9- Illness

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku terbangun kerana merasa sepasang bibir yang hangat menempel di dahi ku. Aku menggosok-gosok mata dan di dalam gelap itu, aku ternampak Daniel yang sedang membuang jam tangannya dan meletakkannya ke atas meja kecil bersama kunci kereta.

"Daniel.... awak pergi mana tadi?".

"Kenapa bangun? Tidur jela". Dia membaringkan badan ku ke katil semula.

"Daniel-".

"Saya pergi beli ubat baru tadi kat pekan. Esok la makan. Pergi tidur".

Dia turut serta masuk ke dalam selimut bersama ku namun, dia tidur membelakangi ku.

Tangan kecil ku dengan penuh rasa bersalah, memeluk pinggang nya.

"Goodnight".

"Hm". And he fell asleep right away.

...

"Bunga, bangun Bunga". Aku dikejutkan dengan suara opah.

Lalu aku membuka mata ku dan menutup nya semula dengan telapak tangan ku dek kerana cahaya matahari yang tepat mengenainya itu.

Terdengar gelak tawa kecil opah.

"Opah nak pergi kedai ni. Kamu takpe ke duduk sorang-sorang".

Aku yang masih lagi separuh sedar itu melihat ke bahagian tepi ku yang sudah kosong hanya tinggal telefon miliknya sahaja.

"Daniel mana opah?".

"Nik ada dekat sawah".

"Bunga pergi sawah jela".

"Okay, jalan hati-hati tau. Opah pergi kedai dulu".

"Okay, opah". Aku tersenyum lalu melihat opah pergi.

Aku bangun daripada katil itu, menuju ke bilik mandi yang ada di dapur dan bersiap-siap untuk ke sawah. Menemui suami tercinta yang bad mood sebab aku tumpahkan ubat semalam.

Aku memakai seluar trek, baju jersey bersama inner bewarna hitam dan tudung sarung hitam.

Selipar yang ada di luar rumah itu, aku saruk dan segera berjalan ke sawah dengan keadaan yang well, masih lagi mengantuk.

Oh and, aku bawak jugak bekal makanan dan sebotol air kosong. Beberapa perkakas untuk makan, 2 biji gelas dan ubat aku di dalam sebuah bakul picnic.

...

Sampai je kat sawah, aku letak bakul tu atas pangkin yang ada kat situ sebelum turun menjejakkan kaki ke sawah. Mencuba untuk mencari Daniel.

"Mana Daniel ni. Tak nampak pon".

Aku melihat sekeliling sambil berjalan di tanah yang agak berlumpur, licin itu.

Hampir sahaja aku tergelincir, terus masuk ke dalam sawah namun, badan ku sempat di sambut oleh seseorang.

"Hati-hati lah. Kenapa datang kalau mamai lagi?". Dia memimpin tangan ku dan membawa ku ke pangkin itu lagi.

Aku dan dia duduk berdampingan sambil mengarahkan pandangan ke arah sawah yang menghijau itu.

"Kenapa datang?". Dia bertanya.

"Cari awak la. Bangun-bangun je awak takde".

"Pergi jela balik, rehat kat rumah". Dia ingin berlalu pergi, tetapi aku menarik tangan nya.

"Feed me the medicine".

"Makan sendiri takleh?".

Haih, badmood lagi lah ni...

Aku menggeleng membuatkan dia kembali duduk di pangkin itu.

Dia mengambil ubat yang ada di tangan ku itu lalu menuangkan aku air yang ada di dalam botol ke dalam sebiji gelas.

Aku membuka mulut ku lalu dia memasukkan ubat itu dan menyuapkan ku air kosong yang sudab dituangnya tadi.

"Thanks".

"Makan makanan berat dah ke, ke belum?".

"Dah, tadi".

"Okay. Nak pergi sambung buat kerja".

Dan dia berlalu pergi. Aku menundukkan kepala ku, sedih.

"Okay".

"Eh, lupa". Terdengar tapak kaki nya diberhentikan.

Chup!

He soft pecked my cheek.

Terus memerah pipi ku.

"Nak ikut tak?".

"Tak-takpela, saya tunggu kat sini je".

"Okay".

Okay je?

...

"Hai achik!". Seorang kanak-kanak perempuan berambut tocang dua menyapa aku ketika aku sedang asyik memandang suami ku yang sedang berada di tengah sawah itu.

"Eh?". Aku berpaling.

"Cantik nya teddy tu. Achik punya ke?". Kanak-kanak yang juga memeluk teddy bear bewarna biru itu tiba-tiba sahaja bertanya.

"Tak, ni anak achik punya".

Why Allah send me this child to ask me this?

"Oh... mana dia achik?".

"Dia-".

I can't take it anymore.

"Dia mati kan? Aku dengar la, kena bunuh? Kesiannya nye kau Bunga, Bunga en nama?".

Tiba-tiba seorang wanita yang sedikit berusia daripada ku datang duduk bersama ku di pangkin beratap itu lalu kanak-kanak tadi duduk di sebelahnya.

Aku kenal wanita tu, tu Sarah. Daniel punya first love. Mungkin budak tu anak dia. Anak dia dengan Aqil.

"Haah. Mungkin Allah lebih sayangkan". Aku membalas tenang.

"Ke kau yang tak pandai jaga anak?". Sarah tergelak kecil.

Sikit sahaja lagi, sikit je lagi aku nak termenangis kat situ.

Kenapa mesti ada manusia macam ni kat dunia ni? Ya Allah, kau kuat kanlah umat mu ini.

"Sarah, you tolong lah jaga sikit mulut you tu. Kalau tak-". Daniel pula yang tiba-tiba hadir.

"Kalau tak, apa?".

"I-".

"Dah lah, Daniel. Jom, balik?". Aku memegang tangan nya, lembut.

"Okay".

And we go back home.

...

"Assalamualaikum opah!". Suara itu muncul dari pintu hadapan. Menampakkan seorang remaja lelaki yang mungkin berusia 17 tahun.

"Waalaikumusallam, masuk lah, Kimie".

"Siapa tu?". Aku yang duduk bersama Daniel di sofa itu bertanya.

"Tu Nik Hakimie. Cucu opah yang paling muda. 17 tahun".

"Tak pernah nampak pon".

"Memang lah sebab Hakimie ni baru pindah sini, tahun ni. Dulu dia duduk kat Johor".

"Oh".

"Hai Kak Bunga, Abang Daniel".

Dia kenal aku?

"Waalaikumusallam".

"Apa Abang Daniel ni. Kan Kimie dah bagi salam tadi".

"Gurau jela!". Dia menepuk bahagian belakang remaja tinggi itu.

"Makin cantik erk akak sekarang".

"Takdela". Aku tersenyum nipis.

"Tu bini aku. Kalau kau nak yang cantik, kahwin lah muda macam aku. Ni dah boleh dah ni". Dia ketawa besar.

"Tak nak aih". Diikuti juga dengan Kimie.

"Ada-ada je la awak ni".

"Takpela, bang, akak. Nak mandi, tukar baju, rehat-rehat kejap sebab nanti ada training basketball".

"Ha, okay-okay. Sebelum pergi training, makan dulu tu". Daniel berpesan. Baik betul dia ni.

"Okay bang, cau". Kimie membuat tabik hormat versi swag punya dan berlalu masuk ke bilik nya yang ada berdekatan dengan tangga dapur.

"Daniel, semalam masa baru je sampai, tak nampak pon Kimie?".

"Training petang, malam kelas tambahan. Awak kan tidur awal semalam".

Aku terdiam.

Tiba-tiba je rasa sedih.

"Kenapa pulak diam ni?". Dia berasa pelik.

"You don't even call me 'sayang' anymore".

Back to Bunga version manja. Im sorry readers, i can't help it. HAHAHAHA.

"Ye, sayang. Apedie, hm? Nak ape?". Matanya tertacap ke arah televisyen yang memaparkan berita petang itu (ada ke wey berita petang? HAHAHAHA).

"Awak marah lagi ke?".

"Pasal apa?".

"Pasal ubat semalam...".

Dia ketawa kecil.

"Haih, berapa kali nak cakap, saya takleh marah little wife ni lama-lama. Dia kan manja. Tengok, tak panggil 'sayang' sehari dah nak merajuk". Dia duduk separuh bersila di kerusi kayu itu, menghadap ku lalu memegang tangan ku.

"Mana ada manja".

"Ada. Manja plus keras kepala".

"Takla...". I whined.

"Sayang...". Ye, cik abang.

"Hm?".

"Don't you feel sad? Yela, sebab Sarah tadi".

Aku terdiam seketika.

"Buat apa nak sedih. Kan awak cakap, jangan sedih-sedih nanti sakit saya makin teruk". Aku tersenyum kecil.

"No la, sayang tak sakit. Sayang just-".

"Depress. Having depression. Yeah, i know. Saya sedar, tu penyakit. HAHA".

"Sayang...".

"No, its okay".

"Hey...".

"No, its okay Daniel. You can even marr-".

I can tell his heart say, "not this shit again, Dahlia".

"Not this sh-".

Tengok tu, kan dah cakap.

"Shh, no cursing. Nanti opah dengar". Aku meletakkan jari telunjuk ku di bibirnya.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro