Chapter 50: Fight for Sylvania

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kenapa semua orang senyap?" soal Aryan. Kepala yang tak gatal digaru.

"I tell you we should not appear in this way!" marah Ian.

"But it's look cool. Apa kau tahu budak," kata Aryan. Rambutnya yang berwarna putih diselak ke belakang. Terasa diri sangat cool dengan apa kemunculan mereka.

"It's not cool at all. Tengok apa yang dah jadi!"

"Mereka semua terpegun dengan kekacakan aku yang semakin bertambah!" Sudah semestinya perubahan penampilan yang lain daripada yang lain buat semua terpegun.

"I'm embrass because of you."

Kuk!

"How dare you say that! I'm your handsome brother!" kata Aryan geram.

Ian menggosok kepalanya kerana disekeh oleh abangnya sendiri. Tapi memang dia malu sekarang ini. Kehadiran mereka di sini menjadi perhatian setiap makhluk yang ada di Wasteland. Mereka menjadi perhatian kerana muncul dengan tiba-tiba di tengah-tengah medan perang. Bukan itu sahaja suasana yang sunyi ini buat dia rasa kekok.

Lvanians pegun melihat kemunculan mereka. Demons dan Enceladus pula kaku tidak berganjak dari tempat mereka. Pengikut Chronos iaitu demigod juga tidak dapat melakukan apa-apa. Rasa seperti jika mereka bergerak satu jari sahaja mereka akan terhapus tanpa ada kesan.

"Hei, Chronos! Kau tunggu dekat situ. Aku ada hal sikit. Kejap lagi kita settle masalah!" laung Aryan dari bawah. Dia mendongak ke langit memandang ke arah Dewa Kegelapan itu.

Chronos rasa teruja melihat perubahan Aryan yang sangat ketara. Aura yang terserlah dan kuasa yang dimiliki oleh Aryan sama hebat dengan Aydan Angele mungkin lebih hebat daripada itu. Sehingga bulu romanya merinding naik. Dia tidak sepatutnya memprovokasi remaja itu  buat masa ini. Strategi perlu diaturkan untuk menewaskan Aryan.

"Fine for me," balas Chronos.

"But my lord, this mortal... We can't let him go!" bantah Empusa.

"I agree," kata Erinyes.

"We better take care of him, my lord." Eidolon setuju.

"You better sit still if you want to survive," kata Chronos berbaur amaran. Dia tidak berani menyerang Aryan buat masa sekarang kerana tidak tahu sejauh mana kuasa yang dimiliki oleh anak muda itu.

"Young man, you can finish your business. I will wait you here."

"Baiklah. Sementara aku ada hal nak diselesaikan. No. One. Can. Move," kata Aryan. Ayat terakhir sudah mampu buat semua yang mendengar kecut perut.

Aryan dan Ian mengatur langkah menuju ke kawasan khemah. Mereka perlu berjumpa dengan ayahanda mereka terlebih dahulu. Mereka ingin melihat sendiri bagaimana keadaan Aydan sekarang ini. Sekali mereka tidak bersua muka, selagi itu hati mereka tidak akan tenang. Cukuplah mereka telah merasai kehilangan bonda, jangan ayahanda.

Dalam masa yang sama, tiga pengikut Chronos tidak mempedulikan nasihat Chronos. Mereka merancang menyerang Aryan dalam keadaan yang tidak berjaga-jaga dan terbuka. Ini masa yang sesuai untuk mengalah keturunan Aydan Angele. Empusa sudah bersedia menyerang manakala yang lain akan membantu jika rancangannya tidak berjaya.

Saat Empusa mahu melepaskan serangan dari belakang diiringi oleh Eidolon dan Erinyes, langkah Aryan terhenti dan dalam sekelip mata sahaja mereka bertiga tidak bergerak dalam posisi yang mahu menyerang. Aryan menoleh ke belakang. Keluhan kecil dilepaskan.

"Aku cakap... No one can move. Look at this. How you train your servant, Chronos?" Tangan Aryan mencekik leher pengikut Chronos.

Dewa Kegelapan itu hanya memerhati sahaja. Dia agak terkejut apabila tiga pengikut terus kaku seperti patung. Padahal Aryan tidak melakukan apa-apa. Mungkin ini peluang untuk dia memerhati kuasa anak muda itu.

"You... Wreck havoc in Sky Realm, right?" Soalan Aryan tidak dapat dibalas kerana lehernya dicekik kejap. Badannya terasa panas serta-merta. Rasa seperti dibakar di bawah api yang marak. Lehernya dilepaskan oleh Aryan.

"Goodbye," kata Aryan. Dalam sekelip mata sahaja. Empusa sudah berubah hitam dan pecah berderai menjadi debu hitam yang berterbangan di udara dan hilang begitu sahaja.

"Ian, finish the other two," arah Aryan.

"Tak nak!" bantah Ian.

"Berani kau lawan cakap aku, budak. Aku abang kau, atau kau abang aku, hah?" Aryan mencekak pinggang.

Ian mendengus geram apabila dipaksa melakukan perkara yang dia tidak mahu lakukan sekarang ini. Nafasnya ditarik perlahan sebelum dihembuskan. Pedang cahaya muncul di tangannya.

Zap! Zap! Zap!

Dalam sekelip mata sahaja, dua orang suruhan Chronos terus hancur menjadi debu. Mereka berdua terus menuju ke khemah di mana ayahanda mereka sedang menunggu.

Dua beradik itu melangkah masuk ke dalam khemah yang dijaga oleh beberapa orang knight yang sudah tercedera. Luluh hati mereka apabila melihat ayahanda mereka terbaring tidak sedarkan diri. Luka angkara pertempuran dengan Chronos tidak dapat dipulihkan dengan segera.

"Father, we're home," kata Aryan yang sedang berdiri di sisi katil. Ian hanya menundukkan kepala kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya.

"We met mother. She said she love us than you. You lose the bet, father," tutur Aryan lagi.

"Ian dapat panggil bonda, bonda untuk pertama kali. Ian dapat peluk bonda. Ian dapat jumpa bonda," kata Ian dengan suara yang serak mahu menangis.

"Rest well, father. Let me handle this for you. Your sons are grow up." Aryan pegang tangan ayahanda dengan erat sebelum meletakkan kembali di dada Aydan dengan berhati-hati.

"We settle this battle. Then, we can have some time together." Ian peluk ayahanda sebelum melepaskan kembali. Dia menoleh ke arah Aydan yang masih menutup mata sebelum mengekori kekandanya melangkah keluar dari khemah.

Aryan mengitari kawasan pertempuran. Sangat sesak dengan Lvanians, Encelados, dan juga Demons. Buat dia rasa sesak nafas melihat kawasan Wasteland tiada ruang langsung untuk bergerak. Di tambahkan lagi tiga bangsa yang duduk bertaburan seperti anak ayam terlepas dari reban.

"Hey, Chronos! Gather your Army of Underworld! We gonna start over again!" laung Aryan.

"Do you think I'm going listen to you?" balas Chronos.

"Come on, dude! This is my first war! I want to do it right! You ambush us out of no where! Not gentleman at all!" marah Aryan.

"Haa... Fine, kiddo! I play along with you!" Setelah itu Chronos mengarahkan tentera berkumpul semula seperti yang dimahukan oleh Aryan. Encelados berada di dalam kedudukan formasi yang telah diaturkan oleh Chronos.

Aryan agak berpuas hati apabila Chronos mengikut kehendaknya. Tentera Dewa Kegelapan itu agak ramai, mungkin lebih ramai berbanding Lvanians dan Demons. Dia memandang pula ke arah Lvanians yang berdiri tidak bergerak langsung. Berkelip apatah lagi. Mungkin disebabkan arahannya tadi Lvanians takut untuk bergerak walau sedikit pun.

"Rest assure, guys! Aku bukan nak makan kau semua! We need to build our formation to face Encelados!" kata Aryan.

"Hei, Raizer! Mari sini kau!" panggil Aryan.

Raizer menolak sedikit cermin matanya yang telah retak sebelum melangkah menuju ke arah Putera Mahkota itu. Dia tiada pilihan untuk mendengar arahan Aryan kerana putera itu memegang kuasa kedua autoriti mentadbir Sylvania.

"Bagitahu aku keadaan yang terkini termasuklah yang tercedera."

"We have 112 fallen warriors, 341 severely injured, 100234 out of energy to fight and the rest are exhausted because of long battle. Ada lagi kau nak tahu?" soal Raizer.

"Jumlah kesemuanya kecuali yang telah pergi?"

"889578 warriors."

Naik bingung kepala Aryan mendengar nombor yang disebut oleh Raizer. Mujur dia pilih orang yang tepat untuk menerangkan keadaan semasa. Kalau dia tanya Ryan pasti sama biul dengan kepalanya.

Dia mengembangkan tangannya, bebola cahaya berwarna putih yang keluar dari tapak tangannya seperti kelip-kelip terbang masuk ke dalam badan setiap Lvanians yang ada. Badan mereka yang lebih kembali segar, tenaga yang kurang kembali penuh, yang cedera ringan mahupun parah kembali sihat seperti sediakala dalam sekelip mata.

"All Rulers please step forward," arah Aryan. Pemerintah setiap negeri maju ke hadapan.

"First of all, I'm sorry for neglected my duties as Crown Prince..."

"Aryan, cut that crap. Is not you when you apologize," celah Emelle.

Aryan sengih. "This is my first war. I need an advise from you all..."

"Aryan, bukan nasihat yang kamu mahu tapi persetujuan daripada kami!" Rese memperbetulkan kata anak muda itu.

"Yup! Kita tak ada kelengkapan untuk menghadapi perang ini dan kita tiada masa untuk mengumpul senjata yang mampu melawan pihak musuh. With my awaken power, I can generate as much as weapon we can use to confront our enemy. Ketepikan masalah itu, I want our armies divided into 8 division."

"Go on," kata Rohan yang tertarik dengan strategi yang Aryan beritahu mereka.

"Each division will lead by each of you guys."

"Wait, Aryan. Macam mana dengan 7 dan 8 divisyen?" soal Exzer.

"7th division will lead by those guys over there once I purified them." Aryan tunjuk ke arah Demons. "8th division will lead by me and Heroic Knights and Estelle Knights and.... Ancient Beast."

"You guys still young. But since all of us start our battle at the same age as yours. Why not? Let's trust new generation," kata Emelle.

Mereka semua berpecah dan akan melaksanakan apa yang diarahkan oleh Aryan. Mereka langsung tidak sangsi akan keberkesanan strategi yang Aryan bentangkan. Kerana mereka yakin, walau apa jua keadaan sekalipun, mereka tetap akan percaya pada bakal pemerintah Sylvania kelak.

"Ian, prepare the squad. I talk to them," kata Aryan.

Aryan melangkah mendekati Demons yang kelihatan ketakutan akan kehadirannya. Dia pernah mengatakan janji pada Ketua Panes dan Dryad. Dia harap Demons masih ingat lagi janji yang dibuat pada masa dia kembali ke masa lalu.

"Siapa ketua di sini? Sila angkat tangan," kata Aryan. Seperti yang dikatakan oleh Aryan, dua ekor Demon angkat tangan dengan keadaan yang terketar-ketar.

"Mari sini," kata Aryan dengan muka bengis. Dia rasa macam cikgu disiplin yang garang. Mujur tak ada rotan buluh di tangan.

Dua ekor Demons dengan saiz yang besar dari Demons yang lain maju ke hadapan.

"Ingat lagi janji kita berdua di bawah pokok dengan bulan purnama yang bersinar terang bagaikan kuih bulan?" soal Aryan. Tetapi soalannya menimbulkan kekeliruan pada dua ekor Demons itu sampai dia sendiri keliru dengan kata-kata sendiri.

"I shall purified you. Dan kau boleh kembali ke kejadian asal kau. Jadi, kau nak tolong aku dalam keadaan macam ni atau selepas kembali ke bentuk asal kau?" soal Aryan.

"We rather die in our original form rather than die in this filthy form," balas Demons itu. Sebaik ucapan itu selesai, badan Demons perlahan-lahan kembali ke bentuk asal kejadian mereka iaitu Panes dan Dryad. Maka bersorak dua bangsa itu daripada terus berada di dalam kutukan kegelapan dari beribu tahun lamanya.

"I'm Leader of Panes."

"I'm Leader of Dryad."

"Swear loyalty to you," kata mereka serentak.

"Good! Sila berkumpul dekat sana. Duduk dalam barisan. Angkat tangan atas bahu untuk luruskan barisan. Bagus, bagus, tak sangka kau semua dengar cakap aku. Hahahaha..." kata Aryan sambil ketawa apabila mereka semua mengikut cakapnya.

Tujuh daripada lapan divisyen yang terdiri daripada Lvanians, Panes dan Dryad berdiri dalam formasi yang Aryan mahukan. Setiap divisyen mempunyai lebih kurang 100 ribu tentera diketuai oleh seorang pemerintah negeri Sylvania. Manakala divisyen ke lapan yang mempunyai bilangan yang paling sedikit dengan akan diketuai oleh Aryan sendiri.

"Bro!" Ryan menyuakan buku limanya ke arah Aryan apabila sepupunya mendekati divisyen kelapan. Aryan melagakan buku limanya dengan Ryan sambil tersengih.

"Ahli kem motivasi dah berkumpul semuanya. Bagus! Eh, mana sekor lagi Ancient Beast?" soal Aryan menyedari satu Ancient Beast hilang.

"I'm here," kata Pierce dalam bentuk asalnya.

"Mana kau pergi?"

"Aku jenguk Aydan sekejap. Your old man are good for now," kata Pierce.

"Kau dimaafkan."

Cahaya putih seperti kelip-kelip dikeluarkan sekali lagi oleh Aryan. Terbang di serata divisyen dan terapung di hadapan setiap Lvanians yang ada di situ.

"Cahaya yang comel tu. Kau semua pegang dan bayangkan kau nak senjata macam mana. Selepas tu, senjata yang kau nak akan muncul depan mata kau. Lepas tu, kau boleh guna senjata tu sampai ke tua. Nak buat warisan turun-temurun pun aku tak kisah," kata Aryan.

Sebaik sahaja arahan didengari oleh setiap Lvanians, senjata yang dibayangkan muncul di tangan masing-masing. Senjata yang akan membantu mereka menentang musuh yang tidak lama akan menyerang mereka tanpa belas kasihan. Semangat yang kendur kembali membara. Mereka sudah tidak gentar akan menghadapi pertempuran ini kerana harapan mereka sudah ada di hadapan mata.

Aryan mengeluarkan sayap terbang di udara untuk melihat satu-persatu wajah rakyatnya yang akan menumpahkan darah, air mata dan peluh demi memerdekakan tanah mereka dari sebarang unsur jahat dan kegelapan. Biarlah ini menjadi peperangan terakhir Sylvania menentang kejahatan.

"To all my people... You're my family whether we are related or not! We share the same red blood! We shed same tears! We share the same home!" Suara Aryan bergema menimbulkan sorakan gemuruh dari Tentera Sylvania.

"This may be my last word, this may be my last battle, this may be last time I lead this war. But... I believe this is last war we fight to gain back our home, our land, our freedom!" Berakhirnya ucapan Aryan, disusuli dengan sorakan gemuruh. Bergema di setiap pelosok Sylvania.

Pandangan Aryan beralih pada Chronos yang setia menunggunya.

"FIGHT FOR SYLVANIA!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro