Part 3 : The Alien

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(Chiyoung POV)

Aku bangun dari pengsan tadi. Aku bangun dan melihat sekeliling apa yang  berada berdekatan dengan aku. Aku kat mana? Kenapa ada banyak wayar-wayar dan suis kat sini? Aku berada dalam kapal yang aku tengok tadi ke? Ah... peningnya kepala. Aku memegang kepalanya mengingati kejadian sebelum aku pengsan tadi.

Aha! Baru aku ingat! Aku pengsan sebab ada lelaki yang pakai sut angkasawa dengan topi ada telinga panjang tu. Haish bende remeh temeh pun kau nak pengsan, Chiyoung...

Aku terus keluar dari kapal tersebut yang penuh dengan wayar-wayar beserabut di atas di bawah. Aku mencari dimana susuk tubuh lelaki yang aku tengok sebelum pengsan.

Aku melihat sekeliling, aik tak ada lah pulak?. Mana dia pergi?

"Manusia?" Ada suara menegur dari belakang. Bukan cerita hantu ok.

Aku berpaling ke arah suara itu.

Aku melihat lelaki yang tinggi lampai. Inilah lelaki yang aku tengok sebelum pengsan tadi! Tapi, yang ini tidak menakutkan sebab tiada sut angkasawan serta topi yang aneh itu. Yang ada pada badannya ialah, baju seperti robot (xtau nak explain. Kalau nak tau pasal baju tu, baju tu macam tao pakai masa dekat healing camp 2012/baju yang masa photoshoot exo wolf)

Ensem pulak aku tengok... eh.

"Kau ni siapa? Kenapa panggil aku manusia pulak?" Tanya aku kehairanan.

"Sebab kau manusia lah." Dia menjawap.

"Dah tu kau bukan manusia?"  Aku bertanya lagi.

"Ani. Aku datang dari EXOPlanet. Aku bukan manusia" dia menbalas pertanyaanku.

Aku terketawa sinis. Heh?

"Apa? Bukan manusia? EXOPlanet? Jangan nak bergurau. Aku tak kenal kau ni siapa, datang dari mana, asal usul kau. apa-apalah! Aku nak pergi dulu" aku berkata padanya. Ingat ni zaman batu ke nak buat lawak cam tu? Hahaha

Aku pun terus beredar dari situ namun semakin jauh aku berjalan, kenapa rasa seperti aku tidak bergerak? Seperti ada benda yang menghalang laluan ku. Tidak lama selepas itu, aku tidak boleh keluar dari hutan ini seperti ada tembok besar yang berada didepan ku.

Aku berpaling ke belakang, aku masih berada di tempat tadi! Aku langsung tidak bergerak sebenarnya. Apa yang terjadi!?

"Yah! Kenapa aku still ada kat sini? Kau guna ilmu apa?" Cemas aku.

"Kuasa penghalang" jawapnya.

"Janganlah main-main! Aku nak pergi dari sini! Dah nak malam nanti eomma aku risau" minta aku. Aku rasa seperti sesuatu aneh berkaitan dengan dia.

"Nak balik dengan kau sekali boleh manusia?" Dia  bertanya selamba.

"What nak balik? Biar betul? Balik rumah kau sendiri lah!" Aku membalas.

"Rumah ku di EXOPlanet. Jauh. Kapal ku pula rosak." Dia membalas lalu menunjuk langit yang dia katakan rumahnya disana lalu dia juga menunjukkan kapal nya yang rosak ini.

Aku masih lagi tidak percaya. "Betul datang dari EXOPlanet? Planet apa tu? Heh... cuba buktikan" aku mencabarnya.

Lalu dia mengeluarkan tangannya dan membuat bulatan dengan jari telunjuknya di udara. Aku hanya memerhatinya sahaja.

Tidak lama kemudian, satu bebola api muncul secara tiba-tiba! Bebola api tu sangat panas dan terang seperti api betul. Betul ke lelaki ini buat bebola api ini!!??

Aku terlopong. Dia mengambil bebola api itu lalu menolaknya ke tanah lalu tanah itu terbakar seperti unggul api.

"Dah percaya?" Dia bertanya yakin. Dia juga tersenyum lebar.

Mulut aku masih lagi terlopong. Terluas! Omg... macam tak percaya. Dengan perlahan-lahan aku mengangguk tanda menjawap pertanyaanya.

"Hmm.. rasanya aku kene balik sekarang... kang tak pasal-pasal hutan ni terbaik, hangus aku" aku berkata seperti mahu melarikan diri dalam ketakutan. Yela aku takut! Siapa tak getar lutut tengok 'orang' buat bebola api dengan tangan sendiri macam majic!

Aku bergerak ke belakang namun, hasilnya sama seperti tadi. Ada benda yang menghalang aku seperti tembok china!

"Kalau kau bagi aku ikut kau balik rumah baru aku lepaskan kau" dia berkata seperti mengugut aku. Jadi, kuasa yang halang aku ni, kuasa dia juga lah.

"Dia nak ikut aku balik...macam mana nak bagitau eomma kalau dia nampak aku bawak 'lelaki' balik rumah?? Bermasalah betulah alien sorang ni" aku bermonolog dalam hati.

"Yela-yelah! Kau boleh ikut aku balik rumah tapi ada satu syarat! Kau boleh halimunan tak diri kau?" Aku bertanya.

Dia menggeleng. la, ingatkan ada banyak kuasa, rupanya 2 je kuasa dia. Kalau dia tak boleh halimunankan diri dia, bermasalah ni!.

"Jangan bagi eomma aku nampak kau" sambung aku.

"Eomma? Apa tu?" Dia bertanya.

"Kau tak tahu eomma tu siapa? Eomma tu orang yang menjaga kita dari kecil" aku membalas pertanyaan bodoh dia. Eh lupa yang dia bukan dari bumi

"Oh.. di planet exo, kita ada juga yang selalu jaga kita dari kecil" dia membalas. (dia maksudkan suho).

Aku mengangguk "jom balik rumah aku. Dah malam ni, nanti tak nampak jalan" aku  berkata lalu berjalan kehadapan untuk keluar dari hutan yang penuh nyamuk ini. Nanti bila dah sampai rumah, aku nak tanya asal-usul sampai puas!

Apabila aku berjalan, tiada pula 'tembok china' yang menghalang laluan. Dan kelihatan lelaki itu juga hanya mengikuti aku dari belakang.

"Kau ada nama tak?" Aku bertanya sambil mematahkan ranting kayu yang menghalang laluan.

"Tak ada"

aik, pelik sungguhlah alien dari Planet EXO ni. Tak sangkat yang aku boleh jumpa dia kat sini. Okey, aku menyesal masuk hutan ni.

Semasa aku dan dia berjalan keluar, aku ternampak cahaya berwarna merah-kuning-hijau. Cahaya dia semakin menghampiri kami berdua. Ini bukan kuasa lelaki ini kan?

Cahaya itu semakin terang dan....tada!!

Seorang police yang membawa lampu berwarna-warna menyuluh ke arah muka aku dan lelaki alien ini.  Aku melindungi mata ku yang silau dengan cahaya lampu itu kecuali lelaki alien ini.

"Kamu berdua buat apa dalam hutan  berdua!? Ikut saya ke balai polis sekarang juga. Saya akan panggil pejaga kamu juga" kata ahjussi polis peronda itu.

Hish! Kang dah kene tangkap basah! Mesti polis tu ingat kita buat maksiat dalam hutan ni. Alahai satu-satu masalah datang! Kalau eomma tahu, boleh mengamuk dia ni.

Aku dan alien ini pun pergi ikut polis ke balai polis dengan segera.

HAISH ORANG ASING PUNYA HAL LAH NI!
_________________________
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro