PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gelak tawa riuh di dalam rumah agam itu kedengaran dari jauh. Lily memandang ibu dan ayahnya dihadapan.

"Lily kenapa? Murung je?" Soal Puan Anisa memandang wajah redup anaknya di tempat duduk belakang. Lily senyum tipis.

"Betul ke Abang Khair dengan keluarga nak keluar negara ibu?" Soal Lily mendatar. Puan Anisa senyum tipis.

"Iya sayang. Mereka dah kena pindah sana. Uncle Rozi dah kena bertugas kat sana." Balas Puan Anisa sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Sudahlah, mereka dah tunggu lama. Lily tolong bawa hadiah sekali ya?" Encik Fajir pula menyampuk lantas keluar dari perut kereta.

Lily akur lantas mengambil bungkusan kemas dibalut ibunya. Pintu kereta dibuka dari luar oleh Puan Anisa yang lebar tersenyum buat anak kecilnya. Lily masih 8 tahun tapi sudah pandai merasa sedih.

"Jom sayang" Encik Fajir hulur tangan buat Lily disambut anak kecil berdress ungu itu.

"Dia sedih lah tu Khair dah nak tinggalkan dia." Puan Anisa mengeluh sambil memandang suaminya. Khair yang banyak menjaga Lily disekolah sejak Lily muka masuk ke sekolah rendah.

Khair banyak membantu, memanjakan Lily tak ubah seperti adik sendiri jauh beza dari Erma sama usianya dengan Khair iaitu 11 tahun dan turut anak kepada rakan baik mereka. Waktu rehat dan balik sekolah hanya Khair yang menunggu Lily di pintu kelas sehingga Lily selamat pulang bersama ibu atau ayahnya. Mungkin sebab itu Lily terasa dengan kepergian lelaki itu kelak.

"Wah dah sampai dah budak kecil ni!" Puan Ida tersenyum lebar menyambut kedatangan rakan baiknya dengan menyapa si kecil Lily bersama bungkusan hadiah.

"Maaf lewat sikit." Ujar Puan Anisa.

"Ish tak apa lah. Jemputlah makan dulu! Semua pun baru siap ni!" Balas Puan Ida kecoh. Mata Lily bergerak mencari susuk seorang sebelum dia menangkap Khair bersama Erma bermain di tepi kolam renang. Lily senyum lebar.

"Aunty nah!" Bungkusan hadiah ditanganha dihulur buat Puan Ida.

"Terima kasih Lily comel." Puan Ida senyum lebar menyambut huluran hadiah si kecil itu sebelum matanya terkebil-kebil memandang Lily berlari begitu sahaja meninggalkan dia.

"Hahaha, maaflah kak. Dia cari abang Khair dia tu lah" Puan Anisa geleng kepala melihat Lily berlari ke arah Khair. Puan Ida turut tersenyum.

"Macam mana lah dia kat sekolah tak ada Khair nanti ya.." balas Puan Ida simpati.

"Tak apa lah kak. Pandai-pandai lah dia. Dah besar dah tu" Encik Fajil menyampuk buat Puan Ida senyum tipis memandang anak kecil itu.

"Abang Khair!" Lily melaunh nama Khair buat lelaki itu pantas berpaling.

"Lily! Mari lah sini!" Jerit Khair kembali. Erma dihadapan Khair turut tersenyum lebar.

"Abang Khair dengan kak Erma tengok apa tu?" Soal Lily polos sambil kepala menjenguk-jenguk memandang apa yang menarik perhatian mereka berdua.

"Ni tengok ni. Comel tak?" Khair bangun mendukung sesuatu. Seketika mata Lily membulat.

"Ini kucing kan?" Soal Lily teruja.

"Lily tak pernah bela kucing ke?" Soal Erma pula. Lily angguk.

"Ibu dengan ayah tak pernah bawa balik kucing. Ini kucing siapa?" Soal Lily lagi. Khair mengusap kepala anak kucing itu.

"Tadi abang Khair jumpa depan pagar masa nak buang sampah. Kesian dia lapar, tu abang bawa masuk dalam" balas Khair. Lily mengangguk sahaja.

"Boleh Lily pegang?" Pinta Lily.

"Boleh. Kejap." Khair menghampiri Lily sebelum meletak anak kucing itu di atas tapak tangan kecil Lily.

"Dia comel.." Lily mencuit-cuit hidung kucing itu.

"Nama dia Ferrari" ujar Khair sambil ralit menatap wajah gadis kecil itu. Lily mendongak dengan kerutan.

"Feyari?"

"FERRAARI" Erma menyampuk membetulkan sebutan Lily.

"Kenapa FERRARRI?" Soal Lily.

"Itu nama kereta idaman abang." Jawab Khair dengan senyuman lebar. Lily mengangguk lagi.

"Erm.. Lily boleh jaga dia?" Sekali lagi Lily angkat wajah.

"Abang nak bagi Ferrari dekat Lily?"
Khair angguk.

"Abang dah nak pindah, tak boleh nak bawa Ferrari sekali" balas Khair mendatar. Lily diam sejenak.

"Boleh! Nanti Lily jagakan Ferrari. Nanti abang balik Lily bagi Ferrari dekat abang balik" ujar Lily sungguh-sungguh. Khair hanya mampu tersenyum tipis.

"Abang mungkin tak balik-balik dah lepas ni. Lily tolong jagakan dia ya?" Balas Khair mendatar. Air muka Lily tiba-tiba berubah.

"Kenapa.. kenapa abang tak nak balik?" Entah kenapa tubir matanya terasa berat.

"Abang akan membesar dekat London dan tak tahu sampai bila abang akan tinggal di sana."

"Awak tak akan balik Malaysia lagi?" Soal Erma pula. Khair tarik nafas panjang sebelum mengangguk.

"Tolong tengokkan Lily dekat sekolah untuk saya ya." Pesan Khair. Lily mula mencebik.

"Abang Khair jahat!" Lily memeluk Ferrari lantas berlari masuk ke dalam rumah mendapatkan ibunya. Raungan Lily bergema buat Khair hela nafas berat.

•••

"Lily.. jangan lah buat perangai macam ni." Puan Anisa mengeluh mengenangkan Lily yang tidak mahu melepaskan genggaman bajunya dengan wajah mencebik.

"Orang ramai ni sayang." Tegur Encik Fajir pula. Lily akur sebelum perlahan-lahan melepaskan gengaman baju ibunya lantas berlari anak memegang tangan ayahnya.

"Kesian Abang Khair nak jumpa Lily tau sebelum dia gerak London. Jangan tunjuk wajah jebik macam tu. Nanti dia pun sedih"

Lily mengeluh sebelum matanya menangkap lambaian Khair dari jauh. Bibir dimuncung tidak puas hati.

"Tak boleh ke abang Khair duduk Malaysia dengan ibu Lily?" Soalan Lily mengundang tawa mereka disitu.

"Mana boleh, nanti abang Khair rindu keluarga dia Lily" Naqib abang sulong kepada Khair menyampuk buat Lily tercebir.

"Nanti abang Khair balik Malaysia kita jumpa lagi ya. InsyaAllah kalau ada jodoh" Khair tunduk sedikit sambil menghulur jari kelingking.

"Jodoh tu apa?" Soal Lily polos. Khair garu kepala sebelum memandang kedua abangnya. Naqib dan Lutfi yang sama menepuk dahi.

"Jodoh tu maksudnya bila ada masa untuk kamu berdua jumpa nanti" Lutfi menjawab bagi pihak Khair. Lily terkebil-kebil seketika.

"Saya nak ada jodoh banyak banyak dengan abang Khair" serentak itu Lily membalas dengan melingkar jari kelinkingnha di hari Khair. Abang-abang Khair yang menjari pendengar menghamburkan tawa dengan kecomelan anak itu.

"Pon boleh.." Khair garu kepala sendiri.

"Khair!" Erma dari jauh berlari anak menuju ke arah mereka. Khair jungkit kening.

"Saya ada coklat dan surat untuk awak.." termengah-mengah Erma mencari nafas. Mata Lily bergerak melihat Khair menyambut pemberian Erma.

"Terima kasih Erma."

"Sama-sama" Erma senyum simpul.

"Jaga diri kat sana. Saya harap awak balik nanti kita jumpa lagi"

"Kak Erma nak berjodoh dengan abang Khair ke?" Soalan Lily buat wajah Erma membahang. Erma tersipu-sipu.

"Apa cakap macam tu Lily." Khair kerut dahi memandang Lily.

"Sudahlah Lily! Tak nak peluk abang Naqib ke? Asyik berkepit dengan abang Khair dia ke." Naqib yang berusia 16 tahun mendepa tangan. Lily senyum sebelum berlari masuk ke dalam pelukan lelaki itu.

"Jaga diri budak kecil." Naqib menggosok kepala Lily.

"Terima kasih abang."

"Jaga Ferrari elok-elok" Lutfi menahan gelak mengenangkan peristiwa beberapa hari lalu apabila Lily meraung bersama kucing bernama Ferrari yang diberi Khair buatnya. Katanya Khair akan meninggalkan dia dan Lily sampai bila-bila.

Tak tahu lah mahu bersedih atau tergelak.

"Bye." Khair tunduk sebelum memeluk tubuh kecil Lily. Air mata Lily kembali bergenang bunyi pengumuman penerbangan lagi menambah ruang pilu dihati.

"Lily tak sabar nak berjodoh dengan abang Khair" ujar Lily syahdu. Khair senyum tipis.

"InsyaAllah. Assalamualaikum" Khair bangun menolong orang tuanya mengemas barang ke dalam troli. Lily pandang pilu melihat ibu bapa mereka saling berpelukan.

Adakah ini kali terakhir dia menemui lelaki itu.

"Khair mungkin akan balik juga nanti. Lily jangan sedih ya" Erma disisi Lily memeluk bahu anak itu. Lily angguk kepala sahaja.

Dari jauh dia melihag kelibat Khair makin lama makin menjauh. Sempat lelaki itu berpaling menghulur senyum buatnya. Lily membalas dengan lambaian tangan.

Semoga kita berjodoh Abang Khair.

WELCOME TO MY NEW WORLD
KHAIR LILY

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro