Part 32 🍓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TIDUR Sofea terganggu apabila pintu biliknya diketuk bertalu-talu bagaikan mahu pecah tak lama lagi. Kedengaran suara keras Mama dari luar pintu. Dengan agak mamai dia bangun dari pembaringan dan mengatur langkah ke arah pintu.

Daun pintu dikuak. Terpacul wajah bengis Mama nya di depan pintu. Takut Sofea apabila melihat wajah Mama nga itu.

"A-ada apa Mama? Mama ada nak apa-apa ke?"  suara Sofea tergagap-gagap bertanya. Hilang terus mamai dia bila berdepan dengan mama.

"Kau tanya aku nak apa? Kau tengok dah pukul berapa jam sekarang ni." tegang suara Puan Fatihah kedengaran seraya tangan bercekak pinggang.

"Mama lapar ke? Kalau lapar nanti Reen masakan untuk mama"

"Habis, kau ingat aku kejut kau ni kenapa? Mesti lah sebab aku dah lapar. Kau ni memang dah tak reti nak buat makanan untuk aku ke? Anak jenis apa kau ni." jawab Puan Fatihah dengan keras.

Sungguh riak mukanya jelas kelihatan benci dan marah dengan Sofea sekarang ini. Sofea hanya mampu diam.

Terluka?

Terasa hati?

Sedih?

Pedih?

Sofea sudah biasa dengan semua itu. Namun dia hanya lah manusia biasa yang ada perasaan. Siapa yang tak terluka, sedih apabila dibenci oleh ibu kandung sendiri. Dia dilayan tak ubah seperti anak tiri sedangkan Sofea adalah anak yang dikandung oleh Puan Fatihah sendiri.

Sungguh Sofea rindu dengan Mama nya yang dulu. Mama yang menyayangi diri nya, sentiasa mengambil berat terhadap nya dan memberikan kasih sayang yang mencurah-curah. Tapi itu semua hanyalah dulu bukan sekarang. Setelah peristiwa itu berlaku semua nya berubah termasuklah sikap mama nya. Sofea tahu itu semua salah nya. Jadi dia terima apa jua yang Mama nya lakukan walaupun dia tahu itu akan membuatkan ia terluka.

Hanya mama nya dia ada sekarang ni. Mama satu-satu nya orang yang di sayang. Papa dan abang nya telah lama meninggalkan dia dan mama nya. Dan kematian abang nya asbab kenapa mama sangat membenci dia.

Andai masa boleh diputar, Sofea tidak mahu semua ini berlaku. Ya dia tak nak semua ni. Dia akui itu adalah kesalahan dia. Kalau lah malam itu dia dengar cakap mama nya pasti ini semua tak akan terjadi malah abang nya pasti hidup. Tapi Sofea tetap lah Sofea. Dia berkeras juga malam itu dan akhirnya abang nya pergi buat selamanya akibat kedegilan nya.

Bersalah?

Ya dia menyalahkan diri nya sebagai punca kematian abang nya. Sampaikan dia rasa dia tak patut hidup. Sepatutnya bukan abang nya yang meninggal tapi dia. Selepas kematian abang , sikap mama nya terus berubah 360 darjah , menjadi pemarah, pembenci dan kadang-kadang akan memukul nya.

Sejak itu hidup nya penuh dengan penderitaan dan bertukar kelam. Namun dia berjaya tutup semua itu dengan senyuman dan gelak tawa. Dia mungkin berlagak kuat di hadapan orang lain, tetapi bila keseorangan, air matanya turun, kerana dia tahu hanya dia yang akan tahu kesakitan yang dia rasakan.Dia terus berpura-pura seakan tak ada apa-apa yang berlaku, tapi bila dia semua sendiri, dia hanya mahu menangis. Ia sangat menyakitkan untuknya, tetapi dia terpaksa terus berdikari dan berlagak semuanya baik-baik saja.

"Eh sempat lagi kau termenung. Aku bukan main bercakap dengan kau ni, kau buat bodoh je. Kau ni memang nak kena dengan aku." marah Puah Fatihah sambil menunjal-nunjal kepala Sofea dengan kuat.

"M-maaf Mama." balas Sofea dengan sendu.

"Itu je lah kerja kau. Maaf, maaf. Dah sekarang ni aku nak kau pergi masak kat aku." arah Puan Fatihah dengan wajah serius.

Sofea terus mengangguk kepala nya. Langkah kaki mula di buka untuk keluar menuju ke dapur.

"Nak kena orang kejut dulu baru nak bangun. Kau ingat kau anak raja ke sampai aku kena kejut. Nak tunggu aku mati kebulur dulu ke baru nak masak. Menyusahkan aku betul lah kau ni." mulut Puan Fatihah terkumat-kumit menyumpah Sofea.

Sofea mendengar semua itu dengan hati yang terluka.

Peti sejuk dibuka lalu Sofea mengeluarkan sayur-sayuran dan lauk mentah untuk dimasak. Dia hanya ingin memasak makanan simple sahaja. Ikan goreng, sayur bayam masak air dan sambal udang.

Api dibuka untuk memanaskan kuali. Minyak masak dituang ke dalam kuali. Ikan yang sudah siap disiang dan digaul dengan kunyit dan garam diletakkan di tepi sementara menunggu minyak panas.

Tangannya lancar memotong sayur bayam. Setelah selesai memotong diletakkan di tepi. Bila minyak sudah panas, dia memasukkan ikan ke dalam kuali dan goreng. Sementara menunggu ikan siap, periuk di kabinet dicapai untuk dia masak sayur bayam. Bahan untuk masak sayur mula dimasukkan. Kemudian dia kembali ke kuali menggoreng ikan. Sofea membalikkan ikan di dalam kuali.

"Aghhhh" jerit Sofea apabila terasa perit di tangannya. Tangan terkena kuali panas itu. Dia berlari ke singki lalu air paip dibuka. Rasa pedih tangannya apabila terkena air.  Kesan terkena kuali panas tadi meninggalkan kesan merah pada tangannya. Namun dia menghiraukan nya walaupun sakit. Dia perlu siapkan makanan ini.

"Tak siap lagi ke kau masak? Aku dah lapar ni. Bukan main lama kau kat dapur tu takkan tak siap-siap lagi." laung Puan Fatihah dari ruang tamu.

"Err dah nak siap mama." Sofea membalas kembali. Sakit ditangan diabaikan. Ikan terus diangkat ke pinggan lalu dia segera dia memasak sayur bayam. Selesai saja masak sayur bayam, Sofea terus masak sambal undang.

Selepas bertungkus lumus di dapur memasak untuk mama, akhirnya siap. Sofea berjalan keluar dari dapur dan memegang pinggan yang berisi masakkan nya lalu diletakkan di atas meja makan.

"Mama, Reen dah siap masak. Mari lah makan" ucap Sofea dengan meletakkan pinggan untuk mama nya.

Puan Fatihah berjalan menuju ke meja makan lalu duduk.

"Ni je yang kau masak? Aku tengok bukan main lama kau duduk kat dapur. Ingatkan masak ikan 3 rasa ke ini ikan goreng" hambur Puan Fatihah seraya tangan menyeduk sayur masak bayam ke dalam pinggan.

Sofea hanya mengukir senyuman tawar.

"Mama makan lah. Reen nak naik atas mandi." ucap Sofea membuka langkah naik ke bilik nya.

Puan Fatihah diam tidak membalas.

Setelah 15 minit bersiap, Sofea turun ke bawah. Dia melihat mama nya sudah selesai makan. Sekarang ni mama nya sedang melayan cerita di TV.

"Mama..." panggil Sofea lembut.

"Kau nak apa?" kasar suara Puan Fatihah membalas. Matanya masih fokus pada skrin TV.

"Reen nak keluar kejap boleh? Reen keluar dengan Sara." tanya Sofea dengan berhati-hati. Sebenarnya dia bukan nak keluar dengan Sara tapi dia nak pergi ke farmasi beli ubat untuk tangannya. Dia cuma bagi alasan Sara sebab tidak mahu mama nya fikir yang bukan-bukan.

"Suka hati kau lah. Macam lah aku kisah sangat." acuh tak acuh saja Puan Fatihah membalas.

Putar tubuh Sofea segera berlalu pergi menuju ke pintu keluar. Baru saja dia ingin melangkah keluar, suara mama nya kedengaran.

"Kau jangan nak mengadu apa-apa dengan kawan kesayangan kau tu. Kalau aku tahu kau mengadu siap kau aku kerjakan. Faham tak?" kata Puan Fatihah memberi amaran kepada Sofea.

Satu anggukan saja dari Sofea.

Suara seseorang yang memanggil nama Sofea membuatkan langkah nya  berhenti. Dia baru saja keluar dari farmasi. Dia membalikkan badan dan melihat seorang lelaki yang berdiri beberapa meter dari belakangnya. Lelaki itu kelihatan familiar.  Lelaki itu perlahan-lahan menghampiri nya.  Dari pandangan pertama, Sofea sudah tahu itu adalah Aish Zane.

Aish tersenyum ketika melihat Sofea. Dia terus berjalan ke arah Sofea, dengan langkah ringan tetapi pasti. Ketika dia sampai dekat dengan Sofea, dia berhenti dan menyapa.

"Assalamualaikum Sofea"

Sofea menunduk kepala sekali sebelum membalas.

"Waalaikumussalam Aish. Buat apa kat sini."

"Saya nak masuk kedai tu tapi tiba-tiba jumpa awak kat sini tu yang saya tegur ni. Awak buat apa kat sini?" Aish menyoal kembali.

"Oh saya singgah farmasi kejap" Sofea menunjuk plastik farmasi yang ada di tangan nya pada Aish.

Aish mengangguk faham.

"Alang-alang kita jumpa ni jom lah kita pergi makan. Itu pun kalau awak nak lah." lembut Aish ajak. Dia tidak mahu memaksa gadis itu jikalau memang Sofea tidak setuju.

Lama juga lah Sofea berfikir. Bukan apa dia risau dengan mama. Kalau mama dapat tahu yang di keluar dengan lelaki lain bukan dengan Sara, mahu mati dia kena dengan mama. Tapi dia tidak sanggup ingin menolak ajakan lelaki itu.

Lambat laun dia pun setuju.

Kini mereka berada di salah satu restoran.

"Awak nak makan apa?" soal Aish sebaik saja waiter iti tiba di meja mereka.

"Awak nak makan apa?" Sofea pula yang bertanya.

Dahi Aish berkerut mendengar soalan yang sama dia tanya kembali di tanya oleh gadis itu.

"Saya tanya awak, awak tanya saya pula"

"Saya ikut awak lah. Awak order je lah apa-apa pun. Saya okay je."

"Kalau macam tu saya order mee goreng 1 , air laici 1 dan air tea o beng 1" ujar Aish pada waiter.

Waiter mengangguk dan berlalu pergi.

"Eh kenapa satu je mee goreng?" soal Sofea hairan.

"Saya dah kenyang. Saya order kan untuk awak." jawab Aish seraya tangan nya menyeluk ke dalam poket untuk mengeluarkan telefon milik nya apabil bunyi notification masuk.

Sekilas dia melihat skrin telefon nya lalu
terus menutup. Notifications dari seseorang dibiarkan begitu saja. Telefon diletak di atas meja.

Seketika mata hazel milik Aish memandang pada tangan Sofea yang ada kesan merah itu. Sofea menyedari lelaki di depan nya sedang menatap tangan nya dengan segera menutupi nya dengan handsock hitam.

Aish terus memerhatikan tangan Sofea seolah-olah dia tahu apa maksud kesan itu.

"Tangan awak kenapa?"

"Takde pape." Tidak mahu Sofea menjawan soalan itu.

"Kalau takde pape  kenapa boleh merah sampai macam tu? Aish masih lagi dapat melihat kesan merah itu. Tangan putih gadis itu tidak mampu untuk menutupi kesan merah.

"Luka sikit je ni" riak selamba Sofea membalas dipandang curiga oleh Aish. Mungkin orang lain akan percaya tapi tidak dengan Aish.

"Awak tipu saya kan Sofea. Saya tahu awak tipu. Sekali lagi saya tanya, tangan awak kenapa?" Nada suara Aish masih lembut namun kedengaran tegas.

Sofea menelan air liur melihat muka serius Aish.

"Ku-kuali panas" perlahan saja Sofea menyebut.

"Apedia? Saya tak dengar lah." Saja Aish buat-buat tak dengar.

"Tangan saya kena kuali panas. Puas hati?" balas Sofea dengan wajah cemberut.

Aish ketawa kecil melihat muka gadis itu.

"Habis tu dah pergi klinik belum?"

"Err... tak. Tapi saya dah beli ubat ni nanti balik saya sapu lah." Plastik farmasi yang ada di dalam beg dikeluarkan.

"No. Awak kena pergi klinik. Saya tengok merah sangat tangan tu. Kita pergi klinik ye kejap lagi." Aish tidak setuju dengan jawapan Sofea.

Sofea menggeleng kepala tanda tidak mahu. Aish mengeluh perlahan.

"Jangan degil Sofea. Lepas makan nanti kita pergi klinik. Lagi pun klinik tak jauh pun." Aish masih berkeras memujuk Sofea untuk pergi ke klinik.

Nak taknak Sofea terpaksa terima. Makin ditolak makin dipaksa. Jadi jalan penyelesaian hanya satu, terima je lah.
















"Sayangku Sara, kita datang sini nak cari barang hantaran. Bukan nya datang nak main game kat sini" ujar Aiden mengingatkan tunangnya tujuan sebenar mereka datang ke Mall.

"Ish saya tahu lah. Tapi kejap lah bagi saya main dulu. Sekejap lagi kita cari lah barang tu." balas Sara yang sedang fokus bermain game menembak.

Aiden lepaskan keluhan berat.

"Emm layan je lah Aiden, kalau tak layan nanti ada juga yang merajuk kan." omel Aiden sendiri.

Aiden hanya jadi pemerhati saja tanpa ada niat ingin bermain. Dia hanya duduk di kerusi yang disediakan disitu sambil memeluk handbag milik Sara.

"Ish dia ingat dia budak lagi ke nak main benda macam ni. Umur dah 23 tahun bukan nya 5 tahun. Nasiblah kau tu tunang aku kalau tak dah lama aku tinggal kau kat sini tau." Bebel Aiden sendirian. Kepala dipanjangkan sedikit untuk melihat tunang nya yang sedang main tidak jauh dari dia.

Hampir sejam juga lah dia menunggu Sara selesai bermain game. Sekarang ni baru lah mereka nak pergi cari barang hantaran. Boleh dikatakan kesemua games yang ada disini Sara main. Tidak satu pun dia tinggal. Jadi sebagai seorang tunang yang baik, Aiden hanya setuju tanpa membantah.

"Dah puas dah main sayang? Kalau dah jom lah kita pergi cari barang."

Sara hanya tergelak kecil sebelum mengangguk.

"Dah. Jom kita pergi." Handbag miliknya ditangan Aiden ditarik sebelum dia berjalan meninggalkan lelaki itu.

Aiden mula mengikut Sara dari belakang.

"Kita pergi cari kasut dulu , lepas tu baru pergi cari minyak wangi, lepas tu baru barang-barang yang lain. Okay tak?"

Sunyi sepi. Tiada jawapan dari Aiden. Sara kehairan lalu dia menoleh ke belakang.

Kosong. Aiden tiada di belakang dia.

"Eh mana pula Aiden ni. Tadi elok je duduk belakang aku." Mata Sara melilau mencari keberadaan Aiden. Dah 360 darjah dia pusing tapi kelibat Aiden belum kelihatan.

Sampaikan mata Sara tertumpu pada satu sosok yang sedang elok berdiri dia salah satu kedai air. Lelaki itu memegang air di tangannya. Lalu berjalan menghampiri Sara.

"Eh sayang kenapa berdiri kat sini?" tanya Aiden tanpa rasa bersalah.

"Awak tanya kenapa saya berdiri kat sini?"

Dengan polos Aiden mengangguk sambil menghirup air yang baru dibelinya.

Geram saja Sara melihat wajah tidak bersalah Aiden itu. Akibat malas melayan Sara terus pergi meninggalkan lelaki itu.

"Eh sayang, tunggu lah." Kakinya mengejar langkah kaki Sara dengan selaju yang boleh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro