Chapter 5: Dumb and Dumber

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


“Aku rasalah kan... Ayah kau cakap dekat kau. Kau cakap dekat ayahanda aku.” Aryan meluahkan ideanya yang palinh dirasakan bernas belum pernah dia lontarkan.

“Tapi... Aku tak pernah cakap dengan Uncle Aydan pasal tu.” Ryan terus membangkang sekeras-kerasnya idea Aryan. Ia hanya menambah kebingungan kepada mereka berdua yang sedia ada.

“Kan? Habis tu macam mana ayah kau boleh cakap dekat kau?”

“Sebab aku anak dia la...”

Aryan dan Ryan masih lagi berdebat tentang pepatah 'like father, like son'. Mereka masih tidak menemui jalan penyelesaiannya. Misteri yang tidak dapat mereka rungkaikan. Kalah soalan algebra dalam subjek matematik yang di ajar di akademi.

“La... Kita dah sampai weh!!!” kata Ryan dengan teruja.

“Haah la weh!!!” Aryan juga turut teruja.

Mereka berdua melompat kegembiraan sehingga melakukan gimme five, gimme butt and macam-macam lagi gimme yang mereka buat. Termasuk jugaklah tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.

Kelakuan mereka diperhatikan oleh pelajar Akademi Seraglio. Ramai pelajar akademi berhenti berlatih menggunakan kuasa mereka semata-mata terganggu dengan Aryan dan Ryan. Hal ini kerana suara mereka ibarat pembesar suara yang boleh didengar sampai ke Demon Land.

“Jalan pun boleh sampai ke akademi,” kata Ryan.

“Itulah pasal... Tak percaya boleh sampai sini,” sokong Aryan.

Mereka boleh sampai ke akademi sambil berjalan kaki kerana terlalu taksub dengan pepatah 'like father, like son'.  Oleh sebab itu, mereka tak sedar sudah berjalan jauh sehingga ke akademi.

Aryan dan Ryan melangkah masuk ke dalam akademi. Pelajar akademi sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang membaca buku, ada yang sedang bercakap, ada yang sedang menunjuk-nunjuk kuasanya dan ada yanh tak buat apa-apa.

“Masuk akademi ni... Teringat zaman kegemilangan kita dulu...” ujar Aryan. Dia mengimbas kembali kenangan ketika belajar di akademi.

“Haah... Aku masih ingat lagi... Kitalah pelajar yang paling lejen sekali!!!”

“Tapi kamu berdua tak boleh kalahkah yang paling terlejen dalam sejarah Akademi Seraglio,” sampuk satu suara.

“Uncle Emelle!!!” jerit Aryan dan Ryan. Mereka sangat gembira dapat bertemu dengan Emelle.

“Kamu berdua buat apa kat sini?” tanya Emelle.

“Melawat kawasan. Uncle?” balas Aryan.

“Jumpa Evan kejap. Takpelah, Uncle pergi dulu. Kamu berdua jangan kacau Evan pulak,” nasihat Emelle. Sebabnya dia tahu perangai anak-anak saudaranya. Bukan boleh dipercayai.

“Okay! Tapi... Siapa yang paling lejen sebelum kami?” soal Ryan. Belum sempat soalan dia, Emelle hilang dari pandangan mata. Teleportasi.

“Misteri lagi!!!” rungut Aryan.

“Lama-kelamaan... Boleh hilang sel-sel otak aku fikir benda ni,” ujar Ryan.

“Aku nak tanya Evan.”

Untuk menyelesaikan misteri tersebut, mereka menuju ke tingkat atas sekali untuk bertemu dengan Evan. Mereka sudah lupa nasihat bapa saudara mereka katakan tadi. Masuk telinga kiri, eh tak... Tak pernah masuk apa-apa pun dalam kepala mereka.

Pengetua Akademi. Terpampang besar di hadapan pintu yang diperbuat daripada besi. Namun, pintu itu terbuka dengan sendiri. Mestilah tidak. Siapa lagi yang menjadi tetamu yang paling sopan kalau bukan Aryan dan Ryan.

“Siapa yang paling lejen antara kami?”

Soalan pertama yang mereka ajukan sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Evan. Evan yang sedang tekun melakukan kerja agak terkejut dengan kehadiran tetamu tak diundang itu. Berkelip-kelip matanya memandang sepupu-sepupunya itu.

“Cepatlah jawab... Kami tak ada masa ni! Nak kena buat kerja pulak lepas ni,” gesa Aryan.

“Korang buat apa kat sini?” soal Evan agak kebingungan.

“Aku tanya soalan je pun. Jawablah... Tak payah jadi pengetualah kalau soalan bodoh macam ni kau tak boleh jawab,” marah Aryan.

“Pengetua sekolah tapi bangang,” ujar Ryan marah.

“Jom blah. Buang masa je datang sini...” ajak Aryan.

Mereka terus keluar dari pejabat Evan kerana tidak puas hati kerana soalan mereka masih belum terjawab. Namun, pada pertengahan jalan mereka terserempak dengan seseorang yang akan menjadi mangsa mereka untuk tarik ke kancah kebingungan.

“My baby brother!!!” jerit Aryan.

Ian mengeluh mengenangkan nasib dirinya selepas ini.

ARYAN merangkul mesra bahu adiknya supaya Ian tidak lari darinya. Dia tahu Ian mahu lari darinya saat mereka terserempak di hadapan pejabat Evan. Ketika itu Ian sudah membelakanginya. Sebagai abang yang sangat sayangkan adiknya, mana mungkin dia lepaskan Ian begitu sahaja.

“Kau sepatutnya gembira jumpa aku kat sini. Kau patut bangga aku ni jadi abang kau. Dah la kacak... Hensem... Bijak...” ujar Aryan.

Ian hanya mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Aryan. Jika dia tidak iakan, kemungkinan besar Aryan buat kerja gila. Contohnya, abangnya akan guna pembesar suara di akademi untuk mengatakan dia tak sayangkan Aryan.

Oh, lupa... Aryan pernah buat macam tu banyak kali. Sampai semua pelajar akademi mengejeknya manja. Semuanya angkara Aryan. Kalau tak memalukannya sehari, memang tak lengkap hidupnya.

“Budak Manja panggil kekanda dia.”

“Mengadulah tu...”

“Dasar anak manja!”

“Kekanda dia pun jenis bermasalah jugak...”

“Harap je anak raja. Hampeh!”

Langkah Aryan berhenti apabila terdengar bisikan daripada sekumpulan pelajar lelaki. Walaupun dia seorang Ralynne tapi darah Neliant masih mengalir dalam badannya. Dia dapat dengar. Ian pun dengar. Apatah lagi Ryan.

“Mereka punca kau tak nak pergi akademi?” soal Aryan.

“I just feel lazy.”

“Woi, budak!!!” jerit Aryan.

Sekumpulan pelajar lelaki itu memandang ke arah Aryan. Mereka melangkah mendekati Aryan dan Ian begitu juga dengan Aryan tetapi Ian ditarik sama dalam keadaan itu.

“Kenapa? Kau nak belasah? Aku tak takut pada kau biarpun kau tu Putera Mahkota,” kata salah seorang pelajar lelaki itu.

“Woi, budak lembik! Apa kau mengadu kat abang kau hah?”

“Lembik? Listen here, cheese cakes... Kau bukan tandingan adik aku. Jom blah...” kata Aryan. Selepas itu, dia melangkah pergi bersama Ian.

“How can a person become a Crown Prince without power?”

Tiba-tiba langkah Ian terhenti. Tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk apabila mendengar kata-kata itu. Giginya sudah diketap geram. Namun, cengkaman lembut pada bahunya membuatkan dirinya sedikit tenang. Dia mendongakkan sedikit kepalanya untuk memandang ke arag Aryan.

“You look so creepy right now, bro... Lets go... Leave that maggots. They dont deserve your first blow,” kata Aryan.

Dua beradik itu terus melangkah pergi. Kini, tinggal Ryan sahaja dengan kumpulan pelajar lelaki itu. Dia memerhati pelajar-pelajar tersebut. Kemudian, kepalanya digelengkan perlahan.

“Korang mungkin selamat hari ni.... Esok lusa aku tak jamin. For you, one is stupid which is true. Another one is weak which is true. But...”

Ryan tidak menyambung ayatnya. Dia tengok kiri dan kanan. Mulutnya didekatkan pada telinga pelajar yang bercakap dengan Aryan tadi.

“The real is... They. Are. Mon...ster...” kata Ryan. Dia bisikkan ayat terakhir itu pada telinga pelajar tadi untuk bagi kesan menyeramkan tetapi tak menjadi.

MEREKA berdua berada kawasan selatan akademi yang separuh hancur. Batu-bata bertaburan di atas tanah. Dinding akademi membentuk lubang yang besar seperti dihempap oleh meteor. Kemudian mereka memandang ke belakang selari dengan kawasan berlubang dinding akademi iaitu tembok akademi juga hancur.

“Siapa punya angkara ni?” soal Aryan.

“Itu kerja kamu berdua siasat siapa punya angkara,” sampuk Evan.

“Yelah... Kalau tak, buat apa kami datang sini,” kata Ryan.

Misi mereka kali ini adalah menyiasat keadaan kawasan selatan akademi yang musnah angkara sesuatu. Kejadian ini berlaku pada malam tadi. Sepatutnya penggera akan berbunyi apabila berlaku sebarang kejadian. Anehnya, tidak berbunyi. Malah tidak meninggalkan sebarang bukti.

“Seperti bukan perbuatan Lvanians.”

“Aku sokong,” kata Aryan.

“Mungkin sesuatu yang besar dan berbahaya.”

“Aku setuju,” kata Ryan pula.

Mereka memandang antara satu sama lain. Kemudian, menunduk sedikit untuk melihat orang yang menyampuk percakapan mereka. Di tengah-tengah antara Aryan dan Ryan, Ian sedang berdiri di situ.

“Apa kau buat kat sini?” tanya Aryan.

“Class is boring,” jawab Ian.

“Kau tahu tak... Pelajaran itu sangat penting bagi masa depan generasi akan datang supaya mereka lebih bijak dari kau?” nasihat Aryan.

“Masalahnya, kekanda dulu pun suka ponteng,” balas Ian.

“Aku takpe... Dikuarantinkan masuk kelas,” ujar Aryan. Padahal saja nak bagi alasan.

“Something never change among family,” kata Evan.

“Kau pun satu... Sebagai pengetua terbaik pada abad ini, sepatutnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada budak yang suka ponteng macam Ian,” kata Aryan. Bukan main semangat lagi dia menyampaikan hujah. Rasa dah macam pemidato.

“Kalau aku denda dia, kau pulak yang halang,” balas Evan.

Dia pernah denda Ian sebab ponteng kelas. Denda bersihkan bilik pengetua dia je pun. Aryan sudah tuduh dia seorang pengetua yang kejam sanggup membuli pelajar yang comel tidak bersalah. Lama-kelamaan dia biarkan sahaja Ian ponteng kelas sama seperti dia lakukan pada Aryan dulu. Lagipun, Ian menunjukkan prestasi yang cemerlang.

“Guys....” panggil Ryan. Suaranya kedengaran cemas. Dia asyik memandang ke arah tempat dia berpijak. Dia rasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu di bawah kakinya. Lebih tepat lagi bawah tanah.

Tiba-tiba tanah yang mereka pijak bergegar dengan kuat. Namun, mereka dapat menstabilkan diri. Perlahan-lahan tanah mula merekah. Kelihatan asap-asap hitam keluar dari rekahan-rekahan yang terhasil daripada gegaran tanah tadi. Asap hitam yang keluar dari rekahan tanah berkumpul pada satu tempat seakan-akan membentuk sesuatu.

Ia mula membentuk satu raksasa bermula dari kaki perlahan-lahan menjadi badan. Raksasa yang terbentuk daripada asap itu mula sempurna. Badannya bersisik tajam, berkuku tajam dan bermata merah. Air liurnya berwarna hijau jatuh ke tanah membuatkan tanah itu berlubang dan berasap.

Aryan dan Ryan menelan air liur payah. Muka mereka sudah pucat apabila melihat raksasa yang setinggi bangunan 20 tingkat. Tanpa mereka sedari, mereka sudah berpegangan tangan. Masing-masing dapat merasai perasaan sesama mereka. Pandangan mata mereka bersambung.

“Apa benda tu weh?” tanya Ryan.

“Demon.”

“Aku tahulah Demon. Nama dia apa?”

“Demon pun ada nama jugak ke?” soal Aryan.

“Yelah, bangang... Orang pergi belajar kau ponteng kelas mana kau nak tahu,” balas Ryan dengan kutukan.

“Bangang... Kau pun sama ponteng kelas, bangang...” kutuk Aryan pula.

“Apa kita nak buat weh?” tanya Ryan.

“Lari?” cadang Aryan.

“Adik kau tak lari. Takkan kau nak lari. Malu sikit...” nasihat Ryan.

“Yelah...” Aryan pasrah. Sedih kerana tidak boleh melarikan diri.

GRRRRR!!!!

AUMMM!!!!

Raksasa yang berupa serigala jadian itu mengaum dengan kuat. Satu kawasan akademi keluar lari ketakutan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa itu. Beberapa orang pengawal bergegas menolong pelajar menyelamatkan diri.

“Uweekkk!!!”

“Busuk mulut menatang ni!”

Ryan sudah menekup mulut  kerana tidak tahan dengan bau yang dikeluarkan oleh raksasa itu semasa mengaum. Usah ditanya tentang Aryan. Dia awal-awal lagi sudah muntah.

“Tak gosok gigi ke?” rungut Aryan.

“Kau ingat raksasa ni belajar?”

“Manalah tahu ada akademi Demon.”

“Logik jugak. Mesti ada yang latih Demon nak jadi jahat.”

Sedang mereka berbual, raksasa itu mula mahu menyerang mereka. Ekornya yang tajam bagaikan mata pedang dilibas ke arah mereka sehingga terkena bangunan akademi. Dinding akademi pecah berderai menyebabkan batu-bata jatuh tidak tentu hala.

Serangan itu tidak sempat dielak oleh Ryan dan Aryan kerana mereka asyik bergaduh. Namun, keadaan mereka selamat apabila pendinding cahaya berwarna emas melindungi mereka. Pendinding itu mula hilang apabila tiada serangan yang berlaku.

“Nasib baik aku tak mati!!!” jerit Ryan ke arah raksasa itu.

“Aku cuba nak jadi baik hari ni... Tapi, kau cari pasal dengan aku. Memang taklah aku duduk diam,” ujar Aryan geram.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro