BAB 14: Call My Name

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RAYAN buka pintu kereta penumpang dengan kasar apabila Azalea sudah berani mencabar kesabarannya hari ini. Semasa diajak keluar, gadis itu menolak kerana waktu kerjanya berbaki dua jam lagi. Sudah tentu dia memaksa Azalea mengikut kehendaknya hari ini.

“Keluar sekarang,” arah Rayan.

“Saya nak kerja. Dah banyak hari saya tak punch card balik kerja. Semua orang tanya saya mana saya pergi. Saya nak jawab apa?”

“Cakap ajelah kau keluar dengan aku.”

“Mana boleh. Nanti mereka terkejut saya keluar dengan encik.”

Kening Rayan terangkat sedikit apabila mendengar ucapan gadis itu. Dia fikir Azalea tidak ambil tahu tentang posisinya dalam syarikat. Ini bermakna gadis itu tidak mahu hubungan mereka diketahui oleh rakan sekerjanya.

“Lambat-laun mereka tahu juga yang kau tu milik aku. Dah keluar!”

Azalea melangkah keluar dari perut kereta.

“Kita nak pergi mana?” soal Azalea.

“Spa,” balas Rayan sepatah.

Azalea pusing tubuhnya apabila mendengar perkataan spa. Dia mahu membuka pintu tetapi tidak berganjak kerana Rayan terlebih dahulu menghalang dengan menekan dengan tangan.

“Saya tak nak.”

“Dah pandai melawan ya?”

“Saya tak nak, encik. Saya tak suka spa.”

“Kenapa kau tak suka spa?”

Azalea mengigit bibir bawahnya. Dia enggan bercerita tentang pengalamannya berada di spa. Lebih tepat lagi bekerja di spa. Buat dia tidak mahu menjejakkan mana-mana premis bernama spa lagi.

“Kau jawab soalan aku dulu.”

“Saya pernah kerja dekat spa masa umur 17 tahun. Masa mula-mula saya kerja dekat sana, saya hanya kerja cuci tandas sahaja. Tapi lama-lama, mereka nak saya belajar bagi servis pada pelanggan. Masa tulah saya nampak pekerja dengan pelanggan sedang…” Azalea tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Rayan mengeluh perlahan. Apabila melihat wajah tidak selesa Azalea, dia faham apa yang gadis itu cuba sampaikan. Remaja lain sibuk belajar untuk ambil SPM manakala Azalea sibuk mencari duit untuk menanggung hidupnya. Jadi, dia tidak hairan gadis itu buat pelbagai kerja di usia yang muda.

“Kau buat apa lepas tu?”

“Saya lari.”.

“Bagus. Kalau kau tak nak masuk ke spa, tak apa.”

Mereka kembali masuk ke dalam kereta semula. Rayan memula menghidupkan enjin untuk meninggalkan kawasan itu. Jalan yang dia tuju bertentangan dengan jalan pulang ke rumah.

“Rumah arah sana. Kenapa encik lalu sini?”

“Aku lupa nak bagi tahu kau. Malam ni ada majlis untuk aku dan kau. Aku nak kenalkan kau pada semua orang yang kau tu bakal isteri aku. I want to let them know if they’re dare to lay a finger on Rayan’s, they die for sure.”

Tujuan kedua dia mengadakan majlis ini ialah untuk mengumpan musuh dalam selimut mereka. Musuh yang mahukan dia dan Azalea. Jika ada sesuatu yang berlaku pada dia mahupun Azalea pada malam ini, dia akan tahu siapa yang cuba mencari masalah dengannya.

“Macam majlis tunang?”

“Lebih kurang.”

Rayan memberhentikan kereta di sebuah hotel. Kali ini Azalea tidak banyak tanya, kerana dia tahu ini tempat yang akan berlangsungnya majlis yang dikatakan oleh Rayan. Pasti lelaki itu sudah menempah hotel untuk mereka berdua.

“Kau berehat dekat bilik ni dulu. Nanti akan ada orang yang datang ke bilik kau. Aku rasa make-up artist or something like that. Kau rehat dulu dekat sini. Malam ni aku datang jemput kau.”

“Encik pula duduk mana?”

“Depan bilik kau tu.”

“Sekarang ni encik nak ke mana?”

“Aku ada kerja sikit. Kau masuk berehat dulu.”

Azalea enggan masuk ke dalam. Dia tidak mahu berada di tempat baru. Lebih-lebih lagi Rayan akan tinggalkannya seorang diri di sini. Dia rasa tidak selamat tanpa kehadiran jejaka itu.

“Aku kata masuk.”

“Encik takkan tinggalkan saya dekat sini, kan?”

“Pernah ke aku tinggalkan kau, Azalea?” soal Rayan.

Azalea geleng.

“Dah masuk sekarang. Hud ada dekat luar jaga kau.”

Azalea menggagahkan diri masuk ke dalam bilik hotel itu.

RAYAN memerhati penampilannya di sebalik biasan cermin. Dia mengemaskan sedikit tali leher yang dipakainya. Lebihan tali teher dimasukkan ke dalam vest agar nampak lebih kemas. Dia mencapai jam tangan di atas meja sebelum melangkah keluar dari biliknya.

“Azalea tak siap lagi ke?” soal Rayan.

“Perempuan memang lambat bersiap,” balas Hud yang berdiri di tepi muka pintu hotel Azalea dari tadi lagi.

“Haq mana?”

“Tengah standby.”

Tidak lama kemudian, pintu bilik terbuka luas. Ada seorang wanita keluar untuk memberitahu Rayan bahawa Azalea sudah siap.

Rayan tidak menunggu lama untuk masuk ke dalam melihat Azalea. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik gadis itu, dia terpukau dengan kejelitaan Azalea. Gadis itu kelihatan sangat berbeza saat ini.

“Hermosa. Hermosa diosa,” gumam Rayan perlahan.

Wajah yang bersih tanpa cela dioles alat solek. Bibir yang sudah tersedia merah tanpa pewarna asing dioles dengan warna nude. Alis mata yang lentik jadi semakin lentik menyerlahkan sepasang mata berwarna kelabu ditambah lagi dengan solekan mata yang sesuai.

Rambut yang selalu diikat toncang seperti ekor kuda disanggul kemas menampakkan leher jinjang Azalea. Gaun merah yang melekat di tubuh gadis itu menyerlahkan setiap lengkuk badan gadis itu yang menggiurkan. Bahagian dada gadis itu agak terdedah membuatkan Rayan tidak senang.

“Ada yang tak kena ke encik?” soal Azalea. Dia risau takut ada yang tidak kena di mata jejaka itu.

“Kau pakai baju inner kan?” soalnya.

“Ya. Cuma baju ni ikut kulit saya.”

“No one can see what is mine.”

Rayan menarik nafas lega. Langkahnya diatur mendekati gadis itu. Dia berdiri di belakang Azalea untuk memastikan yang gadis itu betul-betul memakai baju dalam. Minyak wangi milik gadis itu menusuk ke rongga hidungnya. Buat dia terasa khayal seketika. Bibirnya dibawa ke cuping telinga gadis itu.

“Te ves como una diosa,” bisik Rayan.

Suara seksi Rayan yang menyapa gegendang telinga Azalea membuatkan jantungnya berdegup laju. Bulu romanya terasa merinding seketika. Dia tidak faham setiap bait yang diucapkan oleh jejaka itu. Tetapi suara bisikan Rayan buat mukanya terasa panas.

Jari-jemari Azalea yang memakai sarung tangan daripada baldu dicapai. Belakang tangan gadis itu diciumnya.

“Shall we go, mi hermosa diosa?”

Azalea mengangguk.

Mereka beriringan melangkah keluar dari bilik menuju ke lif.

Azalea agak gementar kerana ini kali pertama dia menunjukkan diri dalam khalayak ramai. Tambahan pula, ini pengalaman pertama dia menghadiri majlis begini. Dia risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini yang boleh menjejaskan nama Rayan.

“Kau tak perlu takut. Aku akan sentiasa bersama dengan kau.”

“Saya tak pandai bergaul dengan orang. Kalau mereka tanya saya dalam Bahasa Inggeris macam mana? Saya tak faham,” luah Azalea penuh kerisauan.

“Aku ada. Kau hanya sebut nama aku. Aku akan buat apa sahaja untuk kau, Azalea,” balas Rayan.

Lif terbuka. Azalea masih ragu-ragu untuk melangkah keluar dari situ. Rayan  memanjangkan tangannya menanti dia menyambut huluran itu. Dia memandang wajah kacak jejaka itu yang menunggu dengan penuh sabar.
Seingat dia, Rayan tidak pernah merungut jika dia menolak kehendak lelaki itu. Apa yang dia mahukan selalu ditunaikan dengan serta-merta. Biarpun permintaannya hanya sekecil hama. Rayan tetap berusaha untuk memuaskan hatinya tanpa merungut.

Apa lagi yang perlu dia tunggu? Lelaki di hadapannya yang mengubah hidupnya. Saat dia hampir berputus asa untuk hidup, Rayan muncul menyelamatkan dirinya. Jejaka itu memberi nafas baru kepadanya saat dia tersungkur. Semuanya berubah saat Rayan Edrise muncul dalam hidupnya. Yang dulunya gelap-gelita tetapi berubah penuh warna-warni.

Azalea menyambut huluran Rayan. Buat apa dia ragu-ragu untuk memegang tangan itu sedangkan jari-jemarinya itulah dia capai terlebih dahulu. Azalea tekad. Jika Rayan sanggup buat apa untuknya, dia juga sanggup menggadaikan nyawa demi jejaka itu.

DAMIEN memerhati Rayan dan seorang gadis yang berada di samping lelaki itu dari jauh. Dia tidak menyangka abang angkatnya memperkenalkan bakal isterinya pada malam ini. Rata-rata tetamu di majlis ini agak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh pemilik RA’ED Corp apatah lagi dia.

Jika Datin Haliza tahu anak angkatnya akan berkahwin tidak lama lagi, pasti akan melenting. Damien pula akan jadi mangsa keadaan amukan mamanya. Sudah tentu dia akan dimarahi oleh Datin Haliza kerana membiarkan Rayan berkahwin dulu.

Dia agak kagum dengan Rayan kerana lelaki itu dapat berjumpa dengan perempuan yang tepat. Apa yang dia tahu tentang Rayan, abangnya itu mempunyai perwatakan dingin dan agak kasar. Dia yakin mana-mana perempuan yang dengar cara Rayan pasti akan menangis. Tetapi bakal isterinya dapat menundukkan Rayan dengan mudah. Perempuan yang mampu menerima Rayan seadanya.

Kenapa dia rasa seperti pernah berjumpa dengan bakal isteri Rayan? Wajah itu seiras seseorang yang dia pernah kenal. Kalau dia berkenalan dengan lebih dekat, pasti dia tahu gadis itu seiras dengan siapa. Apabila mengenangkan si abang yang langsung tidak mempedulikan kehadirannya di sini, dia hanya memendam niatnya itu.

“This is Damien.”

Gelas yang menyentuh bibirnya dikeluarkan balik apabila terdengar suara Rayan yang bercakap di belakangnya. Damien menoleh untuk bertentang mata dengan abang angkatnya. Rayan dan bakal isterinya sudah berada di hadapan mata.
Gadis itu nampak macam…

“This is my future wife, Azalea Medina,” kata Rayan.

“I’m his brother, Damien Idham,” balas Damien sengaja mahu menempah bala.

“Adopted,” bidas Rayan.

“Congratulations both of you,” ucap Damien.

“Mana yang kau punya? Takkan Datin Haliza tak paksa kau kahwin kut? Atau kau dah bersedia jatuh miskin?”

Damien menjongketkan bahu. Dia tidak kisah dengan wasiat arwah datuk. Harta tersebut tidak memberi apa-apa baginya. Apa yang penting dia mahu mencari kebenaran mengenai Tengku Marina dan anak wanita itu. Jika dia tahu semuanya, pasti senang untuk memujuk mama melepaskan harta tersebut.

“27 years ago, there are two babies were born on the same day,” ujar Damien.

Ucapannya membuatkan wajah Rayan jadi tegang serta-merta. Perubahan riak wajah abangnya itu jelas menunjukkan bahawa Rayan tahu sesuatu tentang apa yang berlaku 27 tahun yang lalu. Iaitu pada hari dia lahir.

Azalea dapat merasakan ketegangan dua hubungan dua-beradik itu. Lagipun, reaksi Rayan berubah apabila mendengar percakapan Damien tadi. Pasti ada sesuatu yang terjadi dan mahu dibincangkan oleh mereka. Dia tarik lengan Rayan untuk mendapatkan perhatian jejaka itu.

“Awak nak cakap sesuatu dengan adik awak ke?” soal Azalea.

“Stay with Hud for a while. Boleh?”
Azalea mengangguk. Dia berlalu pergi.

“Apa yang kau dah tahu?” soal Rayan.

“Aku dan anak Mama Rina lahir pada hari yang sama. She died right after giving birth which is never recorded in hospital. Sebabnya kecuaian dari pihak hospital. Pelik, kan? Macam mana pihak hospital boleh terlepas pandang hal serius macam ni? Setiap kematian yang berlaku mestilah direkodkan. I come up with two possibilities. Pertama, anak Mama Rina masih hidup kalau tak, takkan arwah datuk nak cucu kandung dia yang mewarisi harta dia. Kedua, ada orang yang bawa lari anak Mama Rina. Betul tak apa yang aku cakap?”

“Aku tak nafikan apa yang cakap semuanya betul. Tapi kau lupa letak satu lagi  kemungkinan,” balas Rayan.

“Apa dia?”

“Ketiga, ada orang tukar anak mama dengan anak orang lain. Sebab itu tiada dalam rekod hospital.”

Damien bungkam. Dia tidak terfikir sampai ke tahap begitu.

“Itu sahaja yang kau tahu? Kenapa kau tak siasat apa yang Datin Haliza dah buat pada Tengku Marina? Kenapa kau takut nak tahu rupa sebenar mama kau?” soal Rayan bertalu-talu.

Dia tidak menunggu lama di situ menanti reaksi Damien kerana sudah lama meninggalkan Azalea seorang diri. Matanya melilau mencari kelibat gadis itu tetapi tiada. Hud yang ditugaskan menjaga Azalea juga tiada di dalam dewan itu. Dia cuba mencari sekali lagi namun usahanya sia-sia.
Rayan melangkah keluar dari dewan.

“Haq,” panggil Rayan melalui in-ear yang dipakainya.

“Yes, boss.”

“Azalea dan Hud hilang. Aku nak kau secure semua CCTV dalam hotel ni. Kalau ada yang mencurigakan, kau tak perlu tunggu arahan aku untuk tangkap dia,” arah Rayan.

“Baik.”

Rayan cuba mencari mereka berdua di setiap lorong tingkat tersebut. Dia cuba bertanya dengan seorang housekeeping yang berselisih dengannya. Rata-rata tidak pernah bertemu atau melihat Azalea dan Hud. Dia sudah resah. Kalau terjadi apa-apa pada Azalea, dia akan menyesal seumur hidup. Perangkap yang dia pasang kini memerangkap dirinya.
Mana lagi dia perlu cari gadis itu?

“Arghh!”

Jeritan seorang perempuan menarik perhatian Rayan. Dia bergegas menuju ke arah suara yang dia dengar tadi. Seorang pencuci tandas menjerit ketakutan melihat sekujur tubuh terbaring di atas lantasi. Rayan tidak menunggu lama untuk mendekati Hud yang terbaring di situ. Dia memeriksa nadi sekretarinya itu. Masih berdenyut.

“Encik tadi saya terdengar ada suara perempuan dalam tandas,” beritahu tukang cuci itu.

Rayan terus masuk ke dalam tandas. Suara perempuan menjerit semakin jelas di gegendang telinganya. Penumbuknya dikepal kemas malah darahnya sudah menggelegak panas.

Seorang lelaki sedang menindih tubuh Azalea. Kedua-dua pergelangan tangan gadis itu dicengkam kuat menyebabkan Azalea tidak mampu meronta. Baju dalam yang dipakai oleh Azalea dikoyakkan oleh lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, lengan gaun ditarik ke bawah sehingga ke pangkal lengan. Kulit Azalea dicium oleh jantan itu.
Sebaik sahaja melihat situasi yang terbentang di ruang mata, Rayan tidak ragu-ragu melepaskan penumbuk sulungnya.

Lelaki yang cuba menyentuh Azalea tersudah terbaring di atas lantai. Tidak cukup dengan itu, kolar baju jantan itu direngkuh dengan kasar. Wajah lelaki itu ditumbuk sehingga tersembur darah dari hidung. Tangan Rayan sudah dilumuri dengan darah. Dia tidak pedulikan semua itu.

“Encik berhenti.” Azalea bersuara.

Rayan tidak pedulikan larangan gadis itu. Lelaki yang berada di dalam genggamannya ditarik dengan merapati singki lalu dihantukkan kepada pada bucu singki. Cecair merah tersembur keluar dari dahi lelaki itu. Mangsanya meraung kesakitan dalam keadaan tidak terdaya. Tindakannya itu masih tidak memuaskan hati Rayan. Dia mahu hantukkan lagi kepala lelaki itu.

“Rayan… Tolong berhenti…” seru Azalea.

Tindakan Rayan terhenti serta-merta. Ini kali pertama gadis itu sebut namanya. Genggamannya melonggar menyebabkan mangsanya melurut jatuh ke atas lantai. Dia menoleh ke arah Azalea yang sedang terduduk di atas lantai mozek. Dia melutut di hadapan bunga itu.

“Kau takut dengan aku?”

Azalea geleng.

“Kau nak selamatkan jantan yang dah hampir rogol kau?”

Azalea geleng.

“Pandang aku, Azalea.”

Wajah Azalea basah dengan air mata dicengkam dengan tangan yang dikotori dengan darah. Cecair itu melekat di wajah gadis itu.

“Saya selalu menyusahkan awak, Rayan. Setiap kali saya dalam masalah, awak selalu datang selamatkan saya. Saya tak mampu nak selesaikan seorang diri. Macam mana saya nak berada di sisi awak dengan keadaan saya lemah macam ni? Saya langsung tak dapat jaga diri saya sendiri. Saya malu. Saya malu kerana selalu jadi penghalang apa yang awak nak buat. Saya tak layak untuk awak. Saya tak layak.”

Air mata yang jatuh turut membasahi tangan Rayan yang memegang wajahnya. Dia langsung tidak mampu berbuat apa-apa ketika diri sendiri dalam bahaya. Dia lemah kerana selalu mengharap pertolongan Rayan.

“Aku dah pesan. Kau sebut nama aku, aku akan sentiasa ada untuk kau,  mi diosa.”

Air mata yang mengalir diseka membuatkan pipi gadis itu jadi merah.

“Kalau kau bersedia bermandi darah dengan aku, kau tak perlu buat apa-apa. Aku akan buat semuanya untuk kau. Asalkan kau ada dengan aku. Dan aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila, mi diosa.”

Rayan menanggalkan blazer yang dipakainya lalu disarungkan pada tubuh Azalea.

“Kau masih nak kahwin dengan aku tak?”

Azalea mengangguk laju.

“Good. Itu dah cukup bagi aku.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro