15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mama kenapa ni?" Lutfi pandang mamanya tidak senang duduk memegang telefon bimbitnya di dapur. Dia capai botol air lalu dituang ke dalam gelas .

Puan Ida mengeluh, lantas melabuhkan duduk di atas counter island. Lutfi turut mengambil tempat di sebelah mamanya.

"Mama tak sangka Lily akan jadi seperti sekarang. Mama risau Lut." Luah Puan Ida, dia sampai tidak dapat bertenang sebaik menerima panggilan dengan esakan Erma sebentar tadi. Sejak dua menjak ini Erma banyak meluah rasa padanya memandangkan Erma juga ada perselisihan dengan ibunya. Segala dukanya diluah pada Puan Ida.

"Mama risaukan Lily?" Soal Lutfi kembali.

"Itu pun iya tapi sekarang mama lebih risaukan Erma. Lily pergi serang dia dekat Restoran tadi. Habis basah baju Erma disiram Lily. Ya Allah.. kenapa jadi sampai macam tu sekali Lily.." Lutfi   diam sejenak.

"Lily itu,, hati dia memberontak mama. Hidup bahagianya dirampas, siapa je tak rasa sakitnya. Kalau Lut ada kat tempat dia, mungkin Lut akan buat lebih dari itu." Balas Lutfi mendatar. Puan Ida pandang wajah anaknya, tidak menidakkan tidak juga mengiyakan.

"Tapi tidak seperti ini Lut.. Mama risaukan jika sesuatu berlaku pada Erma dan Sarah."

"Sudahlah mama, jangan masuk campur urusan mereka. Pandai-pandailah Encik Fajir uruskan."

"Itu yang mama risaukan Lut! Fajir itu terlalu sayangkan Lily. Mama takut dia diamkan apa-apa yang Lily lakukan pada Sarah dan Erma kerana rasa bersalahnya. Kamu faham kan apa yang mama nak cakap?"

"Ma.. cukup! Lut tak nak lah mama masuk campur urusan rumah tangga orang. Lagipun Lily dan Erma tu dah besar! Tahu mana baik mana buruk." Lutfi bangun dari kerusinya lantas kembali menyimpan botal air ke dalam peti sejuk.

"Ni Khair pergi mana? Weekend pun hilang." Omel Lutfi, dia baru ingin mengajak adiknya itu pergi jogging bersama.

"Dia ada kat bengkel dia lah."

"Aik weekend pun buka ke?"

"Kamu ni! Bengkel Khair tu tutup hari ahad je, lagipun harini sepatutnya buka separuh hari. Tapi budak budak bengkel tu nak overtime sebab banyak kereta katanya." Mendengar balasan ibunya, mulut Lutfi membentuk O.

"Lutfi keluar dulu ma."

"Aik nak pergi mana Lutfi?!" Terkebil-kebil Puan Ida memandang anaknya.

"Culik anak bongsu mama. Ajak dia teman Lut jogging!" Laung Lutfi sambil melangkah menuju ke biliknya.

"Jangan lupa bawa baju untuk adik kamu sekali! Takkan dia nak jogging dengan baju bengkel dia."

"Aip aip madam!" Tersenyum Puan Ida mendengar balasan anaknya.

•••
Lepas tiga round mengelilingi taman Lutfi terlebih dahulu berlari kelelahan mencari tempat melepas lelah sebaik melihat bangku tidak jauh dari situ. Khair tergelak kecil memandang abangnya termengah-mengah.

"Itulah kau lama tak bersenam." Kutuk Khair.

"Penat lah!" Lutfi tarik nafas panjang lantas menghembusnya.

Khair menyungging senyum sebelum bergerak ke arah kereta mereka yang terpakir tidak jauh dari situ. Tak lama dia kembali bersama botol mineral ditangan.

"Thanks." Ujar Lutfi sebaik sebotol mineral dihulur Khair buatnya. Tanpa membalas Khair turut melabuhkan duduk disebelah abangnya. Rambut diraup kebelakang sambil matanya jauh membuang pandang ke arah tasik buatan di tengah tengah taman itu.

"Mama ada sebut pasal Lily tadi." Ujar Lutfi sebaik menutup kembali botol mineral itu.

Dia perasan wajah adiknya sedikit berubah mendengar nama gadis itu.

"Apa mama cakap?" Giliran Khair capai botol mineral lalu diteguknya.

"Aku tak tahu. tapi kesimpulannya, mama tak sukakan apa yang Lily sedang buat dan mama risaukan Erma." Balas Lutfi mendatar.

Terdengar Khair melepas keluhan.

"Aku tahu kau rapat dengan Lily dan Erma. Tapi nasihat aku sebagai abang. Aku tak nak kau masuk campur urusan keluarga mereka. Aku tak suka." Lutfi pandang Khair sekilas.

"Ya. Aku tak masuk campur." Senada Khair membalas.

"Tapi..." Khair pandang Lutfi sejenak.

"Aku akan ambil tahu semua perkara mengenai Lily." Sambung Khair buat Lutfi mengerut dahi memandang adiknya.

"Lily dah besar Khair. Dia sudah pilih jalan hidup dia sendiri. Jangan cakap kat aku yang kau sokong apa yang Lily buat sekarang."

Khair tarik nafas panjang lantas melempar pandang ke arah kanak-kanak berlari tidak jauh dari situ.

"Aku cuma mahu melihat sahaja. Aku tidak menyokong mana-mana pihak tapi..." Sekali lagi ayat Khair tergantung.

"Kau cuma nak Lily lepaskan segala rasa dia?"

"Kanak-kanak terbentuk oleh persekitaran mereka. Begitu juga Lily,, dia jadi begitu sebab tekanan sekelilingnya. Tiada siapa berhak untuk hukum dia." Khair kembali memandang abangnya sebelum senyuman sumbing terbentuk dibibirnya.

Lutfi geleng kepala dengan keluhan.

"Aku tak ada alasan kukuh untuk halang kau. Tapi sebelum sesuatu memburukkan diri dia. Kalau kau boleh lakukan sesuatu. Lakukan."

"aku cuma tak nak Lily termakan dendam.." sambung Lutfi seraya menghala pandangan ke arah kanak-kanak yang berlari tidak jauh dari mereka.

•••

"Kau diberi dua pilihan, tinggal disini seperti sekarang atau pergi dan tinggalkan budak tu." Lily tunjuk ke arah Lisa yang mengecil ketakutan di sebelah mamanya.

"Apa kau cakap ni Lily!!" Mata Erma mencerlung memandang Lily yang tenang duduk dihadapannya.

"Kau tak faham bahasa ke wahai guru bahasa?" Perlian Lily buat Erma mengetap gigi. Dia sudah mengemas segala beg pakaian untuk memaksa mamanya ikur keluar dari rumah itu. Tetapi sekarang perkara mengejutkan berlaku apabila Lily meletakkan syarat untuk mereka tetap tinggal atau keluar tanpa Lisa.

"Aku tak peduli kami ada hak ke atas Lisa!"

"Well.." Lily silang kaki sambil meraup rambutnya.

"Aku akan paksa ayah aku untuk ceraikan perempuan ni dan tuntut hak perjagaan ke atas budak ni. Kau tahu kan kelebihan kami daripada kau.."

"Erma.." Puan Sarah menggeleng kepala ke arah anaknya. Memang dia sanggup diceraikan Fajir jika ianya atas permintaan Lily. Tapi dia tidak mungkin sanggup berpisah dengan anaknya Lisa.

"Kau memang licik Lily.. Aku tahu kau pasti ada.."

"Yeah for sure korang tak duduk rumah ni secara percuma! Ini rumah keluarga aku kot!" Penuh bangga Lily menyambung buat nafas Erma turun naik menatap wajahnya.

"Perempuan ni dan kau!" Lily tunjuk Puan Sarah dan Erma silih berganti.

"Akan jadi kuli dirumah ini. Kau orang jangan berangan nak jadi Puan Besar dalam rumah ini. Ini rumah ibu aku!"

"Ingat apa yang kau dah buat kat ibu aku. Walau nyawa kau direntap sekali pun ia belum tentu dapat mengganti rasa yang ibu aku rasa." Kata-kata Lily begitu dingin tidak berperasaan. Anak mata gadis itu tiada sinarnya lagi seperti dahulu. Kabur dek benci dan dendam.

Puan Sarah tarik nafas panjang menahan genangan air mata.

"Baik Lily.."

"Mama!!" Erma menjerkah ibunya buat Lisa tersentak lantas mencengkam kuat baju mamanya.

"Erma! Jangan pentingkan diri!" Puan Sarah kembali memarahi anaknya. Cukup buat Lily menyungging senyum.

Bunyi deruman enjin buat keempat mereka berpaling. Lily tiada riak selain menanti pintu rumah dibuka dari luar.

"Assalamualaikum.." Bunyi suara garau menyapa. Sarah bangun mengukir senyum tawar.

"Waalaikumusalam." Jawab Sarah sebelum matanya menangkap Fajir kelihatan tergamam melihat Lily di sofa.

"Lily..." Mata Encik Fajir berkaca. Lily hulur senyum tipis.

"Anak ayah. Lily." Bagai tidak percaya melihat Lily wajah tenang duduk disofa bersama Sarah dan yang lain.

"Ayah." Lily bangun mendekati ayahnya. Air matanya bergenang.

"Lily anak ayah. Maafkan Ayah.." Laju Encik Fajir tarik tubuh anaknya lalu dipeluk erat.

"Lily sayang ayah.." Dalam keterpaksaan Lily menutur ayat itu. Terasa pahit dan sakit di lidahnya.

"Ya Allah.. Ayah tak sangka kamu kembali.. Ya Allah.." Encik Fajir melerai pelukan sebelum menatap segenap wajah anaknya. Lily kelihatan cekung dan pucat.

"Jangan tinggalkan ayah lagi Lily.. Ayah tak sanggup berjauhan dengan kamu.. Ayah sayangkan kamu." Entah kenapa kalau dahulu dia mampu tersenyum mendengar semua itu. Tapi sekarang rasanya tawar.  Kata-kata ayahnya rasa dusta belaka.

Lisa mencengkam kemas jemari ibunya. Tak berkelip dia memandang ayahnya memeluk perempuan dipanggil Kakak Lily. Adakah kakaknya betul-betul sudah kembali?

Erma pejam mata sebelum melempar pandangan ke arah lain. Hatinya sakit. Terlalu sakit. Dia ingin keluar dari rumah ini! Pergi dari semua ini! Dia menderita dan tak bahagia! Sedikitpun tidak.
....
Okay Hero kita masih lagi hambar ya.
Sabar. Dia tak tunjuk lagi perangai sebenar dia😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro