8- Llao Llao

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"This, you punya dress...". Dia mengeluarkan sehelai dress bling bling bewarna merah daripada sebuah almari yang agak asing bagi ku. Maksud aku, bukan almari yang tadinya aku gunakan untuk mencari baju kemeja putih yang besar gedapak tu.

"And now, you kena pilih kan tuxedo untuk I, okay?".

"Kenapa saya pula?".

"Lah, nanti I takut you sambung tidur. Ke you tak larat? Kalau tak larat, takpe la". Dia tersenyum dan menghulurkan aku dress yang bewarna merah itu.

"Tak, takpe". Kata ku sambil menyambut pemeberiannya.

"No, la. I tak nak you sakit. Nanti kalau you sakit, lagi lambat la you nak baik. Mahunya, esok pon you takleh teman I".

Dia memegang tangan ku, namun aku menarik kedua-dua tangan ku itu semula.

"Ye, saya tahu. Takpe, serius takpe. Sekejap je kan?".

Dia mengangguk.

"Then, let's go".

"Pergi mana?". Aku bertanya.

"Closet room, I. Khas untuk suit and expensive clothes yang I tak selalu pakai sahaja".

"Banyak nya baju dia. Tinggal sorang-sorang je".

"Khairina, I dengar you cakap apa tau". Dia berhenti dan memalingkan mukanya ke arah ku sambil tersenyum.

...

"Hey, come here". Dia memanggil ku yang sedang duduk di atas katil, cantik bersarungkan dengan gaun merah yang diberikan olehnya semalam.

Aku berdiri dan melangkahkan kaki ku ke arahnya yang segak bertuxedo lengkap bewarna hitam itu. Warna...

kegemaran ku.

"You pakai ni, boleh?".

Aku mengangguk lalu tangannya lantas menyarungkan seutas rantai emas putih yang berloketkan sebuah bulan sabit kecil itu.

"Cantik betul sayang I ni". Suara dia perlahan-lahan berbisik di telinga ku. Tangannya memeluk kemas pinggang ku. Nafas panas nya menyentuh kulit leher ku.

Aku pula, mata ku membulat. Kedua-dua pipi dan telinga ku terasa panas. Jantung ku berdegup kencang. Dek kerana terasa sentuhan daripadanya itu.

"T-thank you. Can we go now? Nanti lewat. Saya nak balik cepat, nak rehat".

"Okay, sayang. Nervous la tu kan?". Sempat lagi dia mengusik ku.

"Takde masa okay? Awak tu siapa saya nak nervous-nervous bagai?".

"Bakal suami you, la". (author played  Only by Leehi)

Cia, cia, cia pandai pula dia erh?

"Apa pula, suami?".

"Betul la sayang, kan orang cakap kata-kata tu doa. Nanti kalau you betul-betul jadi isteri I, macam mana? Kalau you jadi isteri I, you patut bersyukur tau. I kaya, I handsome". Dah la sampai ke situ melalut, puji diri sendiri pulak tu.

"Apa awak cakap ni? Sampai ke situ melalut".

"Dah la you, penat I gaduh dengan you ni. Jom la, nanti lewat".

Eleh, padahal dia yang buang masa tadi.
Poyo bethol!

...

Kami mengambil di salah sebuah meja yang telah ditulis dengan nama 'Khai & Waqif'. Aku pon tak tahu tu nama siapa.

Eh jap, aku rasa aku macam pernah nampak nama 'Khai' tu, tapi kat mana erk? Rasa macam baru lagi.

Satu lagi, 'Khai' tu refer kepada siapa? Dia ke? Khai tu nama dia ke? Entah lah. Aku pon keliru. Oleh kerana, dia tidak pernah memberitahu aku nama sebenarnya. Nama panggilannya pon aku tidak tahu.

"Sayang, I rasa pengantin sampai lambat sikit kot. You okay ke? Nak makan tak?". Dia bertanya, raut wajahnya selalu sahaja terlihat prihatin. Prihatin kepada setiap keadaan ku. Walaupun, kami baru sahaja bertemu.

"Sayang?".

"Boleh tak awak berhenti panggil saya, 'sayang'? Saya tak suka la, lagi-lagi dekat orang ramai macam ni. Malu tahu tak? Im not even your someone's special". Aku berbisik kepadanya ayat terakhir ku itu apabila aku ternampak seorang lelaki bersama seorang wanita bergaun biru menghampiri meja kami.

Ini Khai ke Waqif?

"Bro, wedding Zharif ni bawak awek eh? Wedding aku tahun lepas single lagi". Lelaki yang bersama dengan wanita bergaun biru itu menegur lelaki bersama ku itu sambil menyalaminya.

"Yela, aku baru jumpa wanita yang terbaik untuk aku. Kan, sayang?".

"What did i just tell you?". Aku bangun daripada kerusi ku dan menuju ke arah tandas yang dikatakan oleh lelaki itu pada mula-mula sampai ada di hujung dewan yang dihiasi mewah oleh hiasan-hiasan bewarna putih itu.

"Excuse me, Waqif, Sally. I need to get my woman". Sempat aku mendengar kata-katanya sebelum langkah ku diperlajukan.

...

"Khairina, tunggu la I. You nak pergi mana ni?". Dia menarik tangan ku. Memberhentikan aku di tengah-tengah perjalanan ku itu.

"You marahkan I ke? I'm sorry then". He made this hands: 🙏🏻 while asking for my forgiveness.

Aku hanya merenung mata nya. Tak nak berkata apa-apa.

"Ke you tak sihat?". Dia meletakkan tapak tangannya ke dahi ku.

"Haah la, badan you panas ni. Kita balik nak?".

...

"You still don't wanna talk with me, don't you?".

Aku terdiam lagi. Pandangan ku, aku halakan ke arah jalan raya yang luas itu.

"Okay, i won't call you 'sayang' anymore. Jangan lah diam macam ni, nanti I nak borak-borak dengan siapa? You je ada dengan I sekarang ni. Kalau you diam, I pon diam. Ha, macam mana macam tu?".

Diam.

"Okay-okay, macam ni. Adik I cakap, kalau nak menang hati perempuan, kena belanja dia makanan. Jom, i bawa you pergi makan. You nak makan apa?".

I bet, adik dia lagi pandai daripada dia, heh.

Tapi,
Aku memang lapar pon, huhu.

"Mc Donalds? Or, restoran yang kita pergi semalam erk? Ke haritu? Tell me what do you wanna eat, Khairina".

"Nak llao llao". Dengan muka tak malunya, aku meminta.

"Llao llao? Aiskrim yogurt tu?".

Aku mengangguk.

"Okay, Khairina. Come on, we gonna get some ice cream for my girl". He imcreased the speed of his car, a bit.

...

"Kenapa orang tengok kita macam tu?". Dia bertanya kepelikan apabila melihat beberapa mata-mata memandang kami yang sedang makan aiskrim yogurt itu di sebuah bangku di dalam mall besar itu.

"Siapa je masuk mall, pakai baju nak pergi kahwin".

"Ada pejabat agama tak kat sini?".

Pelik betul soalan.

"Kenapa?".

"You cakap nak kahwin dengan I?". He smirked.

"Saya cakap, pakai baju macam nak kahwin. Bukan, saya nak kahwin dengan awak. Kenapa suka sangat melalut ni? Ke awak yang demam?".

Dia tidak menjawab sebaliknya hanya ketawa kecil sambil merenung wajah ku.

"Dah kenapa?".

He took out the little napkin in his blazer's little pocket and brought it to my mouth. Gently, wiped something from there.

"Makan pon comot. Umur berapa ni, dik?".

"17 tahun, pakcik. Pakcik gatal ni pulak umur berapa?".

"23. Im 23 years old". Dia tersenyum lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro