BAB 26 | AGAIN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TUBUHNYA yang tersarung baju blouse hitam itu dibelek-belek di hadapan cermin. Tudung yang mengikut bidang saiz 60 itu turut dikenakan di kepala. Menutup mahkotanya yang berharga.

Dia juga turut dipaksa oleh Wardina agar memakai stocking dan handsock. Habis semua disuruh tukarnya!

"Wardina, awak tak rasa ke yang baju ni besar sangat?" tanya Fasha.

"Besar? Awak kata awak saiz M. Sama je lah macam saya. Apa yang besarnya?" Wardina menjongketkan kening. Pelik dengan ulah gadis itu.

"Baju ni longgar sangatlah. Tak rasa macam menggelebeh dan selekeh ke kalau pakai baju besar-besar macam ni?" tanya Fasha. Dia risau akan personalitinya. Jatuh saham nanti!

"Fasha... Dalam Islam, kita disuruh untuk melonggarkan pakaian. Apa salahnya kalau kita ikut sahaja peraturan yang Allah telah tetapkan di dunia ni. Allah tuan kita. Dan kita hanya menumpang di bumi ni. Jadi, sebagai hamba... Kita kenalah buat cara menumpang. Ikut peraturan Dia. Lagipun, awak nampak cantik sangat kalau pakai macam ni. Sejuk hati dan mata memandang."

"Awak tak rasa panas ke pakai tudung dan baju besar ni? Siap pakai handsock dan stocking lagi. Tak panas ke? Nanti berpeluh pasti berbau," kata Fasha dengan nada yang risau. Wardina hanya senyum.

"Nak tahu tak, Islam ni indah. Bagi setiap titik peluh kita dalam menutup aurat, setiap itulah Allah akan berikan pahala. Tentang berpeluh tu, awak jangan risaulah. Awak boleh pakai perfume untuk tutup bau awak. Tapi, jangan terlalu kuat baunya," nasihat Wardina lagi. Fasha hanya mendiamkan diri. Fikirannya jauh melayang entah ke mana. Wardina lantas menegur.

"Awak jangan risaulah. Awak boleh berubah sikit-sikit. Mari, kita pergi shopping."

"Ehh? Boleh ke kita keluar sesuka hati ni?"

"Boleh je. Asalkan tidak mendatangkan keburukan. Sekarangkan waktu bebas. Jom, kita naik kereta saya," kata Wardina lagi. Dia terus bergerak ke pintu. Fasha hanya mengikut dari belakang.








•¤•








MEREKA sampai di sebuah butik pakaian muslimah yang terkenal. Di situ, terdapat pelbagai blouse, baju muslimah, tudung, jubah dan baju kurung. Reka bentuk butik itu sangan feminin dan cantik. Pasti pemilik butik ini juga seorang yang mempunyai ciri sebegitu rupa. Wardina terus menghampiri bahagian baju kurung. Lagaknya, dia sudah biasa datang ke sini. Fasha terus menghampiri.


"Awak pernah datang butik ni ke sebelum ni?" tanya Fasha.

"Ya. Saya selalu datang ke sini dengan umi saya," ujar Wardina sambil membelek-belek baju.

"Oh ya. Saya rasa, baju ni sesuai untuk awak." Baju kurung berwarna ungu pastel itu dipadankan dengan tubuh Fasha. Sesuai sangat dengan tubuh Fasha yang langsing dan seperti model!


"Saya ikut awak je. Takut tersalah pilih baju yang tak sesuai pula." Wardina ketawa kecil. Fasha terus mengerutkan dahi.


"Kenapa?"

"Kelakarlah awak ni. Awak janganlah risau. Semua baju di sini menepati syariat dan menutup aurat. Awak boleh pilih sesuka hati."

"Ooo..." Fasha hanya sengih. Malu pula!

Hampir satu jam mereka memilih tudung dan pakaian. Fasha terus membawa kesemua bajunya itu ke kaunter. Kad kredit dikeluarkan dari beg duitnya.

"Ehh! Tak payah! Biar saya yang belanja!" Wardina pantas menahan. Fasha terkejut.

"Awak nak belanja semua ni?"

"Iyelah. Apa salahnya. Sedekah tu kan amalan mulia." Wardina mengenyitkan mata. Kad kreditnya terus dihulur kepada pekerja yang menjaga kaunter itu. Fasha hanya mengangguk dan tersenyum. Sedikit sebanyak dia mula rapat dan rasa senang dengan Wardina disebabkan hati gadis itu yang baik dan luhur.


"Terima kasih, Miss Wardina. Datanglah lagi," ujar pekerja wanita itu bersama senyuman. Tiga beg kertas besar yang mengandungi pakaian Fasha terus dihulur bersama kad kredit.

"Terima kasih," ucap Wardina. Huluran wanita itu diambil. Fasha kelihatan terpinga-pinga.

"Macam mana dia kenal nama awak?" tanya Fasha setelah mereka sudah jauh dari kaunter.

"Mestilah tahu. Saya pelanggan tetap butik ni tau," ujar Wardina.

Fasha hanya diam. Namun, dia masih hairan. Dia juga pelanggan tetap bagi semua produk Celine tetapi tidak pernah sekalipun pekerja-pekerja itu tahu namanya. Haish, pelik bin hairan betul! Ataupun dia yang terlebih sombong?

"Okay. Sekarang, jom kita balik." Suara Wardina terus mengejutkan Fasha dari lamunan.


"Oo... Okay. Jom."











•¤•











SETELAH memarking kereta, Fasha dan Wardina terus bergerak masuk ke dalam kawasan universiti semula. Mereka menuju ke kafe universiti itu. Masuk sahaja ke dalam kafe itu, Fasha terkaku. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Wardina yang perasan dengan reaksi Fasha terus menegur.

"Macam yang awak tahu, ini universiti Islam. Peraturan di sini sangat berat dan tegas. Awak tak boleh bergaul dengan lelaki sesuka hati tanpa urusan yang penting. Sebab itu, bahagian makan lelaki dan perempuan diasingkan," terang Wardina.

Fasha hanya mengangguk. Sekarang, barulah dia faham. Pelik juga rasanya apabila melihat kawasan di sebelah kanan penuh dengan perempuan sahaja dan kawasan lelaki di sebelah kiri. Kafe ini juga besar dan luas.

"Oo macam tu."

"Jomlah. Awak nak makan dan minum apa? Biar saya orderkan."

"Kalau macam tu, saya nak minum jus epal. Di sini ada masakan melayu je ke?" tanya Fasha. Dia ragu-ragu sekiranya di sini ada makanan Barat atau tidak.

"Rasanyalah. Awak mesti tak pernah makan masakan melayu kan?" teka Wardina bersama senyuman senget. Fasha hanya sengih.

"Macam tahu tahu pula."

"Saya tengok perangai awak ni pun saya dah tahu. Ohh ya? Tak kan awak tak pernah makan langsung?" tanya Wardina. Pelik juga kalau si Fasha ini tidak pernah makan masakan melayu langsung. Dia duduk di gua ke?

"Saya pernahlah makan sekali. Ada orang yang perkenalkan saya dengan masakan melayu."

"Uuu... Boyfriend awak lah tu," usik Wardina sambil ketawa kecil. Fasha hanya senyum.

"Apa kata awak yang pilihkan makanan untuk saya. Saya pergi cop tempat," ujar Fasha.

"Alright, boss!" kata Wardina. Dia terus berlalu pergi.

Fasha hanya menggelengkan kepala. Matanya mula meliar mencari tempat kosong. Tetapi, kelihatan tempat itu sedahpun penuh. Sedang asyik dia mencari tempat untuk makan, tanpa dia sedar, dia menjadi tumpuan mata para lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menundukkan pandangan.


Tidak semua lelaki itu mahu menundukkan nafsu. Walaupun akal yang diberi ialah sembilan, nafsu yang satu itu tidak akan dapat dikalahkan andai tidak dididik dengan iman dan taqwa. Hanya 1% sahaja yang mampu menjaga mata mereka. Dan selebihnya adalah mereka yang tidak mampu menahan godaan nafsu yang membuak yang dihasut oleh syaitan. Tidak kira orang itu ialah ahli yang mmpunyai latar belakang agama ataupun maksiat.


"Itupun dia!" Akhirnya, mata biru Fasha dapat menangkap satu objek yang bernama meja. Meja itu kelihatan kosong.

Segera Fasha pergi ke arah meja tersebut. Takut pula diambil oleh orang lain. Disebabkan terlalu terges-gesa dan tidak peka dengan keadaan sekeliling, secara tidak sengaja, dia terlanggar seseorang.

"Aduh!"

"Err... Sorry. Awak ok?" ujar satu suara lelaki. Fasha terus berpaling.

"Oo... Maaf. Salah saya sebab jalan tak pandang depan," kata Fasha. Lelaki itu hanya senyum.

"Tak apa. By the way, nama saya Zairul Hakimi. Awak boleh panggil saya Zai," kata Zairul bersama senyuman kacaknya. Namun, sedikitpun Fasha tidak terusik. Senyuman Fahrin jauh lebih kacak! Fasha hanya mengangguk. Dia juga turut tersenyum.


"Nice too meet you. My name is Fasharina Haura binti Tan Sri Hairul. Boleh panggil saya Fasha. Baiklah, saya perlu pergi. Jumpa lagi," kata Fasha.

"Bye."

Fasha terus bergerak ke meja tadi. Namun sayangnya, meja itu telah diambil orang. Kelihatan seorang gadis sedang menunduk dan bermain telefon pintarnya. Kelihatan dia keseorangan. Mungkin mereka boleh berkongsi meja.

"Hai. Tempat ni ada orang tak? Boleh saya dan kawan saya tumpang?" tanya Fasha. Gadis itu terus mengangkat muka. Fasha terkejut. Begitu juga dengan gadis itu.

"Sa-sarah?"

"Huh! Di mana je tempat yang aku pergi, mesti ada kau!" luah Sarah dengan kasar. Fasha dijeling.

"Kau ingat aku nak sangat ke tatap muka kau?" Keras sahaja suara Fasha. Suaranya cuba untuk diperlahankan. Takut pula ada yang curi-curi dengar. Sarah tergelak sinis. Fasha dipandang atas bawah.


"Sejak bila kau berubah ni? Ataupun kau nak berpura-pura? Aku ingatkan kau gila masuk universiti ni. Kau tahu kan tempat ni tak layak langsung untuk kau?" kata Sarah dengan sinis.

"Salah ke kalau aku dah berubah pun? Kau pula bila lagi?" Kening Fasha dijongketkan.

"Tak payah nak acah sucilah. Aku kenal kau, Fasha. Aku yakin kau datang ke sini sebab kau ada tujuan lain. Betul tak cakap aku?"

"Of course. Dan tujuan aku nak belajar. Apa lagi. Oh ya, kau kenal aku macamlah aku kawan kau!" Baru sahaja Sarah ingin membalas, Wardina sudah menegur Fasha. Fasha terus berpaling.

"Fasha? Apa yang awak buat di sini? Tak ada meja ke? Kalau macam tu, kita tumpang meja kawan awak je lah," kata Wardina. Merujuk kepada Sarah.

"Tak payah! Kita cari meja lain," kata Fasha kemudian berlalu pergi. Sarah hanya berdecit. Menyampah!

Sedang Fasha mencari meja, kelihatan Zairul sedang mendekatinya. Fasha hanya senyum. Manakala, reaksi Wardina sudah tidak senang.

"Fasha, awak tak ada meja ke? Kebetulan meja saya ada dua kosong. Jomlah makan sekali," kata Zairul. Fasha terus senyum gembira. Nampaknya, bolehlah dia makan dengan aman.

"Boleh ke? Kalau macam tu-" Tidak sempat Fasha membalas, Wardina segera memintas.

"Fasha! Saya dah jumpa meja kosong. Di sana!" Wardina menunjuk ke satu arah. Fasha terus mengangguk. Riak muka Zairul yang sudah masam itu dipandang.

"Maaflah ya. Kami dah jumpa meja. Bye," kata Fasha. Dia terus berlalu pergi dari situ bersama Wardina. Zairul hanya mengetap rahang. Marah apabila rancangannya gagal!













Semoga anda ringan tangan vote cerita saya supaya saya lebih bersemangat nk update selalu. 😆🦋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro