Part 20 🍓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The Luxurious Hotel

Akhirnya mereka semua telah sampai di sebuah hotel mewah. Sebelum sampai di sini tadi pihak hotel telah memaklumkan yang mereka akan check in pada pukul 12 tengah hari. Memandangkan lagi 10 minit mereka akan check in, Sara memilih untuk melihat sekitar kawasan hotel itu. Kawasan hotel itu sangat luas.

"Wah! Cantik nya hotel ni" ucap salah satu pelajar. Tak dinafikan hotel yang dipilih oleh pihak kolej mereka sebagai event kali ini sungguh cantik, mewah seperti bertarafkan 5 bintang. Semua perhiasan dan lengkapan tampak begitu exclusive sekali.

"Sofea, aku nak pergi depan tu sekejap. Nanti kalau dah nak masuk kau panggil aku tau takpun kau call, aku takut aku tak dengar." ucap Sara sambil menunjuk ke arah depan.

Sofea menganggukkan kepalanya.

Sara melangkah ke arah kolam renang bersaiz sederhana yang berada di lobi hotel. Mahu ambil angin. Seketika dia termenung memandang ke dalam air kolam yang kelihatan jernih itu.

"Oh jadi kau perempuan macam ni rupanya, tak cukup satu laki. Haritu laki lain harini laki lain. Siap berpegangan tangan lagi. Harap je pakai tudung tapi tak cukup satu laki. Pakaian kau tak menggambarkan perangai kau. Ingatkan bila pakai tudung ni baik tapi sebenarnya tak."

Dia teringat kata-kata Aiden beberapa hari lepas. Semua kata-kata Aiden masih bermain di mindanya. Dia menghembuskan nafas berat. "Perlu ke kau cakap macam tu kat aku? Kau buat aku macam tak ada perasaan. Dia tetap memaafkan Aiden tetapi bukan melupakan. Dia tidak sangka Aiden begitu.

Suara seseorang berjaya membuatkan lamunannya terhenti.Sara terus menoleh ke belakang.

"Jauh termenung. Dah sampai mana tu?" suara Rizq mengusik.

"Eh Abang Rizq" kata Sara sebaik saja melihat Rizq menegurnya.

"Lea dah okey ke? Tadi atas bas abang tengok Lea tak sihat." Tanya Rizq dengan muka risau.

"Oh tadi Lea kena gastrik. Perut masuk angin, itu yang sakit. Lea dah makan tadi so dah okey lah ni. Abang Rizq tak perlu risau lah."balasnya mudah.

Rizq mengerutkan keningnya. "Kenapa abang tengok Lea macam ambil mudah sangat ni? Tak boleh macam tu Lea bahaya. Ni mesti Lea tak makan pagi kan sebab tu lah perut masuk angin."

Sara mengangguk. "Lea tak suka makan pagi"

"Erm... tak boleh macam tu. Lea tu ada gastrik kena lah makan pagi walaupun tak suka tapi kena paksa lah. Nanti sakit pulak. Risau abang nanti.

"Dah kenapa dengan mamat ni? Risau bukan main. Tahu lah Miss Malia lantik jadi leader untuk uruskan hal berkaitan student tapi agak-agak lah. Ke mamat ni suka aku? Nampak gaya macam ada hati kat aku." desisnya dalam hati.

"Yalah Abang Rizq nanti Lea makan ye." Senyuman diberikan kepada Rizq.

Aiden yang berada di belakang mereka hanya menjadi pemerhati saja. Sekali lagi hatinya dilanda cemburu melihat mereka berdua. Niatnya untuk meminta maaf terhadap Sara terbantut begitu saja. Mungkin belum masa sesuai.

"Sejak bila Sara rapat dengan si Rizq ni. Sara sukakan dia? Ke sebenarnya dorang berdua ada hubungan? No No aku tak suka. Nak taknak aku kena jujur perasaan aku kat Sara ni. Nanti terlepas pulak aku. Kali ni aku takkan biarkan kes lama berulang lagi. Aku akan dapatkan Sara." desis akal Aiden.

Kini semua pelajar berada di bilik hotel masing-masing untuk rehatkan diri. Mereka semua telah dibahagikan secara berpasangan. Setiap satu bilik akan ada 2 orang. Dan seperti biasa Sara akan sebilik dengan Sofea.

Sara terus mengambil tempat bersebelahan dengan sahabatnya. Satu keluhan dilepaskan. "Penat nya aku"

"Kau borak apa dengan abang Rizq tadi? Rancak je aku tengok. Korang ada apa-apa hubungan ke? Entah apa angin si Sofea ni tiba-tiba tanya soalan macam tu.

"Kenapa tanya?" Pelik betul dengan Sofea ni.

"Saja" ringkas saja Sofea balas.

"Tak ada borak apa pun, dia tanya aku dah okey ke."

"Oh! Sejak bila kau rapat dengan dia? Kau suka dia ke?" tanya Sofea sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Kau ingat tak masa kita pergi joging haritu?" Sofea mengangguk menandakan dia ingat.

"Masa kau pergi beli air, aku sambung joging tapi entah macam mana lah aku tersilap langkah. Aku terjatuh, kaki aku terseliuh. Dia tolong aku berdiri. So sejak dari hari tu lah aku rapat dengan dia. Tapi tak ada lah rapat mana pun. Lagi pun aku anggap dia macam abang je sebab dia kan senior kita."

"Oh macam tu. Takpa lah aku nak mandi dulu. Dah melekit badan aku ni." Sofea bangun dari katil menuju ke bilik air untuk mandi. Dia menarik beg bagasinya lalu membuka mengambil barangan wanita miliknya

"Okey nanti bila kau dah siap mandi kau kejutkan aku. Aku nak tidur sekejap."

"Tidur je kerja kau kan"

"Yalah. Lagipun kau tu kalau mandi bukan main lama lagi. Buat apa entah lama-lama dalam tu. Ke kau main sabun?

"Banyak lah kau main sabun. Dah nama pun perempuan kan mesti lah lama. Kau sorang je tak suka mandi lama. Entah sabun entah tidak. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ni susah nak mandi. Takut sangat dengan air dah macam kucing" Orang suruh mandi je pun" bidas Sofea.

"Eh kau! Kau ingat aku mandi tak sabun ke? Mentang-mentang aku mandi sekejap kau cakap macam tu. At least aku tak bazirkan air macam kau." Bantal yang berada ditangannya dibaling ke arah Sofea.

Kecil besar kecil besar je aku tengok si Sofea ni.

"Werkk tak kena pun." ejek Sofea sambil menjelirkan lidahnya.

"Tunggulah kau!" Sofea mencabar kesabaran betul.

"Hahahaha" Terdengar bunyi ketawa Sofea memenuhi bilik hotel mereka.

Sofea melangkah masuk ke bilik air dan saat pintu ditutup dia sempat bersuara.

"Sara!"

Sara menoleh ke arah Sofea dengan mata mengecil. "Kau nak apa lagi?"

"Lupa pulak nak cakap kat kau, tadi Aiden ada cari kau. Aku bagitahu kau ada kat kolam. Dia terus pergi cari kau kat sana. Kau ada jumpa tak dengan dia?"

"Aiden cari aku? Kenapa pulak cari aku?

"Mana lah aku tahu. Dah lah nak mandi" terus dia menutup pintu bilik air.

"Kenapa tiba-tiba Aiden cari aku? Nak minta maaf? Ke nak hina aku lagi? Tapi tak jumpa pun dengan dia ke dia nampak aku dengan Rizq?

Hampir 30 minit Sofea mandi barulah dia keluar sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. " Segar sikit badan bila mandi"

Kemudian dia merebahkan badannya di atas katil sambil kejutkan si budak Sara.

"Sara bangun lah. Pergi mandi dulu baru tidur. Tak elok tidur dengan tak mandi macam ni." kejut Sofea namun tiada tanda-tanda Sara akan bangun.

"Ish budak ni kalau dah tidur bukan main susah lagi nak kejut. Tidur mati agaknya." marah Sofea.

"SARA AZALEAA.... Bangun!! kali ni suaranya dikuatkan sedikit berbanding tadi.

Terpisat-pisat Sara membuka matanya. Perlahan dia bangun dari pembaringannya. "Ish kau ni tak boleh kejut elok-elok ke? Terkejut aku."

"Aku kejut kau elok-elok kau tak nak bangun. Dah pergi mandi sekarang. Dah nak masuk petang dah ni." bebel Sofea seakan-akan seorang ibu membebel kepada anaknya.

"Yalah nak mandi lah ni. Bebel je kerja kau ni" Sara terus bangun dari katil menuju ke bilik air.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro