(13)++Bukalah Matamu++

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sedang para medic bersedia untuk mencabut segala peralatan daripada badan Ali...

"Akh..." Satu keluhan kesakitan terbit dari bibir milik Ali.

Suaranya menyentakkan semua orang. Para medic pula, berhenti melakukan kerja mereka untuk memantau sama ada Ali benar-benar telah sedar atau tidak.

Walaupun perlahan, tapi masih mampu didengari oleh semua orang yang berada di situ.

"Aku... Mampu..." Perlahan suara Ali keluar, namun matanya masih belum terbuka.

Serak.

Sudah 5 bulan koma, manakan mulut kering tanpa air?

Mata Ali terbuka perlahan-lahan. "Maaf sebab mengikut tindakan sendiri..."

Suaranya sangat perlahan dan serak. Ali letih dengan pengembaraannya di alam koma.

Ejen-ejen perempuan menekup mulut menahan tangis, ada juga yang berpelukan.

Alicia diam sahaja sambil menunduk tetapi tangannya menongkat bahagian dahi. Agak terkedu dengan apa yang berlaku.

Miracle...

Kepala Ali tertoleh ke arah kanan katil tempatnya berbaring. Di situlah berkumpulnya para ejen yang datang melawat Ali.

"Maaf sebab terburu-buru..."

Ali menutup matanya menahan sengal pada badannya kerana koma selama 5 bulan tidak bergerak.

Selepas itu matanya dibuka kembali.

"Maaf sebab buat korang tertunggu... Ada kesulitan kat alam sana..."

Ali diam sebentar sebelum membuka mulut sekali lagi.

"Terima kasih untuk segala luahan, aku dengar dengan jelas kat sana... Tapi yang paling penting..."

"Lagu tu... Lagu tu yang tolong aku... Kalau takde lagu tu... Aku mesti... Dah putus asa..."

Kata-kata Ali itu menyebabkan Alicia yang masih menunduk menongkat dahi membulatkan matanya.

Terus Alicia tanpa berkata apa-apa, keluar daripada bilik rawatan itu.

"Eh, Alicia nak pergi mana?" Tanya Iman.

"Maaf."

Sepatah dijawab sebelum Alicia betul-betul meninggalkan bilik rawatan itu.

•••

"Dia... Alicia yang nyanyi." Kata-kata Ali menyebabkan semua ejen-ejen muda memandang Ali.

"Aku kenal suara korang semua... Tu suara Alicia... Yang nyanyi lagu tu..."

Ali memandang semua ejen. "Berterima kasih kat Alicia dan bersyukurlah kepada-Nya. Dia punca aku sedar..."

"Ali!" Terus Khai menerpa ke arah Ali diikuti Moon. Iman hanya menunggu sahaja ditepi.

"Sa-sakit Khai, aku baru bangun kot!",

"E-eh?! Sorry!"

•••

Alicia berada di tempat yang menempatkan tugu peringatan akan kematian ejen-ejen penting dalam MATA.

Alicia berada di hadapan tugu yang bertulis, 'Dalam Kenangan, Ejen Zain: Ketua Teras Neuro'.

Tangan Alicia membuat tanda Neuro Style di hadapan tembok itu.

Air mata menitis saat mengingati kisah silam yang berlaku di Akademi MATA yang menjadi punca Ejen Zain terkorban.

"Asal kau tiba-tiba keluar daripada wad aku tadi?"

Membulat mata Alicia. Terus air mata diseka pantas dan kemudian segera memusingkan badannya menghadap empunya badan itu.

•••

"Thanks."

Ali tersenyum.

"Lagu tu dah tolong aku walaupun aku agak slow juga."

Ali tiba-tiba tergelak.

Dan tawanya menyebabkan Alicia keliru dan bengang. Ali nak maksudkan suaranya tak sedap ke!

"Eh, aku bukan nak kata suara kau tak sedap lah! Aku teringat ugutan kau tu."

Alicia menayang muka keliru. "U... Ugutan...?"

Ali tersengih. Dengan masih berbaju pesakit, Ali memeluk tubuhnya.

"Kau cakap macam ni... 'Tapi jangan sampai menjejaskan misi kau pula. Aku belasah kau satgi.' Hahaha!"

Alicia hanya memandang Ali bengang.

"Kau ni... Tak padan dengan sakit kerja nak buat orang marah kan!"

Alicia menarik nafas sebelum menyambung lagi. "Lagipun tu kebenaran kot. Masalah dengan Niki tu apa?"

Ali berasa seperti ditusuk bilah pedang di dadanya. "Ouch... Tak payahlah ungkit!"

Alicia tersengih.

"Ish, dah lah! Aku sebenarnya datang sini nak panggil kau ke bilik rawatan balik. Semua pelik tengok kau keluar tiba-tiba, tup tup kau kat sini rupanya."

Alicia hanya memaparkan reaksi selamba.

"Aku lawat guru kesayangan aku kot, ada masalah?"

"Oh takde. Lagipun aku tau kau anggap aku penting sama macam Ejen Zain en? Aku dengar lah semua luahan ejen-ejen termasuk kau time koma! Ahahahah!"

"S... shut!"

"Dah jom."

Ali bergerak meninggalkan tempat itu diikuti Alicia. Mereka menuju ke bilik rawatan MATA.

Bersyukurlah kepada-Nya kerana memakbulkan doa kamu.

Ingat...

Apa yang berlaku merupakan satu teguran dan ujian daripada-Nya.

Jangan tewas selagi diri masih mampu berdiri.

Jangan mengaku kalah selagi mampu bertahan dengan hati.

Jangan berputus asa selagi nyawa dikandung badan.

Ingat...

Peluang hanya ada sekali.

•••

Pada hari ujian kecekapan dijalankan, terdapat suatu perbualan misteri diantara dua orang ejen.

Ejen-ejen muda dan mentor meninggalkan ruang utama akademi. Hanya tinggal Ali di sana.

"Ali..." Suara garau menyapa Ali.

"Eh, eh... Landak lah, hahaha!" Ali tergelak apabila memanggil ejen itu dengan panggilan landak.

"Ish, diam lah! By the way, kau masih nak rahsiakan ke?" Tanya ejen itu.

"Entahlah Rudy. Rahsiakan dulu lah. Awal sangat untuk dibocorkan." Balas Ali.

"Heh, kalau semua ejen-ejen tahu ni memang terkejut habislah diorang Ali. Kalau ada yang nak belasah jangan cari aku lak tau, hahaha!" Kata Rudy selamba.

Ali memandang Rudy, senyuman sinis dikeluarkan tanda mengejek.

"Diorang nak belasah aku? Heh, patut kau risau dengan diri kau. Kalau diorang sedar semenjak hari tu lagi kau tolong aku pura-pura belot MATA dan pura-pura benci aku..."

"Ceh, pandai-pandailah aku cari jalan cabut lari. Apa susah?" Balas Rudy, mencebik sedikit.

Ali tersengih. Tak boleh bayang kalau Rudy yang dingin kena belasah dengan ejen-ejen muda lain, hahaha!

"Dah lah, aku balik dulu. Nanti kantoi lak kan?" Kata Rudy.

Ali hanya mengangguk lalu mereka menapak kaki mereka keluar dari akademi MATA dan pula ke rumah masing-masing.

Persoalan sudah tentunya banyak.

Kenapa Ali dan Rudy tak gaduh malah semakin mesra?

Apa rahsia yang dimaksudkan oleh Ali dan Rudy?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro