(8) Bangkit Walau Semalam Jatuh Lagi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tak kisah berapa kali
Kubangkit walau semalam jatuh lagi
Tak kisah walau diri dalam terik, ah!
Walau sakit takkan pernah aku serik, ah!

Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga

•••

Sedang Ali berjalan di dalam kegelapan, dia terdengar lagi serangkap lagu.

Sama seperti sebelum ini, rap.

Tak kisah berapa kali
Kubangkit walau semalam jatuh lagi
Tak kisah walau diri dalam terik, ah!
Walau sakit takkan pernah aku serik, ah!

Rangkap itu menyebabkan Ali memandang seluruh tubuhnya. Dipenuhi darah.

Dia melihat tangan dan kakinya. Juga dipenuhi luka-luka dan darah.


Ali menutup mata mengingati apa yang berlaku.

•••

Aku berjalan di dalam kegelapan. Aku masih buntu bagaimana untuk keluar dari sini. Aku tahu ini bukan duniaku.

Aku koma, aku tahu itu.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku tersungkur. Walaupun tiada apa-apa batu atau barang, lutut aku meninggalkan kesan luka yang sederhana dan terdapat tiga atau empat kesan luka pada lutut aku.

Pedih sudah tentu.

Aku cuba untuk bangun dan terus mencari jalan keluar. Tiba-tiba aku tenggelam ke bawah.

Kemudiannya, aku seperti dicampak di atas tar.

Walaupun tiada apa-apa, tetap terdapat luka yang sangat banyak selepas aku jatuh selepas ditenggelami kegelapan sebentar tadi.

Otak aku ligat berfikir.

Pelik...

Semasa aku mendengar rangkap lagu bersinar bermitra bintang, tiada pula aku luka-luka begini.

Ah tidak mengapalah!

Sambung berjalan!

Tak kisah berapa kali
Kubangkit walau semalam jatuh lagi
Tak kisah walau diri dalam terik, ah!
Walau sakit takkan pernah aku serik, ah!

Lagu tu lagi!

•••

Ali duduk merehatkan dirinya yang dipenuhi luka-luka itu. Selepas tenaganya pulih sedikit, Ali terus bangkit.


"Aku perlu teruskan perjalanan! Aku mesti kuat demi mereka!"

Mereka yang memiliki tujuan hidup yang jelas akan berusaha dengan sebaik mungkin.

Walaupun jatuh berkali-kali dia tetap berusaha sehingga berjaya.

Walaupun kejatuhannya memeritkan, dia tidak pernah serik malah semakin berusaha.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro