Makmal ll 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Tit tit tit tit tit...

Itulah bunyi yang selalu ku dengar setiap hari. Ramai manusia yang memakai baju berkod putih dan mask putih sambil membuat sesuatu di tangan mereka. Yang pasti, niat mereka jahat

Jijik?

Ah. Itu perkara biasa. Mereka cuma mahukan kuasa. Yang menjadi mangsa experiment gila kau rasa siapa?

Semestinya Aku

Termenung mengenang nasib diri. Pintu bilik aku dibuka. Ramai manusia bertopengkan manusia sedang memengang rantai besi di tangan mereka. Apa salah aku sehingga buatkan diperlaku seperti haiwan?

Tanpa teragak-agak mereka menuju ke arah aku dan mula ikat rantai besi di leher, kaki serta tangan. Kalau aku melawan pasti syaitan itu akan dera aku dan memaksa aku makan ubat melebihi dos.

Cuba larikan diri?

Pernah beribu kali!

Akhirnya ditangkap dan hukuman bakal menanti. Yang pasti ramai yang Mati. Paling teruk cedera parah.

Tak lama kemudian, aku dimasukkan ke sebuah bilik dipenuhi ubat-ubatan, alatan tajam tak kurang juga sesuatu yang aku tak tahu. Yang aku pasti bahaya.

Lelaki sedang memeriksa cecair di tangannya terhenti ketika menyedari kehadiran aku hanya memandang kosong ke arah aku. Apa yang difikirkan oleh lelaki tu aku tak tahu. Dari mulut orang sini berkata bahawa dia yang paling kejam. Dan mereka gelarkan sebagai King.

"Ikat A07 dekat kerusi" arah King tanpa memandang aku.

Ketika mendengar arahan dari King, degupan jantung aku rasa ingin keluar. Tubuh aku mula meronta-ronta ingin melarikan diri. Aku sanggup diseksa oleh syaitan lain tapi bukan DIA!!

Melihat aku meronta-ronta, King menuju ke arah aku dengan muka yang dingin. Orang yang memengang tangan aku mula gerun apatah lagi aku yang menjadi mangsa pada King. Di tangan King sedang memengang tali dawai berduri yang telah dipanaskan dan tanpa teragak-agak king terus melimpas ke arah badan aku. Badan aku yang telah sedia ada kesakitan bertambah sakit. Sesiapa tolong bebaskan aku dari sini!

Tak lama kemudian, perbuatan King berhenti dan memengan pipi aku dengan kasar

"Kau ialah bahan kajian aku yang unggul, jangan sesekali cuba untuk larikan diri"

Pandangan aku mula gelap.

Dari sudut pandangan lain :

Dua pasangan lelaki dan perempuan hanya mampu memandang simpati kepada gadis malang itu. Sejak awal lagi mereka melihat bagaimana hidup gadis diseksa dengan kejam. Pertama kali mereka lihat gadis ini ketika umur gadis itu 5 tahun namun malangnya ia telah dikurung dan tidak diberikan kasih sayang yang sepatutnya tidak seperti umur yang sebaya dengan nya.

Namun mereka sedang merancang untuk bebaskan gadis itu daripada hidup ini. Dan semestinya perlu perancangan yang rapi

Ya! Itulah tekad mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro