Chapter 47: Home

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kamu perlu mengembara ke masa titik segala permulaan berlaku. Di masa, Aydan Angele berada di Sylvania." Aydan ulang semula apa yang diberitahu oleh anak masa depannya itu. Baru dia sedar bahawa yang hanya masa itu sahaja, dia tidak boleh kembali. Rupa-rupanya Aydan Angele telah mengetahui apa yang berlaku pada masa depan. Pintu ke masa lalu saat Aydan Angela masih hidup ditutup untuk mengelakkan Chronos kembali membunuhnya.

"I need to go there," ujar Aryan. Dia kelihatan terdesak mahu bertemu dengan Aydan Angele untuk mendapatkan kuasanya yang sepenuhnya.

"Tapi kamu tahu ke macam mana pergi ke sana?" soal Aydan.

"Rasanya la..." balas Aryan ragu-ragu. Atok moyang cakap hanya dia sahaja boleh buka ke pintu masa lalu tapi tak ada pula beritahu macam mana dia boleh ke sana.

Aydan berura-ura mahu menarik pedangnya tetapi ditahan oleh Kfalion. Nasib ada bakal abang iparnya. Kalau tidak, dah lama teruk anaknya itu dibelasah. Perangai Aryan betul-betul sama dengannya. Main-main dan terlebih yakin. Dia perlu berubah selepas kahwin.

"Jika kamu sudah buka dua kunci kepada kuasa kamu, bermakna kamu boleh buka portal ke masa lalu," ujar Kfalion.

Aryan mengerutkan dahi. Bagaimana pakciknya itu tahu yang dia perlukan kunci untuk mendapatkan kembali kuasa yang dia sendiri simpan? Satu lagi, Kfalion nampak tidak terkejut dengan apa yang dia ceritakan pada Aydan tadi. Hanya dia, Ian dan Aydan sahaja yang tahu masalah dia yang sebenar. Satu lagi mana Ian?

"You're too reckless. I found Aurora," kata Kfalion sambil menghulurkan gajet berbentuk jam tangan kepada anak saudaranya.

"Macam mana pakcik... Eh, bukan. Tuanku tahu nama kekasih saya ni?" soal Aryan. Dia menyambut gajet itu lalu disarungkan pada pergelangan tangan.

"Pakcik yang bagi nama Aurora." Kfalion senyum.

"What?" Aryan agak terkejut.

"Sekarang ni, Aurora dalam penyelidikan untuk dibina. Aryan dapat yang sudah diupgrade."

"Sebab apa pakcik perlukan Aurora?"

"Kesihatan pakcik tak menentu. Kuasa pakcik pun semakin berkurangan. Aurora dapat tolong pakcik buat kerja sementara waktu," terang Kfalion.

"Wait, wait, wait... You know I'm your nephew?" soal Aryan. Baru dia perasan yang dia selesa memanggil Kfalion dengan panggil pakcik padahal mereka baru sahaja kenal. Dia mendapat jawapan dengan anggukan Kfalion.

"Jadi macam mana sekarang ni?" Aydan bersuara. Mereka berdua seakan-akan lupa tentang perbincangan mereka tadi.

"Oh, ya! I need to go there as soon as possible," tegas Aryan dengan wajah yang serius.

"Dan?"

"Once I confirm with Aydan Angele and make contract with Celestial Being in Sylvania, I will comeback here again," beritahu Aryan.

"Dan?"

"Itulah rancangannya."

"Lepas tu apa kau nak buat budak? Takkan kau nak duduk sini sampai kau mampus? Cukup-cukuplah aku ada seorang anak macam kau," kata Aydan.

"Aryan dan Ian boleh pergi selamatkan Sylvania selepas perkahwinan Nea berlangsung," putus Kfalion buat anak saudaranya.

"Thank you, Uncle. You are the best!" Aryan angkat ibu jari ke arah bapa saudaranya.

"Nea aje yang kahwin? Aku ni tak?" kata Aydan geram.

Kfalion hanya ketawa melihat tingkah laku nakal anak saudaranya itu. Walaupun dia tidak dapat bersama Aryan dan Ian pada masa depan, sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan mereka berdua pada masa ini. Membantu Aryan dan Ian saat memerlukan sokongan dan pertolongan. Dia rasa Nea dan Aydan bertuah memiliki dua orang anak yang bijak dan bakal mewarisi pemerintahan Sylvania kelak.

Dum!

Pintu bilik terbuka luas. Dua bentuk tubuh muncul di muka pintu. Nea terus menerpa ke arah Aryan membuatkan anaknya itu agak terkejut dengan tindakan Nea yang tiba-tiba. Pipi remaja itu ditekup dengan telapak tangan lalu ditelengkan ke kiri dan kanan untuk membelek jika ada luka ada kecederaan wajah pemuda itu. Dia tenung muka Aryan lama sebelum puas hati melihat remaja itu kelihatan sihat. Pipi Aryan dilepaskan.

"Kamu tak apa-apa?" soal Nea.

"Okey."

"Ada sakit di mana-mana tak?"

"Tak ada."

"Ada kurus semangat?"

"Sikit..." balas Aryan.

"Sebab kaulah budak ni pengsan!" tuduh Nea ke arah tunangnya itu.

"Aku pula? Budak tu lemah semangat takut hantu." Aydan mempertahankan diri.

"Macamlah kau tu berani sangat dengan hantu," perli Nea.

"Cubalah kau lawan dengan hantu. Siapa yang menang?"

"Dah tentu aku yang memang. Penakut macam kau, awal-awal lagi dah pengsan."

Aydan dan Nea bergaduh mulut. Pertelingkahan mereka disaksikan oleh anak-anak mereka dan juga Kfalion. Masing-masing melangkah keluar dari bilik kerana tidak mahu bersemuka. Tapi walaupun sudah keluar, suara mereka sedang berperang mulut masih kedengaran.

"Jangan risau. Mereka berdua selalu bergaduh. Kalau tidak berperang kata, itu tanda tak baik yang berlaku antara mereka," ujar Kfalion.

Aryan dan Ian hanya sengih sendiri melihat perangai kebudak-budakan bonda dan ayahanda mereka.

***

Aryan dan The Will berdiri berhadapan antara satu sama lain. Rasanya mereka sudah hampir menjadi satu apabila ruangan yang dicipta itu mempamerkan perubahan yang sangat ketara pada penampilannya. Melalui biasan gambaran yang dilihat di ruangan bawah sedar Aryan, dia dapat lihat ada sebelah sayap berwarna putih keemasan yang berkembang megah di belakangnya. Hanya sebelah sahaja. Sebelah lagi masih dirantai.

Tinggal satu lagi rantai untuk dilepaskan. Setelah itu, dia akan mendapat kuasanya kembali. Dia takut tapi dia tiada banyak pilihan untuk membebaskan Sylvania daripada penguasaan Chronos. Aryan masih sangsi untuk menerima tanggungjawabnya sebagai Dewa Keabadian. Gelaran itu sangat tidak sesuai untuknya kerana dia sukakan kebebasan. Tidak mahu terikat dengan mana-mana tugas.

"Open the gate to Aydan Angele," ucap Aryan.

Satu cahaya berwarna keemasan muncul di ruangan di bawah sedar dalam ruangan ciptaannya. Debu-debu emas muncul membentuk segi empat tempat berupa seakan-akan portal dengan cahaya putih memancar keluar. Namun cahaya itu kembali hilang. Satu gambaran muncul di sebalik portal cahaya itu. Ia merupakan Sylvania sebelum Lvanian tinggal di situ. Dengan Celestial Beast, Mythical Creatures dan juga Ancient Beast yang tinggal bebas di seluruh Sylvania.

Ada satu cahaya di sebalik portal itu. Seakan-akan terbang bebas di udara Sylvania. Cahaya itu berhenti terbang di udara mempamerkan bentuknya yang sebenar. Aryan mengecilkan mata untuk melihat rupa cahaya itu. Mempunyai figura seorang Lvanians. Bentuk badannya seperti seorang lelaki. Figura itu terbang mendekati portal cahaya itu.

Langkah Aryan mengundur ke belakang apabila figura itu perasaan akan kehadirannya yang sedang melihat melalui portal cahaya. Wajah figura itu semakin jelas di pandangan Aryan. Dia menjengukkan kepala melalui portal cahaya itu.

"Hai!" tegur figura itu dengan ceria.

"Arghhh!" Aryan menjerit terkejut.

Portal itu terus ditutup. Figura yang menegurnya itu terus hilang. Aryan terus kembali ke alam realiti. Tangan meraup muka yang sudah berpeluh. Ian memandang pelik akan kelakuan abangnya seperti disampuk hantu.

"Kenapa dengan kamu ni?" soal Aydan yang juga hairan dengan kelakuan pemuda itu.

"Menakutkan!" Portal yang dibukanya di alam bawah sedarnya itu dapat ditembusi oleh seseorang. Dan seseorang itu tidak lain tidak bukan ialah Aydan Angele yang datang menegurnya macam hantu. Kecut semangatnya.

"Macam mana dengan portal?" soal Aydan. Malas melayan sikap penakut anaknya.

"I can open it like a 'snap'." Aryan memetik jarinya. Tiba-tiba muncul debu emas membentuk segi empat tepat dengan cahaya putih keluar dari ruangan itu. Dia terkejut dengan apa yang dilihat. Dia tiada niat untuk membuka portal itu tetapi sudah muncul di hadapannya.

Badannya seakan-akan ditarik masuk ke dalam portal cahaya itu. Dia pegang bahu Ian untuk berpaut tetapi adiknya itu menanggalkan tangannya daripada terus berpaut. Badan yang disebut masuk sempat memegang sisi pintu portal cahaya itu. Aydan dan Ian berdiri sebelah-menyebelah sambil memandang ke arah Aryan yang dipaksa sedut  masuk ke dalam portal cahaya itu. 

"Help me!" jerit Aryan.

"Good luck, kekanda," ucap Ian sambil melambaikan tangannya ke arah abangnya itu. Aydan juga turut sama melambai ke arah anaknya itu. Pintu portal itu terus tertutup.

"Lets go, Ian. Nea need our help to arrange her books," ajak Aydan. Mereka berdua keluar dari bilik itu seperti tiada apa yang berlaku.

***

ARYAN jatuh menjunan dari arah udara. Dia tidak dapat mengelak daripada tarikan graviti itu. Dari bawah dia ternampak seakan akan lintasan cahaya meluru laju ke arahnya. Semakin lama semakin dekat, lintasan cahaya itu berupa anak panah meluru laju ke arahnya. Dia terus pejam mata kerana peratusan untuk menghalang anak panah cahaya sangat nipis.

Tubuhnya berhenti dari menjunam jatuh kerana terapung di udara. Aryan buka kelopak mata sebelah. Anak panah itu kaku di hadapan mukanya. Sebaik sahaja tangannya genggam anak panah itu, ia hilang seperti debu. Saat debu cahaya itu berterbangan di udara. Muncul beribu-ribu anak panah cahaya mengelilingi tubuhnya. Bersedia untuk menusuk ke dalam badannya.

Aryan telan air liur. Matanya mengitari kawasan langit yang cerah dengan awan yang berarak perlahan dan tenang. Hanya dia sahaja yang berada di sini. Di bawah sana pula tiada kelihatan seperti seseorang yang boleh disyaki sebagai musuh.

"Fine! Come and get me!" katanya lalu anak panah cahaya itu terus laju meluru ke arahnya.

Anak panah pertama berjaya ditangkap dengan tangan. Seterusnya dapat dielak dengan mudah. Bila beribu-ribu anak panah cahaya bergerak menyusur ke arahnya, dia tiada pilihan itu menggunakan kuasa yang dia ada. Tangan dihulurkan ke hadapan.

"Parish!" Sepatah perkataan keluar dari mulutnya, serta-merta anak panah itu hilang menjadi debu. Aryan tiada masa untuk mengagumi kuasanya itu kerana serangan asing tidak berhenti dengan itu apabila muncul pula lembing cahaya dari langit. Beribu-ribu sehingga tidak terkira dek mata kasarnya.

Aryan dengus marah. Sudahlah dia dipaksa tarik masuk ke dalam dunia ini. Bila dia sudah tiba, serangan pula yang menanti. Kepalanya dilentokkan ke kiri dan kanan disusuli dengan bunyi 'kruk'. Tangannya direnggangkan seperti sedang melakukan pemanasan badan.

"Come!" ujarnya bagai mencabar lawan yang masih tidak menonjolkan diri.

Lembing cahaya itu meluru ke arahnya tetapi disepak serangan itu ke bawah begitulah seterusnya. Serangan itu bagai tiada penghujung. Salah satu lembing cahaya ditangkap lalu dipatahkan jadi dua. Lembing yang patah dua itu perlahan-lahan berubah menjadi pedang. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Pedang yang berada di tangannya dipegang kejap. Nafasnya dilepaskan perlahan.

"Dance." Sejurus itu pergerakannya menjadi bertambah laju selaju cahaya. Dalam sekelip mata sahaja, lembing cahaya patah dua dan berubah menjadi debu cahaya yang berterbangan di udara. Pedang di tangannya menghilang.

"Your real duel is just begin." Ada suara berbisik di tepi telinganya. Belakang badannya terasa disentuh oleh tapak tangan seseorang.

Doom!

Dalam sekelip sahaja, tubuh seperti ditendang kuat dari belakang menjadikan dia menjunam jatuh ke bawah. Sebelum sempat tubuh menghentam tanah, debu cahaya muncul mengelilingi seperti puting beliung mengelakkan dia dari jatuh seperti nangka busuk. Debu cahaya yang berpusar laju mengelilingi tubuhnya perlahan-lahan menghilang. Penampilannya serta-merta berubah dengan pakaian serta putih dengan garisan emas. Rambutnya berubah putih dengan bercampur dengan jaluran emas. Sebelah sayapnya telahpun keluar.

Aryan menyusur laju ke arah udara di mana 'musuh' sedang menanti. Pedang yang perlahan-lahan muncul di tangannya dilibas ke arah sang 'musuh' tanpa ragu-ragu.

"Wait..." Aydan Angele mendepakan tangannya. Tindakan keturunannya itu terus terhenti melihat dia dengan wajah terpinga-pinga.

"I'm just kidding, kiddo. Why you so work up?"

Pedang di tangan Aryan menghilang begitu juga dengan penampilannya. "Kenapa nak bunuh saya?!" marahnya.

"I'm just testing fish in the water."

"Saya bukan ikan!"

"I know, I know... Tapi kamu memang hebat. Jadi, lebih baik berhenti dari jadi lebih membahayakan. Hahaha..." Aydan Angele ketawa besar.

Aryan mengeluh perlahan. Rasanya dia tahu asal-usul sikap nakal dan bermasalah dia datang dari mana. Tidak lain tidak bukan ialah Aydan Angele sendiri.

"Now, what? You called me here. So, here I am."

"My child..." Aydan Angele melingkar kan tangan di atas bahu Aryan. Ketinggian mereka lebih kurang sama.

"Aku tunjukkan kepada kamu, Sylvania yang aku sanggup pertaruhkan nyawaku, melepaskan gelaran Dewa Keabadian dan menyusahkan kamu di kemudian hari..." Aydan Angele ketawa besar di penghujung kata.

Aryan rasa macam nak kuku kepala moyang segala moyangnya itu. Tapi dia masih hormat lelaki itu.

"Look."

Aryan memandang ke bawah. Keindahan Sylvania terbentang luas di ruang matanya. Pokok yang menghijau. Rumput yang tumbuh segar dengan bunga-bungaan berwarna warna menghiasi permukaan tanah. Air tasik yang membiru dan sejernih kristal. Celestial Beast yang bebas berlari di padang hijau, Mythical Creatures yang gembira dengan kaum mereka sendiri dan Ancient Beast yang sedang berehat di kawasan lapang itu.  Tiada satu perumahan atau pembangunan yang muncul di Sylvania.

"My home, their home and our home," ucap Aydan Angele.

"Home..." gumam Aryan dengan seribu perasaan berat.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro