Chapter 30: He Cry

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“Ayahanda, anakanda mahu bertanyakan satu perkara.” Aryan menolak pintu bilik kerja ayahandanya tanpa mengetuk pintu. Aydan mengurut dada kerana terkejut menerima kedatangan Aryan secara tiba-tiba. Walaupun Aryan selalu datang mengejut, muncul tiba-tiba, dia masih tidak dapat membiasakan diri dengan sikap anakandanya suka terjah sesuka hatinya.

Aryan masuk dengan muka serius. Ryan juga membontoti Aryan dari belakang. Dari kecik sampai ke besar, Aryan dan Ryan selalu bersama-sama. Tak pernah berpisah. Aydan dan Rese pernah mahu pisahkan mereka berdua kerana dua-dua membawa pengaruh yang tak baik kepada mereka berdua. Aryan nakalnya begitu. Ryan nakalnya begini. Bila bergabung memang meletup.

Buat pertama kali Aydan lihat wajah putera sulungnya serius. Selalunya wajah bosan dan malas sahaja yang dia lihat. Aryan nampak lain sejak tersedar dari mimpi panjangnya.

“Ayahanda, anakanda mahu katakan sesuatu pada ayahanda.” Aryan masih serius.

Aydan meninggalkan kerja yang masih banyak. Jarang sekali Aryan mahu membincangkan hal yang serius. Bila begini, dia perlu beri sepenuh perhatian. Aydan duduk bertentangan dengan Aryan yang sudah tidak senang duduk.

“Hal apa yang anakanda mahu bincangkan?”

“Kenapa Pierce malas sangat nak jaga Sylvania?” soal Aryan.

“Woi, budak!!!” jerkah Pierce yang muncul secara tiba-tiba di hadapan Aryan.

“Apa? Memang betul apa yang aku cakap. Tak adalah Chimera dan Dracaenae terpaksa uruskan Sylvania bagi pihak kau.” Aryan menyilang kaki.

“Sibuk. Apa kau tahu budak?”

“Kau sibuk buat apa?”

“Bukan urusan kau.”

“Biar aku teka.” Aryan tersenyum sinis. Pierce kekal dengan wajah tenang.

“Sibuk jaga masa depan dan masa lalu kan?” Aryan angkat kening.

“Mana kau tahu budak?”

“Betul ke? Aku teka je tadi. Hahaha... Mengelabah teruk muka kau.”

“Boleh tak aku cekik anak kau?” Pierce pandang Aydan untuk meminta izin.

“Aryan, ada apa yang anakanda mahu bincangkan?” Aydan menukar topik.

“Anakanda mahu bertanyakan hal lain. Memandangkan pekerjaan The Unsleeping Dragon ni menarik. Anakanda mahu tahu perkara sebenar dari Pierce.” Aryan pandang Pierce dengan senyuman.

Pierce mengalah. Aryan seakan-akan tugas dia yang sebenar. “Aku diberi tugas menjaga keturunan Aydan Angele. Seperti yang kau tahu, Aydan Angele merupakan calon Dewa Keabadian seterusnya. Disebabkan kejadian yang tidak disangka, gelaran itu digugurkan. Tugas aku menjaga keturunan Aydan Angele sehingga calon Dewa Keabadian muncul.” Mata Pierce beralih pada Aryan.

“Maksud kau calon Dewa Keabadian seterusnya adalah aku?” Aryan menunding jari ke arahnya.

“Aydan kata ada tiga perkara yang dia tinggalkan untuk keturunannya mendapatkan gelaran Calon Dewa Keabadian.”

“Tiga perkara itu the king, the blessing dan the light?” Aryan dapat tahu tiga perkara itu dari kuasanya sendiri, The Will.

“Ya. Memang tak silap lagi kaulah calon seterusnya.”

“Kalau aku tolak?”

“Kau sendiri tahu apa yang akan berlaku. Chaos will fall. Kejahatan dari mana-mana dunia akan cuba takluk Sylvania dan Sky Realm akan terancam.”

Aryan meramas rambutnya yang sudah kusut. Kepalanya serabut. Sejak dia bangun dari tidak sedarkan diri, banyak benda yang perlu dia fikirkan. Calon Dewa Keabadian? Dia tak nak gelaran tu.

“Aryan?” Aydan sentuh mahu anakandanya yang kelihatan sangat serabut. Tanggungjawabnya lebih berat berbanding dia.

“Ayahanda, anakanda tidak mahu hidup selama-lamanya. Buat apa dapat hidup tanpa hujung hayat, jika ayahanda, Ian dan keluarga Aryan yang lain pergi?” luah Aryan yang terbuku di hatinya.

“Ayahanda yakin anakanda dapat buat keputusan yang baik.”

“Pilihan terletak di tangan kau.” Pierce bersuara. Ryan sudah menjadi pendengar dari tadi hanya mengangguk.

“Perkara apa yang anakanda mahu bincangkan dengan ayahanda?” Aydan cuba menukar topik untuk buat Aryan lupa beban yang ditanggungnya.

“Macam mana ayahanda dapat kembalikan Shadow Hunter kepada kejadian asal mereka?” soal Aryan.

“Sudah termaktub dalam perjanjian nenek moyang kita. Fryswellendine berjanji dengan mereka untuk melepaskan mereka dari seksaan itu. Kuasa janji itu yang mampu kembalikan Nymph.”

“Kalau Demons kembali kejadian asal mereka....”

“Apa yang anakanda cakap?”

“Tadi, anakanda melawat Wasteland. Terserempak dengan Minotaur. Kami bersembang sekejap. Anakanda berjanji mahu kembalikan kejadian asal mereka dengan syarat mereka membantu kita jika perang meletus,” kata Aryan.

“Kau gila? Macam mana Demon tu serang Sylvania balik?” Pierce melenting.

“Itu langkah yang boleh memakan diri Aryan.” Aydan menyuarakan pendapatnya.

“Dengan perjanjian yang sama dilakukan Fryswellendine.”

“Tak. Masa lalu akan berubah jika kau bertindak begitu.” Pierce membantah.

“Tugas kau jaga keturunan Aydan Angele. Ini bermakna kau jaga masa lalu dan masa depan. Kau tak hidup di masa lalu, kau juga tak hidup di masa depan. Sebab tulah nama kau The Unsleeping Dragon. Bila keturunan Aydan Angele perlukan kau, boleh muncul dalam sekelip mata tanpa sebut nama kau.”

Tepat. Apa yang dikatakan Aryan semuanya tepat. Nampak Aryan seorang yang bodoh lalang tapi bijak membaca keadaan.

“Kau nak aku buat apa?”

“Simple. Kau kembali ke masa sebelum segala-galanya bermula. Sampaikan kepada Mythical Creatures tentang apa yang berlaku. Walaupun mereka cuba mengelak, mereka tetap akan berubah menjadi Demons. Itu takkan ubah masa depan selepas itu.”

“Mereka takkan percaya.”

“Itu kau perlu ketepikan dahulu. Yang penting kau sampaikan kepada mereka. Jika mereka tolong Sylvania semasa berperang dengan Chronos, akan aku kembalikan mereka kejadian asal. Itu janji aku.” Aryan beriak serius.

“Anakanda mahu tanam memori perjanjian itu pada Demons?”

“Ya. Anakanda yakin. Mereka akan mengubah fikiran. Lagipun Chronos sudah mendapat buah catur yang baru.”

“Kalau itu yang kau mahukan aku cuba. Jangan salahkan aku jika rancangan kau tak berjaya,” kata Pierce sebelum menghilangkan diri dari situ.

Aydan bersimpati terhadap anakandanya yang terpaksa memikul tanggungjawab besar. Menjaga dua dunia dalam satu masa. Keputusannya akan menentukan nasib Sylvania dan Sky Realm. Hanya semangat yang boleh dia hulur pada Aryan.

“Walau apa pun keputusan anakanda, ayahanda tetap bangga akan anakanda.” Aydan bersuara untuk mengusir kerisauan puteranya.

“Thanks, father. But I think I can handle this for now.” Aryan bangun meninggalkan pejabat ayahanda. Dia rasa, dia perlu tenangkan fikiran barulah dapat membuat keputusan yang akan memberi kebaikan untuk semua orang.

Aydan menyentuh bahu Ryan yang mahu ikut bersama Aryan. Langkah Ryan terhenti apabila ditahan oleh Aydan. Dia tidak jadi ikut Aryan pergi.

“Biarkan dia bersendirian,” kata Aydan.

“Uncle, apa maksudnya jadi Dewa Keabadian?” soal Ryan. Sepanjang perbualan mereka, dia tertidur di pertengahan percakapan. Tersedar apabila dengar suata Pierce mengamuk.

“Immortality. You live forever and never die.”

“Thats cool. Kenapa Aryan tak nak?”

“Kamu tahu jawapannya kan?” Aydan menepuk bahu Ryan. Dia kembali menyambung kerja yang tergendala.

RYAN melepak di makmal sains memandangkan sahabatnya memerlukan masa seorang diri memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Dewa Keabadian asyik bermain di mindanya. Kalau dia jadi Aryan memang dia terus terima gelaran tersebut tanpa teragak-agak. Tapi kesannya akan dirasai sampai bila-bila. Saat semua orang meninggal dunia satu-persatu, hanya dia sahaja yang hidup. Itulah yang difikirkan Aryan agaknya.

“Mana putera kesayangan kau?” soal Raizer.

Air kopi diletakkan di atas meja. Tapi dicapai oleh Ryan. Apabila Ryan mahu meneguk air kopi tersebut, air sudah hilang. Dia mendongakkan kepala ke atas. Air kopi terapung di atas kepala. Kerja si Raizer. Dia letak semula gelas. Air kopi masuk semula ke dalam gelas. Raizer boleh menikmati air kopinya.

“Kedekut betul kau ni.”

“Buat sendiri. Kenapa kau seorang je? Mana Aryan?”

“Dia pergi tenangkan fikiran kat Istana Lama Astland. Malas aku nak kacau dia.” Ryan merenggangkan badan di atas kerusi..

“War is coming. All the pressure is on him. Of course he need some time to adapt new role he has.”

“Apa yang kau tahu tentang Dewa Keabadian? Kaukan Sellavian.” Ryan menongkat dagu dengan tangan siku diletakkan di atas meja.

“Tak banyak sebenarnya. Menurut maklumat semasa Perang Lvanians-Demons III,  Dewa Keabadian pernah turun ke Sylvania. Sungguhpun dia pernah ke sini, tiada siapa tahu tentang Dewa Keabadian. Kalau kau mahu tahu tahap kuasanya....”

Satu paparan muncul di ruang udara bagaikan tayangan. Raizer hidup air kopi yang masih belum habis. Dia memerhati data yang dikumpulkan sejak Aryan tidak sedarkan diri. Statistik yang dikumpul itu berubah tahun demi tahun.

“Aryan pernah berubah jadi Dewa itu sendiri saat Chronos datang menyerang buat kali kedua. Bacaan data yang dikumpul, memang tak boleh diukur. Selepas daripada kejadian itu, tahap kuasa Aryan seperti manusia biasa. Tapi berubah tahun demi tahun sehingga sekarang.”

“Maksud kau?” Ryan berkerut.

“Maksud aku Aryan akan kembali kepada dirinya yang dulu saat dia jadi Dewa itu sendiri. Sekarang ni, kau ada nampak perubahannya?”

Ryan mengangguk. Bukan dia tak suka Aryan akan mendapat kuasanya semula, mungkin selepas ini Aryan tidak lagi memerlukan pertolongannya seperti selalu. Dia pengawal peribadi, dia juga 'pedang' ke pada Aryan. Jikala bahaya yang menghampiri mereka, Ryan dahulu akan ke depan menentang musuh.

“I guess being glamorous is better for him.” Ryan bangun. Walau siapa pun Aryan pada masa akan datang, Aryan tetap sepupu dan sahabatnya.

***

ARYAN berbaring di atas rumput di kawasan taman yang terbiar di Istana Lama Astland. Terlalu banyak kenangan yang berada di sini. Termasuklah peristiwa hitam yang menimpa dia dan bonda.

Bonda....

Aryan memejamkan untuk mengusirkan perasaan rindu di dalam dada. Sudah 15 tahun peristiwa itu berlalu, tetapi ia masih segar di ruang mindanya. Dia tidak pernah ungkap perkataan rindu pada sesiapa kerana dia takut kelihatan lemah. Sebenarnya, dia mahu meluahkan segala isi hati yang sudah lama terpendam.

“Bonda....” Air matanya tumpah tanpa dipinta. Buat kali pertama Aryan menangis setelah 15 tahun berlalu. Perasaan yang tertanam di lubuk hatinya kini muncul di permukaan. Dia tahu dia tidak mampu menahan air mata lagi.

“Bonda.... Aryan rindu bonda. Aryan rindu sangat-sangat pada bonda. Aryan tak kuat, bonda.... Bonda....” Dia menangis tersedu-sedan apabila memori bersama Nea mencurah-curah difikirannya.

“Aryan minta maaf. Maafkan Aryan bonda... Aryan tahu Aryan salah. Aryan minta maaf. Bonda....” rintihnya.

Satu usapan di kepalanya buat dia rasa tenang. Air mata setia menemani. Tanpa sepatah perkataan, Aryan menangis di riba Isabelle. Untuk melepaskan perasaan yang belum pernah dia tunjuk pada sesiapa, dia menangis sepuas-puasnya.

Isabelle setia bersama anak saudaranya. Tangannya mengusap lembut kepala Aryan yang rebah di ribanya. Simpatinya jatuh pada Aryan. Usianya terlalu muda ketika Nea pergi. Sudah tentu Aryan akan salahkan diri sendiri walaupun itu bukan silapnya. Bagi Isabelle, ini bukan kali pertama dia melihat Aryan menangis begini. Dia sudah lali semenjak dia menjaga Aryan sejak kecil lagi. Aryan selalu menangis seorang diri di sini.

Tangisannys reda. Esakannya kembali hilang. Aryan bangun dari pembaringan. Sisa air mata disapu sehingga kering. Terbit rasa malu apabila dia menangis bagaikan anak kecil. Buat malu sahaja.

“Macam mana auntie tahu Aryan kat sini?”

“I always know when, and why you are here.” Rambut Aryan dikusutkan.

“Malulah ada orang tengok Aryan menangis.”

“Macamlah ini kali pertama Aryan menangis depan auntie,” balas Isabelle membuatkan Aryan tersengih malu.

“Jangan pecah rahsia.”

Isabelle membuat gaya tarik zip di mulut. Rambut Aryan dikusutkan. Aryan tidak ubah seperti abang kembarnya. Nampak degil di luar tetapi sebenarnya mempunyai hati yang lembut. Mana tumpahnya kuah kalau bukan pada nasi.

“Auntie tahu apa yang Aryan rasa sekarang ini. Tapi percayalah apa yang berlaku, kami semua tak salahkan Aryan. Semuanya telah ditakdirkan.”

“How can I change the fate? Because I hate it now.” Dengan ibu saudaranya, dia tidak perlu menyembunyikan perasaan mengalah dan putus asanya. Dia hanya seorang remaja yang biasa mahukan kebebasan tetapi diberi tanggungjawab yang berat.

“You know what? You and your father are look alike. In term of looks and actions, you two could past become a twin.”

“Tak mungkin, ayahanda takkan macam Aryan. Ayahanda seorang yang berdedikasi. Raja yang disanjung dan disayangi ramai. Kredibilitinya menjadi idola setiap pemerintah setiap negeri.” Tidak lupa, Aryan juga mengagumi ayahandanya sendiri.

“You are so wrong. Masa seusia kamu, Aydan lagi teruk dari kamu. Pernah tak balik rumah sampai berbulan-bulan, selalu timbulkan masalah. But, semuanya berubah sejak dia kahwin dengan Nea dan ada kamu dan Ian.”

Aryan kelihatan berminat dengan kisah ayahandanya sendiri. Nampaknya ayahanda selalu langkau menceritakan kisah nakalnya kepada dia dan Ian.

“Aryan, apa yang kamu risaukan tentang Ian?”

“Bila dapat tahu Ian kena buli. Geram betul dengab budak-budak yang buli Ian! Rasa nak balas balik tapi Ian pulak tak bagi!” Aryan mengepal penumbuk apabila teringatkan insiden beberapa tahun lalu.

“Even Aydan is a troublesome, but he is a protective brother. Take care of me just like you did to Ian. Both of you have the same weakness.”

“Huh?”

“Walaupun kamu berdua sangat kuat, tapi kelemahan kamu dan ayahanda kamu satu je iaitu keluarga. Kamu berdua sangat pentingkan keluarga. Sampaikan saat di mana Auntie bertemu maut....”

“Apa maksud auntie?”

Isabelle senyum. Senyumannya hambar. “Ayahanda kamu sanggup korban kuasa keabadian demi hidupkan Auntie semula.”

Aryan agak terkejut.

“Auntie tahu tanggungjawab kamu sangat besar. Lebih besar dari apa yang Aydan tanggung sebelum ini. Tapi Aydan tak pernah berputus asa walaupun apa pun apa pun yang terjadi. Auntie nak Aryan juga jangan berputus asa. The power of never give up is greater than anything.”

“I’m not strong as father.”

“Aryan. You and your father granted with the power of immortality. Aydan gave up his immortality to save me. Will you do the same?” soal Isabelle.

“Demi keluarga, Aryan sanggup berkorban apa sahaja demi mereka. No, not only my family, i will save everyone.” Aryan nekad.

“I know you will say that. So dont give up okay?”

Aryan angguk bersungguh-sungguh. Semangatnya mencanak naik setelah bercakap dengan ibu saudara.

“Kamu datang ke mari dengan apa?”

“Ethion!” Aryan tunjuk ke arah Ethion yang sedang berehat di bawah pokok. Dia menuip siulan. Ethion berlari ke arahnya dengan pantas.

“Ah, yes. The immortal horse. I almost forget his existence. Be careful on your way home.”

“Yes. Thanks!” Aryan melompat naik ke atas badan Ethion. Mereka berdua mula menghilang.

Isabelle tersenyum dengan telatah anak saudaranya yang masih tidak berubah sejak kecil. Di mata semua orang Aryan seorang lelaki yang sudah layak memegang takhta tapi di matanya Aryan tetap kanak-kanak berusia 5 tahun yang selalu mencari gaduh dengan Evan.

Aydan.”

How he is?” soal Aydan yang berada di pejabatnya.

“He cry,” kata Isabelle.

Aydan meninggalkan kerjanya. Dia berjalan ke arah balkoni. Dari jauh dia nampak Aryan dan Ethion sedang berjalan masuk ke dalam kawasan istana.

Ayahanda tetap ada dengan kamu, Aryan.

****

Guys,
Aryan will be last series of Sylvania. Ini bermaksa kisah dunia Sylvania akan berakhir dengan Aryan.

Sylvania series dah sampai tiga. Saya bercadang mahu buat Ebook Sylvania Series ni. Ebook macam novel tapi dalam bentuk pdf. Kalau ada yang berminat, saya akan unpublish separuh bab di sini. The rest akan dapat baca melalui Ebook.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro