Part 17 🍓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aish menghampiri Aiden yang sedang duduk di kerusi batu bersama air hundred plus di tangannya.

"Eh! Mana Sara? Dah balik ke?" soal Aish sambil menghulurkan air tersebut ke arah Aiden.

Namun Aiden hanya termenung dan tidak menyambutnya.

"Ish... dok termenung pulak mamat ni. Ada aku hempuk jugak dengan botol ni kan. Orang tanya ni bukannya nak jawab. Agak nya dari dalam perut lagi kut suka termenung ni." geram Aish.

Sekali lagi Aiden hanya diam membisu tanpa ada niat membalas kata-kata Aish.

"Aiden..oo aiden... kau dengar tak aku tanya ni. Ke kau pekak? Takkan lah handsome-handsome pekak. panggilan Aish tidak disahut oleh Aiden.

Akibat penat bercakap keseorangan tiba-tiba idea muncul di kepalanya.

"Aku ada idea" bisik Aish tersenyum.

Perlahan-lahan Aish membuka penutup botol.  Lalu tanpa sebarang kata Aish terus menyiram air di atas kepala Aiden. Aiden akhirnya tersedar dari termenung akibat terkejut dengan tindakan Aish.

Aiden mengelap mukanya dengan perasaan marah. "Kau dah kenapa setan? Kau siram aku dengan air hundred plus. Kau tahu kan air tu manisss" marah Aiden.

Melihat Aiden marah , Aish ingin membuka langkah untuk melarikan diri namun tindakan Aish itu dapat dibaca oleh Aiden. Aiden terus menarik rambut Aish. "Aduh! Sakit lah bodoh. Aku paling pantang orang pegang rambut aku ni. Lepasss..." jerit Aish.

Melihat Aish kesakitan, Aiden terus melepaskan tangannya dari menarik rambut Aiden. "Padan muka kau. Siapa suruh kau siram aku. Kalau air mineral takpa ni air manis pulak. Agak-agak lah nak bergurau pun."

"Salah kau jugak sebab buat bodoh je masa aku tanya kau. Aku rasa macam aku bercakap dengan orang bisu tadi. Tapi aku rasa orang bisu lagi bagus dari kau. Even dia tak boleh cakap at least dia cuba balas jugak kalau orang tanya. Bukan macam kau" balas Aish sambil memegang rambutnya.

"Apa yang kau tanya?" soal Aiden sambil memandang Aish.

"Aku tanya Sara mana. Tadi elok je dia duduk kat sini. Ni dah hilang. Dia dah balik ke?" Mendengar nama Sara, Aiden mula rasa bersalah dengan apa yang dia cakap pada Sara tadi.

"Dia dah balik"

"Oh!" balas Aish sambil meneguk air.

"Kau ada masalah ke?" tanya Aish sebaik saja melihat Aiden hanya diam.

"A-aku..." tergagap-gagap Aiden bersuara.

"Aku apa?"

"Aku hina Sara tadi. Sumpah aku tak sengaja. Aku tak ada niat pun nak hina dia. Aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu tadi kat dia. Aku betul-betul tak sengaja." ucap Aiden .

Terkejut Aish mendengar kata-kata Aiden. "Kau hina dia? Kenapa kau hina dia?"

Aiden mula ceritakan satu per satu kepada Aish. Matanya dipejam rapat.

"Sebab tu kau hina dia? Sebab kau tengok dia dengan Rizq? Kau masih berdendam ke dengan Rizq pasal kes dulu?"

"Tak bukan macam tu. Aku dah lama lupa pasal kes dulu"

"Habis tu?"

"A-aku... aku cemburu tengok Sara rapat dengan laki lain. Aku sukakan dia . Aku sayangkan dia. Setiap kali aku tengok dia rapat dengan laki lain, aku cemburu. Dan sebab cemburu lah aku tak sengaja hina dia macam tu. " luah Aiden .

"Macam ni lah Aiden, kau minta maaf dengan dia. Bagi tahu hal sebenar kat dia. Kau patut jujur dengan dia yang kau suka dia. Silap kau sebab hina dia." pesan Aish sambil menepuk bahu Aiden.

Aiden mengangguk. "Aku memang nak minta maaf dengan dia. Hati aku sakit tengok dia menangis tadi. Aku tahu aku salah"

"Bagus lah kalau kau sedar salah kau. Aku tahu kau takkan saja-saja nak hina orang. Tapi disebabkan cemburu dan marah kau terhina dia. Lain kali sebelum nak cakap atau buat apa-apa fikir dulu, jangan ikut emosi je. Faham?" Aiden mengangguk perlahan.

.
.
.

Sejak balik dari taman sampailah malam, Sara masih teringat dengan kata-kata Aiden yang mengguris hatinya. Hatinya terasa dengan kata-kata Aiden.

Bunyi notification pesan masuk mengalihkan sejenak fikiran Sara. Tangannya mencapai telefon lalu membuka chat masuk. Dia melihat sebaris nama yang menghantar pesanan kepadanya 'Mamat TakGuna'.

Mamat Tak Guna : Sara, aku nak minta maaf. Aku tak sengaja cakap macam tu kat kau tadi. Aku tahu kau terasa dengan kata-kata aku. Aku betul-betul tak sengaja. Aku pun tak tahu kenapa aku sanggup cakap macam tu kat kau. Aku tahu kau marah kat aku. Aku minta maaf ya Sara. Takpa kalau kau taknak balas mesej aku, yang penting kau baca. Sekali lagi aku minta maaf.

Pesanan daripada Aiden hanya dibaca tanpa niat ingin membalasnya. Dia masih terasa dan marah dengan Aiden. Namun sedikit sebanyak melihat Aiden meminta maaf dengan bersungguh ,hatinya ingin memaafkan Aiden. Dia juga dapat rasa yang kata-kata Aiden itu bukan sengaja dilontarkan.

"Aku dah maafkan kau Aiden cuma aku perlukan masa. Aku masih terasa dengan kau. Aku tak sangka kau sanggup cakap aku macam tu. We may argue and fight, but I still love you no matter what. I can't and won't hate you, Aiden" bisik hati Sara.

Sekali lagi telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Namun kali ini bukan dari Aiden melainkan dari nombor tak dikenali.

Unknown number : Assalamualaikum Lea . Ni abang Rizq. Lea okay kan? Abang risaukan Lea.

Membaca pesanan tersebut membuatkan dahi Sara berkerut. "Abang Rizq? Dia ambil kat mana nombor aku ni?" Tak menunggu lama Sara membalas pesanan itu.

Sara: Waalaikumussalam. Lea okay, Abang Rizq tak perlu risau. Abang dapat kat mana nombor Lea ni?

Pesanan dikirim dan dengan pantas mendapat balasan.

Unknown number: Kalau Sara okay takpa lah, lega sikit abang. Sara jangan ingat pasal tadi. Lupakan. Abang tahu Aiden tak sengaja. Sara jangan lupa save nombor abang tau.

Sara: Takpa Lea okay abang. Ya nanti Lea save nombor abang.

Abang Rizq : Lewat dah ni. Lea pergi lah tidur. Maaf abang ganggu Lea malam-malam ni.

Sara: Takpa abang tak ganggu pun. Lea baru je nak tidur.

Abang Rizq: Kalau macam tu pergi la tidur. Goodnight Lea.

Sara: Okay

Sara menutup telefonnya lalu meletakkannya di meja kecil tepi katilnya. Dia merebahkan badannya di atas katil sambil memandang atas. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat . Kini dia dibuai mimpi.

.
.
.

Aiden mengeluh berat. Pesanannya tidak dibalas oleh Sara. Dia tahu Sara telah membaca pesanan dia namun Sara tidak mahu membalasnya. Bila teringat tentang kejadian tadi, perasaan bersalah kian dirasainya. Dia malu dan takut nak berdepan dengan Sara. Dia sudah menghantar pesanan meminta maaf namun tidak dibalas. Dia takut apa yang Sara fikirkan tentang dirinya sekarang. Banyak persoalan di dalam fikirannya. Adakah Sara akan membencinya? Adakah Sara tidak mahu memaafkan dirinya? Adakah kata-katanya sangat melampau? Dia takkan berhenti meminta maaf kepada Sara. Dia sanggup buat apa saja asalkan Sara dapat memaafkan dirinya.

"Kenapa kau bodoh sangat Aiden? Kenapa kau cakap macam tu kat dia? Kau cakap kau suka dia. Kau ingat bila kau buat macam ni kat dia, dia akan suka kau? Kau silap! Benda ni buat dia lebih bencikan kau. Betul kata Aish, kau patut jujur perasaan kau kat dia." gumam Aiden.

Aiden tekad. Dia akan mula jujur kepada Sara yang dia suka dan sayang kepada Sara. Hanya Sara satu-satunya perempuan yang berjaya tawan hatinya. People say not to argue and not to hate, otherwise you'll end up loving the person. And i guess they are right, now i'm falling in love with her. Although she is little bit hard headed, she is still the one for me.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro