45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Terima kasih untuk harini. Dayang Talia kau berdua banyak tolong aku." Khair menghampiri Dayang, Talia dan Lily yang tak lekang dengan tawa sambil mereka bertiga bergerak menuju ke arah parking kereta. Entah apa lah dibicarakan perempuan-perempuan itu, wajah Lily sudah kemerah-merahan tertawa.

"Eleh benda kecil je Khair." Talia membalas.

"Aku balik dulu. Khair Lily." Ilham menghampiri menepuk bahu Khair.

"Thanks juga Ilham."

"Jaga Lily dan baby elok-elok." Ilham hulur senyum ikhlas. Dia yang jadi saksi tangisan Khair tempoh hari dan hari ini dia dapat menyaksikan senyuman lelaki itu lagi. Cukup buat dia rasa lega untuk kedua-dua pihak Lily dan Khair.

"Lutfi? Kau nak balik dengan aku?" Ilham menyapa Lutfi yang baru menghampiri sebaik menjawab panggilan seseorang tadi.

"Thanks Ilham, tapi PA aku dah nak sampai. Lagipun lepasni kitorang ada kerja sikit." Balas Lutfi ramah.

"Okaylah kalau macam tu.. Aku rasa PA kau dah sampai." Ilham muncung mulut kearah satu kereta asing masuk ke perkarangan rumah agam milik keluarga Lily.

"Itupun." Lutfi tidak berpaling malah menatap wajah Dayang sedikit tergamam melihat seseorang di balik cermin tingkap kereta itu sehingga gadis di dalam kereta itu keluar dari perut kereta.

"Maaf lambat.." Tak jadi Fatnim habiskan bicara apabila matanya menangkap sepasang mata tajam dan dingin merenungnya.

"Hah?" Talia pandang Dayang dan secretary Lutfi silih berganti.

"Kenalkan, ni PA aku, Fatnim. Khair kau tak kenal lagi kan?"

"Hai Fatnim." Sapa Khair bersahaja.

"Fatnim, ni adik saya Khair, dan isteri dia Lily."

"Oh, apa khabar Encik Khair dan Puan Lily." Fatnim kelihatan membetulkan riak wajah dengan menghulur tangan kepada Lily.

"Panggil Khair dan Lily je. Alhamdulillah sihat." Balas Lily ramah dengan senyuman dihulur buat gadis itu. Fatnim angguk, sungguhpun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Lutfi cuma meminta untuk jemput lelaki itu disitu. Dan macam mana Dayang boleh ada disini?

"Dan ni pula.." Lutfi tunjuk ke arah Dayang dan Talia.

"Lily, aku minta diri dulu. Aku dah lewat." Tak sempat Lutfi kenalkan Dayang dan Talia. Dayang sudan berpaling masuk ke dalam perut kereta buat orang disitu terkebil-kebil tidak memahami tingkah Dayang.

"Kau nak kemana? Bukan kerja.." Talia membontoti Dayang.

BANG!! Kuat Dayang hempas pintu kereta buat Talia tersentak. Lily turut terdiam di sebelah Khair yang tersentak.

"Dia dah kenapa?" Ilham kerut dahi.

"Haih.." Lutfi urut pelipis sendiri.

"Lutfi?" Khair menyoal abangnya. Dia tahu mood Dayang sekarang pasti ada kena mengena dengan abangnya. Tak ada angin tak ada ribut takkan Dayang nak jadi kurang ajar.

"Encik Lutfi tak perlu bawa saya kesini. Saya dah rosakkan mood Dayang." Suara Fatnim kedengaran buat Lutfi hela nafas berat.

"Wait.. apa ni? Lutfi? Kau bercinta dengan PA kau ke lepastu korang berdua buat Dayang jealous?" Soal Talia si pakar spekulasi.

"Kenapa pula Dayang nak jealous, bukan dia girlfriend Lutfi pun." Ilham pula mencelah buat Talia pegang dagu sendiri. Ada betulnya juga.

"Wait! Mana tahu diorang berdua simpan perasaan sesama sendiri. Lepastu Lutfi bawa  PA dia semata-mata nak tengok perasaan Dayang pada dia. Obviously Dayang jealous kan? and mereka ada perasaan yang sama right?" Talia yang tak mahu kalah buat Ilham tepuk dahi sendiri.

"Aku dah cakap Talia, kau tak layak jadi penulis buku rujukan tapi kau patut jadi penulia novel." Ilham memerli buat Talia merengus mahu menghempuk lelaki itu.

"Dah dah! Apa korang mengarut ni?" Sakit juga telinga Lutfi dengar dua manusia itu bergaduh.

"Jadi apa yang berlaku sebenarnya?" Lily menyoal akhirnya. Kedengaran sedikit tenang dari yang lain.

"Saya.. bekas tunang Abang Dayang." Ringkas kenyataan Fatnim buat semua disitu terdiam.

Tangan Talia naik menekup mulut. "Plot twist."

"Oh.." Lily berpandangan dengan Khair.

"Kami tak layak masuk campur urusan awak berdua. InsyaAllah semua akan baik." Lily hulur senyum tipis buat Khair naik memeluk bahu isterinya. Kata-kata Lily pun cukup buat hati lelakinya mencair.

"Thanks." Fatnim angguk kepala dengan helaan nafas berat.

Ruang diantara mereka terasa begitu sempit dan sesak. Fatnim pandang wajah Dzul bersahaja tanpa riak membelek menu makanan dihadapannya. Seperti biasa, mereka tidak seperti pasangan bercinta ataupun orang yang sudah bertunang. Dzul yang selalu sibuk dengan urusannya dan Fatnim yang selalu dianggap pengganggu lelaki itu.

Kerap kali mereka bergaduh dan akhirnya Dzul akan memujuk dengan cara membawa Fatnim keluar makan seperti sekarang. Tiada kata maaf keluar dari mulut lelaki itu, tiada riak sesal. Hanya Fatnim memujuk hati sendiri untuk bertahan dan tetap kuat menghadapi dugaan bertunang sendirian.

Tahun ini sudah masuk 4 tahun mereka bertunang, tapi tiada tanda-tanda Dzul akan melamarnya sebagai isteri. Apabila disoal tentang perkahwinan, jawapan lelaki itu masih sama. Tidak bersedia. Dan tiap tahunlah, Fatnim diperli dikutuk keluarga kerana memanjangkan pertunangan. Bahkan ada ahli keluarganya meminta dia putuskan pertunangan dan memilih lelaki lain.

Sudah beratus kali Fatnim pekakkan telinga kerana sayangnya pada Dzul. Mereka sudah bercinta hampir 10 tahun. Dzul bahkan lebih dari mampu untuk menghalalkan dia.

Tapi kali ini dia sudah tidak dapat menahan diri lagi. Baru petang semalam ibunya menelefon mengatakan ada orang datang meminang semata-mata menyangka Fatnim masih belum berpunya. 4 tahun bertunang bukan tempoh yang singkat. Berbagai andaian dan tuduhan yang dilempar padanya.

Tak mungkin Fatnim mahu diamkan diri lagi. Lebih baik dia seorang diri tidak berpunya daripada bertunang tapi digantung tidak bertali..

"Saya nak putuskan pertunangan kita." Fatnim tarik nafas panjang mengusap cincin di jari manisnya.

"Fatnim, kita baru sampai. Janganlah cari gaduh. Saya penat tahu." Suara Dzul kedengaran mendatar.

Fatnim gigit bawah bibir. "Tapi saya betul-betul nak putus." Suara Fatnim bergetar.

"Apa awak cakap ni?" Suara Dzul tegang.

"Saya nak kita putus tunang Dzul."  Fatnim beranikan diri menatap sepasang mata dingin itu.

"Alasan?" Sepatah soalan Dzul tanpa riak buat Fatnim ketap gigi.

Lelaki itu tidak berperasaan rupanya.

"Sebab saya dah ada lelaki lain dan saya dah penat tunggu awak. Jadi jangan ganggu saya lagi. Hubungan kita sampai sini je." Sekali tarik, cincin di jari manis gadis itu tertanggal dan Fatnim letak dihadapan Dzul.

"Terima kasih untuk semuanya." Fatnim angkat punggung lalu melangkah tanpa berpaling lagi. Setitis air mata mengalir turun ke pipi. Dia tak akan menyesal.

Tak akan menyesal lagi.

Dayang tolak daun pintu kerja abangnya. Satu helaan nafas dilepaskan sebelum dia melangkah menghampiri. Dzul kelihatan sibuk melakar sesuatu di canvas putih. Rupa lakaran itu juga sudah jelas terbentuk.

"Abang.." Tangan Dayang menahan pergelangan tangan Dzul dari terus melakar.

Seperti baru kembali kedunia nyata Dzul tersentak memandang lakarang lukisannya. Wajah seorang gadis yang kerap bermain di kepala.

Dzul tolak tangan Dayang sebelum

Srett!! Lukisan itu dicarik, digumpal dan dibuang jauh. Nafas kedengaran berat sambil Dzul menunduk memendam beribu rasa.

"Abang sepatutnya lupakan dia.." Mata Dayang memberat sebelum dia menarik kepala abangnya kebahu. Belakang abangnya diusap, berharap segala kepedihan lelaki itu menghilang.

Dzul memang tidak akan pernah meluah segala sakitnya tetapi, mata Dayang dapat melihat kepedihan dirasai abangnya sejak Fatnim putuskan pertunangan itu.

Jauh disudut hati, dia tahu Dzul sangat terseksa.

•••

Sebaik pintu pagar dikatup, Dayang tarik luggage sambil dia lihat jam dipergelangan tangan. Belum sempat dia melangkah ke arah teksi dipanggilnya tadi, ada sebuah kereta tiba-tiba berhenti tepat dihadapannya buat Dayang berundur beberapa tapak.

Terkebil-kebil dia memandang Lutfi yang tenang keluar dari perut kereta menghulur senyum manis buatnya sebelum lelaki itu melangkah ke arah teksi sambil sebelah tangan menyeluk poket mengeluarkan sekeping wang bernilai 50 ringgit.

"Eh teksi saya!" Mata Dayang membesar melihat teksi dipesannya tadi tiba-tiba bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

"Bagi saya..."

"Abang Lutfi buat apa ni? Saya dah lewat tahu?" Suara Dayang sedikit garang dari kebiasaan.

"Abang hantar dayang pergi kerja harini boleh?"

"Memang abang yang kena hantar sebab abang dah halau teksi saya." Dayang memutar bola mata dan tanpa dipinta dia tinggalkan luggage kerjanya diluar dan dia masuk ke dalam perut kereta.

Lutfi senyum tipis seraya mengangkat luggage itu ke tempat duduk belakang.

"Berapa hari kerja?" Soal Lutfi sebaik dia mula bergerak meluncur ke lapangan terbang.

"4 hari maybe." Balas Dayang acuh tak acuh.

"Kemana?"

"London"

"Jauhnya, 4 hari kerja. Berbaloi ke macam tu?" Soal Lutfi terkejut.

"Kami dapat elaun penerbangan kalau bermalam kat sana." Balas Dayang malas.

"Berapa sehari?" Soal Lutfi lagi.

"Dalam 400 sehari. Empat hari 1600."

"Ohh.."

Keadaan kembali diam. Hanya bunyi radio yang mengisi ruang janggan diantara mereka berdua.

"Ada apa abang susah-susah datang jemput saya harini?" Setelah lama berdiam diri giliran Dayang pula menyoal Lutfi disebelah.

"Err.. Abang bosan."

"Bosan?"

"Yes, harini kan cuti! Abang ingat nak buat part time hantar Dayang pergi kerja."

"Kenapa tak ajak girlfriend abang tu je pergi dating." Dayang hala pandangan keluar tingkap.

"Girlfriend? Abang mana ada girlfriend Dayang."

"Haih.. Terang-terang perempuan tu cakap kat abang Dayang lelaki yang dia cinta sekarang adalah boss dia sendiri!" Dayang jeling Lutfi di sebelah.

"Banyak yang abang nak cakap kat Dayang tapi kita tak cukup masa. Dayang pun dah kena masuk kerja."

"Abang tak bercinta dengan dia. Dan abang tahu Fatnim guna nama abang untuk putus tunang dengan Dzul." Sebelah tangan Lutfi bergerak memusing stereng masuk tempat parking yang sesak di lapangan terbang itu.

"Maksud abang?" Fatnim kerut dahi.

"Kita jumpa lepas 4 hari Dayang kerja. Whatsapp abang bila Dayang sampai Malaysia, nanti abang jemput Dayang kat sini." Lutfi tanggal seatbelt sebelum dia keluar dari perut kereta lantas bergerak mengeluarkan crew bag milik gadis itu.

Dayang yang masih terpinga-pinga turut menolak daun pintu keretanya.
"Apa maksud abang?" Dayang terkedu melihat senyum ikhlas Lutfi buatnya.

"Kita jumpa nanti. Jangan lupa text abang." Lutfi hulur crew bag gadis itu.

"Hati-hati kerja." Itulah pesanan akhir yang sempat ditinggal Lutfi sebelum lelaki itu kembali masuk ke dalam perut kereta.

Dayang masih tegak tidak berkelip memandang kereta milik lelaki itu meluncur pergi. Apa yang Lutfi nak cakap sebenarnya ni?!!

•••
KITA DAH MASUK SPECIAL PART DAYANG LUTFI VS DZUL FATNIM❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro