuba olehnya di dalam fitting room.

Ni nak makeover aku ke, nak suruh aku teman dia shopping ni? Maleh bethol aku nak melayan dia ni. Awek takde, sibuk ajak aku.

I rolled my eyes.

"Ha, jeling-jeling. Ni untuk kau la, ambil pergi try!". Dia menghulurkan beberapa tshirt yang masing-masing bewarna putih, brown, hitam dan kelabu itu.

Tahu-tahu je apa yang aku fikir dia ni.

end

:]
(done for today's update! comment your thoughts. satu lagi, dh nk dekat dh part sedih ni, hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro