BM 10❤🐣

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sepasang kaki milik seorang perempuan menapak keluar dari dalam kereta. Matanya meliar memandang keseluruhan kawasan rumah lamanya. Setiap sudut kawasan itu menyimpan pelbagai memori.

Dia melangkah ke dalam rumah dengan lafaz bismillah. Pintu dan tingkap-tingkap dibuka. Sempat juga dibawa penyapu dan beberapa peralatan pembersihan yang dibawa dari rumah.

Lengan baju disinsingkan hingga ke paras siku. Amirah mula mengemas ruang tamu terlebih dahulu.

Tidak jauh dari rumah itu, terdapat beberapa lelaki sedang melepak di hujung bendang.

"Aku perasan ada kereta besar masuk dekat rumah lama tu. Dah ada orang duduk ke?" Soal salah seorang dari mereka.

"Entah. Setahu aku rumah tu dah kosong lama. Last ada orang duduk 2 tahun lepas," jawab kawannya di sebelah.

Tiba-tiba saja muncul motosikal melaju ke arah mereka. Automatik perbualan mereka tergantung.

"Woi! Woi! Buta ke apa?" Berang yang lain tatkala Meon yang baru tiba langsung tidak menekan brek. Hampir saja mereka dirempuh oleh lelaki itu.

"Tahu takut." Meon tersengih nakal. Tongkat motosikal diturunkan.

"Kau dari mana, Meon? Janji pukul 5. Ni dah 5:30 masalahnya," soal Adli, rakannya yang paling muda.

"Mak aku tu. Minta belikan ayam pula. Macam-macam. Tu pasal aku lambat." Meon membebel sedikit.

"Weh Meon. Kau lalu tadi, kau perasan tak depan rumah tepi simpang tu ada kereta parking?" soal Syukri tiba-tiba. Mereka yang lain terus mengangguk setuju. Topik tadi disambung semula.

"Entah. Aku rasa macam ada kot." jawab Meon malas-malas. Rokok dikeluarkan dari poket seluar. Hujung rokok dibakar sebelum dibawa ke mulut.

"Apa kata kita pergi tengok siapa kat rumah tu. Nak tak?" suara Najmi tiba-tiba mencelah. Syukri dan Adli terus menayangkan senyum tanda bersetuju dengan idea itu.

"Nak buat apa? Aku malas lah nak bergerak," kata Meon yang nampak sangat menikmati setiap sedutan rokok. Matanya dipejam menikmati bayu yang damai.

"Alah kau ni. Tak syok lah. Jomlah. Mana tahu ada awek cun ke. Boleh juga kita hulur salam perkenalan," balas Syukri. Mereka yang lain mencebikkan bibir. Biasanya Meon yang paling bersemangat bab mengusik orang kampung.

Malas-malas Meon mengikuti rakannya. "Jomlah. Banyak cekadak lah korang ni."

Mereka berempat mula bergerak ke rumah tersebut.

Sementara itu di rumah tersebut Amirah masih gigih membersihkan habuk-habuk yang melekat di setiap permukaan. Kain-kain yang menutupi perabot turut dibuka.

"Nasib baik dah beli sikit-sikit perabot," ucap Amirah sambil mata melihat ruang tamu yang hampir siap dikemas. Setahun yang lalu, Amirah telah mengambil keputusan untuk membeli tapak rumah ini.

Perlahan-lahan perabot baru juga dibeli untuk mengisi rumah ini.

Telinganya menangkap bunyi enjin motosikal memasuki pekarangan rumahnya. Sempat dia intai di tingkap ada empat buah motosikal sudah terparkir di samping keretanya. Berkerut dahinya tatkala melihat empat orang lelaki terjenguk-jenguk ke arah rumahnya.

Meon memerhatikan halaman rumah itu. Dia tahu ini rumah siapa. Rumah lama Amirah. Tiada apa yang berubah dengan laman rumah itu. Masih sama susunannya. Cuma, bunga-bunga sudah tidak serimbun dahulu.

"Fuyyo. Bapak lawa kereta ni doh!" Syukri bersuara teruja sebaik melihat kereta Honda keluaran terbaru yang terpakir elok di depan rumah.

Baru saja tangannya mahu menyentuh kereta milik entah siapa itu, suara Meon tegas menghentikannya.

"Argh kau! Tak payah nak usik-usik. Jangan nak usik kereta mahal orang dengan tangan kampung kau." Meon bersuara. Bunyinya agak kasar. Syukri hanya mencebik saja. Dah biasa bergurau kasar.

Meon menapak perlahan-lahan di hadapan tangga rumah itu. Pintu dan tingkap yang terbuka meyakinkan dirinya bahawa ada orang di dalam rumah itu.

"Assalamualaikum." Meon memberi salam.

"Pergh jantan ni. Bukan main kau bagi salam. Biasanya pakai redah aje." Aidil memerli dengan pedas. Mereka yang lain terus menghamburkan tawa.

"Kau diam. Bukan selalu dapat tengok sisi beriman aku," balas Meon dengan jelingan. Entah kenapa hatinya tergerak mahu memberi salam. Biasanya memang dia redah aje. Tak rajinlah nak bagi salam apa semua.

Baru sahaja Meon hendak memberi salam sekali lagi, terdengar suara perempuan menyahut dari dalam.

"Waalaikumussalam." Lembut saja suara yang menyahut.

Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Mungkin teruja dengan kemunculan tuan rumah.

Tidak lama kemudian, muncul seorang gadis sebaya mereka muka pintu. Wajah manis gadis itu menyapa pandangan mereka berempat.

Meon kaget dengan wajah di depan pintu itu. Bertahun-tahun lamanya dia tidak bertemu gadis itu. Ternyata gadis itu turut menayangkan wajah terkejut.

"Amirah?"

"Meon?"

Serentak mereka bersuara.

Rakan-rakan Meon yang lain terus berpandangan antara satu sama lain. Mereka tidak mengenali gadis itu memandangkan mereka bukan penduduk asal kampung ini.

***

"Apa aku kena buat sekarang ni?" soalan itu kerap bermain-main di minda Iman. Hari ini, dia tidak dapat fokus ketika menyemak kes klien. Beberapa kali juga dia termenung mengingatkan soalan Faliq malam tadi.

Habis saja waktu pejabat, Iman memandu ke pantai. Otaknya memerlukan suasana alam agar dia dapat bertenang.

Kakinya melangkah perlahan-lahan di gigi air. Hempasan air laut yang menyentuh kakinya seakan menjadi terapi buatnya.

Sekali lagi keluhan terbit dari mulutnya. Puas berjalan, Iman duduk di atas pasir. Matanya memerhatikan lautan yang terbentang luas.

"Anak ada masalah, ya?" laju kepala Iman menoleh ke arah kirinya. Ada seorang wanita tua berusia sekitar lewat 60-an sedang tersenyum manis padanya. Wajahnya cantik berseri-seri dengan kebaya merah tersarung di tubuhnya.

'Datang mana pula nenek ni? Tadi rasa macam tak ada.' fikirnya.

"Nenek bercakap dengan saya ke?" Soalan Iman kedengaran agak bodoh. Tapi, mana tahu nenek tu tengah bercakap dengan airpod ke. Who know, right?

"Assalamualaikum, nak. Nenek tengok dari tadi kamu asyik mengeluh aje. Anak ada masalah, ya?" Lembut saja nada yang digunakan wanita itu. Terpancar riak tulus di wajahnya.

Mungkin kalau nenek Iman masih hidup, mereka sebaya. Tiba-tiba rindu akan arwah nenek yang telah pergi ketika Iman baru saja beranjak dewasa.

Iman sekadar tersengih kelat sahaja. Ketara sangat ke wajah dia ada masalah.

"Kalau anak keliru dengan pilihan yang anak kena buat sekarang, istikharah. Itu saja kuncinya," ucap wanita tua itu.

Iman terdiam mendengar saran itu. Dia tidak pernah terfikir untuk kembali pada Yang Maha Kuasa.

Tapi... macam mana nenek ni tahu? Macam bertepatan dengan situasinya saat ini.

"Nenek, saya dah tak ada nenek. Kalau saya nak tanya pendapat nenek boleh?" Soal Iman kembali. Entah kenapa dia mahu melepaskan segala yang terbeban di hatinya.

"Kenapa, nak?"

"Apa nenek akan buat jika ada seseorang yang nenek kenal ajak nenek kahwin? Tapi, masalahnya dia langsung tak cintakan nenek. Nenek tahu di hati dia dah ada orang lain. Tapi, dalam masa yang sama nenek mahukan dia. Aduh, saya buntu, nek... " Iman meraup wajahnya. Pandangannya dibuang ke arah lautan lagi.

"Kenapa tak cuba buat dia jatuh cinta pada kamu?" Soal nenek itu.

"Susah, nek."

"Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu semua terletak di tangan Allah. Kamu kena yakin dengan keputusan kamu. Tapi, kamu kena ingat. Setiap apa yang kamu lakukan, kamu kena minta petunjuk pada Allah. Kerana Dia yang mengatur jalan cerita kamu. Jangan lakukan hal yang terkutuk untuk menghalalkan cara. Walau dia memang milik kamu, tetapi jika sudah tiba masanya, lepaskan dia. Carilah kebahagian kamu sendiri," ucap si nenek dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Iman hanya menganggukkan kepalanya sahaja walaupun dia tidak berapa faham dengan apa yang diucapkan nenek itu. Matanya masih tertumpu pada ombak laut di hadapannya.

"Pandai nenek bercakap. Terima kas—" belum habis ucapannya, Iman terkedu kerana tiada sesiapa di sampingannya.

"Nenek?" Iman melilau ke kiri dan kanan mencari bayangan nenek itu di sebelahnya. Mana tahu dah bangun. Tapi, kosong.

Tidak mungkin nenek yang sudah tua itu boleh melangkah dengan laju sehingga tidak meninggalkan jejak. Matanya digosokkan beberapa kali.

"Mana pula pergi nenek tadi? Aku berkhayal ke?" Iman mengusap lengannya. Tiba-tiba rasa meremang. Sudahlah matahari semakin tenggelam.

Dengan tergesa-gesa Iman melangkah ke keretanya semula. Itulah, orang tua-tua pesan waktu maghrib duduk dalam rumah, bukannya merayau tak tentu pasal. Kan dah mendapat.

***

Amirah membuang pandang ke arah bendang yang menghijau. Rindu sangat dengan suasana bendang begini. Semalam dia tidur lena. Suasana rumah lamanya benar-benar merehatkan mindanya.

Bibirnya mengukir senyuman tatkala memori lama menjengah.

Di tengah bendang itu, dia, Iman dan Faliq pernah berlari tak cukup tanah dikejar Haji Ghafur sebab curi buah pelam dan rambutan. Orang minta sikit tak bagi. Memang dirembatnya lah.

"Haih, rindunya dengan diorang." Amirah tersenyum hambar tatkala mengingatkan yang mereka sudah lama tidak bersua. Dia sudah memutuskan komunikasi antara mereka.

"Assalamualaikum Amirah." Suara garau menyapanya dari arah belakang. Spontan Amirah menolehkan kepalanya untuk melihat siapa yang datang.

Damien atau Meon sedang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu hari ini nampak lebih kemas dari semalam.

"Waalaikumussalam, Meon." Perlahan saja Amirah menjawab.

Semalam, selepas kedua-duanya kaget, lelaki itu segera pergi dari rumahnya. Tidak sempat ada bicara antara mereka.

"Nak join sekali boleh tak?" Soal Meon sambil mata jatuh pada bangku kayu yang kosong di sebelah Amirah.

Berkerut dahi Amirah. Perangai muka tembok Meon dari dulu sampai sekarang tak pernah hilang.

"Aku dah berubah, Mira. Aku tak ejek kau dah. Aku cuma nak berbual dengan kawan lama," ucap Meon meyakinkan Amirah. Mahu tidak mahu Amirah mengangguk saja.

"Kau apa khabar?" Soal Meon membuka perbualan antara mereka.

"Alhamdulillah, baik. Kau pula?"

"Aku macam ni lah, Mira. Sama aje dari dulu sampai sekarang," balas lelaki itu dengan sengihan di bibir. Amirah sempat melihat sekilas lelaki itu.

Meon memang nampak sama aje. Tipikal budak kampung. Cuma, sekarang nampak lebih matang dan elok sikit.

"Kau ni tak kerja ke? Tiba-tiba muncul kat sini," soal Amirah.

"Aku kerja. Tapi hari ini tak lah. Biasalah uruskan sawit bapak aku," ucap Meon. Amirah sekadar mengangguk faham.

"Mira..." Panjang Meon menyeru namanya.

"Aku nak minta maaf." Sepatah-sepatah ucapan itu keluar dari mulut Meon. Amirah diam tidak memberi reaksi apa-apa.

"Aku minta maaf sebab pernah hina kau dulu. Aku minta maaf sebab pernah rendahkan kau dulu. Aku minta maaf sangat, Mira. Aku rasa aku termakan dengan kata-kata aku sendiri." Meon tersenyum hambar. Bertahun-tahun lamanya ucapan ini disimpan.

"Benda dah lepas, Meon. Aku dah lama maafkan kau. Aku faham sangat perangai tak matang kau dulu," ujar Amirah. Meon terus tergelak dengan nada Amirah yang mendatar namun sarkastik.

"Lepas kau pergi, aku tak ke mana pun, Mira. Dulu aku selalu cakap kau bodoh. End up aku yang bodoh. Aku sambung belajar sekejap je before aku quit." Cerita Meon tanpa dipinta. Mindanya mula memutarkan memori lama.

Tidak lama selepas gadis itu pindah, Meon melanjutkan pelajarannya di salah sebuah universiti tempatan. Tapi, nak kata yang Allah itu sangat adil.

Setiap apa yang Meon belajar, sukar untuk ditangkapnya. 2 semester Meon gagal. Akhirnya, dia memutuskan untuk berhenti belajar dan pulang ke kampung.

"Lepastu kau tak sambung belajar langsung ke, Meon? Takkan kau give up macam tu aje?" Soal Amirah dengan simpati. Rasa kasihan menebal dalam jiwanya.

Meon menggeleng perlahan.

"Ayah aku strok, tak boleh bergerak ke mana-mana. So aku lah yang ambil alih tugas ayah aku. Start dari tu aku uruskan sawit ayah aku."

Semakin terdiam Amirah mendengar cerita lelaki itu. 10 tahun yang berlalu dengan pantas bagi Amirah nyatanya begitu mencabar buat Meon.

Di depan mata Amirah, dia melihat personaliti baharu Meon. Bicaranya lebih lembut dan tiada lagi kesinisan.

"Aku malu dengan kau, Mira. Dulu aku selalu hina kau bodoh. End up kau lebih berjaya dari aku," ucap Meon dengan tawa perlahan. Di pendengaran Amirah, tawa itu kedengaran sayu.

"Mana ada. Kita semua pandai lah. Pandai tu kan subjektif. Aku pun taklah berjaya mana. Semua tu pinjaman Tuhan aje, Meon." Petah Amirah menjawab.

"Kau ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah kan? Baiknya lah kau ni, Mira. Kau tak pernah melenting kalau aku buat apa-apa pada kau, kan? Haih," kata Meon sambil menggelengkan kepalanya. Amirah sekadar tersenyum manis.

Nampaknya dia mula selesa berbual dengan Meon. Meon yang sekarang jauh berbeza dengan Meon 10 tahun lepas.

"By the way, kenapa kau balik sini? Bukan ke Cik Jamal dah jual ke tanah ni?" soal Meon tiba-tiba.

Amirah hanya tersenyum. "Saja. Aku rindu nak duduk kampung ni. Lagipun ayah aku dah beli semula tanah ni."

"Rindu tanah ni atau kau rindu Faliq?" Celetuk Meon.

Amirah spontan mengerutkan dahinya apabila soalan itu terpacul keluar dari mulut Meon. "Dah kenapa pula bawa-bawa nama Faliq?"

"Yelah. Mana tahu kau balik sini dengan harapan kau boleh jumpa dia semula ke. Lagipun, korang kan rapat dulu. Kalau aku nampak dia mesti ada kau sekali. Kalau nampak kau mesti dia ada sekali. Sampaikan masa aku confess dulu pun, dia ada. Memang mengamuk betul dia masa tu." Meon mengungkit kembali cerita lama.

Amirah hanya tergelak sahaja apabila teringat soal itu. Kelakar pula bila ingat balik Meon 16 tahun yang confess padanya tapi tak boleh move on sampai umur 17 tahun.

"Siapa suruh kau menjerit kat tengah-tengah alam macam tu. Malu nak mampus aku masa tu," ucap Amirah dengan tawa.

Meon mengusap belakang lehernya. Sumpah segan bila ingat balik betapa tak matangnya dia dahulu.

"Kau tak berkawan dah ke dengan Faliq dan Iman?" Soal Meon setelah tawa gadis itu reda.

Ekspresi wajah Amirah terus berubah. Tawanya tadi diganti dengan senyuman hambar. "Aku dah lama tak jumpa diorang, Meon. Sejak aku pindah, aku dah tak tahu apa yang jadi pada diorang berdua."

"Aik. Kenapa macam tu?" Berkerut dahi Meon.

"Entahlah." Pendek saja jawapan Amirah. Mendengar jawapan itu, Meon tidak lagi mahu mengambil tahu. Biarlah gadis itu sendiri yang menyimpan sebabnya.

"Tapi, kau tahu tak yang Faliq pernah datang sini beberapa kali? Dia cari kau." Cerita Meon tanpa dipinta.

"Hah?"

"Lepas dia habis belajar, dia bawa mak ayah dia pindah. Duduk dengan dia kat bandar. Tapi, ada beberapa kali juga dia datang sini semula. Sempat juga aku bertembung dengan dia. Dia selalu tanya pasal kau dekat orang-orang sini. Struggle betul dia cari kau," kata Meon.

Amirah bungkam. Dia tahu soal Faliq sudah pindah dari kampung ini. Tapi, dia tidak menyangka yang Faliq akan mencarinya sehingga begitu.

"Kau mengelak dari dia ke, Mira? Bersungguh-sungguh dia cari kau."

"Mana ada aku mengelak. Belum ada rezeki je nak jumpa," jawab Amirah dengan gelengan.

Satu hari nanti, dia yakin mereka bertiga akan bertemu semula. Buat masa ini, biar dia nikmati kesendirian ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro