16- Craving

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bunga, boleh ibu masuk?". Ibu mengetuk pintu ku dan bertanya.

"Masuk lah bu, pintu tak kunci pon".

Ibu lalu masuk dan duduk di birai katil ku bersama ku yang sedang merenung ke luar tingkap sambil menikmati angin pagi itu.

"Adik-adik mana ibu?". Aku bertanya, ingin tahu.

"Adik-adik tengah makan, nanti bas dah nak datang, ambik diorang pergi sekolah. Ni ibu masuk ni sebab nak panggil kamu makan lah".

"Oh".

"Tapi sebelum tu, ibu nak tanya, boleh?". Kata ibu sambil memegang tangan ku dengan penuh kelembutan.

"Tanya ape, ibu?".

"Kenapa tinggalkan suami Bunga sorang-sorang? Tak elok tau macam tu. Ibu tengok, dia sedih je datang hantar kamu semalam. Bunga dah lah nak duduk lama kat sini. Kenapa buat macam ni dekat Daniel, sayang ibu?". Tanya ibu.

Bicara ibu tidak pernah berubah. Selalu manis.

" Bunga... ".

" Bunga sayang, dia tu suami kamu tau. Walau apa pun silap dia, dia tetap suami Bunga".

Ibu dah salah anggap ni.

"Tak, ibu. Kitorang tak gaduh. Cuma...". Aku membuka laci yang ada di tepi katil ku itu dan mengeluarkan pregnancy test yang bewarna ungu itu.

Jelas riak muka terkejut plus happy ibu kelihatan.

Terus dia memeluk ku.

"Ya Allah Bunga, syukur Allhamdulillah".

Seketika kemudian, ibu kembali bertanya,

"Tapi kenapa nak kena duduk jauh-jauh dengan suami? Orang kalau mengandung, nak ada dekat dengan suami dia".

"Bunga tak nak kecewakan dia lagi".

"Maksud Bunga?".

Ibu memandang ku pelik.

"Bunga dan Daniel dah hilang 2 orang anak kami. Kalau Bunga bagi tahu pasal kandungan baru ni, lepastu nanti kalau Bunga 'hilangkan' lagi, mesti Daniel kecewa. Bunga tak nak bagi Daniel kecewa. Bunga tak nak bagi dia harapan palsu". Aku mengusap-usap perut ku.

"Kenapa cakap macam tu Bunga? Tak baik tau. Kan semua takdir kita, Allah yang tentukan. Bukan Bunga, bukan Daniel. Bukan mana-mana manusia sekalipun. Kehilangan arwah Umairah dan Karina, bukan salah Bunga. Kenapa Bunga fikir sampai macam tu skali? Semua ni jadi, bukan salah Bunga tau". Ibu berkata panjang lebar, mencuba untuk menasihati aku.

"Ye, Bunga tahu. Tapi, Bunga kesiankan Daniel. Tu je. Ibu... please rahsiakan pasal ni daripada siapa-siapa pon. Terutama sekali, Daniel. Tolong erh ibu?".

"Yelah, Bunga. Kamu ni, kesian ibu tengok Daniel tu-".

Tiba-tiba sahaja telefon ku berbunyi.

Aku melihat skrin telefon itu dan ternyata, Daniel yang menelefon.

"Ha, dah telefon dah tu. Ibu keluar dulu lah, nanti turun breakfast tau?".

"Okay ibu".

Lalu, ibu keluar dan menutup pintu bilik ku itu.

"Assalamualaikum, sayang".

"Waalaikumusallam".

"Saya call kejap ni sebab nanti dah nak pergi kerja. Nanti malam saya datang, boleh?".

Aku berfikir seketika.

Kasi jelah datang. Lagipun...

"Boleh je. Datang lah. Tapi, tolong saya boleh?".

"Tolong apedie, sayang?".

Hehehehe...

"Tolong bawakkan baju awak. Yang belum basuh lagi".

Pelik kan request aku? HAHAHA...

"Aik, nak buat ape? Dah la tak basuh lagi".

"Ala... bawak jela, okay? Astu nak asam boi skali and coklat skali".

Banyak pulak aku mintak.

"Banyak pulak dia mintak. Ha, boleh-boleh. Lagi, nak ape?".

"Nak awak".

Gosh!
Cringe bodoew!

"You wanna cuddle is it?".

Tahu-tahu je.

"Uhum...".

"Boleh sayang... tapi saya tak tidur sana tau. Esok kerja lagi".

"Takpe, asal ada".

"Hm, yelah. Eh, sayang. Later eh, dah lewat nak pergi office ni".

"Okay Daniel. Bye, Assalamualaikum".

"Waalaikumusallam".

Dan dia meletakkan gagangnya.

Nasib baik dia tak curiga asal aku mintak asam boi. Kalau tak, nanti kantoi lah.

...

"Assalamualaikum". Salam diberikan daripada luar rumah.

"Takpe, biar Syafiq yang bukak kan".

Syafiq iaitu salah satu anak yatim yang menetap di situ pergi membuka pintu.

"Eh, abang Daniel".

Daniel? Awalnya datang. Baru pukul 6.30 petang...

"Hai Syafiq. Ni ambik coklat ni, pergi makan dengan adik-adik yang lain". Aku melihat Daniel menghulurkan satu plastik yang agak besar untuk Syafiq.

Aku berdiri dan berjalan ke arahnya lalu menyalami tangannya.

"Awalnya datang".

"Haih, cakap nak cuddle. Kena la datang awal".

"Cuddle ape nye. Baru balik kerja, busuk". Aku memgibas-ngibas tangan ku di hadapan hidung ku seolah-olah memang betul dia berbau busuk.

"Nanti saya mandi lah, sayang ni kan. Eh, ibu mana?". Dia bertanya lalu duduk di sofa.

"Ibu keluar beli barang dapur".

"Oh".

"Mana barang-barang yang saya mintak?". Aku menadah tangan ku.

He then passed me a hoodie (his hoodie) and a big plastic full of chocolates and junk foods.

Aku meletakkan plastik makanan itu ke tepi yang cepat-cepat mengambil hoodie itu daripada tangannya.

Aku menghidu hoodie itu lalu membuat reaksi yang agak-... pelik.

"Kenapa?".

"Ni hoodie awak ke?".

"Yelah, takkan hoodie scandal saya pulak. Kenapa?".

Aku terus menghidu bau hoodie yang agak aneh baunya itu.

"Dah basuh ke...?".

"Haah la, takkan nak kasi yang-, eh!".

Dah agak dah, mesti dia lupa.

"Lupa lah tu".

"Hehe, sorry lah sayang. Nak cepat tadi".

Kesian pulak dekat suami aku terpaksa layan karenah isteri dia yang banyak demand ni.

"Takpela, give me that shirt". Aku menghalakan jari terlunjuk ku ke arah kemeja kerja yang dipakai olehnya itu.

"Ni?".

"Yela".

"Dahtu, saya nak pakai ape?".

"Awak ni, pergi lah naik atas mandi. Pakai hoodie ni pastu bagi shirt ni dekat saya, okay?". I asked him that in a very, yeah-, weird pregnant mom tone.

"Baiklah sayang. Ni kalau pregnant ni, lagi clingy kan?".

Well, im yeah-, pregnan-ting right now.

"I guess". I awkwardly smiled.

...

Nom, nom, nom...

Aku mengunyah setiap satu daripada coklat yang ada di dalam plastik itu, tapi takla semua erk. Mahu kena diabetes aku nanti.

"Aih, makan sorang-sorang je coklat banyak tu. Rosak la gigi nanti".

Dia tiba-tiba sahaja keluar daripada bilik air dan berdiri tidak jauh daripada ku dengan hanya well, you know-... bertuala paras lutut dan sehelai lagi tuala digunakan untuk mengelap rambut nya yang basah itu.

Nasib baik rumah ni dah renovate, kasi bilik air satu dalam bilik aku.

Cepat-cepat aku menutup mata ku dan memarahinya,

"Apa awak ni. Pergi lah pakai baju dulu dalam bilik mandi sana. Malu lah". Aku menutup mata ku menggunakan kedua tangan ku yang masih memegang coklat itu.

Tiba-tiba (tak tahu lah dah berapa kali guna 'tiba-tiba' dalam cerita ni) terasa nafasnya tepat di hadapan muka ku.

Kedua-dua tangannya yang masih agak lembab itu memegang tangan ku.

"Alah, macam lah tak pernah tengok. Bukak jela mata tu".

Dia menarik tangan ku.

"Ish! Daniel!".

Tergelak dia tertawa besar.

"Takla, bukak jela. Dah pakai dah baju ni".

Perlahan-lahan aku membuka mata ku. Melihat dia yang sudah siap memakai hoodie hijau pastel nya itu.

Aku menjeling ke arahnya sambil menyambung aktiviti ku memakan coklat yang masih berbaki.

"Ni makan coklat banyak-banyak ni, dinner dah makan ke belum?".

Alamak!

"Belum...".

"Tengok tu, berapa kali nak pesan. Nanti makan, okay?". Katanya lalu mencium lembut bahagian perut ku.

Eh, jap!

Aku secara tidak sengajanya tertampar bahagian belakang badannya.

"Aduh! Kenapa sayang pukul?". Dia menggosok-gosok badannya yang berkemungkinan sangat sakit itu.

"Awak tu, ke-kenapa cium perut saya?".

"Kenapa? Takkan tak boleh?".

"Tak la... ni kan ada".

Aku meletakkan jari telunjuk ku ke atas hidung ku.

"Tak nak la kiss kat situ, comot".

"Awak ni!".

"Alah, sayang. Jangan merajuk. Dah, pergi basuh mulut, tangan lepastu minum air kosong kat dapur, then we can cuddle".

"Promise?".

"Iye, promise".

Dia menghulurkan jari kelingkingnya kepada ku dan aku menyambutnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro