BAB 23 | BUKAN SESIAPA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CUACA pada hari ini, sangat menyenangkan hati. Tidak ada ribut dan hujan yang lebat. Malah, cuaca juga kelihatan tidak terlalu panas. Hari yang baik untuk membeli-belah di Pavillion.

Fasha dan Puan Sri Elivia terus memasuki sebuah butik pakaian yang berjenama. Kehadiran mereka disambut baik oleh semua pekerja di butik itu. Maklumlah, butik ini hanya selalu dikunjungi oleh para VVIP sahaja. Fasha dan Puan Sri Elivia terus bergerak ke arah ruangan pakaian wanita. Sehelai dress pendek yang berwarna merah diambil.

"Fasha, tengok ni. Cantik tak?" tanya Puan Sri Elivia. Dress merah yang ketat itu dipadankan dengan tubuhnya.

Rasa sukanya terhadap pakaian yang sebegitu tidak pernah pudar walaupun usianya sudahpun mencecah 42 tahun. Tidak terdetikpun di hatinya untuk bertaubat dan berubah menjadi lebih baik disebabkan kehidupannya yang bebas pada masa dahulu di London.

Berubah itu mungkin mudah. Tetapi, mahu istiqomah itu yang susah. Berapa ramai manusia yang berubah secara drastik menjadi seperti para ustaz dan ustazah dan akhirnya, mereka berubah kembali menjadi makhluk yang lebih jahat daripada Iblis dek kerana amalan baik yang dilakukan secara terpaksa dan hanya mahu menggandakan pahala.

Tidak salah untuk membuat amalan yang boleh menggandakan pahala. Tetapi, janganlah dilakukan semuanya sekali gus kerana belum tentu dapat dikekalkan sehingga hujung nyawa. Bukankah Allah dah pernah katakan bahawa, Dia lebih suka hamba-hambaNya itu melakukan amalan yang sedikit tetapi berterusan? Fasha mula menilik baju itu. Agak cantik dan sesuai dengan mamanya yang langsing dan awet muda.

"Cantik. Memang sesuai dengan mama," kata Fasha. Puan Sri Elivia terus tersenyum gembira. Baju itu segera diberikan kepada seorang pekerja wanita yang berdiri di situ.

"Nah. Saya ambil yang ini," ujar Puan Sri Elivia.

Pekerja itu terus mengambil dress itu lalu dia menunduk hormat. Pelanggan perlulah diutamakan walaupun mereka ada pelbagai ragam yang menjengkelkan. Kalau tidak, memang disaman atau dibuang kerjalah jawabnya.

"Baik, puan."

Fasha kembali mencari pakaian yang menepati cita rasanya. Puan Sri Elivia pula terus mengambil telefon pintarnya di dalam beg tangan apabila terdengar bunyi notifikasi. Nama rakan baiknya, Datin Laila ditekan lalu mesej itu dibaca.

"Fasha, kamu kenalkan anak aunty Datin Laila?" tanya Puan Sri Elivia secara tiba-tiba. Fasha terus mengerutkan dahi. Pelik. Wajah mamanya dipandang.

"Tak. Fasha tak kenal pula," ujar Fasha. Dia memang tidak kenal dengan anak aunty Laila itu. Walaupun wanita itu selalu datang ke rumah, tidak pernah sekalipun dibawa anak perempuannya itu.

"Oh. Nama anak aunty Datin Laila tu Dayana. Dia baru sahaja tamat pengajian di University Oxford. Bakal bergelar doktor katanya," ujar Puan Sri Elivia. Fasha sekadar mengangguk. Patutlah tidak pernah nampak. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan rupanya.

"Baguslah. Cakaplah dekat aunty Fasha kata congratulations. Fasha tumpang gembira," ujar Fasha. Dia mula kembali fokus mencari baju yang sesuai. Puan Sri Elivia terus mengangguk. Jarinya lincah menaip mesej.

"Fasha... Kamu tak teringin ke nak melanjutkan pelajaran di University Oxford tu? Ataupun dimana-mana sahaja universiti yang hebat?" Pergerakan tangan Fasha terus terhenti. Dia melepaskan keluhan. Wajah mamanya yang penuh dengan pengharapan itu dipandang.

"Sudahlah, mama. Fasha dah buat keputusan," ujar Fasha.

"Mama akan beri Fasha masa. Fikirkanlah semula." Bahu Fasha ditepuk perlahan. Nampaknya, mamanya itu masih belum mahu mengalah. Puan Sri Elivia terus meninggalkan Fasha yang mula berasa berat hati. Dia bergerak menuju ke ruangan pakaian yang lain pula. Fasha hanya diam.

'Betulkah apa yang aku dah buat ni?'









•¤•




"MAMA, Fasha nak ke toilet sekejap. Mama tunggu di sini sekejap tau," ujar Fasha. Dia terus bangun dari duduk.

"Okay. Cepat sikit. Mama tunggu di sini," kata Puan Sri Elivia sambil melihat telefon pintar. Fasha terus keluar dari kafe Starbuck itu. Papan tanda tandas perempuan dicari. Tidak semena, bahunya dilanggar seseorang. Hampir jatuh dia dibuatnya.

"Hoi! Buta ke!" marah Fasha. Bajunya segera dibetulkan dan dikemaskan sedikit.

"Err... Saya minta maaf. Cik okey?" tanya satu suara garau. Fasha terus berpaling. Apabila dia melihat wajah jejaka itu, dia tergamam. Terus hilang amarahnya.

"Fahrin?" luah Fasha. Fahrin juga turut terkejut. Tidak sangka dengan pertemuan yang tidak diduga ini.


"Fasha?"

"Apa yang awak buat di sini? Tak kerja ke?" tanya Fasha. Mukanya kelihatan gembira. Maklumlah terserempak dengan crush buat kali ketiga.

"Oh. Ada hal nak dibuat. Jadi, aku ambil cuti hari ini," ujar Fahrin. Fasha terus mengangguk faham. Dia tersenyum manis. Fahrin terus menjongketkan kening.


"Aku rasa, kau macam tergesa-gesa tadi. Itu yang jalan sampai tak tengok depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah. Lepas tu, nak disalahkan orang lain," perli Fahrin. Fasha terus menjeling. Tangan disilangkan ke dada.

"Saya nak ke tandas. Tak tahan. Nak buat macam mana," ujar Fasha secara berterus terang tanpa mengendahkan lelaki itu. Fahrin menggosok leher.

'Tak tahu malu betul perempuan ni!'

"Oo... Jadi, tak nak pergi ke?"

"Pergi? Pergi mana?" Fahrin terus menepuk dahi. Kenapalah dengan Fasha hari ini.

"Pergi tandas lah. Bukan kau nak cepat ke sana ke?"

"Oo. Sekejaplah. Dah alang-alang awak ada di sini, biarlah saya tatap muka awak lama-lama dulu. Nanti rindu pulak." Fasha mengenyitkan mata sambil tersenyum manis. Serta merta, Fahrin mengalihkan pandangan. Air liur ditelan dengan payah.


'Ya Allah... Kenapalah perempuan ni berani sangat?'

"Pergi je lah ke tandas. Nanti, kau yang susah," ujar Fahrin tanpa memandang Fasha.

"Yelah. Tapi, awak kena janji yang awak duduk di sini sekejap tau. Saya akan datang balik secepat yang mungkin! Tunggu saya!" kata Fasha. Dia terus berlari pergi dari situ. Fahrin hanya menggelengkan kepala. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Fasha memang tidak tahu apa-apa.











•¤•







SETELAH mengepam tandas, Fasha terus keluar dan bergerak ke singki untuk membasuh tangan. Secara tiba-tiba, dia ditegur seseorang.

"Wah! Wah! Kecil betul dunia ni kan?"  Fasha terus berpaling. Sarah yang sedang memakai pelembab bibir itu terus mengukirkan senyuman sinis. Fasha dipandang melalui cermin.

"Hmm," balas Fasha. Ringkas. Dia tiada mood untuk bergaduh. Sarah dia endahkan.

Sarah yang sudah geram itu terus berpeluk tubuh memandang Fasha apabila gadis itu langsung tiada tanda-tanda mahu membalas. Dia pula yang sakit hati dan marah! Tubuh Fasha dipandang dari atas hingga bawah. Di dalam tandas itu, tiada sesiapapun melainkan hanya mereka berdua.


"Huh! Tengoklah kau ni. Memang tak ada ciri-ciri nak bertaubat langsung. Pakaian kau ni memang menunjukkan kau layak je ke Neraka. Patutlah Rayyan tinggalkan kau. Rupanya, inilah kifarah yang Tuhan berikan pada kau," herdik Sarah.


Fasha terus menutup pili air singki dengan kasar. Muka Sarah dipandang tajam. Namun, gadis itu sedikitpun tidak gentar. Malah, Sarah masih mampu tersenyum. Seronok melihat musuhnya itu sakit hati.

"Kau Tuhan ke sampai nak tentukan aku ni ke neraka atau syurga? Kau tak layaklah, Sarah. Tengoklah kau ni. Harap je bertudung labuh bagai. Tapi hati kau busuk. Kau munafik," kata Fasha tanpa nada. Cuba untuk bertenang.

"Huh! Cakaplah apa yang kau nak cakap. Tapi, aku memang puas dapat tengok kau kecewa sebab Rayyan tinggalkan kau. Memang padan muka kau!" Fasha terus tergelak kecil. Lucu betul dengan gadis itu. Sarah pula semakin marah.

"Rayyan tinggalkan aku? Aku tak kisah pun. Macamlah aku tak tahu, kau lah perempuan tu kan?" Fasha tersenyum sinis. Sarah agak menggelabah. Namun, reaksinya tetap cuba untuk dikawal. Dia tak boleh kalah!


"Perempuan? Perempuan mana kau merepek ni?"

"Perempuan yang ada dengan Rayyan pada malam tu ialah kau, kan? Sarah. Sarah. Kau tak payah nak tipu aku. Aku tak sangka yang kau ni pun sama macam aku. Cuma yang bezanya, kau memakai topeng malaikat," kata Fasha.

Dia terus keluar daripada tandas. Jerkahan marah Sarah yang asyik memanggilnya bersama pakej sumpah seranah tidak dipedulikan. Hasratnya ingin segera berjumpa dengan Fahrin. Namun, sayangnya, apabila tiba sahaja di tempat itu, jejaka itu sudahpun tiada. Fasha hanya mampu mengeluh lemah. Dia sudah dapat mengagak. Tidak mungkin jejaka itu akan menunggunya kan? Lagipun dia bukan sesiapa bagi Fahrin.





























Kalau korang nampak ada perenggan terselang, sy minta maaf. Sy dah edit but si wattpad ni yg masalah. Haishh sabar je lah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro