Chapter 7: Broken Wings

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aydan, Rese dan Lyon bergegas melihat apa yang berlaku. Skrin yang terpancar jelas menunjukkan Akademi Seraglio diserang oleh Ancient Demon. Kerisauan jelas sekali terukir di wajah mereka bertiga kerana anak dan anak saudara berada di situ.

Aydan meraup wajahnya dengan tangan. Dia tak sepatut tugaskan Ryan dan Aryan menyiasat apa yang berlaku di akademi semalam. Jika dia tahu itu angkara demon, pasti dia menghantar pasukan elit. Risaunya semakin bertambah apabila memikirkan Aryan masih lagi tidak sihat dan Ian yang masih lagi mentah dengan pertarungan.

“Rileks la... Anak kau okey,” kata Rese.

“Evan ada, Ryan pun ada,” kata Lyon.

“Ian hanya berlatih dengan simulasi.”

“Sama la tu...” balas Lyon. Rese mengangguk setuju.

Mereka memerhati pertarungan yang sedang berlangsung di akademi. Dari segi pemerhatian mereka yang sudah berpengalaman, sudah tentu demon yang menguasainya. Anak dan anak saudara mereka banyak cedera.

“Kau tak nak hantar bantuan ke? Aku tak rasa Ian boleh bertahan lama,” ujar Lyon.

Aydan hanya berdiam diri. Matanya masih menatap skrin yang mempamerkan apa yang berlaku. Dia risau tapi dalam masa yang lama dia yakin dengan anak-anaknya dan juga dua orang anak saudaranya mampu menangini demon tersebut. Lagipun, tanggungjawab menjaga Sylvania akan berpindah pada bahu mereka juga.

“Your Majesty, they are in danger,” lapor pekerja di situ.

“Aydan, your decision is important,” ujar Rese. Dia tidak senang melihat apa yang berlaku sekarang ini. Ryan dan Aryan tercedera. Entah apa pula yang bakal terjadi lepas ni.

Kerisauan Lyon dan Rese semakin jelas sekali apabila raksasa itu membentuk bebola hitam pada mulutnya. Bebola itu semakin membesar dan sampai satu tahap raksasa itu melontarkan bebola hitam itu ke arah bangunan akademi. Pekerja yang berada di situ memejam mata kerana tidak sanggup melihat apa yang terjadi selepas ini.

Di Menara Diraja, Aydan, Rese dan Lyon risau.

Di akademi, Aryan melompat turun dari badan helang Ryan. Dia berlari ke arah bangunan akademi untuk selamatkan adiknya. Namun, tubuhnya dihalang oleh Evan. Dia meronta mahu melepaskan diri tetapi tetap dihalang oleh Evan.

Bebola hitam yang dilontarkan ke arah bangunan akademi itu tiba-tiba memancarkan cahaya putih yang menyilaukan mata. Kemudian, bebola hitam itu terbelah dua lalu meletup dengan kuat. Sedikit gegaran berlaku akibat letupan tersebut.

Aydan, Rese dan Lyon yang sedang memerhati melalui skrin bingung dengan apa yang berlaku kerana skrin yang terpancar tiba-tiba menjadi warna putih akibat silauan cahaya. Letupan kedengaran dari skrin itu. Kemudian, silauan cahaya semakin pudar dan mereka kembali dapat melihat apa yang berlaku lagi.

Walaupun berlaku letupan, ia tidak menyebabkan kemusnahan apa-apa. Bangunan akademi masih lagi berdiri walaupun sudah ranap separuh. Evan, Aryan dan Ryan juga tidak apa-apa. Namun, apa yang berlaku adalah debu-debu emas yang berterbangan di udara dan beberapa bulu pelepah berwarna emas jatuh berguguran dari langit.

Bulu pelepah berwarna emas itu jatuh ke atas tanah. Aryan mengambilnya tetapi perlahan-lahan hilang dari genggamannya. Bulu pelepah cahaya emas.  Wajahnya didongakkan ke atas langit. Wajahnya terukir segaris senyuman. Hatinya lega.

Lega. Itulah perasaan yang boleh menggambarkan perasaan orang tua seperti Aydan, Rese dan Lyon. Mereka menarik nafas lega apabila melihat debu emas berterbangan di skrin. Pekerja-pekerja di situ kembali membuka mata.  Mereka juga berasa lega apabila melihat Putera Bongsu mereka selamat.

Kibasan sayap di udara menarik perhatian raksasa itu. Demon itu kembali menghasilkan bebola hitam untuk menyerang. Namun, bebola hitam yang bersaiz kecil dilontarkan banyak kali ke udara. Ian dapat menghalang serangan raksasa dengan membelah bebola hitam itu dengan pedang cahayanya.

Dia terbang ke arah raksasa itu untuk menyerang. Pedang cahayanya dilibas ke arah raksasa itu. Libasan itu membentuk satu cahaya berbentuk sabit lalu mengena pada demon. Ia mengaum dengan kuat apabila badannya tercedera akibat libasan cahaya itu. Sekali lagi Ian melibas pedang cahayanya ke arah Ancient Demon itu. Darah hitam memancut keluar dari badan demon apabila terkena libasan cahaya pedang Ian.

“As pure as light,
A pillar of justice...”

Tiang yang berasal dari cahaya jatuh dari langit. Tiang yang sebesar 50 orang pemeluk dengan ketinggian seperti bangunan mencakar langit jatuh menceracak pada kaki dan tangan demon itu. Raksasa itu mengaum kerana sudah tidak mampu bergerak.

“I'm Descendant of Light,
Descendant of Angele...”

Ian melontarkan pedang cahayanya ke arah Ancient Demon tersebut. Pedang cahaya itu bertukar menjadi tiang cahaya yang jatuh pada leher demon itu. Raksasa itu mengaum dengan kuat kerana sudah tidak dapat bergerak lagi ditambah lagi dengan kesakitan.

“With the bless of Light,
The evil will punish,
Vanish into dust...”

Tanah di bawah raksasa itu merekah dengan tiba-tiba. Rekahan semakin lama semakin luas. Rantai cahaya muncul dari rekahan tanah tersebut. Ia membelit tubuh demon itu lalu ditarik ke dalam rekahan tanah itu bersama-sama tiang yang dipaku pada kaki, tangan dan leher. Ngauman raksasa bergema sebelum rekahan tanah itu tutup rapat seperti tiada apa yang berlaku.

Pekerja yang berada di Menara Diraja bersorak dengan riang apabila Ancient Demon itu dapat dikalahkan. Aydan, Rese dan Lyon sekali lagi menarik nafas kelegaan apabila melihat apa yang berlaku.

Sayap emas milik Ian mula pudar dan hilang. Keadaan Ian sudah tidak sedarkan diri selepas dia mengunci Ancient Demon itu. Ryan cepat bertindak menyelamatkan Ian yang jatuh dari udara.

AYDAN melekapkan tapak tangannya pada dahi Ian. Suhu badan anakandanya semakin meningkat sejak semalam lagi. Selepas pertarungan dengan Ancient Demon, Ian pengsan. Anaknya dibawa pulang oleh Ryan untuk diberikan rawatan yang selanjutnya. Namun, sampai ke pagi ini anakandanya masih tidak sedarkan diri. Mungkin silapnya kerana tidak menghantar bantuan tentera untuk selamatkan keadaan akademi semalam.

Tetapi, apa yang berlaku semalam amat mengejutkannya. Aydan tahu Ian memiliki kuasa sepertinya. Untuk mengelakkan Ian menggunakan kuasa cahaya sepenuhnya, dia latih Ian menggunakan kuasa cahaya hanya untuk mempertahankan diri sahaja. Tambahan lagi, dia selalu memerhati latihan Ian di bilik simulasi. Dia tidak rasa Ian akan mencapai tahap ini.

Rambut Ian diusap dengan penuh kasih sayang. Segaris senyuman terukir di wajahnya yang semakin dimamah usia. Dia yakin Ian berlatih seorang diri tanpa pengetahuannya. Tidak pun mengetahuinya dengan membaca buku di Perpustakaan Diraja. Sikap membaca Ian sudah tentu menurun perangai isterinya manakala Aryan lebih mengikuti jejak langkahnya.

Dia melangkah keluar dari bilik anakandanya kerana tidak mahu mengganggu Ian untuk berehat dan memulihkan kembali tenaganya. Aydan menuju ke bilik kerjanya untuk menguruskan hal yang penting dan menyelesaikan masalah yang timbul di Sylvania. Baru sahaja dia menatap dokumen yang perlu pengesahan darinya, pintu pejabatnya diketuk.

“Kau sibuk ke?” soal Rese. Dia melangkah masuk ke dalam bilik kerja Aydan.

Kakinya melangkah ke arah pantri kecil yang berada di bilik kerja Aryan. Butang 'mint' ditekannya. Tak sampai seminit, satu cawan teh mint muncul. Rese mengambilnya lalu dibawa ke sofa untuk menikmati air teh. Dia menghirup sedikit. Segar badannya apabila dapat merasai air yang selalu menjadi hidangan oleh bunian.

“Bilik kerja aku bukan kedai mamak,” kata Aydan.

“Kedekut betullah kau ni. Aku pun ada buat untuk kau ni. Minum dulu sebelum buat kerja.”

Aydan berhenti membuat kerjanya. Dia duduk di sofa menyertai Rese yang sedang minum teh mint. Bukan hari ini saja Rese minum air di sini, hari-hari pada setiap pagi. Tidak pernah tinggal walaupun sehari.

“Ian macam mana?” soal Rese.

“Badan dia masih panas lagi.”

“Nanti baiklah tu. Dia terkejutlah tu sebab tak pernah guna kuasa dia sebelum ni.”

“Aku risau,” luah Aydan.

“Kau ni risau tak bertempat.”

“Dengan apa yang berlaku semalam, Ian sudah berada dalam bahaya. Aku yakin semalam adalah rancangan Chronos untuk mengetahui siapa anak aku. Ian already release his true wings. Chronos will target him soon.”

“Chronos already dead, Aydan. Kau sendiri yang membunuhnya. Aku yang jadi saksi.”

“Apa yang aku bunuh 15 tahun lalu bukan Chronos. Itu hanya boneka Chronos. Aku takkan biarkan Chronos apa-apa Ian seperti mana dia telah buat pada Aryan dulu. Apa yang terjadi pada Aryan adalah silap aku. Apa yang terjadi pada Nea adalah salah aku,” kata Aydan dengan penuh kekesalan.

“If I was one second faster, Nea never leave me. If I was one second faster, Aryan wings never broken.”

Peristiwa yang berlaku 15 tahun yang lalu kembali mengasak-asak mindanya. Dia masih ingat dengan jelas lagi apa yang berlaku pada hari hitam itu. Saat itu dia hilang segala-galanya. Aryan menderita disebabkan dirinya yang gagal melindungi keluarga sendiri. Nea pergi juga disebabkan kecuaiannya sendiri.

Rese terdiam dengan kata-kata sahabatnya. Dia tahu apa yang ditanggung oleh Aydan selepas peristiwa itu terjadi. Kekesalan. Namun, apa yang terjadi bukan salah sahabatnya tetapi takdir. Takdir yang tidak mampu diubah oleh sesiapa pun. Tetapi Aydan menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

“What happened 15 years ago?”

ARYAN melangkah keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Rambutnya yang basah dikeringkan oleh pengering rambut. Dia melangkah masuk ke dalam walk in wardrobe. Dia mengambil sehelai baju yang tergantung. Kemudian, dia melangkah ke arah cermin yang setinggi memantulkan figuranya sendiri.

Luka pada badannya akibat pertarungan semalam semakin pulih disebabkan dia menerima rawatan Healer. Dia kembali memandang ke arah cermin. Kali ini bukan pantulannya tetapi Ian. Adindanya sedang terbang dengan menggunakan sayap emas sebelum terbang pergi. Sehelai bulu pelepah emas jatuh ke atas tangannya. Dia menggenggam erat bulu pelepah itu.

Aryan kembali memandang cermin. Kini, pantulan pada cermin berubah kepada bentuk dirinya. Dia dapat lihat dengan jelas sepasang sayap muncul di belakang badannya melalui cermin. Sayapnya juga berwarna emas tapi tidak bersinar. Ianya malap seperti sebuah lampu yang kehabisan bateri tinggal untuk mati dan tidak bercahaya lagi.

Aryan cuba mengepakkan sayapnya. Kakinya hampir seinci tidak mencecah lantai. Dia cuba mengibasnya dengan sekuat hati kali ini. Rasa sakit yang mencucuk pada belakang badannya dihiraukan. Usahanya untuk terbang hanya sia-sia. Kakinya kembali mencecah lantai.

Aryan kembali membuka genggaman tapak tangannya. Sehelai bulu pelepah yang patah. Kemudian, hilang menjadi cahaya. Dia tahu yang dia takkan dapat terbang sampai bila-bila dengan sayap yang patah. Burung, jika sayapnya patah juga tidak dapat terbang, apatah lagi dia.

“Broken wings never heal,” gumam Aryan perlahan.

Dia kembali bersiap. Setelah itu, dia menuju ke bilik Ian untuk memastikan yang Ian tidak apa-apa. Dia lihat Ian sedang nyenyak tidur. Mungkin tidak pulih lagi dari semalam. Kesian sebab terkejut dengan kuasa sendiri. Oleh sebab tidak mahu mengganggu Ian berehat, dia keluar.

Kakinya melangkah menuju ke bilik kerja ayahandanya. Dia mahu menghantar laporan tentang kejadian yang berlaku semalam. Di samping itu, dia mahu bertanya soalan tentang Ancient Demon. Dia agak pelik tentang kemunculan demon semalam. Setahunya, Sylvania sudah lama bebas dari demon. Celah mana datangnya natang tu?

Tangannya mahu mengetuk pintu bilik kerja ayahandanya tetapi terhenti apabila terdengar suara Aydan dan Rese sedang bercakap. Pada mulanya dia mahu pergi kerana tidak mahu mengganggu. Selalunya Aydan dan Rese bercakap pasal Sylvania tak pun bercakap tentang kenangan dulu.

Kali ini tidak. Perbualan itu menarik perhatiannya apabila nama Ian disebut. Tidak lama itu, nama yang asing di telinga juga muncul. Chronos? Siapa Chronos? Saudara mara jauh? Takkanlah... Dia dengar sekali lagi. Kali ini apa yang didengar  sangat mengejutkan diri.

Sebab bonda mati...

Sebab sayapnya patah...

Tanpa berfikir panjang, Aryan terus membuka pintu. Kehadirannya mengejutkan Aydan dan Rese.

“What happened 15 years ago? What happened to mother? What happened to me?” soal Aryan. Dia memandang ke arah ayahandanya untuk menagih jawapan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro