BAB 31 | PENGORBANAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MASJID bahagian muslimah kelihatan tidak begitu sesak. Keluasan masjid itu juga besar. Memang dapat memuatkan ramai para jemaah di masjid itu. Reka bentuk masjid itu kelihatan sangat cantik dengan hiasan-hiasan khat dan lampu-lampu. Suasananya sangat menyenangkan. Tambahan lagi dengan penghawa dingin yang dipasang.

Melangkah masuk sahaja ke ruang muslimah itu, Fasha diterpa oleh tiga orang perempuan yang tidak dikenali. Fasha kebingungan. Wardina yang berada di sisi juga kelihatan terpinga-pinga. Perkara ini memang tidak dijangka.

"Awak... Awak Fasha kan?" tanya seorang perempuan yang sedikit gelap kulitnya itu dengan teruja. Fasha mula keliru.

"Ya. Saya. Kenapa ye?" tanya Fasha.

"Wah! Betullah orang kata, awak memang cantik. Mata biru awak tu buat saya terpegun. Betul ke awak mix?" tanya pula seorang wanita yang berkaca mata.

"Ohh... Ya. Saya memang mix. Mama saya yang masuk Islam," ujar Fasha.

"Saya rasa, awaklah yang paling cantik di sini! Saya rasa cemburu pula. Kulit awak pun kelihatan putih mulus, ujar seorang lagi rakan mereka.

Fasha hanya senyum. Bangga kerana mamanya itu merupakan seorang bekas model luar negara. Kecantikan mamanya diwarisi sepenuhnya oleh Fasha.

Sarah yang turut berada di situ sudah memandang dengan api cemburu yang membara. Tangannya digenggam dengan kuat. Amarahnya bukan main hebat. Dalila yang melihat terus menggosok bahu gadis itu.

"Sabar, Sarah. Sabar," kata Dalila. Sarah terus menepis tangan Dalila. Rakannya itu dipandang tajam. Terus Dalila menunduk.

"Aku tak faham betullah! Kenapa semua benda nak jadi milik dia ya? Apa kurangnya aku dengan dia!" kata Sarah dengan nada yang keras.

Dalila hanya diam membisu. Dia tidak berani untuk membalas. Amarah Sarah jangan dibuat main-main kerana gadis itu sendiri tidak tahu mengawalnya. Fasha dan Wardina yang masuk ke dalam bilik whudu' itu dipandang. Dia segera bangun. Namun, Dalila segera menghalang

"Awak nak ke mana ni, Sarah?" tanya Dalila. Risau. Mana tahu si Sarah ini mahu lemaskan Fasha dalam kolah ke?

"Jangan sibuklah!" marah Sarah. Mata Dalila ditenung tajam lalu dia mendengus. Segera pintu bilik whudu' itu dibuka. Beg telekung Fasha diambil lalu dicampak ke dalam kolah. Habis basah!

Wardina tergamam. Manakala, Fasha hanya mendiamkan diri. Wajah Sarah yang kelihatan marah itu dipandang tajam. Mereka sama-sama berbalas pandangan.

"Apa awak dah buat ni, Sarah!" marah Wardina. Geram!

"Ehh! Kau diam!" kata Sarah kepada Wardina. Fasha dipandang semula.

"Dah? Puas dah ke hati kau?" tanya Fasha dengan sinis. Sarah berdecit. Tangan disilangkan ke dada.

"Huh! Kalau ikutkan, aku tak puas lagi. Aku merana tengok kau bahagia selama lima tahun. Jadi, semua ni belum cukup lagi Fasha. Aku akan biarkan kau merana dan terseksa secara perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit," kata Sarah bersama senyuman.

Dia terus meninggalkan Fasha. Gadis itu hanya mengetap rahang lalu matanya dipejam. Tangan digenggam kuat, menahan amarah yang semakin membuak-buak. Wardina terus meluru ke arah Fasha.

"Fasha, awak okey?" tanya Wardina. Risau.

"Wardina, saya jadi jahat pun orang bencikan saya. Saya jadi baik pun orang bencikan saya. Sudahlah. Saya letihlah," luah Fasha dengan suara yang perlahan.

Wardina memandang sayu. Terus tubuh gadis itu didakap lalu belakang Fasha digosok perlahan. Dia faham perasaan Fasha. Berubah bukannya mudah. Sebab itulah mujahadah itu penting. Ia akan menentukan masa depan kau yang mungkin akan berubah.

"Ya, saya faham awak, Fasha. Tak semua penghijrahan itu mudah. Dan tak semua perubahan itu susah. Bergantung kepada awak sama ada mahu terus berlari atau rebah. Tapi, pesan saya. Teruskan berlari. Kalau awak tak mampu, berjalan. Kalau awak tak mampu jugak, merangkaklah. Kerana, akan ada suatu perhitungan yang akan kau hadapi di akhirat kelak."















•¤•


















SETELAH menunaikan solat Isyak, para mahasiwa dan mahasiswi UIA terus pulang ke bilik masing-masing. Begitu juga Fasha dan Wardina kerana esok, bermulalah kelas pertama mereka berdua. Fasha dan Wardina terus menanggalkan tudung. Rambut Fasha yang hitam keperangan itu ditatap lama oleh Wardina. Rambut gadis itu sangat cantik dan ia beralun dengan begitu lembut sekali.

"Rambut awak cantiklah. Kalau bukan disebabkan mata awak yang biru macam mat salleh tu, mesti orang dah ingat awak warnakan rambut," kata Wardina. Gadis itu duduk itu di atas katilnya. Begitu juga Fasha. Mereka saling menghadap.

"Rambut awak pun cantik juga. Ehh tapikan, awak kata kita kena bersyukur dengan pemberian yang Allah dah beri pada kita. Haa ayok! Awak kenalah bersyukur," kata Fasha dengan wajah yang serius. Wardina hanya menggeleng.

"Mana ada saya kata saya tak bersyukur! Saya puji awak pun salah!" ujar Wardina. Mulut dimuncungkan. Fasha terus membaling bantal. Tepat ke muka Wardina. Terus gadis itu terdorong ke belakang. Fasha terus menutup mulut. Menahan ketawa.

"Fasha! Siap awak!"

Wardina terus meluru ke arah Fasha. Apa lagi, Fasha segera melarikan diri. Habis bilik itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua. Setelah sekian lama asyik bermain, akhirnya, mereka terlantar keletihan. Fuh, penat!

"Nak tau tak! Esok saya rasa excited sangat nak ke kelas!" ujar Fasha dengan teruja. Wardina tergelak kecil.

"Ya. Awak tak cakap pun saya dah tahu. Esok kan awak ada kelas dengan Sir Fahrin. Orang dilamun cintalah katakan," ujar Wardina.

Fasha segera menukar posisi daripada keadaan terbaring kepada meniarap. Dagunya ditongkat dengan kedua belah tangan. Wardina turut berbuat begitu. Mereka tidak ubah seperti adik beradik. Comel!

"Awak rasa, cita rasa yang macam mana Fahrin tu suka?" tanya Fasha bersama senyumannya.

"Entahlah. Tapi, kalaulah dia seorang lelaki yang matang, dia akan terima baik buruk awak seadanya. Dia tak kisah dengan kecantikan awak. Dia tak kan kahwin dengan awak disebabkan nafsu semata-mata. Tetapi dia akan kahwin kerana cinta. Dia akan cuba lindungi awak dengan seluruh kekuatan dan nyawa yang dia ada. He will never dissapointed you. Selain tu, dia akan hormat awak sebagai seorang muslimah yang tinggi darjatnya. Dia tak kan cuba rosakkan awak. Sebaliknya, dia akan lindungi awak," ujar Wardina.

"Apa maksud awak yang dia akan hormat saya sebagai muslimah yang tinggi darjatnya?" tanya Fasha, ingin tahu. Wardina terus tersenyum lebar.

Sudah lama dia ingin memberitahu Fasha tentang perkara ini. Tetapi, dia tetap bersabar dan hanya menunggu masa yang sesuai. Dan dia juga tidak akan memaksa.

"Kalau awak nak tahu, ketika zaman jahiliah dahulu-"

"Zaman jahiliah?" sampuk Fasha. Wardina mengangguk.

"Ya. Zaman selepas kedatangan Nabi Isa. Setelah berangkatnya Nabi Isa ke langit. Ketika itu, dunia pada masa itu tiada langsung Nabi. Semua kaum kembali melakukan dosa. Mereka kembali berzina dan menyembah berhala-berhala. Wanita dijadikan hamba dan tempat melempiaskan nafsu serakah para lelaki. Ada yang diseksa dan dibunuh dengan begitu teruk sekali. Darjat mereka hanya serendah tapak kaki," ujar Wardina. Fasha terkedu. Matanya membesar kerana tidak percaya.

"Seriously? Kejamnya..."

"Ya. Selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW, baginda membawa sinar baharu iaitu Islam. Agama perdamaian. Agama yang membawa rahmat dan berkat. Agama yang adil dan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT di akhirat kelak. Baginda dengan bersusah payah berjuang demi kesejahteraan umat manusia. Walaupun dibaling najis. Walaupun diseksa dengan begitu teruk sekali. Baginda jugalah yang membelanjakan semua hartanya demi Islam sehingga terpaksa mengikat perut dek kelaparan yang memuncak," kata Wardina.

"Setelah penyeksaan demi penyeksaan dan pengorbanan demi pengorbanan yang baginda hadapi, Islam akhirnya tersebar luas ke pelosok dunia. Wanita yang sebelum ini dilayan seperti haiwan dan maruah mereka di tapak kaki, akhirnya, dipandang tinggi." kata Wardina dengan panjang lebar.

Fasha terdiam. Kisah Wardina memberikan kesan yang sangat mendalam dalam hatinya. Selama ini, tidak pernah sekalipun dia berusaha mengenali hamba Allah yang diberi nama Muhammad itu. Nama itu selalu meniti di bibir dan terpahat di minda. Tetapi, tidak pernah sekalipun melekat di hati. Begitu teruknya dia sebagai salah seorang umat baginda.

"Tetapi, setelah sekian lama baginda berjuang, wanita pada hari ini sesuka hati membuka aurat mereka. Seolah-olah perjuangan Nabi ketika itu langsung tidak memberi makna kepada mereka. Baginda bersusah payah mengangkat darjat wanita, tetapi dengan mudahnya wanita itu sendiri merendahkan martabat mereka."

Lidah Fasha menjadi kelu. Dia tidak tahu membalas apa kerana dia sendiri sebahagian daripada wanita-wanita yang tidak sedar diri di luar sana. Betapa teruknya dia sebagai seorang hamba yang duduk di atas muka bumi milik-Nya ini.

'Allah...'












VOTE AND COMMENT! ¡❤🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro