Chapter 10: Past III: Chronos

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SYLVANIA digegarkan sekali lagi dengan kemunculan Ancient Demon di tengah-tengah Bandar Diraja Sylvania dengan tiba-tiba. Bangunan-bangunan yang baru dibina kembali runtuh kerana dimusnahkan oleh raksasa itu. Lvanians yang tidak sempat menyelamatkan diri menjadi makanannya. Lebih malang lagi menjadi mangsa runtuhan bangunan. Penduduk Sylvania lari bertempiaran apabila melihat kemunculan raksasa yang disangka sudah pun pupus dalam Perang Kedua.

Kekacauan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan keadaan menjadi kacau-bilau. Sebagai Pemerintah Sylvania, Aydan tidak akan melepaskan tangan begitu sahaja dengan membiarkan tenteranya berhadapan dengan makhluk itu. Dia bergegas ke tempat kejadian bersama-sama Lyon dan Hyrez yang baru dilantik sebagai General Sylvania sejak Aydan menaiki takhta.

Kemunculan Ancient Demon dengan tiba-tiba membuatkan Anna rasa tidak sedap hati. Namun, ditepiskan perasaan itu. Mungkin sebagai seorang ibu, dia risaukan anaknya yang sedang menyelamatkan dunia mereka sekali lagi. Lebih baik Anna menghabiskan masa bersama-sama keluarganya memandangkan Isabelle akan tinggal di Astland sehingga melahirkan anak kedua.

“Bonda...” ujar Isabelle.

Anna melangkah masuk ke dalam bilik. Puteri bongsunya sedang mendukung Ian yang sedang nyenyak tidur. Cucunya yang sulung, Evan juga berada di dalam bilik itu menemani bondanya. Evan asyik membaca buku sambil berbaring di atas karpet gebu diperbuat daripada kapas sutera.

“Bonda ingat, anakanda berada di dalam kamar.” Anna duduk di sebelah Isabelle. Pipi tembam Ian dicuit geram. Si kecil itu menggeliat namun matanya dipejam rapat.

“Tadi ye. Nea suruh anakanda tengokkan Ian sebentar.”

“Nea pergi mana? Dia baru sahaja sebulan bersalin,” ujar Anna. Dia menggelengkan kepala. Baik menantu, mahupun anakanda sendiri selalu lasak biarpun diri sudah sarat mengandung atau baru bersalin.

“Cari Aryan. Cucu kesayangan bonda tu perangainya sebijik macam Aydan,” kata Isabelle. Kedua anak-beranak itu meletuskan ketawa.

Senyuman Anna menjadi kendur. Perasaan tidak sedap hati semakin kuat menguasai dirinya. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Ancient Demon muncul tiba-tiba di bandar. Aryan pula hilang entah ke mana. Bulu romanya berdiri tegak. Tanggapannya tidak pernah salah.

“Pierce!” seru Anna.

Sang naga muncul serta-merta di dalam bilik tersebut membuatkan Evan yang sedang membaca buku terganggu dengan kehadiran Ancient Beast itu. Pierce yang muncul faham apabila Anna menyerunya. Ada sesuatu yang akan terjadi pada hari ini. Sesuatu yang dahsyat.

“Isabelle dengar bonda. Isabelle ikut Pierce. Bawa Ian dan Evan bersama-sama anakanda. Pierce akan melindungi anakanda,” ujar Anna. Dia cuba mengukir senyuman untul beritahu semuanya baik belaka.

“Pierce, bagitahu semua Ancient Beast untuk lindungi pewaris mereka.”

Anna mencium dahi Ian dan Evan. Kemudian, dia mencium dahi Isabelle untuk beberapa saat. Tanpa banyak soal, Isabelle mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Anna. Dia tahu, jika dia membantah, dia juga tiada pilihan lain selain ini biarpun berat untuk dia pergi. Sebelum dia menghilang bersama Pierce, satu letupan yang kuat kedengaran.

ARYAN, jomlah balik!” kata Ryan. Tidak... Dia menjerit di tepi telinga rakan baiknya itu.

“Bisinglah awak ni! Kalau awak nak balik, balik je lah!” marah Aryan.

“Tapi... Bonda dan ayahanda awak kan dah pesan jangan main luar istana!” Ryan mengingatkan kembali peraturan yang baru sahaja diturunkan oleh mereka berdua. Sebenarnya khusus untuk Aryan sahaja, tapi disebabkan dia juga bersubahat dengan Aryan. Dia juga menerima padah yang sama.

“Awak ni penakutlah!” bidas Aryan.

Ryan mengalah dengan kedegilan sepupunya itu. Nasihat pun tiada guna. Aryan bukan suka ikut peraturan sangat. Lebih suka ikut kepala otak kecik dia sahaja. Kadang-kadang Ryan rasa dia bukan budak 5 tahun yang sepatutnya bermain tembak-tembak dengan pistol air. Dia seperti penasihat Aryan dan juga peneman setia. Ke mana sahaja dia pergi, dia ikut. Aryan macam magnet yang selalu hasut dia buat benda tak elok. Padahal dia yang setuju setiap apa yang Aryan cakap.

Mereka berdua berada di tepi tembok yang jauh dari istana. Aryan merancang untuk memanjat tembok itu untuk keluar dari istana. Jika dia terbang, sudah pasti dia akan ditangkap mudah oleh ayahandanya. Sebab dia pernah cuba minggu lepas. Akibatnya, permainannya diganti dengan buku. Benda yang paling dia tak suka.

Panjat tembok merupakan idea yang terbaik untuk bersia-sia di Bandar Astland. Sebab dia dengar cerita puak Transformer buat kemunculan kali pertama di Sylvania. Astland menjadi tempat pertama yang dilawatinya. Aryan tidak akan melepaskan peluang ini untuk berjumpa dengan Transformer terutama sekali dengan Optimus Prime. Jadi, dia mahu tengok dengan mata sendiri.

Aryan dan Ryan berjaya memanjat tembok yang tinggi itu lalu melompat turun. Tembok itu perkara mudah untuk mereka panjat. Lagipun, mereka berdua merupakan duo yang paling nakal di dalam ahli kerabat diraja mereka sendiri. Setiap masalah yang berlaku tidak lain tidak bukan angkara dua orang sepupu ini. Pekerja istana cukup arif dengan sikap putera-putera itu.

“Hello, little prince...” Seorang lelaki dewasa menegur mereka. Pakaian yang dipakainya berwarna hitam. Rambutnya juga berwarna hitam. Lelaki itu mempunyai sepasang mata hitam. Senyuman yang diukir sangat menyeramkan. Seolah-olah membawa satu petanda yang tidak baik dari lelaki itu.

“Don't be scare, little mices. I'm your fairy godfather.”

Aryan dan Ryan sudah ketakutan apabila melihat lelaki itu mahu mendekati mereka. Sebelum mereka diapa-apakan, lari adalah pilihan yang terbaik. Lelaki itu ketawa kecil apabila melihat kanak-kanak itu melarikan diri. Bayang-bayangnya mula bergerak dengan sendiri mengikuti kanak-kanak itu. Namun, hanya seorang yang dimahukannya.

Aryan yang sedang melarikan diri rebah di atas tanah. Kedua-dua kakinya dibelit sesuatu yang hitam. Kemudian, dia diseret oleh bayang-bayang hitam yang membelit kakinya di atas tanah. Sesekali kepalanya terhantuk pada batu. Tapak tangannya juga melecet apabila dia cuba melawan untuk tidak diseret. Dia menjerit ketakutan.

“Aryan!!!” jerit Ryan apabila melihat rakan baiknya diseret oleh bayang-bayang hitam itu. Antara rasa takut dengan lelaki itu dengan risau keadaan Aryan, dia rasa berbelah bahagi. Dia mahu melarikan diri tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu tinggalkan Aryan. Dia perlu selamatkan sepupunya itu.

Ryan berubah menjadi jadi seekor anak harimau. Dia berlari ke arah lelaki jahat yang menangkap Aydan. Dia mencakar seluar lelaki itu sambil menderam kemarahan.

“Auww... So, cute little beast. But, not cute for me.”

Lelaki itu menendang anak harimau dengan kuat sehingga terpelanting jauh. Ryan berubah kepada bentuk asalnya. Dia mengerang kesakitan akibat ditendang oleh lelaki jahat itu. Rasa sakit menjalar pada tubuhnya menyebabkan Ryan tidak dapat bangun.

“Ryan!!!” Aryan menjerit apabila melihat sahabatnya diperlakukan dengan teruk. Dia semakin kuat meronta-ronta untuk melepaskan diri dari kabus hitam yang membelit tubuhnya.

Aryan berjaya melepaskan diri dari kabus hitam itu apabila dia mengeluarkan sayapnya. Tangannya bercahaya putih. Bebola cahaya yang muncul di tangannya dibaling ke arah lelaki itu. Dengan mudah, lelaki itu dapat mengelak dengan mudah.

Dia mahu menyerang lagi tetapi lelaki jahat itu berjaya menghalang dia daripada menghasilkan bebola cahaya. Pipinya dicengkam kasar oleh tangan lelaki itu. Badan Aryan terangkat akibat daripada cengkaman itu. Aryan mengerang kesakitan.

“I must kill you first before you kill me.”

Kabus hitam mula berbentuk pedang yang tajam. Sedikit demi sedikit mendekati kulit leher Aryan. Namun, satu kuasa tanah menyerang lelaki itu dari belakang menyebabkan kabus hitam itu hilang. Cengkaman pada Aryan terlepas menyebabkan dia jatuh ke tanah. Manakala lelaki itu terhumban agak jauh.

“Aku takkan biarkan kau bunuh anak aku, Chronos!!!” jerit Nea.

Chronos bangun dari jatuhnya. Dia menggeliat kecil. Ada senyuman sinis bermain pada bibirnya. Senyuman itu bertukar menjadi ketawa.

“Queen Nea... How fool i am back then? I should kill you before you give birth a monster. HAHAHA...” kata Chronos dengan iringan ketawa.

“Kau adalah raksasa sebenarnya!” balas Nea.

Tanah yang dipijak mula bergegar dan merekah. Dari rekahan itu, muncul Demon yang pelbagai jenis bentuk dan rupa. Demon itu terus menyerang istana dan kawasan sekitarnya tanpa menerima arahan dari Chronos. Keadaan di Astland menjadi huru-hara.

Demon kecil itu mula menyerang Nea. Mujur sahaja dia tergerak hati untuk membawa sebilah pedang bersamanya semasa mencari Aryan. Merata tempat dia mencari anakandanya dan Ryan. Hatinya tergerak kembali ke istana. Alangkah terkejutnya apabila melihat kemunculan Chronos.

“Kau jangan sentuh anak aku!” marah Nea apabila melihat Chronos mendekati Aryan.

“Well, my Queen... Your son was amazing.”

Tubuh Aryan dibelit oleh kabus hitam. Badannya terangkat setinggi Chronos yang sedang berdiri. Kabus hitam itu mengetatkan lagi belitan menyebabkan Aryan menjerit kesakitan. Air matanya mengalir kerana terlalu sakit. Dia tidak faham apa yang terjadi tetapi dia tidak suka apa yang berlaku sekarang ini.

“Bonda... Sakit!!!” jerit Aryan dengan air mata berjujuran.

“Chronos!!! Lepaskan anak aku!!!” Hati Nea terasa ditoreh apabila melihat anakandanya disakiti. Air mata Aryan buat dia rasa gagal menjadi seorang ibu yang tidak mampu melindungi anak sendiri.

Dia perlu lakukan sesuatu untuk selamatkan Aryan tetapi dia buntu. Tenaganya kurang kerana dia masih dalam tempoh berpantang. Lvanian wanita yang lepas bersalin akan kehilangan banyak tenaga kerana semua tenaga diberi kepada bayi yang baru lahir. Dan memerlukan masa yang lama untuk mengembalikan tenaga.

Nea sedaya-upaya menghalang Demon yang menyerang dia. Dalam masa yang sama, dia melindungi Ryan yang kelihatan sangat ketakutan dengan keadaan itu.

“Ryan, boleh tolong Aunty tak?” soal Nea.

“Shift into a bird. Tell your father and Uncle Aydan about this. Can you do that?”

Ryan mengangguk faham akan arahan yang diberitahu. Dia bertukar menjadi burung lalu terbang di udara. Astland dan Bandar Diraja agak jauh. Nea berharap Ryan dapat sampai sebelum apa-apa terjadi. Raksasa yang muncul di Bandar Diraja adalah helah Chronos untuk menyerang mereka.

“Look at his little wing... So beautiful and tempting. Isn't it?”

Chronos membelai sayap milik Aryan. Belaiannya bertukar kepada cengkaman pada sebelah sayap milik Aryan. Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila sayapnya yang masih mentah itu dicengkam dengan kasar. Kabus hitam mula menghilang dari Aryan tetapi masih berada di dalam genggaman Chronos.

Chronos bertindak membenamkan taringnya pada bahu kanak-kanak itu. Kuasa cahaya milik Aryan yang telah bersatu dengan darah diserap oleh Chronos. Raungan dan jeritan Aryan bergema kerana kuasanya sedikit demi sedikit disedut. Darah merah mengalir dari dari bahu jatuh menitik ke tanah.

Nea tidak sanggup melihat anakandanya terseksa lagi. Dia menyerang Chronos dengan sisa-sisa kuasa yang ada. Tindakannya membuatkan Chronos berang. Sebuah bebola hitam menyerang Nea kembali menyebabkan Nea rebah kerana tidak sempat mengelak. Badannya sudah menjalar kesakitan yanh tidak tertanggung.

“Bonda!!!” jerit Aryan dengan sisa tenaga yang masih ada. Dia rasa marah apabila melihat Chronos memperlakukan bondanya begitu. Aryan mahu mengeluarkan bebola cahaya tetapi tidak mampu. Oleh itu, dia menendang kakinya ke arah Chronos. Tangannya cuba mencakar muka dewa itu. Tanpa berfikir panjang, dia meludah ke arah muka Chronos.

Chronos mengesat mukanya apabila Aryan meludah pada mukanya. Wajahnya berubah merah. Matanya penuh dengan dendam kesumat. Perasaan mahu bunuh kanak-kanak itu membuak-buak dalam hatinya. Aryan dicampak pada tanah dengan kuat. Budak itu menjerit kesakitan.

Kabus hitam mula berbentuk bilah-bilah pisau. Pisau itu dibaling pada sebelah sayap Aryan. Meraung kanak-kanak itu apabila sayapnya ditikam oleh pisau tersebut. Sebilah demi sebilah pisau hitam itu dibaling dan ditikam pada sayap milik Aryan. Darah merah membasahi sayapnya yang putih bersih itu.

Hati Nea bagai dirobek dengan belati melihat anakandanya terseksa begitu sekali. Air matanya mengalir laju kerana tidak dapat melindungi anakandanya. Berikan aku sedikit sahaja kuasa untuk melindungi anakandaku sendiri.

“You piss me off. I better kill you.” Sebilah pedang yang diperbuat daripada kabus muncul betul-betul di kepala Aryan.

“Aryan!!!”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro