BM 7❤🐣

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dahi Iman berkerut tatkala membaca pesanan Whatsapp yang dikirim Faliq. Dia baru sahaja selesai meeting dengan ahli pasukannya.

Kebetulan sekarang sudah waktu makan tengah hari.

"I need yr help. Come. ASAP!"

Tangannya laju membalas pesanan itu. Ada benda lah ni. Faliq jarang minta tolong dengannya. Sembari menanti balasan dari Faliq, alat tulis diletakkan kembali ke tempatnya. Fail klien dibuka.

"Nanti aku cerita. Come help me. Save me from the monster! Sebagai ganjaran, aku belanja makan seminggu."

Tersenyum lebar dia apabila Faliq menawarkan tawaran sebegitu. Baru saja dia berniat tidak mahu keluar makan. Tapi bila ada orang nak hulurkan rezeki, apa salahnya kan?

Tidak lama kemudian, Faliq mengirim pesanan lokasi pula. Angsana Cafe.

Tidak menunggu lama, Iman menutup kembali fail dan dekstop. Beg tangan dicapai dan segera keluar dari biliknya. Pemanduannya dibawa ke lokasi yang sudah dihantar Faliq.

Sampai saja di depan pintu kafe, Iman berdiri sejenak untuk mencari kelibat kawan baiknya. Matanya terhenti pada tangan lelaki yang melambai padanya. Ada Faliq dan seorang perempuan.

'A girl, huh?' ujar Iman sendirian sambil tersenyum. Langkah elegan diatur menuju ke arah lelaki itu apabila Faliq mengisyaratkan untuk mendekatinya.

Rasanya dia boleh agak permainan lelaki itu. Hm, menarik.

"Alah Liq. I tahu you saja je kan nak tipu your mum at that time. Please, Faliq. Takkan lah jadi kawan pun tak boleh?" Suara lembut seorang perempuan menyapa pendengarannya apabila semakin hampir di meja itu.

"Hai sayang." Iman menegur Faliq. Mujur tidak tersembur jus oren dari mulut lelaki itu.

"Ha... hai sayang. Finally you coming. Come, dear." Faliq terburu-buru bangun dan memegang beg tangan Iman. Tidak lupa juga kerusi di sebelah lelaki itu ditarik sebelum Iman melabuhkan duduk di situ.

"Lama ke you tunggu, sayang?" Soal Iman sambil tersenyum. Sempat juga dia melemparkan senyuman pada perempuan yang duduk bertentangan dengan Faliq.

"Lama lah juga, sayang. But, nevermind. Demi you, sampai mati pun I sanggup tunggu." Sumpah Iman rasa nak lempang muka Faliq sekarang. Sumpah cringe!

"Awww, sayang. That's so cute lah, sayang. Sorry tau, sayang. Tadi kita ada meeting." Iman pun rasa nak hentak dahinya ke dinding. Geli dengan diri sendiri yang menggeletis macam ulat bulu. Kita? Sayang? Eww!

Hilang imej kasar seorang Iman Dayana!

Faliq terus tergelak perlahan. "Tak apa, sayang. I faham lawyer banyak kerja."

"Oh hai you. Sorry tak perasan. Maklumlah I rasa macam lama je I tak jumpa kesayangan I ni. Sebab tu macam ni hehe. By the way, you siapa ya? Kita belum berkenalan lagi," ujar Iman seakan baru perasan akan kewujudan gadis itu. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan gadis itu.

Iman dapat menangkap wajah merah gadis itu. Mungkin, marah?

"Nama I Suhana. Suhana Aliya!" Ditekan namanya sedikit kuat. Tangan Iman dibiarkan tidak bersambut.

"Oh ni ke Suhana yang you cerita dekat I haritu, sayang? Yang mak nak jodohkan you dengan dia tu?" Soal Iman pura-pura terkejut. Tangannya menekup mulut bagi menambah lagi riak kaget.

Faliq yang tidak siap dengan soalan itu terus saja mengangguk janggal. Rasanya dia tak pernah cakap dekat Iman nama perempuan ini.

"Hah? Oh ya. Ya. Dia lah," balas Faliq sambil tersenyum janggal.

"Oh you lah orangnya. Bagus juga kita jumpa kat sini. Boleh I kenalkan diri I dengan lebih proper. Nama I, Iman Dayana. I, girlfriend Faliq. Lelaki yang you berkenan sangat ni, dah berpunya tau." Iman ketawa seolah-olah sedang berkongsi cerita lucu. Faliq pula selesa menjadi pendengar. Biarlah si budak Iman ni berlakon. Nampak macam seronok sangat aje tu.

"What? Faliq! Apa semua ni?" Soal Suhana tidak puas hati.

Iman hanya menahan tawanya dari terburai apabila melihat wajah bengang Suhana.

"What? Kau dengar kan apa yang dia cakap? Aku dah cakap berkali-kali tapi kau yang tak faham bahasa. Now, tunggu apa lagi? Pergilah dari sini. I wanna have lunch with my girl," balas Faliq dengan beku.

Iman terus mengalihkan pandangan. Awww, my girl? Terasa ada rama-rama terbang dalam perutnya. Untuk saat ini biarkan dia nikmati rasa ini.

"But, Cik Ruzy cakap you single lagi. I nak kenal you lebih dalam. I yakin kita serasi bersama." Bersungguh-sungguh Suhana berkata. Hatinya sudah terpaut pada Faliq sejak pertemuan pertama mereka.

"Listen girl. Kalau orang dah tak nak, better you pergi. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. You nak tahu tak? Bila you berperangai macam ni, you seolah-olah merendahkan martabat wanita. Buat malu je tau. Maybe dia bukan untuk you. Just wait. The best will come. Faham?" dalam kelembutan nada yang digunakan Iman, terselit teguran tegas untuk Suhana.

Terkedu Suhana dibuatnya apabila ditegur begitu. Sedikit malu apabila 'dibasuh' terang-terangan.

"So better you think twice before you nak kacau partner I. You cari bala if you nak jadi perempuan ketiga dalam hubungan kami. Pergi." Faliq terkejut dengan nada yang digunakan Iman. Kedengaran sangat tegas dan... anggun.

Sehabis Iman berkata begitu, Suhana segera bangkit untuk pergi dari situ. Jatuh maruahnya apabila dimalukan begitu.

"Finally. I'm done," ucap Iman seraya melepaskan keluhan. Penat juga ek berlakon ni.

Dia beralih tempat duduk dan duduk didepan lelaki itu. Lehernya digerakkan ke kiri dan kanan.

"Wow! You're so amazing, sister! Amazing!" Faliq menepuk tangannya perlahan sambil memandang Iman. Tak pelik kalau perempuan ni dah banyak kali menang perbicaraan.

"Aku tahu aku multitalented. Setakat berlakon jadi girlfriend kau, apa lah sangat. Tak mencabar langsung." Iman melibaskan lebihan selendang ke belakang.

"Lepasni kalau firm kau bankrap, kau boleh apply jadi pelakon. Mana tahu boleh sebaris dengan Mira Filzah, kan?" Tergelak Iman mendengar kata-kata Faliq.

"So, where's my upah? Aku dah lapar ni." Buku menu dicapai dan mula membelek setiap helaian.

Faliq hanya tersengih mendengar permintaan Iman. "Makan je kau fikir ek?"

"Of course. Aku datang sini sebab tawaran upah kau aje. Kalau bukan sebab offer kau menarik, tak ada maknanya aku nak datang sini. Dah la jauh tau." Iman berkata sambil tangannya menyentuh gambar-gambar makanan. Hm, nak makan apa ya?

Rambang matanya apabila melihat pelbagai menu yang terpapar. Kalau orang nak belanja, kita kena pilih yang paling mahal.

"Pilih lah kau nak makan apa. My treat," ujar Faliq. Nak tak nak dia kena tunaikan janjinya.

"Ok. Then aku akan buat kau menyesal sebab buat tawaran tu." Iman sudah tersenyum penuh makna.

"Mampus aku." Faliq berkata dengan pasrah apabila Iman memanggil waiter untuk memesan makanan.

Bukan satu, bukan dua, tapi....

Lima menu!

'Oh Allah! Save my money!"

***

Keheningan malam langsung tidak dapat menenangkan hati seorang Megat Faliq sekarang. Otaknya yang sudah sedia serabut makin serabut dek mendengar keputusan emaknya.

Faliq mengusutkan rambutnya kasar. Masih terngiang-ngiang kata-kata yang keluar dari emaknya tadi. Emaknya sudah mengeluarkan arahan mandatori dan Faliq tiada jalan keluar lagi.

"Kenapa mak sibuk sangat nak suruh aku kahwin? Ya Allah. Serabut!"

"Faliq. Nanti lepas makan kita kumpul kat ruang tamu. Malam ni kamu tak payahlah keluar ke mana-mana. Mak ada benda nak cakap dengan kamu," ujar Puan Ruzy ketika mereka sedang makan malam.

Faliq tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menganggukan kepala. Patuh.

Selesai sahaja mengemas dapur, Puan Ruzy melangkah ke ruang tamu sambil membawa dulang berisi teh panas.

Faliq segera mendapatkan dulang itu dan meletakkan di atas meja. Puan Ruzy mengambil tempat di sebelah Encik Ali. Matanya tunak memandang gerak-geri anak tunggalnya. Anak yang baik.

"Amboi dua beranak ni. Sejak bila layan drama Melayu?" soal Puan Ruzy sambil memusatkan pandangan di kaca tv.

Faliq hanya tersengih sahaja.

"Awak tu lama sangat. Saya tengok aje lah apa pun yang ada. Bukannya saya faham pun cerita ni pasal apa," jawab Encik Ali. Drama ini biasanya ditonton oleh isterinya. Kadang-kadang dia turut serta menemani isterinya menonton. Tapi membosankan.

"Mak nak cakap apa? Sampai Faliq nak pergi lepak pun tak boleh," soal Faliq memandang emaknya.

Puan Ruzy memandang sekilas suaminya. Encik Ali tidak memberi respon apa-apa. Dia terus mengalihkan pandang ke kaca televisyen.

"Macam ni Aliq. Semalam Suhana ada telefon mak. Dia bagi tahu yang kamu dah ada kekasih. Betul, Aliq?" soal Puan Ruzy. Faliq terkaku di situ.

Masih jelas di pendengaran Puan Ruzy ketika Suhana berkata bahawa dia mahu mengundurkan diri. Katanya Faliq sudah ada wanita yang dicintainya. Terkejut benar Puan Ruzy saat mendengar cerita gadis itu.

'Haish! Masalah baru...' Faliq menghela nafas lemah. Dia sudah dapat mengagak ke mana arah perbualan ini.

"Dia tu sibuk kenapa? Tak ada kerja lain ke selain menyemak depan muka Aliq? Rimas lah," ujar Faliq dengan ekspresi yang sangat kusut.

"Mak yang suruh dia berkawan dengan kamu. Nak harapkan kamu, memang sampai ke sudah lah tak ada." Jawapan emaknya membuatkan Faliq mahu menjerit. Emaknya tak habis-habis mahu dia dengan gadis itu. Naik rimas pula jadinya.

"Mak. Bukan ini tau caranya. Faliq makin rimas kalau mak suruh budak tu menempel dekat Aliq setiap masa. Macam tak ada kerja lain aje."

Encik Ali senyap. Dia hanya memerhati kedua-dua beranak itu berbual. Isterinya tetap dengan pendiriannya. Anaknya pula ada prinsip yang teguh. Sama-sama keras.

"Macam ni lah Aliq. Apa yang mak nak cakap ni. Kamu suka atau tidak, kamu kena ikut. Tiada bantahan!" tegas sahaja nada bicara Puan Ruzy. Faliq mula merasakan firasat tidak baik.

"Kalau Faliq masih anggap mak ibu kandung Faliq, terima calon menantu pilihan mak." Tegas dan jelas arahan yang keluar dari mulut Puan Ruzy.

Faliq terpempam mendengarkan ucapan emaknya.

"Mak! Jangan nak mengarut boleh tak? Kenapa mak terdesak sangat suruh Faliq kahwin? Kalau mak nak sangat Suhana tu jadi anak mak, then ambik dia jadi anak angkat mak. Faliq sendiri boleh keluar dari rumah ni." Faliq juga tidak mahu kalah.

"Kalau kamu tak nak Suhana jadi menantu dalam rumah ini, then bawa calon pilihan hati kamu." Puan Ruzy berkata sambil memandang tepat ke dalam mata anak lelaki itu.

Faliq terus tersandar lemah di sofa. Matanya dipejamkan sambil zikir dialunkan di dalam hati. Kesabaran yang kian menipis cuba dipupuk lagi.

"Mak. Please lah. Apa ni? Kenapa tiba-tiba paksa Faliq macam ni?" buntu Faliq dibuatnya apabila emaknya berkata begitu.

"Sekarang pilihan ada di tangan kamu. Kahwin dengan pilihan mak atau bawa pilihan hati kamu ke sini dan kenalkan pada mak. Keputusan mak muktamad. Titik!" Sehabis Puan Ruzy berkata begitu, Faliq meninggallan ruangan itu. Sebal dengan sikap emaknya yang tiba-tiba berubah.

Faliq menghela nafas kasar. Dalam otaknya serabut dengan pelbagai perkara.

Telefon pintar di hadapannya direnung. Ada satu nama yang terlintas di benaknya saat ini. Baginya, hanya gadis itu saja yang layak menjadi 'calon isterinya' buat masa ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro