BAB 19: Como Una Mafia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAQ menyandarkan badannya pada dinding untuk melepaskan lelah. Dia mahu berehat buat sementara waktu sebelum berhadapan dengan musuhnya untuk entah ke berapa kali. Pertarungan tadi menyebabkan bahagian sisi perutnya ditembusi dengan peluru. Darah yang keluar tidak banyak kerana tidak terkena bahagian ususnya.

Dia berharap dapat bertahan lama buat masa ini. Banyak lagi musuh yang sedang berkeliaran di dalam hotel ini. Dia perlu habiskan mereka semua sebelum musuhnya dapat mencapai objektif mereka. Semua itu tidak penting.

Walau apa pun yang akan terjadi, tugas dia dan Hud akan memastikan keselamatan Azalea menjadi keutamaan mereka berdua.

Bunyi tapak kasut berlari semakin kuat kedengaran. Senjata api yang diambil daripada musuh yang telah tewas dibawa ke dadanya. Haq bersiap sedia untuk menyerang hendap musuh daripada belakang. Dia terus keluar daripada persembunyian lalu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah sasarannya. Dua daripada tiga orang musuh rebah terkena serangan yang tidak disangka-sangka. Seorang lain menggunakan rakan subahat untuk melindungi diri dari tembakan Haq.

“Shit!” sumpah Haq apabila senapang yang dipegang kehabisan peluru.
Dia terus mencampakkan senjata itu ke lantai. Dia tidak menunggu lama terus menerkam seorang lagi lelaki yang masih berdiri. Pistol di tangan musuh itu ditendang sehingga terpelanting jauh entah ke mana. Haq tidak memberi peluang kepada musuh memberi reaksi terhadap serangannya. Sepakan dan tumbukan singgah pada badan lelaki itu tanpa henti.

Musuhnya sudah terhuyung-hayang kerana tidak dapat membalas kembali serangan Haq. Cubaan yang dilakukan sia-sia apabila Haq menangkap tangannya lalu dipulas sehingga ke belakang sehingga mengeluarkan bunyi sesuatu yang patah. Lelaki itu rebah ke lantai sambil meraung kesakitan. Kesempatan itu diambil oleh Haq untuk mengunci tubuh musuhnya dengan kaki. Kepala lelaki itu dipasungkan dengan lengan lalu dipulas ke belakang.

Krak!

Musuhnya itu terus berhenti meraung. Haq melepaskan tubuh yang sudah kaku itu. Dia kembali bangkit berdiri apabila dapat menumpaskan musuh untuk sekian kalinya. Dia mengheret kaki untuk beredar dari situ dengan segera bersama senjata baru.

Langkahnya terus mati apabila sekumpulan lelaki bersut dan bertopeng muncul di hadapannya. Kakinya terundur ke belakang setapak demi setapak. Tetapi kumpulan itu semakin maju mendekatinya. Jika melepaskan tembakan, hidupnya tidak akan selamat juga. Dia pasti akan mati di tangan mereka yang rata-rata mempunyai pistol dan senapang di tangan.

Pistol di tangannya dilemparkan di atas lantai. Kedua-dua belah tangan diangkat ke udara seperti seorang pesalah.

“Aku mengaku kalah.”

Muncung senapang sudah dihalakan ke arahnya. Haq menerima nasibnya dengan tenang. Nampaknya hotel ini akan menjadi kuburnya. Dia terkilan kerana tidak dapat melaksanakan arahan terakhir dari Rayan. Majikannya itu mahu dia jaga Azalea jika Rayan tidak berada di sisi lelaki itu. Nampaknya, dia tidak mampu menjalankan arahan itu dengan sebaik mungkin.

Bang!

Bunyi tembakan bertalu-talu menyedarkan lamunan Haq.

“Apa kau buat tu, bodoh! Pick up the weapon. Kau nak aku mati katak macam kau ke, hah?” Suara Hud kedengaran jelas di cuping telinganya.

Adik kembarnya itu seorang diri berhadapan dengan sekumpulan musuh itu dari seberang sana. Hanya tinggal tiga orang sahaja daripada lima orang musuh tadi. Haq mengambil senjata yang dicampak tadi. Picu ditarik sebelum melepaskan tiga das tembakan. Dalam sekelip mata, tiga orang lelaki bertopeng mati di tangan dua beradik itu.

“Dah, jom! Bos masih perlukan kita. Kalau dia mati, tak pasal-pasal Puan Azalea jadi janda,” kata Hud.

“Kalau ada seorang lagi yang boleh tolong kita bertiga, senang sikit nak tumpaskan mereka tu semua,” ujar Haq.

“Kau nak siapa yang tolong kita? Azalea?”

“Kalau bos bagi bini dia belajar menembak, senang sikit kerja kita. Tapi aku ada bagi pisau lipat dekat Azalea,” akui Haq.

“Kau nak mampus?” Hud terkejut.

SENAPANG yang digunakan oleh Rayan sudah kehabisan peluru. Penjahat semakin lama semakin ramai mengepungnya. Dua orang musuh tadi sudah bertambah jadi sembilan. Mereka sudah tahu kedudukan Rayan. Dia tiada pilihan lain selain keluar dari tempat persembunyiannya.

Rayan keluar dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke udara. Senapang yang dipegangnya dicampai ke atas mozek.

“Come and get me, coward,” ujar Rayan.

Tiga orang lelaki bertopeng melangkah ke hadapan sambil merenggangkan urat leher mereka. Satu tumbukan singgah di muka Rayan membuatkan bibirnya  berdarah. Rambutnya dicengkam kuat dengan menekan kepalanya ke bawah sebelum lutut naik singgah di muka Rayan. Kini hidungnya pula berdarah. Kedua-dua belah tangannya dipegang erat oleh dua orang lain. Seorang lelaki datang menerpanya dengan menerajang perutnya membuatkan dia terduduk di atas lantai.

Belakang tapak tangannya mengesat darah yang keluar dari hidung. Ibu jarinya menyapu darah yang mengalir di tepi bibir. Cecair merah itu masuk ke dalam mulutnya membuatkan Rayan dapat merasa darahnya sendiri. Senyuman sinis terbentuk di bibirnya.

Rayan mahu bangkit. Tetapi salah seorang penjahat datang menerpanya. Buku lima yang meluru ke arahnya ditangkap dengan sebelah tangan. Dia menarik lelaki itu ke arahnya lalu menyebabkan mereka bergolek di atas lantai seketika. Rayan kembali bangkit dengan segera sebelum menyepak kepala mangsanya dengan kuat.

Datang lagi seorang penjahat yang menerpanya dari belakang. Lelaki bertopeng itu cuba mencekik leher Rayan dengan lengan dari arah belakangnya. Namun, tindakan pantas Rayan dengan membongkokkan badannya ke hadapan lalu melemparkan tubuh penjahat itu di atas lantai. Tangan yang cuba mencekiknya tadi dipulas sehingga bunyi ‘krak’.

Satu tendangan singgah di belakang badan Rayan menyebabkan badannya terdorong ke depan. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, satu penumbuk muncul di hadapan mata. Rayan sempat menangkap buku lima itu sebelum singgah di wajahnya lagi. Tangan itu digenggam kemas olehnya sebelum Rayan melepaskan penumbuknya bertubi-tubi pada wajah lelaki itu. Apabila darah tersembur dari hidung musuh, barulah dia melepaskan tangan lelaki itu.

“That’s all you can do?” kata Rayan dengan sinis.

Lima orang lagi yang tinggal menerpa ke arahnya. Tumbukan yang meluru ke arahnya dapat dielak oleh Rayan dengan mudah. Namun, tendangan yang tidak disangka-sangka datang singgah ke badannya menyebabkan tubuh Rayan terdorong jauh menghempap dinding. Dia tidak berdiam diri di situ lalu membalas serangan yang sama.

Sedang dia mencekik salah seorang penjahat tersebut dengan lengannya, satu hentakan yang kuat singgah di kepalanya. Tetapi Rayan masih tidak berganjak melepaskan mangsanya. Dia menoleh untuk melihat senjata apa yang digunakan untuk memukul kepadanya. Senapang yang dilemparkan oleh Rayan tadi sudah terkopek.

Seorang lelaki menerkam ke arahnya. Rayan terlebih dahulu mengangkat kaki menerajang musuhnya itu. Penjahat itu datang tanpa henti menyerang Rayan. Lelaki yang dicekiknya tadi dijadikan pelindung daripada menerima serangan musuhnya itu. Tiga lelaki bertopeng datang menerpanya serentak. Rayan bertindak memanjat dinding dengan menggunakan mangsanya yang dicekik sebagai tempat berpaut sebelum melayangkan satu sepakan ke arah salah satu penjahat itu. Lelaki yang dicekik tadi dilepaskan kerana tiada berlaku rontaan seperti tadi.

Sebaik sahaja dia angkat muka, tiga orang musuh yang masih lagi berdiri menghalakan muncul pistol ke arahnya.

“Let’s end it here,” ujar salah seorang daripada mereka.

“Coward.”

Musuh yang pengsan tadi kembali sedarkan diri. Mereka terus bangun mendapatkan Rayan. Kedua-dua belah tangan Rayan dikilas ke belakang dengan memaksanya melutut di hadapan mereka semua.

Klak!

Bang!

PINTU bilik hotel ditendang kuat. Seorang lelaki bertopeng melangkah masuk untuk memeriksa bilik tersebut. Azalea yang sedang bersembunyi di dalam almari menekup mulutnya agar tidak mengeluarkan bunyi. Bunyi tapak kasut semakin lama semakin mendekat di tempat persembunyiannya.

Derapan kasut berhenti di hadapan almari. Azalea menahan nafas sedalam yang mampu agar tidak kedengaran oleh musuhnya di luar itu. Tidak lama kemudian, bunyi orang berjalan mula beredar dari sini. Tangan yang menekup mulut dilarikan. Dia menghembuskan nafas lega apabila bunyi yang didengari tadi sudah tiada.

Namun, sangkaan Azalea meleset sama sekali. Pintu almari terbuka luas. Seorang lelaki bertopeng hitam berdiri di hadapannya. Rambut yang disanggul kemas terlerai akibat digenggam kuat oleh lelaki itu. Penjahat itu menarik rambut Azalea dengan memaksanya keluar dari almari.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!”

Azalea meronta-ronta kuat apabila tubuhnya diheret dengan menarik rambutnya. Tangan yang mencengkam rambutnya ditampar beberapa kali. Tetapi usahanya hanya sia-sia sahaja. Perbuatannya tidak memberi kesan pada penjahat itu. Rambutnya dilepaskan oleh lelaki itu menyebabkan badannya terdorong ke depan sikit.

“Kalau kau apa-apakan aku, suami aku datang akan bunuh kau!” ugut Azalea.

Pang!

Pipinya ditampar kuat oleh lelaki itu. Kepalanya terteleng ke kiri akibat menerima penampar itu. Jarinya menyentuh pipi yang terasa pijar dan berdenyut-denyut. Lidahnya terasa seperti ada cecair asing masuk ke dalam mulutnya. Azalea menyentuh tepi bibirnya yang terasa sakit. Ada darah yang melekat di situ.

“Kau takkan dapat apa-apakan aku!”

Azalea tidak menunggu lama di situ. Dia melarikan ke arah dapur kerana pintu keluar sudah pun dihalang oleh penjahat tersebut. Namun, langkahnya mati apabila rambutnya dicengkam dari belakang. Badan Azalea dipusingkan sebelum penampar kedua singgah di pipi yang sama. Tubuhnya ditolak kasar menyebabkan Azalea terjatuh di atas lantai. Bahunya ditolak kasar sehingga badannya terlentang di atas mozek.

Penjahat itu menanggalkan tali pinggang yang dipakainya. Kejadian ini sama seperti yang pernah dia alami dahulu. Waktu itu dia tidak mempunyai keberanian untuk melawan. Sekarang ini, kepala Azalea ligat memikirkan untuk menumpaskan musuhnya. Paha lelaki itu menindih paha Azalea menyebabkan pergerakannya jadi terbatas.

Wajah penjahat itu singgah diceruk lehernya. Dia mengambil kesempatan itu menyeluk tangan ke dalam poket gaun yang dipakai. Dia sendiri meminta pereka gaun pengantinnya menambah poket pada gaun. Jadi, dia dapat menyimpan sesuatu di dalam poket itu. Satu pisau lipat dikeluarkan dari saku lalu dia menikam belakang lelaki itu tanpa ragu-ragu.

Penjahat itu meraung kesakitan. Azalea menolak tubuh lelaki itu dengan sekuat hati. Dia bangkit berdiri kerana berpuas hati dengan apa yang dia lakukan saat ini. Gaun pengantin yang dipakainya diselak sehingga menampakkan pahanya yang putih gebu. Dia menarik pistol Rayan berikan tadi daripada sarung yang melilit di paha Azalea.

Bang!

Penjahat yang ditikam tadi serta-merta ditembak oleh Azalea. Dia terus keluar dari situ kerana takut ada lagi penjahat yang berkeliaran di kawasan bilik hotel. Dia tahu perbuatannya telah membahayakan diri sendiri. Tetapi dia tidak boleh berdiam diri kerana Rayan sudah lama menghilangkan dirinya sejak dua jam yang lalu. Dia perlu mencari suaminya dengan segera.

Bunyi orang bercakap menarik perhatian Azalea. Dia yakin suara yang didengar adalah milik Rayan. Kakinya terus menukar arah mencari suara yang didengarinya tadi. Ada persimpangan lorong tidak jauh daripadanya. Pistol yang berada dalam tangannya digenggam kemas. Saat dia tiba di pertengahan simpang itu, muncung pistol dihala ke arah penjahat yang sedang memegang senjata ke arah suaminya.

Irisnya bersambung dengan Rayan yang terkejut melihat kemunculannya di persimpangan lorong itu.
Hanya tiga perkataan sahaja yang terlintas di dalam fikiran Azalea saat ini.

“Como una mafia,” ujar Azalea.

Bang!

Penjahat yang memegang senjata rebah.

“Como una mafia,” ujar Hud yang muncul di kiri Azalea.

Bang!

“Como una mafia,” kata Haq yang muncul di kanan Azalea.

Bang!

Semua musuh mereka tumpas satu-persatu ditembak oleh mereka bertiga.

Pistol yang berada di tangan Azalea dicampak ke tepi. Dia terus berlari mendapatkan Rayan. Azalea terus memeluk erat tubuh suaminya. Air mata yang sudah lama ditahan akhirnya tumpah jua. Pelukannya dibalas oleh suaminya. Belakang badan Azalea diusap untuk memujuk si isteri daripada terus menangis.

“You look like Goddess of War a moment ago. But now, you’re crying like a baby,” ujar Rayan.

“Abang jangan la cakap benda yang Lea tak faham,” marah Azalea dengan esakan yang masih bersisa.

Dia merenggangkan pelukannya. Wajahnya ditekup oleh tangan Rayan yang berdarah. Air mata yang mengalir diseka oleh jari suaminya.

“Kau tak apa-apa, kan?”

Azalea angguk.

“Ada penjahat cuba rogol Lea. Tapi Lea tikam dia dengan pisau lipat yang Haq bagi sebelum ni. Lepas tu Lea tembak dia dengan pistol abang bagi,” beritahu Azalea.

Rayan merenung tajam ke arah Haq yang berani memberi senjata tajam kepada Azalea tanpa pengetahuannya. Tetapi lelaki itu buat muka bangga. Entah bila pengawal peribadinya beri pisau lipat kepada isterinya itu.

“My innocent wife is gone now,” ujar Rayan.

Tangan Azalea tidak lagi suci kerana sudah membunuh orang. Entah apa yang perlu dia rasakan saat ini. Bangga atau marah? Dia tidak tahu. Adegan isterinya yang menembak musuh mereka tanpa gentar melekat di fikirannya sehingga sekarang. Bening itu tidak menunjukkan rasa takut dan gentar saat menarik picu.

Hatinya rasa teruja. Jantungnya berdegup kencang saat melihat susuk Azalea yang berdiri teguh di hadapannya. Satu rasa yang dia tidak pernah alami dulu. Sekarang dia dapat rasakan saat ini. Perasaan yang dia rasa terhadap Azalea semakin jelas. Dia yakin dengan setiap degupan jantungnya ada nama Azalea.
Saat itu, Rayan sedar bahawa dia telah jatuh cinta pada isteri sendiri.

Definisi cintanya ialah Azalea Medina.

“Abang, apa maksud como una mafia?” soal Azalea ingin tahu.

Mereka berdua bangun. Melangkah bersama-sama menuju ke lif.

“Like a mafia.”

“Maksud like a mafia tu apa?”

“Macam mafia.”

“Mafia tu apa, abang?”

Rayan ketawa kecil mendengar soalan-soalan isterinya yang kedengaran seperti naif. Dia yakin tiada siapa yang akan percaya bahawa Azalea pernah membunuh dengan wajah polosnya itu.

“Aku akan bagi tahu kau segala-galanya. Tentang aku dan mafia.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro