𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐧𝐢𝐧𝐞

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ayah chik," panggilku membuat Tengku Isaac yang tekun melihat tablet, terus mengalihkan pandangan dan memberikan tumpuannya kepada aku.

"Ya, Camille?"

"Nenda tak cerita pun, macam mana Camille boleh hilang dari istana," ujarku sebelum terasa bahu aku memberat. Aku menoleh ke arah kiri aku dan ternyata, Tengku Sean melentokkan kepalanya di atas bahu aku.

"Kau kenapa?"

"Pinjam bahu. Jangan kedekut bahu sangat," pintasnya sambil memejamkan mata. Aku merenungnya tajam. Ada juga yang dia cucuk ni nanti.

"Tak sangka Tengku Sean yang orang kata sombong dan pendiam tu, gedik juga eh?" bisikku perlahan agar kami berdua sahaja yang mendengarnya.

"Sebelum bibir kau, aku hurm... baik diam," nafinya membuatkan aku serta merta menyentuh bibir aku.

"Pervert!"

"Camille?" panggil Tengku Isaac membuatkan aku dengan drastik menolak kepala Tengku Sean dari bahu aku.

"Aduh!"

"Ya, ayah chik?" soalku dengan muka polos. Bukannya aku tidak perasan yang Tengku Sean memandang aku dengan jelingan maut. Suka hati dialah!

"Kamu nak dengar tak apa yang ayah chik nak cerita ni?"

"Nak!"

"Tak nak."

"Diam kau."

Tengku Sean menjentik dahi aku. Aih... dia yang cari gaduh, dahi aku juga yang jadi mangsa.

"Lepas sahaja kami dapat berita tentang kemalangan tu, secara tak langsung, kami terus keluar rumah dan menuju ke hospital. Kamu dan Sean di tinggalkan dekat istana bersama para dayang," cerita Tengku Isaac dengan tenang.

"Ketika kami balik, Sean yang tengah menangis, terus berlari ke arah kami dan beritahu yang kamu dibawa lari." Aku menoleh memandang Tengku Sean yang sudah melelapkan matanya.

'Nak menipu tidur pun, agak-agaklah. Telinga merah menyala, sah-sah dia dengar,' desisku di dalam hati apabila melihat Tengku Sean malu sendiri.

"Kemudian?"

"Kami semua dan para pengawal cari kamu di dalam istana itu tapi langsung tidak dijumpai. Selepas itu, baru kami perasan yang Puan Linda dan Encik Lois tak ada pada ketika itu."

"Setelah 10 tahun berusaha, kami akhirnya berjaya mengetahui keberadaan kamu tetapi nenda arahkan kami untuk tunggu sehingga umur kamu hampir mencecah 17 tahun."

Aku hanya mendiamkan diri. Aku cuba menghadam apa yang telah Tengku Isaac ceritakan sebentar tadi. Jadi, selama ini aku diperhatikan?

"Ayah chik, kenapa nenda arahkan untuk tunggu? Kenapa baru sekarang?" soalku setelah lebih kurang seminit mendiamkan diri.

Tengku Isaac menoleh memandang aku yang duduk di belakang sekilas sahaja sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Nanti kamu akan tahu."

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak lama selepas itu, bahu aku mula memberat kembali. Tahulah aku gerangan siapakah itu.

Malas untuk berdebat lagi, aku hanya mengabaikannya. Kepala aku dilentokkan di atas kepala lelaki itu sebelum dibuai mimpi.

𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣 𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞 𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢

TENGKU SEAN'S POV

Selepas keadaan mula sepi, aku membuat pilihan untuk melentokkan kepala aku di atas bahu Camille. Sengaja hendak mengusik dia.

Tapi tidak di sangka apabila Camille hanya mendiamkan diri dan melentokkan kepalanya pula di atas kepala aku.

Aku membatu buat seketika. Bau yang berasal dari gadis ini membuatkan aku meneguk air liur dengan susah payah.

'Sabar Sean, sabar. Jangan macam-macam,' desisku di dalam hati.

Apabila sudah dapat menyelesakan diri, aku tersenyum sendirian.

Tak sangka, setelah hampir 17 tahun gadis ini menghilang, akhirnya aku dapat bertemu dengan dia kembali.

Puteri Tengku Elena Camille, gadis pertama yang membuatkan aku rasa hendak melindunginya. Namun, aku gagal apabila dia telah dibawa lari pada hari itu.

Kisah silam itu terus menghantui diri aku. Macam mana aku boleh percaya dengan semua itu.

"Ayang Inda nak awak Amille gi ane?"soalku dengan pelat.

Mata bundar milikku yang berwarna hijau ini, merenung wajah wanita muda yang sedang mengendong bayi perempuan berumur dua bulan itu, untuk meminta kepastian.

"Tuan Putera, pa... patik hendak bawa Tuan Puteri ke bilik susuan. Tuan Putera duduk di hadapan dahulu, ya? Sebentar sahaja lagi, pasti mereka akan pulang," jawab Dayang Linda dengan senyuman di wajah.

"Nak ikut?"

"Tak boleh Tuan Putera, nanti mereka yang lain akan tercari-cari keberadaan Tuan Putera."

Aku yang masih kecil itu hanya mengangguk akur. Tidak sampai beberapa langkah Dayang Linda pergi, aku melaungkan namanya semula.

"Ayang Inda!" jeritku sebelum berlari terkedek-kedek ke arahnya.

"Ya, Tuan Putera?"

"Nak cium Amille, oleh?" tanyaku lagi. Dayang Linda yang memahami maksudku itu, mengangguk sebelum membongkokkan badannya separas tinggiku.

Dahi bayi perempuan itu aku cium dengan lembut hinggakan bayi itu mengeliat perlahan tanda tidurnya terganggu.

"Patik pergi dahulu ya, Tuan Putera."

Aku memandang kelibat mereka meninggalkan yang pergi meninggalkan aku keseorangan di ruang bilik yang besar itu.

Lebih kurang satu jam lebih aku menunggu mereka untuk kembali, namun kelibat mereka langsung tidak nampak.

Aku keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang susuan namun, apabila tiba di sana, kosong. Tiada Dayang Linda mahupun si kecil Camille di sana.

Aku tidak berputus asa dan terus mencari mereka di merata-rata tempat tetapi hasilnya tetap sama. Mereka seakan hilang.

Aku mula menangis. Entah mengapa, aku rasa seakan aku gagal untuk menjaga Camille walaupun pada ketika itu, aku baru sahaja mencecah dua tahun.

Sehinggalah nenda dan yang lain pulang, aku berlari ke arah mereka dan terus menangis, menangis, menangis dan menangis.

Aku kembali tersedar. Air mata yang bergenang di mata aku dengan laju dihapuskan. Tch, memalukan jika sesiapa nampak aku bakal menangis.

'Bonda, Sean janji, Sean akan jaga Camille dengan lebih berhati-hati. Sean tak akan hilang Camille lagi. Itu janji Sean pada bonda,' bisikku di dalam hati, nekad.

'Camille, aku akan jaga kau hingga akhir nafas aku.'

END OF TENGKU SEAN'S POV

𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣 𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞 𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢

"Kita dah sampai," kata Tengku Isaac apabila jet yang mereka naiki sudah selamat mendarat di kawasan halaman istana yang luas itu.

Kemudian, dia menoleh kebelakang apabila tiada sebarang sahutan kedengaran. Tersenyum dia apabila melihat anak lelaki dan anak buahnya itu tidur dengan nyenyak.

"Mereka berdua ni saja nak buat orang dekat depan ni jealous. Tak apa, nasib baik dah balik. Boleh nak manja-manja dengan isteri sendiri," omelnya sendirian namun matanya tidak dapat dialihkan daripada terus melihat kemesraan Camille dan Tengku Sean itu.

Telefon yang berada di tangannya dibuka lalu aplikasi kamera ditekan.

'KLIK'

"Boleh jadi bahan untuk kenakan Sean ni."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro