11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Talia pun ada kat sini?" Lily menegur Talia sahabat baik Dayang. Mereka berdua memang rapat sejak zaman sekolah. Talia dikenali antara pelajar paling bijak disekolah itu tapi sifat santainya buat orang senang berkawan dan selesa untuk bergaul dengan perempuan itu.

Kadangkala perangainya tidak seperti imej pelajar pintar yang lain.Otak sahaja mungkin bijak tapi akalnya separuh sihat.

"Yup! Aku bosan tak ada kerja nak buat." Talia sengih menayang barisan gigi buat Lily senyum kekok.

"Aku yang ajak Talia. Dia memang tak ada kerja, dari dia merayau kacau orang sana sini. Ada faedahnya kalau dia tolong kau kemas rumah Ibu kau nanti."

"Sorry?" Talia jenggil mata memandang Dayang.

"What? Aku cakap benda salah ke?" Soal Dayang buat Talia juih bibir. Memang tak ada salahnya juga. Memang kerjanya mengacau orang lagi-lagi mengacau sepupunya merangkap pujaan hati. Walaupun pujaan hatinya sudah berpunya.

Huhu

"Talia tolong bawa kotak ni." Dayang tunjuk kotak barangan yang isi didalamnya mengandungi kelengkapan rumah baru dibeli Lily semalam. Cukup untuk gadis itu menginap seorang diri.

"Baik.."

"Kau rasa kau boleh duduk rumah ni sorang-sorang Lily?" Soal Dayang sebaik mereka sampai dan memunggah barang di dalam kereta masuk ke dalam rumah. Walaupun rumah itu dihuni penyewa sebelum ini, mujurlah rumah itu masih terjaga rapi oleh mereka.

"Boleh, taman ni ada security, aku tak risau sangat." Balas Lily senada. Dayang senyum seraya memandang Talia yang tak berkelip memandang Lily.

"Kau ni pula dah kenapa Talia? Tenung Lily macam nak telan dia?" Dayang cekak pinggang memandang sahabatnya. Talia jungkit bahu sebelum juih bibirnya.

"Aku sebenarnya Lily,, aku tak sokong kau larikan diri macam ni.." Akhirnya Talia bersuara sambil tenang melangkah lantas melabuhkan duduk di atas sofa dalam rumah itu.

"Aku tak boleh tengok muka mereka Talia, hati aku sakit. Lagi-lagi teringatkan ibu aku.." Lily menunduk memandang lantai.

"Kalau kau larikan diri macam ni.. Kau rasa hati kau puas ke?" Talia peluk tubuh sambil menjungkit keningnya.

"Talia!" Dayang jenggil mata.

Talia senyum sinis.

"Kalau kau takut nak hadap mereka sampai bila bila lah sakit hati dan penderitaan ibu kau tak akan lenyap. Mereka boleh bergembira disana menikmati hidup.." Talia geleng kepala dengan mimik seseorang sedang sakit.

"Jadi apa yang aku perlu buat?" Lily pandang Talia penuh minat. Dayang pula hela nafas berat. Bukan dia tidak tahu sifat nakal Talia yang pegang dengan prinsipnya. Lakukan apa yang hati inginkan sehingga puas!

"Untuk permulaan, lakukan apa yang mereka tak suka.. Lakukan apa yang boleh buat ayah kau rasa terkilan. Banyak benda Lily! Banyak yang boleh kau fikir." Talia bangun mendekati Lily seraya menepuk bahu sahabatnya.

Lily bagai ada tanduk yang sedang menghasut dirinya sekarang.

"Dayang pasti tahu apa perlu buat? Itu cadangan aku?" Talia jungkit kening memandang Dayang kelihatan tergamam mendengar cadangannya.

"Kau gila Talia?!" Dayang membulat mata.

"Oh come on! We are the queen of this story! F*ck them all! Kau buat jahat atau baik, kau tetap Queen of your own life. Don't let them step on your crown." Tidak berkelip Lily pandang Talia yang bersungguh-sungguh dihadapannya.

Dayang hela nafas berat sambil menggeleng kepalanya.

"Balas dendam yang terbaik adalah berbahagia dengan cara dan hidup sendiri Lily. Kalau kau masih larikan diri dan bersedih macam ni. Kau kalah." Talia tepuk bahu Lily dengan senyuman  penuh makna.

"Aku tak akan kalah.." Akhirnya Lily bersuara buat Dayang dan Talia berpandangan sesama sendiri. Talia yang bersungguh-sungguh tersenyum.

Dia tidak menyesal membawa Talia disini.

•••

"Dah dua minggu Lily tak balik.. Saya risau kemana dia pergi." Erma mengeluh memandang makanan dihadapan tanpa selera. Hampir tiap hari dia ke Restoran itu berharap Lily ada disana.

Hidup tanpa Lily buat perasaannya huru hara. Dia tiada kawan, hanya Lily kawannya. Tapi sekarang Lily mungkin tidak mahu lagi melihat wajahnya setelah tahu kebenaran.

"Awak duduk rumah Uncle Fajir sekarang?" Soalan Khair buat Erma dongak wajah memandang lelaki dihadapannya. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala.

"Mama tak sampai hati nak tinggalkan Uncle Fajir seorang. Lagipun Lily masih belum balik dan Uncle masih bersedih.." Kendur suara Erma.

Bunyi deringan telefon buat Erma tersentak serentak itu dia melekap telefon bimbit ke telinga.

"Ya kenapa?"

"Ha?!!" Wajah tenang tadi berubah tegang.

"Dia balik...?" Mata Erma membulat sebelum matanya bergerak memandang Khair kelihatan turut terkejut.

"Okay sekejap. Sabar! Kakak balik." Erma ketap gigi memandang skrin telefon. Jantungnya berdetak kuat, perasaannya rasa tidak enak.

Satu helaan nafas berat dilepaskan.





"SIAPA BENARKAN KAU sentuh dapur Ibu aku?!!" Bergema rumah itu dengan tekingan Lily buat Puan Sarah tarik nafas panjang.

Ktang!! Ktang!!

"Ya Allah Lily!!" Membulat mata Puan Sarah melihat lauk baru dimasaknya sudah jatuh menyembah lantai.

"Aku tak suka orang luar guna barang Ibu aku! Kau bukan dia!! Kau tu orang tak tahu malu yang rampas kebahagian dia!!"

Turun naik nafas Lily memandang wanita dihadapannya. Dia seperti sudah hilang belasnya melihat wanita itu bergenang air mata memandangnya ketakutan.

"Tak malu ke? Orang dah layan kau baik, macam kakak sendiri..." Lily melangkah mendekati Puan Sarah.

"Tapi kau tikam dia dari belakang..."

"Tak Lily.. Aunty tak maksudkan.." Puan Sarah geleng kepala dengan esakan. Susuk Lily sekarang buat dia gerun.

"Kau bunuh dia!! Dan sekarang dengan tak malu mau pakai barang dia!!! Perempuan jenis apa kau ni?!!" Bergema ruang dapur dengan tekingan Lily. Puan Sarah pegang dada mengucap panjang.

"Lily!!!" Lily juling mata mendengar namanya ditengking seorang. Dia kenal suara menjengkelkan itu.

"Datang lagi seorang perempuan murahan..." Lily berpaling memandang Erma bersama Khair disampingnya.

Khair kelihatan tergamam melihatnya tanpa berkelip. Melihat pakaian dipakainya terlalu seksi dan berbeza dari kali terakhir mereka bertemu.

"Aku tak tahu sekotor mana rumah aku sekarang, dengan orang-orang pengotor dan hina macam kau berdua." Mata Lily tajam memandang Erma.

"Lily..." Suara Erma bergetar dengan gelengan lemah. Seperti tidak percaya apa yang dia lihat dihadapan matanya.

"Kau bukan Lily.." Menitis air mata itu. Erma cepat-cepat melangkah melintasi Lily lalu mendakap tubuh ibunya yang teresak-esak dibelakang.

Tinggal Lily masih bertatapan memandang Khair tanpa perasan. Khair kelihatan kelu sebelum Lily terlebih dahulu mengalih pandangan mata.

"Keluar dari rumah aku sekarang." Lily melangkah meninggalkan mereka teresak-esak disitu.

Segala barangan dibawa orang-orang itu dirumahnya diselongkae sebelum dia membalingnya keluar dari bilik.

"Lily!!" Membulat mata Erma memandang Lily tenang membaling baju-bajunya keluar dari bilik.

"Aku tak terima orang asing dalam rumah ni. Ini rumah keluarga aku! Hanga Ibu aku Ratu dalam rumah ni! Kau berdua boleh berambus!!" Serentak itu segala pekakasan Erma dan ibunya dibaling keluar. Lily tersenyum puas.

"Aku tak hadap lah rumah kau ni! Aku duduk sini semata-mata kasihankan ayah kau! Dia tak ada teman! Dengan kau hilang entah kemana!"

"Ya, aku akan temankan dia selepas ini. Dengan syarat..." Lily tenung Puan Erma.

"Ayah aku kena ceraikan dia.."

Semua disitu terpana. Hanga Lily tenang tidak beriak.

"Lily!!" Encik Fajir yang baru pulang melangkah laju memasuki rumah sebelum..

PANG!!!

"Fajir! ya Allah!!" Terjerit Puan Sarah memandang Lily terteleng ditampar ayahnya. Lily pegang pipi menatap wajah ayahnya.

"Ayah tak ajar kamh jadi anak kurang ajar macam ni!!" Bergema rumah itu dengan amarah lelaki itu.

Lily terdiam dengan mengetap gigi. Hatinya sakit. Terlalu sakit.

"Ayah!! Jangan!!" Sekali lagi Lily terpana memandang seseorang baru menuruni tangga.

Matanya membulat melihat kanak-kanak perempuan yang memanggil Encik Fajir 'ayah' tadi sedang menarik ayahnya menjauhi Lily.

"Jangan sakitkan kakak.." Halus suara itu buat mulut Lily terbuka mencari nafas.

"Apa semua ni..." Mencerlung mata Lily memandang ayahnya.

"SIAPA DIA?!! APA SEMUA NI?!!" Bergema rumah itu dengan pekikan Lily. Encir Fajir tarik anak kecil itu menjauhi Lily.

"Lily.. Kita perlu bercakap.." Encik Fajir melangkah perlahan-lahan mendekati anaknya. Dia tahu Lily bila-bila masa boleh mengamuk.

"ARHHH!!"

Ktang!! Segala perhiasan kaca di atas meja dibelakangnya ditolak jatuh.

Si anak kecil berlari mendakap mamanya. Dia kelihatan ketakutan.

"Kenapa ayah buat Lily dan Ibu macam ni..."

"Arghhn!!!!"

"Arghh!!!" Lily seperti orang gila menolak dan memecahkan segala perhiasan dirumah itu.

Encik Fajir kaku tidak tahu bagaimana mahu menghentikan anaknya. Air mata lelakinya turut bergenang.

Ktang! Ktang!! Bunyi bunyian kaca bertaburan pecah di lantai

"Lily cukup!" Khair akhirnya melangkah menarik Lily tetapi Lily keras menolak tubuh itu. Dia dikuasi emosi dan amukan.

"Lily!!" Tubuh Lily cuba ditarik.

"Arhhh!!!!" Lily capai pasu besar sebelum dia menghempas ke lantai.

"Lily ah!" Khair berdecit menahan pedih di kaki.

Lily berhenti sebaik memandang darah mengalir dari kaki Khair. Bibirnya bergetar memandang Khair dengan linangan air mata.

"Khair!!" Mata Erma membesar melihat kaki Khair yang berdarah terkena serpihan pasu kaca dibaling Lily. Dia ingin menerpa membantu Khair tapi Puan Sarah pantas menghalang.

"Tsk tsk..." Lily akhirnya melepaskan esakan. Dia sesal dan sakit. Perlahan-lahan dia melangkah sebelum merebahkan wajahnya di dada lelaki itu.

Khair kaku, dia dapat rasa tubuh Lily bergetar memendam sejuta rasa sakit.

"Maaf..." Hanya itu yang keluar dari mulut Lily sebelum gadis itu berlalu meninggalkan rumah itu lagi.

"Lily!!" Encik Fajir berlari mengejar anaknya.

"Lily!"

"Anggap saya bukan anak ayah lagi! Lily datang ke rumah ni SEBAGAI ANAK IBU! BUKAN ANAK AYAH!! Sebahagian rumah ini adalah hak milik ibu!! Jangan berani ayah guna semuanya!!"

Encik Fajir kaku tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut anaknya. Yang dia rasakan, gadis dihadapannya ini bukan Lily anaknya.

"Jangan cari saya!" Sebaik menutur ayat itu, Lily berlalu meninggalkan rumah itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro