Part 1 🍓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ALARM telefon Sara berbunyi menandakan sudah jam 6:00 pagi. Setiap malam sebelum dia tidur akan menetapkan penggera agar dia tidak terlajak tidur. Tangannya pantas mematikan bunyi alarm tersebut. Perlahan-lahan Sara membuka mata namun tak sampai beberapa saat matanya terpejam kembali memandangkan dia tidak boleh solat.

Serasa seperti dia baru saja melelapkan mata 10 minit yang lalu, terus tangan nya meraba-raba sekitar kawasan tilam untuk mencari telefon bimbit. Dia melihat jam di skrin telefonnya hampir pukul 9:00 pagi. Kelas pagi ini bermula jam 10:30 pagi. Dia sudah terlewat untuk ke kolej pada pagi ini. Tanpa berfikir panjang dia bingkas bangun daripada tempat tidur lalu mencapai tuala berwarna ungu yang disidai dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah selesai mandi Sara keluar dari bilik air dan berjalan menuju ke lemari pakaian. Dia hanya bersiap ala kadar sahaja dengan mengenakan blouse putih dan seluar slack warna hitam. Tudung bawal hitam bercorak bunga kecil menjadi pilihannya hari ini. Dia bukanlah seorang perempuan yang suka sangat make up. Dia tidak suka wajahnya dipenuhi make up tebal yang membuatnya rimas. Dia seorang yang suka natural beauty. Namun disebabkan muka nya agak pucat, dia memilih untuk memakai sedikit bedak di mukanya. Dia turut memakai sedikit lip balm berperisa strawberi di bibirnya. Tidak lupa juga, dia mencapai botol perfume lalu disemburkan sedikit di tudung dan dibajunya. Usai sahaja siap semuanya, dia memandang dirinya di cermin untuk meneliti setiap penampilan .

"Alhamdulillah ya saya cantik, Alhamdulillah ya ngak mau sombong." sempat Sara menyanyi kecil dihadapan cermin panjangnya itu.

Setelah berpuas hati dengan penampilan, dia mengambil beg sandang dan kunci kereta nya dan terus menuju ke tingkat bawah. Kelihatan Umie sudah berada di meja makan untuk bersarapan. Dia menyapa Umie yang sedang melihat ke arahnya.

"Assalamualaikum Umieku sayang!" sapa Sara sambil berjalan menuruni anak tangga satu persatu.

"Waalaikumussalam anak manja Umie!" penuh syahdu Puan Nora menjawab salam. Sara tersenyum ke arah Umie selepas mendengar Umie memanggilnya anak manja

"Ha ni kenapa bangun lewat? Dah tahu pagi ni ada kelas kenapa tak bangun awal?" tanya Puan Nora sambil tangannya menuang air teh ke dalam cawan .

"Adik terlelap lah tadi Umie sebab tu bangun lewat hari ini." Ucap Sara sambil berjalan menuju ke meja makan. Sara menarik kerusi dihadapannya dan duduk dengan santai . Lalu dia mencapai cawan yang berisi air teh yang dituang oleh umienya tadi dan meminumnya.

"Umie mana along dengan abah? Takda pun adik tengok. Selalunya waktu-waktu macam ni abah turun sarapan." soal Sara sambil matanya melilau mencari kelibat abah dan along nya.

"Along dah bertolak pergi Johor pagi tadi. Dia cakap dia kena lapor diri sebelum pukul 12:00 malam . Abah kamu pula pagi-pagi dah keluar, katanya ada urusan dengan kawan yang kena diuruskan." Balas Puan Nora yang duduk dihadapan Sara.

"Aik! Along cakap lusa baru dia balik Johor. Kenapa tiba-tiba pula pagi ni dia balik? Baru semalam dia sampai harini dah pergi." Soal Sara dengan keningnya dinaikan.

"Macam lah adik tak tahu skop kerja along tu macam mana. Lagi pun semalam Ketua along ada call mungkin sebab tu along balik harini." Jelas Puan Nora.

"Hmm... tapi adik tak puas lagi nak bermanja dengan along . Dah lah along jarang balik kat rumah , ni bila dapat balik dah kena pergi kerja balik." Balas Sara dengan nada seakan-akan sedih.

Kesian pula Puan Nora melihat anak bongsu nya. Sara memang rapat dengan abang sulongnya berbanding abang kedua dan ketiganya. Bukan tak sayang tapi memang sejak kecil lagi anak bongsu nya itu rapat dengan anak sulong nya. Namun apa kan daya, anak sulong nya iaitu Arash Mikael merupakan seorang Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Dah-dah la tu buat cerita sedih. Ingat sikit adik tu dah lewat nak ke kolej. Kalau nak layan cerita sedih adik tu sampai ke esok tak habis. Nanti along balik lah tu bukan nya along tak balik langsung." kata Puan Nora untuk menghentikan drama sedih anaknya itu.

"Ish... Umie ni potong mood adik la. Orang tengah sedih ni tau patutnya Umie support adik." Ucap Sara dengan mulut memuncung tanda merajuk. Puan Nora hanya ketawa melihat sikap anak bongsu nya itu. Queen Of Drama betul budak Sara ni.

Setelah selesai minum, dia berdiri dari kerusi lalu mencapai beg sandang yang berada di sampingnya untuk ke kolej. Sara meminta izin Umie untuk pergi dahulu walaupun sarapan tidak dijamah walaupun sedikit. Dia kurang gemar makan pada waktu pagi. Dia hanya minum air sebagai alas perut.

"Takpa lah Umie, adik dah lambat nak ke kolej. Adik pergi dulu Umie." kata Sara. Tangan kanan Umie diambil lalu dikucup lembut tapak tangannya.

"Ye lah, bawa kereta nanti elok-elok. Jangan laju sangat bawa tu. Ingat sikit kamu tu perempuan" sempat Puan Nora menitip pesan kepada anaknya . Sara hanya mengangguk dan melambai tangan ke arah Puan Nora.

Laju kaki Sara menapak menuju ke kereta Myvi nya yang elok terparkir di garaj. Kunci kereta ditekan kemudian Sara masuk ke tempat memandu. Enjin kereta dihidupkan, sementara menunggu enjin kereta panas dia mengaktifkan bluetooth di kereta dan telefon bimbit nya untuk sambungkan lagu yang ada di telefon bimbit. Sebelum bergerak ke kolej, sempat Sara menghantar pesanan kepada abang sulongnya.

Sara : Sampai hati along tak bagitahu adik yang along bertolak pagi ni. Adik tak puas lagi nak bermanja dengan along. Angah pun dah lama tak balik. Adik rindu tau. Ni bila pulak along balik?
Tidak sampai sesaat pesanan Sara sudah dibaca oleh abang sulongnya. Buktinya, dia terus menaip setelah membaca pesanan daripada Sara.

Mikael : Along lupa nak bagitahu adik. Lagipun tadi along nak cepat. Maafkan along tau adik. Lusa along balik.

Tersenyum Sara membaca balasan daripada abang sulongnya. Telefon disimpan semula ke dalam beg sandangnya. Lalu dengan lafaz Bismillah, pedal minyak ditekan dan keretanya menderum laju meninggalkan kawasan rumah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro