Chapter 3: My Beloved Aurora

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BADANNYA terasa lemah kerana tenaganya disedut habis oleh seorang lelaki bersayap hitam. Nafasnya berat dan tersekat-sekat. Suasana di sekelilingnya sangat bising dengan pelbagai jenis bunyi. Dia tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Badannya terasa dililit oleh sesuatu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu lemah. Kesakitan mula menjalar di seluruh tubuhnya. Air mata mengalir laju membasahi wajah suci milik kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun. Dia mahu ayahanda dan bondanya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Dia terus menangis dan menangis kerana badannya teramat sakit. Rasa seperti kulitnya disiat agar terpisah dari daging. Saat itu dia fikir nyawanya tamat di situ kerana sudah tidak terdaya menahan kesakitan. Sebelum dia menutup mata, sebelum pandangannya gelap-gelita, dia dapat melihat pelepah emas berguguran di udara. Dia dapat melihat wajah ayahandanya.

"Aryan!!!"

Aryan terjaga daripada tidurnya kerana terkejut dengan mimpi yang dialaminya tadi. Kelihatan peluh membasahi dahinya disebabkan mimpi yang menganggu lenanya tadi. Tangannya meraup muka untuk menghilang rasa terkejut, panik dan takut yang dirasainya tadi.

Tiba-tiba dia rasa tidak selamat berada di dalam gelap. Dia rasa mimpi yang dialaminya akan berlaku kepada dirinya. Walaupun hanya mimpi tetapi dia dapat rasakan yang mimpi itu benar-benar terjadi.

Jika mimpi itu adalah benar, kenapa dia tidak ingat? Kenapa secebis sahaja yang diingati? Kenapa dia mimpikan saat itu? Apa yang berlaku sebenarnya?

Dia meninggalkan persoalan-persoalan itu tanpa jawapan yang pasti. Sedangkan dirinya juga tidak pasti sama ada itu sekadar mimpi atau cebis memori yang dia tidak mahu ingat. Dia berharap mimpi itu kekal mimpi. Mimpi buruk bagi dirinya.

Aryan bangun dari pembaringan. Suis lampu ditekan. Sekelip mata sahaja biliknya jadi terang benderang. Dia tidak dapat melelapkan mata apabila teringatkan mimpi tadi. Kakinya melangkah ke walk in closet. Jaket yang disangkut pada penyakut baju disarungkan pada badan.

Dia melangkah keluar dari bilik. Mahu menghirup udara malam. Suasana di kawasan istana sunyi sepi. Hanya ada beberapa orang pengawal istana yang bertugas menjaga keselamatan istana daripada diceroboh oleh penjenayah. Walaupun sistem keselamatan berfungsi setiap saat, mereka perlu berjaga-jaga.

Enemy attack while you're sleeping.

Kakinya melangkah masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup secara automatik.

"State your destination." Suara sistem yang telah ditetapkan berbunyi.

"To the top."

"Access denied. Please state your identity."

"Aryan Angele de la Ralynne, Descendant of Fryswellendine, Royal Bloodline of Dragwellestyn. Puas hati kau?" balas Aryan geram.

"Welcome, Your Highness. Your destination have been approved."

Setelah itu, barulah lif bergerak ke tingkat atas istana. Setiap kali mahu ke sana, pasti dia terpaksa memperkenalkan diri dengan panjang lebar. Buat kering anak tekak je. Baik mengayat gadis, sebut nama Aryan sahaja sekejap sahaja dah dapat.

"Arrived."

"Lain kali, tak payah guna nama panjang sangat. Jenuh aku nak menyebut. Kau kena ingat muka aku yang kacak ni. Nama aku yang hensem. Faham?" bebel Aryan kepada sistem lif.

"Most welcome, Your Highness."

"Eh, menyindir aku pulak? Kalau kau ni orang, dah lama aku pecat. Nasib baik sistem."

Aryan melangkah keluar dari lif. Dia membebek seorang diri kerana tidak puas hati dengan sistem lif yang menyindirnya tadi.

"Siapalah yang cipta lif macam tu. Elok-elok ada tangga yang bagus untuk senaman jantung, badan dan otot, pergi buat lif. Kesannya, semua orang dah jadi obesiti. Sebab apa? Tangga dah tak ada!"

"Kau ni gemuk sebab selalu guna lif la ni. Lepas ni, kau tak payah guna lif. Guna tangga. Kalau aku nampak guna lif, siap kau aku ragging sampai kau jadi kurus!"

Aryan membebel kepada seorang pengawal istana yang sedang berdiri di laluan balkoni. Pengawal istana itu terpinga-pinga apabila dia dimarah oleh Aryan dengan tiba-tiba tanpa sebab.

"Kau dengar tak?"

"Dengar, tuanku... Tapi... Macam mana nak guna tangga? Tangga pun tak ada..." balas pengawal istana itu dalam takut.

"Kau carilah tangga dalam istana ni sampai jumpa!"

Aryan terus melangkah dengan perasaan yang masih geram bercampur dengan marah. Kakinya terus melangkah ke arah satu bilik yang agak terlindung dari pemandangan mata. Dia menekan password untuk mengakses masuk ke dalam.

"Access denied."

"Kau pun nak jadi macam lif jugak ke? Aku dah la tengah marah! Kau pulak buat hal!" marah Aryan.

"You just key in wrong password." Satu suara dari arah belakangnya kedengaran.

Badan Aryan jadi kaku serta-merta. Bulu romanya sudah berdiri tegak. Dia rasa tidak sedap hati. Rasa seperti dia sedang diperhatikan oleh satu lembaga hitam yang terkenal dengan panggilan hantu. Air liurnya ditelan dengan payah. Peluh sudah merecik di dahi.

Janganlah makan aku, duhai hantu.

Ian menggeleng kepala perlahan apabila dapat membaca apa yang bermain dalam fikiran Aryan. Abangnya tidak bergerak walau sesaat. Betul-betul penakut. Takut hantu pulak tu. Zaman moden macam ni mana ada hantu lagi dah. Abang siapalah ni?

Macam mana dia boleh sampai di situ. Mestilah menggunakan teleportasi. Sebaik sahaja sampai di sini, Aryan sudah berdiri di situ.

Ian tepuk bahu abangnya tetapi lain pula reaksi diberi oleh Aryan. Segala jenis teknik mempertahankan diri dikeluarkan oleh Aryan. Ian tangkas mengelak dari serangan yang tidak dijangka oleh Aryan. Dia mengeluh kelegaan. Nasib baik tidak ada senjata yang merbahaya.

"Its me. Ian. Your flesh and blood."

Aryan mengamati wajah lembaga yang menepuk bahunya. Barulah dia perasaan seorang budak lelaki berusia 15 tahun berambut emas, mempunyai sepasang mata biru sejernih kristal dan separuh ketinggiannya iaitu pendek.

"Alolololo... Comelnya... Adinda siapa la ni," kata Aryan. Dia mencubit geram pipi si adik mahu menutup rasa malunya.

"I keep my mouth shut. Please let my cheek go with safe and sound."

"Sayang kau ketat-ketat, Ian. Adinda yang paling terbaik di abad ini," kata Aryan. Dia memeluk erat Ian tanpa segan.

Kaki Ian sudah tidak mencecah tanah apabila si abang memeluknya erat sehingga badannya terangkat. Dia sudah lali dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh Aryan. Kena peluk, cubit pipi, malah kena cium di dahi atau pipi di depan umum adalah perkara biasa baginya. Aryan bukan jenis tahu malu pun.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?"

"Teleport."

"Oh, lupa..."

PAGI itu merupakan hari yang sangat ceria bagi Aryan. Burung-burung yang berkeciau keriangan. Matahari terbit dengan sinar cahaya yang memancar. Tumbuhan-tumbahan hidup dengan segar. Suasana tersebut betul-betul menceriakannya.

"Arrived."

"Thanks," ucap Aryan kepada sistem lif dengan ceria. Marahnya pada sistem lif terus dilupakannya serta-merta.

Senyuman manis tidak lekang dari wajahnya. Dia menyapa semua pengawal istana dan dayang istana yang terserempak pada pagi itu. Bukan itu sahaja, siap tolong dayang istana siram pokok bunga sepanjang balkoni.

"Oi!! Kau apa khabar?" jeritnya apabila ternampak seorang pengawal istana yang dimarahinya semalam dari jauh.

Suaranya, wajahnya malah senyumannya sangat ceria pada pagi tersebut. Pengawal istana yang ternampak Aryan tidak jadi lalu di laluan yang sama. Dia patah kembali ke laluan yang dilaluinya tadi. Dia sanggup lalu jalan yang jauh asalkan tidak berjumpa dengan Putera Mahkota tersebut.

Semua orang di dalam istana sudah lali dengan perubahan angin si putera itu. Kebaikan, kemarahan, ketidakmesraan, ke'menyampah'an, kedegilan dan ke'panasbaran'an yang ditunjukkan oleh Putera Mahkota Aryan Angele de la Ralynne boleh berubah-ubah. Perubahannya ibarat cuaca yang tidak menentu. Dengan kata lain, mood swing.

"Good morning, my beloved father, my cute lil brother, my handsome Uncle Rese and my annoying cousin," sapa Aryan sebaik sahaja sampai di meja makan.

"Sape yang annoying? Kau ke aku?" soal Ryan dengan tak puas hati.

"Mestilah kau. Siapa lagi?"

"Are you okay, son? Did experiment go wrong? Rese, kau cakap takkan meninggalkan kesan apa-apa. Kenapa Aryan lain macam je ni?" soal Aydan. Wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.

"Anak kau memang macam tu. Macam kau jugaklah," balas Rese.

"Bezanya, uncle... Aryan lebih kacak dari ayahanda. Hahaha...," ujar Aryan dengan bangga diiringi dengan ketawa.

"Yeah, son. You win." Kalau dulu, boleh la dia bangga dengan wajah yang kacak. Tapi sekarang, dia sudah tua. Rambut pun sudah berubah warna.

"Masih sakit lagi ke?" soal Aydan.

Semasa eksperimen dijalankan, ada berlaku kesan yang tidak boleh dijangkakan seperti sebelum ini. Badannya akan bertindak seperti pelindung yang menolak unsur yang boleh dianggap berbahaya. Akibat daripada respons itu, dia akan mengalami kesakitan sepanjang eksperimen dijalankan. Nasib baik ada ayahandanya menolong.

"Tak. Lepas ayahanda tolong, rasa sakit dah hilang."

"Good."

SELESAI bersarapan, Aydan masuk ke dalam makmal bahagian 3 untuk bertemu dengan Raizer begitu juga dengan Ryan. Mereka berdua sangat teruja. Oh, tidak.

Hanya Aryan sahaja yang teruja sehinggakan pekerja yang berusia 50 tahun dengan kedutan di wajah dipujinya kacak. Padahal semua orang tahu bahawa Aryan tidak akan puji seseorang melainkan ada yang dimahukannya. Semua orang tahu yang Aryan suka puji diri sendiri.

"Awalnya kau datang," ujar Raizer sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam makmal.

"Aku datang lambat, kau marah. Jadi, aku datanglah awal," balas Aryan.

Aryan dan Ryan mengekori langkah Raizer yang perlu memeriksa setiap sterotaip baru yang telah siap dicipta, dalam proses pembuatan sehinggalah proses uji kaji. Jika berfungsi dengan baik, mereka boleh hasilkan dan digunakan.

"Where is my toy?" soal Aryan yang tidak sabar.

"Catch!"

Raizer melemparkan sesuatu ke arah Aryan dan disambut cekap oleh si putera tersebut. Dahi Aryan mula berkerut apabila melihat benda lain yang diharapkan, benda lain pula yang mumcul. Wajah yang ceria mula bertukar masam serta-merta. Seperti harapan yang dia tanam sejak celik mata pagi tadi, musnah.

Pandangan tajam seperti mata pedang diberikan ke arah Raizer. Bagai memberi amaran bahaya. Bila-bila masa sahaja anda akan mati. Jangan main-main dengannya bila memberi harapan palsu.

"Apa ni, bongok?" soal Aydan dengan wajah serius. Dia peduli apa bila dah bongokkan orang.

"Chillax, dude." Raizer cuba menenangkan Aryan.

"Kau belum kenal lagi aku kan?"

Aryan mendekati Raizer secara perlahan-lahan tetapi Raizer melangkah setapak demi setapak ke belakang. Dia menelan air liur dengan parah apabila melihat Aryan dalam mood serius. Bukan dia tak tahu, baran Aryan macam mana. Kelabu katanya kelabu jugaklah yang kena setuju. Dah takde kelabu tahi anjing, kelabu asap, kelabu mata ke... Semua tu takkan dilayan.

"I'm sorry, okay? Weh, Ryan! Tolonglah aku!"

Ryan merebahkan dirinya di atas kerusi. Mangkuk buah anggur yang segar diambil. Kakinya disilangkan atas meja. Sebiji demi sebiji buah anggur masuk ke dalam mulutnya. Dia makan sambil melihat Aryan dan Raizer. Gayanya seperti menonton drama aksi di kaca televisyen sambil makan popcorn. Kalau ada air sejuk, lagi menambah keasyikannya.

"Tolonglah, wei!"

"Kalau aku baik hati, aku takkan tolong. Eh? Terbalik ke? Rasanya dah betul. Salah kau jugaklah yang cari pasal dengan dia," kata Ryan dengan selamba.

"Aku mintak benda lain kau bagi benda lain! Yang paling aku terkilan sekali... Kau! Rampas Aurora aku!" marah Aryan.

Benda yang berupa jam berwarna hitam dicampak ke atas lantai dengan kuat. Jika dilihat secara slow motion, jam tersebut akan menemui ajalnya sebaik sahaja sampai ke lantai. Pasti akan pecah berderai dan tinggal serpihan sahaja. Alangkah malangnya. Itu tidak terjadi.

Jam tersebut tiba-tiba terapung di udara. Ianya berkelip warna merah beberapa saat sebelum mula berubah. Ianya perlahan-lahan berubah dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.

Aryan melihatnya terkebil-kebil. Buah anggur yang baru nak masuk dalam mulut Ryan jatuh. Raizer yang takut tadi tiba-tiba jadi berani. Wajahnya yang jelas pucat lesi serta-merta berubah bangga. Ada senyuman menghiasi wajah Raizer. Jarinya menolak sedikit cermin mata yang mahu melurut dari batang hidungnya yang mancung.

"My Beloved Aurora!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro