Chapter 20: Gan, The Soul Eater

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ryan dan Kade jumpa sebuah motel yang tidak jauh terletak dari jet yang mereka parking tadi. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam motel yang bangunannya hanya dua tingkat sahaja. Di tingkat bawah receptionist dan kafe kecil manakala tingkat dua pula mungkin bilik untuk tetamu. Ada seorang lelaki lebih kurang berumur 30 an ke atas sedang mengelap meja.

"Maaf mengganggu, Encik. Boleh kami sewa bilik di sini?" soal Kade.

"Sebelum tu, awak berdua ni siapa? Maaflah tanya sebab jarang orang macam awak berdua datang ke sini," soal lelaki itu.

"Kami dari pasukan keselamatan datang untuk menyiasat kejadian Demonic Spirit yang berlaku di sini," kata Kade. Dia menunjukkan bukti bahawa dia dari pihak Menara Kawalan datang untuk menyiasat.

"Berapa bilik yang nak?" soal tuan punya motel itu.

"Satu. Jimat duit," celah Ryan. Dia tidak fokus pada perbualan Kade dan lelaki itu kerana asyik memerhati keadaan motel tersebut. Kerusi kayu ditarik untuk duduk.

Lelaki itu menghilangkan diri sebentar kemudian kembali bersama kunci bilik untuk Kade dan Ryan. Salah satu kunci diserahkan kepada Ryan dan Kade terus naik ke tingkat atas untuk melakukan sedikit kerja. Laporan misi perlu dihantar dengan segera.

"Kawasan perumahan ni memang sunyi ke Encik..."

"Panggil saya, Gan. Kawasan perumahan ni tak biasa terima golongan atas datang ke sini. Sebab tu mereka tak keluar rumah bila orang asing datang ke sini. Encik nak minum apa-apa?" tanya Gan. Dia senyum apabila Ryan memandangnya.

"Air teh dengan madu," pesan Ryan.

Tidak lama kemudian, Gan kembali dari dapur membawa secawan teh seperti yang diminta oleh Ryan. Dia membiarkan teh tersebut di atas meja tanpa menyentuhnya. Gan meneruskan kerjanya yang tergendala.

"Encik Gan, dua hari lepas ada kejadian Demonic Spirit di sini. Encik Gan ada kenal sesiapa yang ternak lembu kat sini?" soal Ryan.

"Ada seorang pakcik ternak lembu dekat hujung kawasan perumahan ni. Kat sana ada kawasan lapang untuk ternak lembu," kata Gan sambil melakukan kerjanya.

Ryan minum teh madunya setelah menjadi suam. Dia baru minum setengah jam. Matanya sudah rasa mengantuk. Badannya pula rasa lenguh-lenguh. Mungkin penat sangat kerana bekerja menjalankan misi dua minggu berturut-turut tanpa henti. Dia mengambil keputusan untuk naik ke biliknya.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, Ryan terus rebahkan diri di atas katil tanpa menghiraukan Kade yang sedang menulis laporan misi mereka. Dia mengerdipkan mata beberapa kali untuk menahan kantuk.

"Ryan, kita akan ronda kawasan perumahan ke malam ni?" soal Kade.

"Hmmm..." balas Ryan. Dia mengeliatkan badan.

"Kita tak punya masa untuk selesaikan misi ni."

"Kita datang nak siasat je." Mata dipejam rapat tetapi mulutnya masih bergerak.

"Menurut laporan daripada Irene, haiwan ternakan di sini hanyalah ayam dan itik sahaja. Macam mana Demonic Spirit boleh rasuk lembu?" Kade meluahkan rasa musykilnya.

Kade menoleh ke belakang. Patutlah tiada jawapan dari Ryan rupanya lelaki itu sudah lena. Dia kembali meneruskan tugasnya meneliti kembali laporan yang ditulis oleh Irene semasa menjalankan misi di kawasan ini. Apa yang peliknya adalah mangsa serangan Demonic Spirit sangat ramai melebihi 20 orang.

Mengikut pengetahuannya, haiwan ternakan seperti ayam atau itik jika dirasuk oleh Demonic Spirit, ia mampu dikalahkan dengan mudah tanpa memerlukan banyak tenaga. Orang biasa yang tidak belajar menggunakan kuasa dengan betul boleh mempertahankan diri mereka.

"Ada yang tak kena dengan kawasan perumahan ni," gumam Kade perlahan.

Tanpa disedari Kade, terdapat bayang-bayang hitam yang sedang berada di tepi tingkap memerhati dan mendengar apa yang dilakukannya. Matanya merah menyala apabila disuluh oleh cahaya bulan.

Keesokan harinya, Kade masih lagi berjaga memikirkan misinya ini. Lagi lama dia fikir, lagi banyak benda yang tak kena dengan penduduk perumahan ini. Dia meninggalkan Ryan yang masih nyenyak tidur. Kade turun ke tingkat bawah dan terserempat dengan pemilik motel, Gan. Seperti biasa Gan melakukan kerjanya di mana Kade juga apa yang dilakukan oleh Gan. Dari semalam lagi, hanya Kade dan Ryan sahaja tetamu yang menginap tiada seorang pun selain dia.

"Selamat pagi," tegur Gan bersama senyuman.

Kade hanya senyum nipis dan menganggukan kepalanya sedikit. Dia melangkah keluar dari motel tersebut. Jalan masih sunyi. Dia ada lihat beberapa orang keluar dari rumah dengan waspada. Seorang wanita sedang menjemur kain terhenti melakukan perbuatannya apabila melihat Kade. Wanita itu cepat-cepat menyiapkan kerjanya dan terus masuk ke dalam rumah.

Kade berjalan sepanjang kaki lima sambil memerhati kawasan perumahan itu. Tidaklah bersih dan tidaklah kotor sangat kawasan itu. Hanya beberapa buah gerai makanan sahaja dibuka. Itupun tidak bertuan. Jika diperhatikan kawasan ni, tiada apa yang istimewa. Tapi kenapa ramai mangsa yang terkorban?

"Epal ni dah lama. Kurang manis," kata Ryan yang menggigit sebuah epal yang dijual di gerai. Tuan gerai tiada jadi dia ambik jelah.

"Bila kau bangun? Tiba-tiba ada kat sini," ujar Kade.

"Ryan the Great can be anywhere and anytime." Dia gigit sekali lagi epal di tangan walaupun tidak kena citarasanya jadilah isi perut.

"Apa yang kau dapat?" soal Ryan.

"Penduduk kat sini macam ketakutan," simpul Kade.

"Punca ketakutan mereka bukan sebab kita tapi ada benda lain," kata Ryan. Satu lagi epal diambil untuk isi perut. Ryan menonong pergi tanpa rasa bersalah makan tanpa bayar harga epal. Kade mengeluarkan 10 jewel di dalam bekas tin yang berada di atas gerai tersebut.

"Mangsa korban serangan Demonic Spirit sangat ramai which means it doesnt make nonsense."

"Masuk akal jika penduduk sini hanya ada satu kuasa sahaja dan mereka tak tahu guna macam mana lagi tak masuk akal Lvanians tak tahu guna kuasa sendiri. Mangsa korban Demonic Spirit sebenarnya telah mati sebelum serangan berlaku."

Kade agak terkejut dengan kenyataan yang diutarakan oleh Ryan. Tabletnya mengeluarkan notis terdapat satu emel masuk. Dia membuka emel tersebut untuk melihat isi kandungannya. Menurut hasil post-mortem oleh unit penyiasatan, mangsa korban itu telah mati paling kurang seminggu.

"Menurut laporan Irene, kebanyakan masa korban telah terbakar dan tidak sempurna anggota badan."

"Ye, sebabnya untuk menghapus bukti bahawa mangsa tu telah lama mati dan mengelakkan mangsa-mangsa itu mereput."

"Mangsa-mangsa itu dibakar pada hari kejadian," simpul Kade.

"Thats right. Sebelum kita datang sini. Aku suruh Damir cari maklumat tentang tempat ni. Hanya beberapa orang sahaja yang tinggal kat sini. Lebih kurang 5 keluarga yang masih tinggal kat sini," kata Ryan.

"Maksudnya?"

"Tak ramai penduduk kat sini sebab tulah sunyi."

"Tapi semalam ramai je yang kita nampak.

"Itu kau kena tanya dia." Ryan memuncungkan bibirnya ke depan.

Seorang lelaki sedang berdiri selang dua rumah dari mereka. Figura lelaki itu sangat menyeramkan dengan aura hitam yang menyelubungi lelaki itu. Matanya bersinar merah dengan senyuman di wajahnya. Senyuman yang membawa seribu satu maksud yang mendalam. Seperti lelaki itu tersenyum akan perangkap yang dipasang tidak mengena.

Ryan terus mengigit epal yang berada di tangannya manakala Kade sudah memegang senjata yang disisip di pinggangnya sebagai langkah berjaga-jaga jika lelaki iti menyerang mereka. Aura Demonic Spirit yang dirasakan oleh lelaki itu semakin kuat dirasakan.

"Awak berdua tidak perlu berwaspada kawasan ni selamat di bawah jagaan saya." Gan senyum sehingga matanya hampir mengecil. Senyuman itu lagi.

"Dari mula lagi aku syak dengan kau. Masa kami masuk motel, kau pura-pura buat kerja walaupun tak ada pelanggan. Kau buat perkara yang sama berulang kali. Masa aku mintak teh mahu tapi racun yang kau bagi," kata Ryan.

Teh madu yang dipesan olehnya mengandungi bahan asing. Baunya juga berlainan. Asap haba yang keluar agak berwarna kelabu. Nasib baik Ryan dapat buang racun yang diletakkan di dalam teh tersebut sebab itulah dia kelihatan penat dan terus tidur semalam.

"Jadi, macam mana kau bunuh penduduk kat sini?" Ryan mengajukan soalan terus.

"Aku hanya jaga kawasan ni. Semua penduduk kat sini bahagia. Kami semua sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain," balas Gan.

"Sampai sanggup bunuh mereka?"

"Demi kawasan ni, pengorbanan perlu dilakukan. Dan kau berdua akan jadi korban seterusnya demi keamanan tempat ni."

Figura seorang manusia merangkak keluar dari bayang-bayang Gan. Makhluk itu berwajah hitam dengan mata merah dan mulut yang luas dengan tubuh seorang manusia. Satu persatu makhluk hitam itu keluar dari bayang-bayang Gan. Makhluk itu melangkah menuju ke arah Ryan dan Kade.

Bang!

Kade melepaskan satu das tembakan ke arah makhluk tersebut. Makhluk tersebut rebah namun hanya beberapa saat sahaja makhluk itu bangun kembali menuju ke arah mereka dan bilangan makhluk tersebut semakin banyak. Ryan dan Kade dikelilingi oleh makhluk tersebut. Walaupun makhluk tersebut tiada kuasa untuk menyerang tetapi dengan bilangan mereka yang banyak sukar untuk Kade dan Ryan kalahkan ditambah lagi makhluk itu sukar dihapuskan.

Ryan menggunakan serangan fizikal dengan melayang penumbuk dan kaki ke arah makhluk tersebut. Serangannya bersifat sementara tetapi makhluk tersebut tetap mengerumuni mereka. Ryan terpaksa bertukar menjadi beruang jadian. Dia menyerang musuh dengan menghentak tangan ke arah makhluk itu. Mencampak jauh dari kawasan tersebut dan menggigit makhluk itu sehingga putus kepala. Dia kembali seperti biasa apabila makhluk itu semakin berkurangan.

"Kade kau uruskan makhluk ni. Aku kerjakan si Gan," arah Ryan.

Ryan berlari ke arah Gan mana-mana makhluk yang cuba menghalangnya ditendang. Apabila dia semakin dekat dengan Gan, Ryan berubah menjadi seekor singa dan melompat menerkam Gan sehingga jatuh ke tanah. Lelaki itu tidak cuba mempertahankan dirinya.

"Kenapa kau bunuh orang tak bersalah?" Ryan mengaum kaut. Dia berubah kembali kepada asal dan satu penumbuk dilayang pada muka Gan. Setelah puas membelasah Gan, barulah Ryan berhenti.

Ryan bangun berdiri. Dadanya turun naik. Buku lalinya terasa berdenyut-denyut sakit kerana menumbuk muka Gan tanpa henti. Walaupun dibelasah dengan teruk, Gan masih lagi mampu berdiri dan tersenyum dengan muka bengkak, mata lebam dan bibir yang pecah. Dia masih lagi tersenyum dan ketawa walaupun jelas dirinya sudah kalah.

"Ianya masih belum tamat." Aura hitam yang menyelubungi Gan semakin membesar. Bunyi tulang patah jelas kedengaran. Badan mula berubah bentuk. Badannya semakin membesar dua kali ganda berbanding fizikal asal. Bajunya terkoyak menampakkan rangka tulang yang melekat pada lelaki itu. Tangannya semakin memanjang dengan kuku yang panjang berwarna hitam. Wajah Gan berubah seperti tengkorang yang diselaputi daging-daging halus.

"Perang Lvanians-Demon III. Ramai penduduk kat sini terkorban semasa perang. Tiada siapa yang sudi menyelamatkan kami. The upper class let Demons devour our family. Tiada yang terselamat selain aku!"

"Kenapa kau sanggup bunuh penduduk yang tinggal kat sini? Kenapa kau terima kuasa dari Demons," soal Ryan.

"Aku buat semua ni untuk lindungi mereka kat sini! They promise to resurrect my family if i devour people flesh and soul!"

"Untuk kembali orang yang dah tak ada. What an amazing bullshit they promise to you. Aku kagum dengan kebodohan kau yang percaya dengan Demon." Ryan menepuk tangan.

"Anak aku, isteri aku, ibu bapa aku mati disebabkan perang!!!" Gan mengeluarkan kuasa hitam ditangannya lalu dituju ke arah Ryan.

Ryan dapat mengelak pada saat akhir. Jika dia lalai sedikit, pasti dia pergi tanpa meninggalkan wasiat kepada ayahnya.

"Kau sepatutnya bunuh Demons yang menyebabkan keluarga kau mati bukan jadi Demons! Kau tak ubah macam Demon, bodoh!"

Ryan berubah menjadi harimau lalu melompat menerkam Gan tetapi tubuhnya dicakar oleh kuku Gan tajam itu sehingga dia tercampak di dinding rumah. Dinding itu kelihatan retak. Ryan tidak dapat mengekalkan bentuknya kerana  sisi badannya tercedera dicakar oleh Gan.

Sesuatu yang tajam keluar dari tubuh Gan yang diselaputi oleh daging yang berbau busuk itu. Ianya adalah tulang orang yang dimakannya. Tulang-tulang yang tajam itu jatuh seperti hujan yang lebat. Ryan memetik jari dengan pantas muncul tanah yang melindunginya. Selain Shapeshifter, dia juga mampu guna kuasa seperti Lvanians kerana dia ada lot of mixes.

"Kade, kau dah mati ke?" tanya Ryan yang menghubunyi partnernya itu melalui in-ear yang menjadi alat penghubung antara mereka.

"Belum lagi," balas Kade. Nafasnya yang tercungap-cungap jelas kedengaran mungkin sibuk menyelamatkan diri dari hujan tulang yang tajam itu.

"Baguslah. Kalau kau mati semasa misi ni, aku boleh mati di tangan Evan." Seram sejuk tubuh Ryan apabila teringatkan nasihat Evan supaya menjaga anak muridnya itu dengan baik.

"Ryan, aku rasa ajal aku dah sampai." Hubung mereka terus terputus.

"Woii! Jangan!!!"

Ryan tiada pilihn selain keluar dari lindungan tanahnya itu. Sekali lagi dia memetik jarinya, tanah yang dipijak menceracak naik menerkam badan Gan yang menyerang Kade. Tanah itu membaluti kaki Gan untuk menghalang pergerakan Gan. Kade tercedera angkara diserang oleh Gan. Bagi pengguna senjata seperti pistol, panah, perlawanan jarak dekat tidak menyebelahi mereka.

"Kade aku alih perhatian dia, kau cari peluang tembak dia dari jauh," arah Ryan.

"Baik!"

"Time to be serious."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro