(4) Bukalah Matamu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bukalah matamu
Bukalah matamu
Ey!
Bukalah matamu
Bukalah matamu

Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga

•••

Badan seseorang lelaki kaku di atas katil rawatan.

Terdapat beberapa orang berada di dalam bilik rawatan. Riak wajah mereka sedih.

"Geetha, bagaimana keadaan Ali?" Tanya seseorang berbadan gempal dan memakai sut ejen berwarna biru.

Ejen bernama Geetha tersenyum kelat. "Dia stabil, Bakar. Namun dia tidak menunjukkan apa-apa tanda akan terbangun."

"Kita tunggu?" Tanya Bakar.

"Ya kita tunggu selama tempoh yang ditetapkan oleh pihak medic. Kalau tempoh itu sudah habis tapi Ali masih belum sedar..." Ejen Geetha terdiam sebentar.

Kerana kenyataan seterusnya amat menyakitkan.

"Mereka terpaksa cabut kesemua alatan medic ini daripada Ali. Maknanya... Kamu semua faham kan?"

"Tak... Tak mungkin!" Suara seorang gadis cina kedengaran.

Riak wajahnya amat terkejut.

"Alici..."

Bam!

Bunyi pintu dihempas kuat. Alicia keluar daripada bilik rawatan MATA diikuti ejen-ejen muda lain hang berada di situ.

Mereka tidak mampu menelan kenyataan yang baru sahaja mereka dengar.

Ali akan mati?

Tak!

Tolonglah jangan!

Seketika kemudian bilik rawatan MATA kosong tanpa orang kecuali sekujur tubuh Ali yang koma dan penuh wayar...

Suara merdu menerpa bilik itu.

Bukalah matamu
Bukalah matamu
Ey!
Bukalah matamu
Bukalah matamu

Jari milik Ali tergerak sedikit, namun tiada sebarang reaksi bahawa dia akan sedar.

Bangkitlah, ramai yang masih sayangkan kau.

Kuatlah demi mereka semua.

Walaupun kau di alam lain sekalipun, selagi ajal belum mendatang, kau perlu buka mata dan bangkit demi mereka semua.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro