(6) Bukalah Matamu...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu

Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga

•••

Alicia masuk ke dalam bilik rawatan MATA yang menempatkan sekujur tubuh kaku milik Ali.

Lelaki itu koma akibat kekurangan tenaga yang sangat kritikal.

Keadaan yang sama dialami oleh ibunya, Ejen Aliya yang meninggal dunia akibat kekurangan tenaga yang kritikal.

Bezanya cuma... Ali masih hidup dan sedang koma.

"Wey, bukalah mata kau. Aku takde kawan tau kat sini. Aku kan jenis yang susah nak bergaul. Kalau bergaul pun pasal kumpulan atau misi je kot." Kata Alicia, sebak.

Gadis cina itu mula faham sesuatu mengenai persahabatan. Dulunya, dia tidak faham kerana terlampau benci kepada tubuh kaku ini kerana sering melakukan masalah.

Siapa sangka?

Kini mereka menjadi rapat disebabkan oleh tiap-tiap pergaduhan mereka?

"Aku dah janji nak nyanyi satu rangkap lagu kalau aku dapat jumpa kau. Dan aku tunaikan, dengan harapan lagu tu boleh bangunkan kau."

Lagu yang menjadi harapan gadis cina itu tidak lekang bermain dalam fikirannya.

"Ali, masa kau berbaki 14 hari lagi. 2 minggu je lagi. Kalau kau tak bangun juga... Mereka akan cabut segala wayar-wayar ni. Yang juga bermakna... Kau akan mati..."

Tersekat-sekat suaranya menyatakan kebenaran.

"Kawan-kawan kau rindukan kau. Diorang tak nak kau mati. Jadi, tolong... Bukalah mata..."

Gadis itu tersedar sesuatu.

"Ah ya... Masa untuk menunaikan janji."

Bergema bilik itu dengan suara merdunya menyanyi serangkap lagi lagu seperti yang dijanjikan.

Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu
Bukalah matamu

Sedarlah, bukalah matamu.

Di sana bukan tempatmu.

Ajal masih belum kunjung tiba.

Jadi janganlah mengalah dan putus asa.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro