Special Chapter :)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Daniel, bangun lah". Aku menepuk-nepuk bahu suami ku yanh sedang tertidur pulas di samping ku itu.

"Daniel... bangun lah....". Aku seterusnya menggoyang-goyangkan badannya.

"Ye, sayang. Sayang nak ape?".

Sesaat selepas itu, barulah dia bangun sambil menggosok-gosok matanya.

Sempat lagi dia mencium dahi ku.

"Nak kiss ke?".

"Eee, ape awak ni".

"Dahtu nak apa? Saya ngantuk la, sayang". He then put his head on my laps.

"Nak aiskrim".

Terus dia mengangkat kepalanya dalam keadaan yang terkejut.

"Mana nak cari aiskrim malam-malam macam ni? Pukul berapa dah ni, sayang? Esok la okay?". Dia lalu membaringkan badannya dan menarik selimut sehingga menutupi bahunya.

"Alah Daniel... 7 Eleven kan bukak 24 hours. Cepatla, jom pergi beli aiskrim".

"Esok la erh? Saya penat ni". Dia terus menerus menguap lalu menutup matanya kembali.

"Hish!".

Aku bangun daripada katil ku dan menuju ke arah almari. Sehelai cardigan dan pleated shawl dicapai oleh ku. Lalu aku menutup pintu almari itu dan duduk di hadapan meja solek untuk memakai tudung.

Ish, takkan aku nak jalan kaki pulak?
Takpela, 7E tu dekat je.

Tapi...

Bahaya la.

Aku lalu bangun setelah siap memakai tudung dan bergerak ke arah pintu untuk berlalu pergi.

...

Aku membuka pintu almari kasut kecil yang ada di bahagian dalam rumah ku itu dan mencapai sepasang flat shoes sebelum menutup semula almari kasut itu.

Pam!

"Aduh! Terkuat la pulak".

Tangan ku laju ingin memulas tombol pintu utama itu tetapi dipegang oleh Daniel daripada belakang.

"Apeni? Lepas lah".

"Sayang, sayang nak pergi mana sorang-sorang ni? Tak takut ke?". Dia memusingkan badan ku, menyuruh aku untuk memandangnya.

"Nak beli aiskrim".

"Sorang-sorang?".

"Yela, tadi awak tak nak ikut. Kan awak penat, pergi lah tidur".

Dia mengeluh sebelum tersenyum memandang ku.

"Ni mesti baby la ni nak makan aiskrim kan? Sian ibu".

"Eee, dah lah. Nak pergi beli aiskrim ni". Aku melepaskan pegangannya.

"Eh, sayang. Jangan lah macam ni, risau tau".

"Dahtu? Awak yang tak nak ikut kan? Biar lah saya pergi sendiri. Awak takyah lah nak kisah".

"Kenapa moody sangat ni? Yelah-yelah, saya ikut. Wait, let me take the car key".

"Cepatlah...".

"Iye, sayang. Kejap".

...

"Kenapa pandang macam tu?". Aku yang sedang menyuapkan aiskrim vanilla itu ke mulut ku bertanya kepadanya.

"Alah, jangan lah garang sangat".

"Mana ada garang".

"Sorry okay pasal tadi tu. Bukan saya tak nak pergi, tapi sayang suruh pergi beli aiskrim pukul 3 pagi".

Aku menjelingnya.

"Baby, tengok ibu tu. Merajuk lah tu".

"Eh, saya tak merajuk la".

"Ye la tu. Kiss sikit". Dia menongkat dagunya di hadapan ku.

Hehe...

"Kat mana?". Dengan nada yang ingin tidak ingin aku bertanya.

"Sini". Dia menyentuh bibirnya.

"Saya tengah makan ni".

"Ala, cepat lah".

Chup!

Aku menciumnya sekilas.

"Ha, macam tu lah. Thank you". Dia tersenyum manis.

"Nak aiskrim?". Aku menghulurkan sudu yang berisi aiskrim itu kepadanya.

"I want sleep". Dia menguap lagi.

"Pergi lah tidur. Tadi cakap nak sangat teman, pastu nak tidur la apela". Aku membebel dengan nada suara yang rendah.

"I love you".

"Whatever". Sekali lagi, aku menjelingnya.

Dia mengangkat keningnya sambil memandang ku.

"What?".

"Say it back".

"Yela, i love you too Encik Daniel".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro